Friday, 13 February 2009

Sombong dan muka sombong

Kadang saya tak suka keluar ke khalayak, juga tak suka bergaul dengan ramai, pendek kata tak pandai la nak bersosial. Disebabkan kata orang, muka saya nampak serius dan garang (apalah nasibku).

Kiranya first impression orang; pompuan ni sombong! Tak apa la nak kata cek ni sombong atau garang. Kalau nak sombong takat mana boleh sombong,kita hamba, saya ulang kita hamba ya! Redhalah kita hamba kepada Allah.

Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan membanggakan diri. Luqman;18


Dan satu lagi, supaya saya tidak sombong, atau MPP juga tidak sombong;

Orang yang beriman dengan ayat-ayat kami hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri. Sajadah 15

5 comments:

  1. sombong bersebab takpa..cnth dgn lelaki bkn mahram..bukan apa, kalau tak sombong, nanti terlebih ramah..bukan ka lagi hebat fitnahnya..

    ReplyDelete
  2. itu mesra alam namanya.

    aku memang berwajah sombong agaknya hehee

    ReplyDelete
  3. aku pun org ckp sombong..
    muka garang lagi..
    lagi hebat dari kau..
    apalah nasib..huhu

    ReplyDelete
  4. kau memang lebih hebat dari biasa, aku pun tak berani heehe

    ReplyDelete
  5. huahua..irsha the hebat..huahua..

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..