Tuesday, 3 February 2009

Yang mana satu


“Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang engkau sembah selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku.” Maryam;48.

Hari-hari terakhir menjelang tarikh tutup penghantaran borang penempatan, saya makin buntu, sedikit tekanan. Proses membuat pilihan dan keputusan sangat menyukarkan, jika boleh saya katakan, saya tidak suka diberi pilihan. Faktor utama, tidak berani menanggung risiko terhadap pilihan yang dibuat. Berikut adalah langkah sebelum saya membuat keputusan:

1. Majoriti kata kena istikharah, saya pun buat. Mudah-mudahan pilihan yang bakal dibuat akan menenangkan hati.

2. Meminta nasihat mak dan ayah.

Pendapat mak: Ikut suka saya, kalau boleh minta semenanjung. Mak doakan yang terbaik.

Pendapat ayah: Pilihlah negeri utara, balik duduk di rumah.Jangan ada Sabah, Sarawak atau Labuan. Titik. (Hairan saya, bukankah saya dibesarkan di Sabah, jadi pasti tiada masalah lagi di sini)

3. Pendapat pensyarah bahasa arab: Kuala Penyu, banyak pahala duduk situ, elaun pun tinggi.

4. Naqibah: Jika boleh, Sabah lebih bagus. (saya harap ia adalah akses tarbiyyah saya)

Mengapa susah?

1. Saya mahu Sabah, saya mahu mencari pengalaman di sini. Kalau boleh saya mahu menyertai penyelidikan P.M. Dr. Naimah di kawasan luar bandar. Itu lebih memberi nilai , sumbangan dan kepuasan melibatkan diri dalam profession pendidikan daripada sekadar hanya ke sekolah, masuk kelas dan cukup bulan ambil gaji. Saya tidak suka rutin itu.

2. Saya mahu utara. Mak dan ayah yang makin lanjut usia sentiasa meminta saya pulang segera. Boleh saya menjadi pemandu mak dan pemantau jadual ubat ayah. Inilah peluang saya menjaga mereka, entahkan saya atau mereka yang dijemput dahulu. Akses tarbiyyah, insyaAllah berpeluang.

“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata, Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kpada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatmu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” An-naml;ayat 19

Dokumen dan borang telah lama saya siapkan. Hanya ruang pilihan negeri masih kosong. Saya masih berfikir dan terus berdoa, mana satu pilihan saya?

4 comments:

  1. mana satu pilihan cikgu amal? sama2 kita nantikan...hehe

    ReplyDelete
  2. ssh jugak nak buat pilihan...

    usaha,doa, tawakal...

    ReplyDelete
  3. Doktor paling banyak kena buat keputusan kan kan... mari belajar membuat keputusan hehe...membuat pilihan.

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..