Thursday 25 December 2008

Puisi Mufti Diharamkan

Semasa mengakses laman sensawang (baca; web) Mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin suatu ketika dahulu, baru aku tahu Dr.MAZA menulis puisi. Aku kira orang seperti dia tiada masa untuk itu. Terkini, puisi Dr. MAZA dilagukan pula oleh penyanyi Aisyah, kumpulan nasyid Algebra, Kopratasa dan Xifu.

Nampaknya medan dakwah Dr.MAZA semakin berkepelbagaian, album sulungnya bakal muncul tidak lama lagi, mungkin sudah muncul. Dr MAZA bersetuju menyerahkan urusan pembikinan album sulungnya kepada komposer Xifu Abdul Naser Abdul Rahman, komposer/penggubah lagu Dakmie dan syarikat Nasyeed.com.

Namun RTM telah mengharamkan lagu puisi 'Aku Bukan Musuh Harta' ciptaan Dr.MAZA. Mengapakah stesen penyiaran berstatus pengampu ini mengharamkan lagu ini daripada disiarkan?

Mari kita ikuti penjelesan Dr.Maza di laman beliau. Ayuh, klik di sini.

Aku menyokong gagasan idea Dr.MAZA dalam penulisan puisi beliau. Kalau diamati puisi 'Aku Bukan Musuh Harta', ia bernada sinis menyampaikan peringatan secara umum kepada masyarakat. Kontroversi hangat pula.

Kenapa nak diharamkan, oh, siapa makan cili merah atau hijau bersaiz kecil, terasalah pedasnya. Sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, juga mempertahankan tindakan RTM mengharamkan lagu Dr.MAZA dengan berkata, lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai dan kasar.

Tidak sesuai dan kasar? Jadi bagaimana pula lirik lagu penuh keghairahan, penuh dengan caci maki dan penyelewengan akidah secara halus sudah menjadi halwa telinga golongan muda Muslim. Ia 'dihalalkan' sahaja.

Inilah yang dikatakan Islam itu dagang (baca; alien) seperti sabda Nabi s.a.w:

Rasulullah S.A.W bersabda:

“ Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam pada waktu dagang.” –Hadith Riwayat Muslim.

Teringat pesanan seorang ustaz berkenanaan hadis ini; orang yang membawa Islam itu adalah dagang (asing), ia umpama menyonsang arus. Analogi mudah contohnya banyak saja iklan syampu mempromosikan kecantikan rambut di televisyen, namun Islam pula datang membawa perintah menutup aurat, maka pastilah rambut yang cantik bersinar itu perlu ditutup. Justeru, ia berlawanan dengan arus semasa. Malah orang yang membawa Islam pula dilihat sebagai alien.

Pengharaman 'Aku Bukan Musuh Harta' sekali lagi bukti alien Islam di abad ini.

amalhrun
13200 Kepala Batas

Wednesday 24 December 2008

Orang Marah Bush, Kita Kaji Sejarah

Menelusuri dunia maya menemukan aku dengan amukan-amukan jutaan manusia terhadap Bush. Mengenang kembali perbuatan Bush khususnya terhadap dunia Islam, cukup memeritkan, bahkan kitalah yang menerima tempias-tempias jahiliyyah mereka. Boleh disimpulkan bahawa ketamadunan dunia sekarang berada di tampuk Amerika. Segala yang dibawa Amerika, indah belaka di mata.

Lalu bagaimanakah kita menyalurkan kemarahan itu? Ada yang berterusan membaling kasut ke arah Bush.

Mari berlapang dada, kita mampu mengubahnya. Tidak perlu lagi membaling kasut hehe... Mari mengkaji sejarah kita, hebatnya kita Islam dahulu kala.

Mari melihat seerah dengan mata hati.


Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid; " Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang menguatkan hati"


Cadangan; boleh bermula membaca sejarah nabi, sahabat dan pemerintahan era khulafa' dan lain-lain yang berkaitan. Bacalah secara konsisten, mudah-mudahan ia menjadi salah satu tanda cinta kita terhadap Baginda s.a.w dan perjuangannya.


Buku: Raheeq Makhtum, Sirah Ibnu Hisyam dan satu lagi tak ingat (minta maaf ye) atau melayari di Ini Sejarah Kita.

