Thursday, 5 February 2009

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok



Sebuah buku tulisan Prof.Dr. Muhd Kamil Ibrahim telah selesai saya baca. Perasaan yang bercampur baur apabila membaca sebuah travelog yang ditulis penuh keikhlasan dan keinsafan. Ia adalah hasil lontaran hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok bukan sekadar catatan hamba Allah yang baru mengenal Tuhan, tetapi ia jauh lebih signifikan dalam kehidupan saya. Ia adalah motivasi menjadi Muslim yang ‘benar’ dari sudut ibadah dan tujuan hidup, tujuan kita diciptakan dan paling utama adalah episod jalan pulang menuju Allah.

Syukur, pada satu aspek yang lain, saya merasa lebih bertuah daripada Prof Dr.Muhd Kamil. Saya menerima pendidikan al-Quran di usia muda, juga berpeluang mengikuti kelas qiraat suatu masa dahulu berbanding beliau yang mula mengenal huruf di usia 40-an. Namun saya kalah dalam menghayati isi al-Quran yang mulia itu, sisipan kalam suci di dalam travelog ini menyedarkan saya jahil dalam terang.


“Dia berdoa, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, sebab itu, ampunilah aku! Lalu Tuhan mengampuninya, sesungguhnya, Tuhan itu pengampun dan penyayang” al-Qasas, ayat 16


amal harun
kolej kediaman a
88999 Kota Kinabalu

3 comments:

  1. Amal, xjmpa pn buku nih....buku travelog haji ada la trjmpa...hee~

    ReplyDelete
  2. amal beli di perai, try cari kat harris 1b

    ReplyDelete
  3. nanti amal pinjamkan, la ni ada org pinjam

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..