Saturday 7 February 2009

Tunggu Teduh Dulu


Hari-hari terakhir di kampus (padahal lama lagi) mengundang rasa pelik di kalangan warga tahun akhir pengajian. Antara pengakuan ikhlas lagi jujur, dulu malas datang kelas, sekarang semester akhir makin rajin, sebab tidak ada apa nak buat kalau tidak ke kelas. Oh alasan ini sungguh sempoi.Bukan saya ya, kerana saya rajin ke kelas, bilangan ponteng bersebab boleh dibilang dengan jari.

Bila dah banyak sangat masa, apa kata adakan majlis perpisahan (kononnya). Sambutan hangat di kalangan warga tahun akhir pendidikan Bio dan Kimia. Saya berkira-kira mahu pergi atau tidak, mahu:tidak mahu menghasilkan nisbah 30:70.

Saya tidak terlalu teruja, tidak juga terlalu mengelak untuk menghadirkan diri ke majlis sebegitu rupa. Supaya setiap individu menghormati pandangan individu lain, ini pendapat saya untuk tidak pergi:

menjadi fitrah saya sejak dahulu kala jarang menyertai parti/keramaian/majlis sosial apatah lagi yang formal.

tidak pandai berkomunikasi, komunikasi berkesan jauh sekali

etika berpakaian saya yang tak kena tempat. melanggar protokol atau tema

Sila jangan pujuk atau paksa. Saya fikirkan kemudian, masih sempat.Noktah

blok b, 1.14
lower wing,
kolej a.

3 comments:

  1. tiada paksaan dalam membuat keputusan...

    ReplyDelete
  2. mcm tau je bila kita ckp pasal ni..
    haha..
    pengakuan ikhlas lagi jujur..
    irsha ismail untuk sebulan ni x ponteng klas lagi..
    sgt takjub dgn diri sendiri..
    wlaupn kelas sgt bosan..hujan..panas..tapi tetap hadir kekelas..
    perkembgn yg baik kan?
    ops..terpanjg plak

    ReplyDelete
  3. tq wahida. skrg dah 50:50

    irsha, kalau ponteng juga, sama la dengan student kuala penyu yang cikgu cikgi dok marah, student lari atau escape kelas, maka itu yang dinamakan cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari. Attitude tu perlu dijaga.

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..