Tuesday 23 December 2008


Huge minds discuss ideas,

Moderate minds discuss events,

Small minds discuss peoples.




I found it 2 years ago while reading a book, sorry cant remember the book's title. At that momment, the ibrah (read lesson) that i've taken from this quote is the third line; 'small mind discuss people'. When discussing people, it seems like 'mengumpat'.


But today, the quote comes to my mind again. Since i'm joining the world of blogging, i always discuss the events or myself. So, it can be categorized as a moderate or small mind. Oh, it is unfair huhu.


My stand is gaining an ibrah, moral or lesson of the story that i've been publish. It is for myself correction, n bonus if can share with others.


The movement in this path is so slow but not slowing down, its just a beginning, grabbing the ibrah and knowledge is my priority. Ignore what others say towards you, but taking it as a reminder.


Allah with you!

Pakcik UMNO yang marah dengan apam balik

Beberapa hari lepas ayahku menghadiri suatu seminar di Butterworth. Seminar ini dihadiri oleh jawatankuasa masjid sekitar negeri Pulau Pinang dan sesiapa yang berminat.


Menurut ayah, perkongsian ilmu dibuat oleh seorang ilmuan yang sangat tersohor nama dan ilmunya dalam usaha dakwah dan memperkembangkan peranan institusi masjid dalam masyarakat. Sambil menyampaikan ceramah, pandai juga beliau membuat lawak spontan namun terselit point bernas. Hadirin begitu enjoy dengan diskusi pagi itu.


Penceramah ini juga ada menyelitkan analogi beliau berkaitan Islam Hadhari.


"Islam hadhari ni lebih kurang saya umpamakan seperti apam balik. Pada suatu hari, saya pergi ke gerai seorang penjual apam balik. Lalu saya tanyakan kepada beliau"


"Pakcik tulis kat sini apam balik special, apa yang special? saya tengok sama saja, orang lain bubuh gula, pakcik bubuh gula. Orang lain jual dengan harga 2 kupang 5 duit (baca 25 sen), pakcik pun jual dengan harga 2 kupang 5 duit." kata ustaz ini.


"Hehee, sama saja apam balik saya ni, nama ja lain. Nak tarik pelanggan la katakan, jadi buh la nama dia apam balik special, apam balik tetap apam balik" penjual apam balik cuba membei penerangan secara spesifik.


Maka, Islam Hadhari yang dibawa PakLah ini lebih kurang 'apam balik special', hakikatnya tetap apam balik. Islam tetap Islam.


Sampai kepada sesi soal jawab, bangun beberapa ahli qaryah mengutarakan beberapa persoalan dan isu berkaitan dengan masjid di qaryah masing-masing. Soalan dijawab. Bangun pula seorang pakcik dari sekumpulan pakcik-pakcik yang lain dengan penuh perasaan.


"Erm..begini datuk ustaz, mau dak datuk ustaz (ustaz ni ada gelaran datuk/dato') menjadi panel kalau saya nak anjurkan satu forum untuk kita bincang pasai Islam Hadhari? Mau dak? Khas untuk Islam Hadhari?" beremosi sekali pakcik ni.


Pakcik ni tinggal kawasan sekitar dengan kampung aku. Dia ni kira 'hard core' UMNO.


"Nih saya tanya ni, mau dak kalau saya anjurkan forum tu?" ulang pakcik ni lagi. Mendesak nampak.


"Mau dak ustaz, saya aturkan masa dan tempat, kita selesaikan" pakcik ni tak puas hati lagi.


Maka ustaz ini dengan tenangnya pun menjawab.


"hehe..kalau nak menjawab isu ni kat sini pun boleh jawab, tak perlu la nak buat sampai forum."


Api kemarahan pakcik tadi semakin menyala-nyala. Dia balik ke tempat duduk sambil bising-bising dengan sekumpulan kawannya, kemudian terus meninggalkan majlis bersama beberapa rakannya. Aku kira dia marah sebab penceramah menggunakan apam balik 25 sen sebagai analogi kepada Islam Hadhari. Maka ia seolah menghina pemimpin mereka yang membawa Islam Hadhari itu.


