Saturday 31 December 2011

Lucunya Negeri Ini


Filem yang sarkastik. Disuarakan untuk pemerintah daripada rakyat.

1. Kisah ini membawa mesej tentang perjuangan rakyat kelas bawahan.

2. Apakah yang dilakukan golongan atasan membela rakyat marhaen seperti yang mereka janjikan dalam pilihanraya.

3. Jika golongan rakyat miskin hina ingin survive dengan menjadi penyeluk saku, apalah bezanya dengan golongan atasan yang tamakkan kemewahan dengan korupsi?

4. Perjuangan golongan bawahan yang berpendidikan mendidik anak bangsa membezakan halal haram, mengenal tuhan, hidup dengan rasa izzah bukan atas dasar material.

5. Ia jauh lebih baik dan bermanfaat ditonton berbanding beberapa filem Malaysia yang cliche, hanya menarik jutaan penonton kerana paras rupa pelakon, cinematography dan aksi ranjang yang menggiurkan. Itu sajakah filem Malaysia?

6. Ada terdengar di kaca tv, Filem kita wajah kita. Wajah bagaimana yang ingin ditekankan, penuh dengan aksi ghairah sahaja, menanam bibit-bibit nafsu syahwat. Dan akhirnya bangga Malaysia juga berjaya hasilkan aksi seks setaraf filem orang putih.

7. Filem yang jauh dari mesej bermanfaat. Bertindaklah agar lebih selektif dalam menonton.

Kita ialah apa yang kita baca dan tonton.

Tuesday 27 December 2011

Lupa

Kad atm hilang, SD card kamera juga hilang dan entah beberapa barang yang masih belum sedar akan kehilangannya. Sebenarnya ia tidak hilang atau jika benar hilang, ia sebenarnya berpunca daripada saya. Saya suka letak merata-rata, kemudia di mana saya simpan. Akibatnya mengambil masa mencari dan paling rugi ialah tidak menjumpainya.

Inilah simptom biasa terjadi jika serabut dengan hal hidup yang tidak tersusun. Oh, external hard disk pula dijangkiti virus, banyak gambar dan dokumen penting di dalamnya tidak dapat dibuka. Lambakan kerja yang makin bertambah dan kegagalan mengurus masa menjadikan situasi bertambah buruk. 

Kehidupan harus di'pause' sebentar. Ya, banyak yang ditinggalkan, semakin jauh dengan Tuhan. Semakin lupa dan lupa. Setelah pause, muhasabahlah sebentar. Kembalilah kepada Tuhan yang maha mengetahui dan maha mendengar. Dialah yang maha memaafkan. Jom, pohonkan kemampunan Allah.

Anatara orang yang Allah masukkan ke dalam syurga:
1. Sentiasa menafkahkan harta di kala susah dan senang.
2. Sentiasa menahan marah.
3.Orang yang membuat maksiat lalu bertaubat.
4. Orang yang sentiasa beristighfar.

Kita memang pelupa, jika lupa SD kad mungkin hilang gambar, tapi kalau Allah dilupakan? Ya Allah, hidupkan kami dengan kasih sayangMu, kami serah segala padaMu.



Menulis bukan merasa diri suci, tetapi memperingati diri sendiri.
Amal Harun
Labuan.

Sunday 25 December 2011

Baby

Patut la tengok baby boleh hilangkan stress. Jadi boleh tengok ini.

Tuesday 20 December 2011

Memudahkan

Saya sangat tekun mengisi kehadiran pelajar di dalam sistem, ia adalah suatu tugas dan kewajipan pensyarah dan sedikit leceh kerana menguruskan sebuah kuliah (106 orang pelajar saja), sudah semestinya amat memerlukan penelitian. Tiba-tiba datang sekumpulan pelajar membawa setin minuman isotonik. Ya Allah, terkejutnya saya, bagaimana mereka tahu saya haus, baiknya mereka an amat terharu. Tidak, rupanya mereka datang meminta saya berlakon untuk iklan minuman yang mereka hasilkan bagi subjek multimedia.

 "Tidakkah kamu melihat saya sedang sibuk?" kata saya. "Maaf miss, tapi tolonglah, tiada siapa yang mahu bekerjasama" kata Aslam.

 "Ya miss, tolongla kami.." merayu-rayu pelajar perempuan yang 2 orang ni pulak.

 Saya faham apakah perasaan sekiranya ditolak mentah-mentah. Ya, saya pernah rasa sewaktu ditugaskan menyiapkan video sempena MPPB kolej. Mereka bukan saja tidak mahu, malah menghina saya atau merendah-rendahkan saya. Saya tidaklah sedih jika dihina atau tidak memberi kerjasama, tetapi perlukah menghina orang.

Oh, lupakan kisah lama kalau hanya memberi kesan negatif kepada memori. Prosedurnya hendaklah meminta keizinan dan tiada unsur paksaan. Bila memikirkan perkara ini, saya gagahkan diri biarpun malu, merasakan tidak comel, tidak fotogenik dan pelbagai unsur negatif.

 "Baiklah, saya cuba" disertai sorak-sorai pelajar saya. Ok, saya hanya ingin mengikut sunnah nabi, jika memudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan kita di akhirat nanti. InsyaAllah.

Mari hidupkan sunnah.
Salam 25 Muharam 1433 H
 Amal Harun.

Name our belongings

Let us name our personal belongings. Mine is Bilal. I named my  SLR camera as Bilal I, my lap top as Bilal II and my car is Bilal III. There are black in colour and purposely name them Bilal so they will be benificial in dakwa, strong and less making trouble since i am kinda clumsy person and less knowledgeable for most related gadgets.

Naming our personal belongings is the sunnah of prophet p.b.u.h. The name given is based on the function to our life, our intention when using the tools and our appreciation in their presence to help our life.

