Thursday 15 October 2015

Murder your Darlings

Suasana bilik sejuk dirasakan panas, perut aku memulas macam nak cirit. Semua ini terjadi ketika mendengar 'pertuduhan' dari pihak atasan mengenai tindakan aku memberikan markah rendah kepada pelajar. Namun aku gagahkan demi prinsip menjaga amanah dalam kerja. Aku rasakan ramai yang maklum fenomena yang berlaku di kalangan pelajar, namun sikap 'play safe' benar-benar menyelamatkan mereka daripada berada dalam situasi aku seperti sekarang.

Walaubagaimanapun, tindakan aku adalah beserta bukti dan tidak membabi buta. 20% peruntukan markah adalah markah daya usaha yang cikgu boleh nilai, kiranya tak pandai pon tak mengapa, asalkan ada inisiatif. InsyaAllah peluang berjaya masih ada.

Disebabkan aku tidak mahu 'play safe', maka aku mengambil jalan 'put yourself into the fire'. Istilah ini aku reka sebab nak menampakkan betapa gundah gulanya hidupku sejak kejadian itu. Dan sesungguhnya semester ini amatlah sukar sepanjang 6 tahun berkhidmat.

Aku harus mendepani cabaran mengajar pelajar PDT pelajar yang ponteng dan lemah dan kegagalan pelajar menyelesaikan tugasan. Ia biasa. Tapi sungguh kasihan, apabila saban hari berjumpa dengan mereka, motivasi mengajar dan tenaga menjadi lumpuh akibat masalah tingkah laku sahaja. Minggu demi minggu dilalui dengan tabah (walaupun ada amukan niyang rapik), tapi semua itu digagahi sebab memikirkan, mereka lemah, mereka nak belajar, abaikan yang tak mahu belajar, esok lusa anak kau pula nak belajar.

Berbalik kepada kepala cerita di awal tadi, aku memang sakit perut menahan cirit, peluh memercik menahan sabar mendengar idea-idea orang atasanku. Aku hanya anggap beliau telah lupa daratan dan cakapnya aku dulu dan kini aku ingat sebiji sebiji, semuanya tak selari!!

Aku diam lalu meminta diri, sebab aku ada kelas lagi yang perlu dihadiri. Ada masa lagi, fikiran sungguh terganggu, aku tangguhkan niat nak tercirit tadi, aku baca quran dan minum air masak banyak-banyak sebelum mengajar. Selepas kelas, aku rasa tenang dan gembira seperti biasa. Tapi 'body stress' aku belum hilang. Aku pecut balik rumah dan segera ke tandas. Solat dan makan. Bayangkan semasa makan, aku menangis tak dapat tahan air mata. Perjuanganku sia-sia. Makan laju-laju sebab tak sempat dah, kena pergi kelas satu lagi. Susu pon tak sempat pam, stok susu Mus'ab pon dah habis.

Jadi di sini aku curahkan segala. Tindakan aku memberi markah adalah markah berdasarkan tugasan yang diberi. Didapati pelajar tersebut masih tidak hantar dan tidak mengendahkan, aku beri amaran lagi. Namun sia-sia. Belum lagi dengan masalah ponteng dan sikap mereka dalam kelas. Akhir sekali masa memberi markah telah tamat, aku tekadkan diri tiada lagi peluang akhir. Aku simpulkan bahawa sebenarnya mereka sendiri yang mencelakakan diri, mereka sendiri yang memilih untuk tidak ditolong walaupun 20% itu adalah salah satu bentuk pertolongan berbanding pertolongan lain. Dan mereka sendiri sudah tidak berminat belajar.

Aku tulis segala tugasan yang aku sediakan, dengan harapan, jika mereka usahakan, ia akan membawa pulangan baik buat mereka sebagai penuntut ilmu. Malangnya, aku hanya syok sendiri. Aku juga rekodkan kehadiran sebagai bukti. Dalam kelas amaran dan nasihat bersilih ganti agar mengubah sikap, memperbaiki diri dan meningkatkan potensi diri, tapi semua tu tak dipeduli. Pernah aku laporkan kepada ketua jabatan, mereka dipanggil dan diberi amaran, tapi tak jalan. Mereka juga diugut, tapi aku tak percaya akan ugutan itu sebab sejarah menjadi bukti, semua di sini akan dilindungi walau bagaimana budi pekerti, akademik mahupun sikap kendiri.

Akhirnya, itu sajalah yang dapatku tolong, buat apa dibela. Kalau aku bagi markah tinggi demi aku nak 'play safe', akan berlaku 'domino effect'.

Camni, bayangkan kalau mereka dapat markah tinggi, gred pon 'so so' bagus, walau hakikatnya kita sendiri tahu tahap mereka, mereka pula ditawarkan ke universiti, membawa gred yang 'so so', juga membawa sikap acuh tak acuh belajar, juga membawa masalah konsep asas yang tak selesai sejak sekolah menengah, mereka sebenarnya telah memburukkan nama institusi dan sistem pendidikan yang telah mereka lalui sebelum ini.

Bukan itu sahaja, tempat yang mereka dapat sepatutnya diisi dengan orang yang lebih layak yakni orang yang mahu belajar dan berusaha, namun disebabkan 'play safe', mahukan ranking baik dan lain-lain bentuk pengharapan sementara, maka natijahnya amatlah buruk dan amat menjijikan dilakukan oleh golongan pendidik.

Sepatutnya, kita harus lebih amanah, jika mereka terang-terangan memilih untuk tidak mahu belajar lepaskan dengan cara baik, beritahulah ada jalan lain yang baik untuk mereka, dan dengan itu, kita tak perlu bazirkan duit kerajaan membiaya golongan minoriti ini.

Perjuangan ini dilihat tidak memberi impak pon, malah akan terus dikutuk kerana menentang arus dan menyusahkan orang-orang atasan. Akibatnya, diri sendiri juga akan terkena bahangnya, itu paling pasti. Bagaimana? Pencapaian cikgu dinilai berdasarkan pencapapaian pelajar, jadi salah satunya selain mengajar ialah berikan markah tinggi walaupun itu pelajar bermasalah, demi selamatkan diri. Itulah sifir mudah.

Aku tak menyentuh tindakan mana-mana pihak. Itu hak mereka, timbang tara mereka dan hujah mereka. Aku punya pendirian. Hanya pelajar yang berusaha dapat apa yang mereka impikan. Kita punya nilai kemanusiaan, nilai kemanusiaanku ialah mendidik mereka dari awal agar berusaha, memupuk semangat belajar dan menyampaikan ilmu. Bukan pada memberi markah pada yang tak mahu ditolong. Sekurang-kurangnya pelajar patut adalah sedikit rasa tanggungjawab pada diri atau ingatkan kesusahan ibu bapa. Namun itu tak terjadi.

Aku menyimpan tulisan ini untuk masa yang lama setelah peristiwa ini berlalu. Hari ini aku siarkan setelah membaca dan berdikir berulang kali agar tiada unsur emosi. 

Mestilah emosi mengajar, tapi aku pupuk emosi yang positif. Bahawa mereka insan yang datang dari jauh menimba ilmu. Semoga Allah berkati ilmu dan hidup. Aku turut merenung diri menginsafi kelemahan diri ketika mengajar. Kurangnya sabar, kurangnya ilmu pedagogi dan ilmu kimia..ya aku janji setiap hari aku perbaiki. Aku berusaha hari demi hari mencapai yang terbaik dan tertinggi.

Kenapa murder your darling.. Nanti aku kongsikan...bersambung jika aku rajin

Amal Harun
Jelebu