Aduh, apabila Islam pun dipolitikkan pada satu sudut pandang sahaja.


Lalu teringat kepada satu pesanan yang sering ayah ulang-ulang, kata-kata daripada Allahyarham Abu Bakar Hamzah; "tak cakap takut dikata bodoh, bila bercakap nyatalah bodohnya"


Lalu,di mana dinding kebodohan aku? Pada CGPA, kata-kata, penulisan blog ini atau amal ibadahku?


amal harun
kepala batas

Sunday 21 December 2008

Salah Laku Aku Di Sekolah

Ini adalah panduan kepada rakan-rakan dan para junior yang belum pergi menjalankan latihan mengajar. Yang baik dicontohi, yang mazmumah ditinggalkan.

Salah laku ini aku utarakan bukan untuk mendedahkan aib sendiri, tetapi sebagai pengajaran. Bagi aku ia tiada salahnya, sekadar melanggar protokol dan jelek di mata profesional barangkali. Ah, menegakkan benang yang basah pula. Mari ke mauduk utama, berikut adalah perbuatan yang patut dielakkan.


Duduk di atas meja dalam kelas. Masa pelajar tengah buat worksheet, aku duduk atas meja. Kadang-kadang, masa bersembang dengan pelajar. Take five sambil bersembang hal di luar pelajaran, jadi aku duduk atas meja sambil goyang kaki. Dr. Sabariah, pensyarahku yang berhati mulia itu berpesan kepada kami jangan buat macam ni, setelah itu baru aku tahu kesalahan aku.


Berdiri di atas kerusi. Ini cara aku menarik perhatian pelajar yang asyik tak berhenti bercakap. Nampak macam aku pula didenda berdiri atas kerusi. Masa tu aku berdiri, untuk menyelesaikan masalah matematik yang panjang, jadi perlu ruang yang banyak untuk menulis, sesuai dengan ketinggianku yang tak seberapa. Bila berdiri, semua terdiam dan fokus semula. Tapi nampak tak sopan sangat.


"wah, cikgu menakjubkan" seorang pelajar tingkatan 3 mengomel.

"saya terpaksa mendenda diri saya berdiri atas kerusi sebab saya tak dapat ajar kamu dengan baik" aku sekadar mengusik.

Menggunakan besi kaki retort sebagai senjata dan objek penunjuk slaid. Aku guna besi tu bukan untuk mencederakan pelajar, tapi sebagai ugutan terhadap kebisingan pelajar apabila mereka memasuki makmal. Pelajar jarang masuk makmal, dan tiba-tiba kehadiranku membawa mereka ke makmal. Macam beruk kena belacan. Ditambah pulak pelajar ni kelas akhir, lemah pencapaian sampai membaca menulis pun merangkak-rangkak.


Paling teruk kali kedua aku guna besi kaki retort tu semasa pensyarah datang menyelia. Tiada sebarang komplen atau teguran menghalang tindakan aku menggunakan besi tu. Ok la tu.


Menggunakan kaki meja yang patah. Aku pura-pura mengamuk menggunakan objek ini sebab pelajar tak siapkan kerja rumah dan tak nak buat latihan lansung. Tahap kemalasan maksima. Setelah amuk, semua siapkan. Tapi perlukah diamuk baru nak membuat latihan..itu bukan mendidik. Amuk ini adalah pada tahap external sahaja, tidak melibatkan hati agar tidak menjadi dendam. Anggap masalah itu seindah sentuhan mata.


Membaling marker pen. Disebabkan geram dengan seorang pelajar, aku pun baling marker pen. Malangnya, aku memegang 'tutup/tudung' marker yang tidak ditutup rapat semasa membuat balingan ke arah pelajar tersebut. Balingan tersebut tersasar menyebabkan pen terpelanting ke tingkat bawah. Aku tergelak, maka muka aku yang nak buat garang tidak menjadi. Lalu aku arahkan pelajar yang buat aku sakit hati ni turun kutip marker pen tersebut.