Here are some sharing regarding this sunnah prophet p.b.u.h. Let us follow our beloved Muhammad p.b.u.h to show our love.



Amal Harun
Labuan FT

Tuesday 6 December 2011

Natijah

Hari penuh emosi.

Joyce, BP4T30; menangis gembira.

Marvis; pelajar tutorial saya yang rajin dan menangis kalau tak pandai buat.

Vanessa, BP2T10, terharu dengan pencapaian 4.00.

Kini menarik lafaz lega setelah susah payah.

Berkongsi rasa gembira dengan Meelady,

Setelah melihat slip keputusan, perasaan yang tidak dapat diceritakan.

entah, seronok sangat.

Pelajar amali saya, kelas paling cool, BP2T14

Bekas pelajar PDT yang meneruskan kecemerlangannya 4.0.

Sedih oooo melihat mereka. 

Berkongsi kejayaan bersama pensyarah.

Sama-sama berkongsi kegembiraan dengan Rabecca BP2T10. Hari tu Rabecca menangis masa UPS, hari ni dia gembira.

Hafiz BP4T30 dan rakan-rakannya. Yang pasti gembira dengan Kimia beliau!

Tak pasti air mata gembira atau duka, pasti keduanya membawa kebaikan, asalkan usaha telah dicurahkan.
Ketika menghalakan lensa merakam setiap detik suka dan duka para pelajar, tanpa saya sedar air mata saya mengalir. Ada 2 emosi yang berbeza, kedua-duanya telah saya rasai sepanjang bergelar pelajar. Suatu ketika gembira kerana kejayaan dan satu ketika sedih kerana kurang berjaya. 2 emosi yang tidak dapat diceritakan.

Segala penat lelah dan susah payah kini dibayar. Teruskan perjuangan di semester kedua ini dengan langkah yang lebih gagah, langkah pejuang. Belajar itu perjuangan!

Mengimbau kembali Ramadhan yang lalu, beberapa pelajar dipanggil kerana kegagalan dalam UPS. Hampir separuh yang berputus asa dan mahu keluar pengajian seolah sampai ke titik akhir. Saya kongsikan sebuah kisah menyayat hati, tentang sebuah kegagalan seorang manusia di matrikulasi kemudian bangkit, dan di sepanjang jalan ia bertemu dengan banyak kebaikan yang Allah sediakan namun jarang disyukuri.

Berusahalah, kerna Allah melihat usaha kamu bukan hasilnya.

Selamat Berjuang untuk pelajar dan selamat mendidik para guru!
Amal Harun.
WP Labuan


Sunday 4 December 2011

Hari 'Asyura

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)


Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).


Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Sumber: email yang saya terima.
Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)


Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya).

 Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

daripada emel yang saya terima, jom hidupkan sunnah baginda s.a.w.

Amal Harun
Labuan FT

Saturday 3 December 2011

Inside Out

"doktor doakan saya ..." bersama esakan tangis.

"terima kasih segala tazkirah yang doktor sampaikan..." (menangis lagi)

"masyaallah, syukur pada Allah, orang yang dengar akan akan dilembutkan hatinya, akan disuburkan hatinya" balas doktor.

"saya jaga ayah saya umur 86 tahun, anak buah saya 14 dan 12 tahun. kadang kala saya gagal mendidik anak buah saya kerana peribadi saya"

"saya pengkid doktor"
"siapa nak jaga hati saya?"
"di saat saya mengeluh, Allah menjawab pertanyaan saya"
"saya tak nak mengeluh, saya nak mengadu kepada Allah"


Kita yang menentukan diri kita dengan pilihan yang ada dengan izin Allah. Jawapan doktor.
Buang masa hitam, Taubat dan teruskan dengan masa depan.

Terima kasih, Islam itu Indah oleh Prof. Dr.Muhaya.

Dalam komunikasi,
Perkataan:7%
Intonasi:38%
Fisiologi:55%


Tahun ini

Menuju penghujung 2011 membuatkan saya kembali memuhasabah diri sebagai seorang pendidik. Ianya tahun yang terlalu singkat, banyak yang terpahat kenangan dan di celahnya pengajaran demi pengajaran, kepayahan dei kepayahan. Banyak yang dipelajari. Mendidik saya sabar dan ikhlas. Semakin hari saya semakin gembira apabila cuba mempraktikkan beberapa teknik dan nilai kemanusiaan yang saya belajar. Contohnya memberi sepenuh hati tanpa mengharap balasan dan penghargaan.

Segalanya telah dibuat dengan optimum untuk memastikan kejayaan pelajar, tetapi hasilnya tidak seberapa. Seolah-olah saya yang bertungkus-lumus dan pelajar saya hanya bersenang lenang. Jika mereka salah saya akan marah.

Namun eksperimen saya jika memarahi mereka tidak berjaya membantu proses. Saya pun kembali membetulkan duduk posisi saya sebagai seorang pendidik. Sampaikan ilmu dan terapkan nilai usaha. Saya mulai sedar bahawa latar belakang mereka berbeza. Tidak semua yang saya sampaikan berjaya ditelan sepenuhnya. Tetapi ada satu unsur kekaguman saya secara peribadinya, mereka begitu tekun dan kuat semangat juang. 

Jika dinilai tahap intelek, lemah atau sederhana, tetapi daya usaha memang A. Saya akan ingatkan mereka selalu, Tuhan menilai usaha, tetapi bukan hasil. Akan datang suatu masa, Tuhan akan membayar setiap lelah mereka dalam keadaan tidak disangka.


Sekarang kita susah, kejayaan memang dengan kepayahan. Selamat menunggu keputusan 6 Disember 2011.

Terima kasih anak didik yang baik.
Amal Harun
Labuan