Kelas sains ditukar menjadi kelas bahasa arab. Pihak sekolah membuat jadual anjal. Aku ditugaskan masuk kelas mengajar macam biasa. Jadual anjal benda yang aku paling benci. Aku tak kisah kena masuk kelas tapi kesian dengan pelajar. Bayangkan setelah waktu rehat, mereka memulakan kelas kembali pada jam 10 pagi sehingga jam 1.30 petang, kemudian disambung dengan kelas anjal sehingga 2.30 petang. Aduh, kasihan belajar. Aku pula disuruh masuk mengajar Sains. Suasana kelas pula sangat panas, kipas syiling yang sudah uzur hanya 1 sahaja yang berfungsi. Bangunan kayu beratapkan zink, ia sungguh panas.

Jadi, aku percaya pelajar tidak akan dapat belajar, ditambah dengan keadaan kelas yang berdekatan semuanya huru-hara bising. Lalu, tertarik untuk meminta pelajar berkomunikasi bahasa arab, kebetulan mereka satu-satunya kelas yang mengambil bahasa arab. Kemudian aku ajarkan satu lagu kaedah ganti nama (dhomir) dan tasrif 14, lebih kurang qawaid atau grammar arab.


Irama lagu bukan berentak padang pasir tetapi ala lagu tamil. Lagu ini diajar oleh seorang ustaz jemputan di sekolah sewaktu aku tingkatan tiga. Seronok tak terhingga diorang menyanyi. Makin lama, makin kuat, makin galak melantunkan lagu ber'slang' tamil. Kebisingan kelas jiran sudah tidak kedengaran. Pelajar kelas jiran dan blok sebelah sibuk memandang apa yang kami lakukan dengan lagu berirama merdu. Guru di kelas sebelah buat-buat lalu di koridor kelas aku. Oh, maaflah. Mereka terlalu asyik.


Menghalau pelajar keluar dari makmal. Tidak sanggup untuk aku huraikan apa yang berlaku, jelas perbuatan mereka sekelas sudah melampau. Pengajaran paling berkesan pernah aku beri tetapi bersalahan dengan etika.

"Semua orang boleh keluar" aku berkata selamba membiarkan mereka terpinga.


Memberi jawapan semasa menjaga ujian. Perbuatan tidak beromoral ini aku sengaja lakukan, bukan niat membantu pelajar, tetapi membuat sedikit teguran kepada guru mata pelajaran tersebut yang bilangannya segelintir cuma. Melalui pemerhatian dan sembang-sembang dengan pelajar, aku tanyakan bagaimana mereka belajar. Ada yang kata cikgu hanya bawa mereka ke perpustakaan dan menonton cd sahaja, sejauh mana kebenaran aku tidak pasti. Tapi ia seolah-olah mengajar di atas angin sahaja, kesannya pelajar hilang haluan pembelajaran.


Semasa menjaga ujian sejarah, aku tengok seorang demi seorang pelajar, semuanya termenung tanpa menulis satu huruf pun pada kertas jawapan. Musykil aku.

"Kamu tak baca buku ka?"

"Tak!" Bangga pelajar ni.

"dah la tak baca buku budak-budak ni, mai sekolah pun tak belajar" aku merungut-rungut.

"meh sini aku kasi tau korang jawapannya, lepas ni semua orang dapat markah kesian" aku mencadangkan idea menyalahi etika.

"bagus cigu, bagus, cepat cigu, nanti habis masa" bersorak-sorai pelajar tingkatan empat ni, lalu aku pun mereka-reka jawapan berdasarkan buku teks.

Padahal aku sendiri sudah lupa.

Bukan setakat kelas sejarah, kelas bahasa arab tingkatan satu pun aku buat benda yang sama.
Bila aku tengok apa yang mereka tulis, jelas bercanggah. Bukan salah memilih jawapan, tapi salah menjawab soalan. Lalu aku terjemahkan sikit-sikit arahan, kemudian barulah aku bagi 'klu'.

Selepas mengutip soalan, aku serah kembali kepada guru berkenaan. Setelah beberapa hari soalan disemak lalu barulah aku khabarkan kepada guru-guru tersebut yang aku kesian melihat pelajar tidak dapat menjawab, oleh itu aku bagi sedikit jawapan panduan kepada pelajar. Cuak juga kalau dimarahi, mujurlah respon guru-guru ini bersahaja, melegakan hatiku.

Saturday 20 December 2008

bush kena baling kasut



BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.
Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.



Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.



“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.


Aku nak kongsi sikit apa yang aku baca daripada tranungkite:


Ternyata itulah kebijaksanaan Allah.Seandainya Bom atau peluru dilontarkan, Bush akan terus mati dan cerita tentang kezalimannya juga akan turut berkubur bersama. Tetapi dengan kasut itu, beliau akhirnya mendapat malu yang teramat.Allah beri ia hidup dengan baling kasut itu sebagai satu peringatan dan dalam masa yang sama menjatuhkan keegoan beliau sebagai pemimpin utama dunia. Beliau akan hidup dengan terus mengingati peristiwa paling buruk dalam sejarah hidup beliau ini.Dengan imej yang amat dibenci, akhirnya beliau tidak boleh menutup aib ini kerana satu dunia menyaksikan beliau diperhinakan.


Lantas jika itu hukuman dunia sudah cukup memalukan buatnya, bagaimana diakhirat. Allah pasti akan membalas kezaliman yang dilakukannya di Afghanistan, Iraq dan dibeberapa negara lain. Negara umat Islam dihancurkan olehnya yang kemudiannya menjadikan Umat Islam mangsa pembunuhan kejam tenteranya, yang hidup jadi pelarian dan miskin. Paling menyedihkan, ada wanita Islam dijadikan hamba seks oleh tentera beliau.


Buat para pemimpin dunia atau YB Kecik kat Malaysia ini. Berbuat baiklah pada rakyat dan seluruh makhluk Allah jika tidak mahu dimalukan sedemikian rupa oleh Allah dimuka bumi ini."


hohoho tak tau nak kata apa, dah terlalu geram sangat dengan Bush, baling saja apa yang ada, anyway, padan muka bush!

Friday 19 December 2008

Sekitar Majlis Resepsi Ap & Husna

Agak lambat mengeluarkan entri ini. Tetapi masih belum terlambat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Asyraf dan Safrina serta Husna dan Dzulkarnaen. Tahniah kepada Makcik Aisyah dan Pakcik Din kerana menyambut dua menantu. Baarakallahulakum.
Kedua-dua mempelai adalah second cousin aku, kiranya mak aku sepupu Makcik Aisyah. Arwah tok (nenek) Husna adalah adik kepada almarhum tokwan aku. Jadi majlis ni menemukan sepupu-sepupu mak aku merangkap cucu-cicit almarhum Haji Abdullah yang aku sendiri tidak pernah kenal atau jumpa.
Sisipan gambar buat kenangan semasa di Bukit Kiara.








Dari kiri baris belakang: Maknjang, Paknjang, Pakngah, Hafez, Amal, Khairunnisa', Maklang, Paklang. Barisan depan: Nukman, Ammar, Yasmin, Raudhoh, Luqman, Mak dan Makngah.



Rombongan kami dari Shah Alam ini membawa kepada sebuah pertemuan berikutnya yang menjanjikan sakinah, mawaddah dan rahmah. Bakal bersambung di catatanku dari Kepala Batas.
amalharun
Shah Alam.

Saturday 13 December 2008

Antara Punca Guru Tidak Waras

"Cikgu, apa guna belajar benda ni cikgu? Bosan la."


"Bukan setakat bosan, tak berguna pulak tu, tiada kaitan dengan hidup aku"

Ini adalah rungutan sebilangan kecil pelajar tingkatan 4 kepada seorang rakanku, Athirah semasa kami menjalani latihan mengajar. Kelas ini menempatkan pelajar yang mengambil aliran vokasional. Jadi Athirah ditugaskan mengajar subjek Matematik, dan kebetulan tajuk Probability.

Macam-macam dibawa ke kelas untuk menarik perhatian pelajar supaya belajar. Malangnya segelintir sahaja mempunyai gaya mahu belajar, yang lain tidur, ponteng kelas iaitu menyembunyikan diri di bawah tangga, lepak di dalam tandas dan belakang kantin. Perbuatan ini telah lama aku perhatikan.


Macam mana aku bisa menjejakki golongan istimewa ini? Jawapannya, aku gemar berjalan-jalan di sekitar sekolah kerana menyiapkan persediaan mengajar, mencari lokasi sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran selain bilik darjah. Ini penting supaya pelajarku tidak bosan. Jadi sempat juga aku 'skodeng' budak-budak ni.


Maka, dalam penjelajahan ini, aku sering terserempak dengan pelajar golongan istimewa ini, lalu aku tanyakan kepada Athirah hal pelajarnya. Kata Athirah, pelajarnya kerap menghilang ke bilik kaunseling atau bilik akses. Sah, golongan istimewa ini pandai berkata dusta! Athirah juga sudah biasa dengan kehilangan pelajar golongan istimewa ini, mungkin itu lebih bagus agar tidak menggangu pelajar lain yang mahu belajar. Kenapa aku katakan mereka istimewa? Kerana datang sekolah dengan beg tanpa isi dan banyak lagi keistimewaan mereka.

Jangan terkejut dengan senario ini di sekolah. Ia sangat berbeza dengan sekolah kita yang MRSM, SMKA, Sekolah Sains dan sebagainya. Kita hadir ke sekolah dengan semangat menuntut ilmu, tapi golongan istimewa ini hadir mungkin sekadar permintaan ibu bapa, trend apabila mencapai umur sekian mesti ke sekolah atau sekadar bersuka-suka. Aku pernah bertanya soalan ini, jelas pelajar sendiri tidak pasti kerana mereka sendiri mengaku langsung tiada minat belajar.

Minat belajar itu siapa yang pupuk? Pelajar, ibu bapa, sekolah atau guru? Belajar itu perlu minatkah? Macam mana nak buat supaya pelajar datang sekolah nak belajar? Aduhh, bagaimana mahu menjawab?

Kutanyakan hal ini kepada pensyarah, jawapannya berhenti menyalahkan pelajar. Guru yang banyak salahkan pelajar lupa bahawa dirinya turut menyumbang masalah kepada pelajar. Solusinya, golongan pendidik perlu cari alternatif umtuk manarikperhatian pelajar supaya belajar dan mengubah sikap mereka terhadap pembelajaran. Usah melepaskan batuk di tangga, datang sekolah, masuk kelas dan cukup bulan dapat gaji.

Rugilah golongan ini, hidupnya sebagai guru robot, melakukan rutin dan mengalami tekanan oleh pelajar dan pentadbiran. Berada di medan yang mulia ini adalah landasan terbaik memulakan tarbiyyah.

Berikut adalah video yang telah dilakonkan oleh warga Al-Irshad sendiri yang turut menjadi johan 'Video in Education'. Video ini aku kira sangat bagus untuk mencetuskan minat belajar khususnya untuk memulakan sesi pembelajaran matematik "SIMILAR TRIANGLE". Melalui cara ini, barulah pelajar dapat membuat korelasi antata isi pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Apapun kesulitan yang timbul pasti ada penyelesaiannya, tak percaya? Tengoklah dalam surah al-Insyirah.

Friday 12 December 2008

Krisis harta pusaka mencetus hampa




Sempena cuti sekolah, Eidul Adha dan pesta perkahwinan ramai balik kampung. Syabas orang Malaysia dan masyarakat muslim yang mengambil cuti dan musafir jauh-jauh semata-mata untuk mengukuhkan silaturrahim sesama manusia dan keluarga, khasnya yang balik menziarahi ibu bapa.

Nun jauh di sana kampung saudara sebelah ayah, cuti dan kepulangan seluruh ahli keluarga mereka membawa kepada pembahagian harta. Harta dibahagi mengikut sistem faraid. Apabila isu harta dibincangkan, hanya orang tertentu layak membicarakannya. Sebagai orang muda yang tak terlibat dalam penerimaan pusaka, eloklah tidak usah ikut campur. (pesanan ini untuk aku). Tapi telinga gatal untuk mendengar, teringin mengetahui. Tapi biarlah,bukan urusan. Rasullallah juga menganjurkan kita mempelajari ilmu faraid.

Sabda Rasulullah saw:Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku.- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasulullah saw:Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka. - Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud.

Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:

• Memakan harta anak yatim

• Memakan harta saudara-mara

• Memakan harta Baitulmal

Masa sekolah dulu, ada juga belajar sikit subjek Syariah Islamiah. Ia agak susah bagi aku yang tidak 'detail kerana faraid memerlukan pendetailan mantap!

Bagi yang menerima pusaka atau wasiat atau waqaf, gunakan harta itu sebaiknya. Bukan senang nak dapat harta, aku bukan nak ajar sayang harta, tapi sekurang-kurangnya belajar menghargai keringat orang yang pergi meninggalkan kita. Golongan terdahulu bersusah payah untuk kemudahan generasi berikutnya. Teringat ucapan Pakngah aku ketika perhimpunan keluarga baru-baru ini,

"tanah yang kita duduk berkumpul ni adalah inisiatif nenek kita. tengok orang dulu-dulu fikir panjang". Moral: berpandangan jauh.

"Amal, nanti jangan jual tanah nenek kat orang, tapak rumah ni pun. Kalau nak jual, jual kat saudara kita, bukan orang luar" pesanan nenek kat aku masa tingkatan dua. Padahal nama aku memang tidak termasuk senarai pembahagian harta pun. Sekarang baru aku faham,harga kesusahan nenek nak dapatkan sebidang tanah.

Hampa aku melihat tanah keringat nenek dipindahmilik kepada individu bukan dari kalangan keluarga, malah bukan seakidah. Aku katakan ini kerana kasihan melihat orang dulu-dulu bersusah payah, tapi sekarang senang-senang pula menjualkan. Keringat itu tidak terbayar.

Terima kasih kepada generasi yang telah pergi meninggalkan kepada kami keperluan duniawi dan ukhrawi. Al-Fatihah.

Tuesday 9 December 2008

Sang Murabbbi Siri II

Alhamdulillah, semalam kami sekeluarga berkesempatan menonton tayangan Sang Murabbi di Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang. Kesesakan trafik agak teruk di kedua-dua arah Seberang Perai-Pulau Pinang sama ada di jambatan mahupun feri. Mak, ayah dan dua orang adik turut serta menonton Sang Murabbi.

Majlis dimulakan dengan ucapan yang dipertua ABIM Pulau Pinang diikuti ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Y.B Tuan Mohd Fairos Khairuddin,akhir sekali tayangan Sang Murabbi, mencari spirit yang hilang.


Suatu kisah yang patut ditonton, wajib buat para da'i. Al-Fatihah untuk Almarhum Ustaz Rahmat bin Abdullah (1953-2005).

Saturday 6 December 2008

Salju sakinah


Salju Sakinah novel tulisan Zaid Akhtar. Novel ini dipinjamkan oleh sahabatku Intan. Aku memerlukan 3 hari untuk menghabiskan pembacaan sebuah novel. Agak lama kerana aku kurang meminati novel dan telah menjadi penyakitku kalau membaca novel akan mengundang 'kemengantukan' seperti mengambil ubat batuk.

Eksperesi pertama melihat kulit novel ini, aku andaikan idea yang hendak dibawa oleh Zaid Akhtar adalah berat. Namun setelah membaca ia sama seperti novel cinta islami yang lain. Maaf kepada peminat novel ini, aku tidak pandai membuat ulasan buku. Aku cuba mencari tema utama ketika membaca mana-mana novel termasuk Salju Sakinah. Seperti novel lain, Salju Sakinah berkisarkan kehidupan mahasiswa, persahabatan, cinta dan hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh Sumayyah sebagai watak utama. Tidak ketinggalan hubungan anak murid dengan 'murabbi'nya.

Macam novel cinta islami yang lain, Salju Sakinah meng'high-light'kan adab berurusan dengan ajnabi (orang yang bukan mahram) dan bercinta selepas menikah. Agaknya Salju Sakinah menjadi tajuk novel sebab akhirnya Sumayyah menemui kebahagian dan disatukan dengan Naufal di musim salji.

3 bintang untuk buku ini. Kepada peminat novel Salju Sakinah anda tidak harus percaya kepada pendapat aku, ia pendapat peribadi sahaja kerana aku tidak begitu menghayati buku genre cinta. InsyaAllah mesej yang baik melalui pembacaan wajib kita ambil dan amalkan. Mungkin tiba saatnya kita cuba membaca bacaan yang lebih realistik, kandungan yang sedikit berat kerana sudah menjadi trend orang muda, sekadar membaca novel cinta atau majalah hiburan. Anda mampu mengubahnya.

amal harun
13200 kepala batas

Wednesday 3 December 2008

Saya Cikgu Baru

Sampai sekarang, aku tidak tahu kenapa berada di bidang ini. Aku hanya mengikut kata emakku. Baik padanya, maka sudah tentu baik bagiku. Sebagai pelajar di tahun akhir, malah semester akhir, bukanlah masa lagi mengira mengapa di sini, minat atau tidak bukan lagi isu. Antara minat dan tanggungjawab, ia harus dipikul agar sedikit-sedikit melahirkan rasa ikhlas penuh ketakwaan.

Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal (mafhumnya sahaja), melakukan sesuatu dengan tanggungjawab tanpa rasa cinta akan menjadi suatu beban, maka aku menjustifikasi bahawa tanggungjawab aku di dalam dunia pendidikan perlu disulami rasa rasa cinta yang mendalam. Sekali lagi meminjam kata Ustaz Hasrizal "Erti Hidup Pada Memberi", dunia pendidikan adalah medan 'memberi' paling luas lagi afdhal. Mentarbiyah dan mengislah.*dalam usaha menambah kosa kata =).

Antara gementar dan kurang kesediaan, tempoh latihan mengajar 12 minggu dihadapi seakan sebentar cuma. Kenangan bersama rakan, guru senior, pihak pentadbiran, staf sokongan dan pelajar menjadi inspirasi supaya terus memberi, memberi yang terbaik sesuai dengan motto Pengakap 'Buat Sehabis Baik'. Aku juga belajar memperbaiki PR, public relation, agar tidak menjadi terlalu skema dan sentiasa formal. Ini penting apabila kita bekerja dengan manusia yang ada hati dan perasaan, bukan mesin atau robot. Semuanya kena 'digest'.

Sedikit perkongsian semasa menjalani latihan.

Paling utama semasa menjalani latihan mengajar, kesabaran. Entah dari mana
sabar itu datang, aku tidak pernah sesabar ini. Syukur, Allah mudahkan
segalanya. Mereka sungguh nakal dalam proses mencari dewasa!

Kadang-kala seronok mendenda pelajar, denda mestilah yang sesuai, mendatangkan kebaikan, bukan niat 100% menghukum. Yang penting memberi pengajaran. Eh, suka pula didenda.

Teacher is not the boss, but student's best friend is better. Teori ini aku reka
sendiri, tak pernah belajar pun. Sesekali 'gila-gila', pasti tak gila.

Sejuta penghargaan buat Puan Patricia sentiasa membantu persediaanku di makmal.
Kadang aku membantunya membuat 'dilution' dan pengiraan kimia, namun beliau
kerap menolongku segalanya seikhlas hati dan bersungguh-sungguh biarpun makmal
itu sederhana cuma.

Ini pertama kali mereka mengenal dan menggunakan 'pipette'. Pentingnya buat amali, bukan setakat mengejar silibus. 'Thumbs up' untuk anda tekun berusaha dengan kelengkapan yang seadanya.

Seronok mereka memakai baju makmal, walaupun panas! Inspirasi katanya. Aku ugut supaya pakai, kalau tak asid pekat yang terpercik akan menghodohkan kulit mereka yang halus itu. Unsur ugutan tidak keterlaluan digunakan...hehe adakah bersalahan dengan teori dan pedagogi pendidikan???

Wahai Allah, terangi jalan dan hati kami agar kami mudah menerima ilmu-Mu. Kurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kami.

Tanggungjawab sosial mesti dipenuhi. Ini rakan sepasukan. Kami turut menerima jemputan berbuka puasa di kalangan para guru senior, masyarakat tempatan dan paling terharu pelajar sendiri jemput kami. Jazakumullah.

Dan ketahuilah ini dunia baruku. Nasihati aku andai tersasar. Berusahalah yang terbaik, sesungguhnya Allah melihat usaha hamba-Nya, bukan hasil gagal atau jayanya.

amal harun

13200 kepala batas