Showing posts with label Mitsaqan ghaliza. Show all posts
Showing posts with label Mitsaqan ghaliza. Show all posts

Sunday, 28 June 2015

Selamat 2 Tahun Bercinta

"Untunglah hang dapat suami yang hang nak, aku belum jumpa laki yang aku nak" begitulah bunyi kata-kata kawan yang masih mencari calon hidup.

"Bukan aku nak pon kawin dengan dia" 

"Haaaa? Jangan kufur nikmat wehhh"

"Heheee maksud aku, bukan aku NAK kawen dengan dia, tapi memang aku perlu kawen dengan dia. Nak dan perlu tak sama." 

Kenapa makin rasa perlu kawen dengan dia? Sebab dia SABAR. Kadang sabar dia buat aku jeles, dia boleh dapat banyak pahala sebab sabar dengan perangai aku. Aku boleh hilang banyak pahala sebab tak bersabar. 

Begitulah dalam tempoh 2 tahun kawen ni, sangat banyaklah kekurangan aku dalam segenap aspek contohnya sudut ibadah khusus, banyak aku belajar. Bab masak-masak, letih macam mana pon tetap masak kerana kami lebih gembira makan seadanya di rumah....sesekali makan luar baru rasa sedap. Makin rajin google resepi, rajin mop lantai yang mana sepanjang hidup bujang dulu adalah 2 kali pegang mop. Bab akhlak, iaitu part nak mengumpat terus tak jadi sebab takdak respon, dan kemudian baru terperasan bahawa sedang mengumpat tapi tiada gang. Kiranya dia inhibitor mengumpat.

Sedang banyak khilaf tak disedari, banyak kata-kata menyakitkan hati, banyak kekurangan budi pekerti, dia terima, sebab aku isteri.

Selamat 2 tahun hidup bersama, bercinta dan berduka. Terima kasih untuk semua, semoga Allah balas untukmu syurga.

Selamat 2 tahun menikah in advance.

Amal Harun
Labuan


Sunday, 29 December 2013

Bilakah?

Adakalanya kawan-kawan saya berkongsi kerunsingan yang mereka belum bertemu jodoh. Begitu juga dengan anak-anak didik saya yang telah melangkah ke universiti. terpapar di status facebook mereka. Pastinya, masing-masing menanti ketibaan jodoh.

Kalian, jodoh bukan untuk dinantikan meskipun Allah telah janji menetapkan jodoh buat kita. Jodoh adalah yang diusahakan. Terus semua orang tanya bagaimana berusaha mendapatkan jodoh? Ikhtiar itu pelbagai contohnya minta orang carikan atau ibu bapa pertemukan, bukan menggedik di program sosial, laman sosial atau berpacaran di kampus. Itu bukan ikhtiar, itu cari bencana.

Banyaklah kaedah, tetapi pada saya semua kaedah itu adalah wasilah pertemuan jodoh. Maksud saya, cara pertemuan itu nombor dua jika itu dikata ikhtiar. Cara nombor satu ialah memperbanyakkan ilmu, mendalami ilmu untuk diri dalam pelbagai aspek. Sebab ilmu untuk diamalkan, bila amalan kita berlandas ilmu, hidup kita akan sentiasa selaras dengan kehendak agama. Ilmu jugalah membentuk keperibadian akhlak yang memenangi hati manusia, dan dengan ilmu akan membentuk kematangan berfikir membuat keputusan. Ilmu juga menjaga mengurus emosi. Dan dengan ilmu, amal ibadah kita kepada Allah menjadi sohih.Bukankah menikah suatu ibadah? Jom cari ilmu!!

Baiklah, bagaimana mencari ilmu untuk mempersiapkan diri ke arah baitul muslim? Letakkan diri dalam tarbiyyah dan dakwah. InsyaAllah ilmu itu bukan di awal proses perkahwinan malah sepanjang usia perkahwinan. Tarbiyyah membentuk individu muslim yang bebas dari tuntutan hawa'. Individu muslim keluaran tarbiyyah ini seterusnya akan membentuk keluarga muslim dan matlamat akhirnya ialah masyarakat muslim sampailah ustaziyatul alam. Jauuuuhhnya!

Ya, impian besar itu hanya dimulai dengan tarbiyyah individu seterusnya usaha dakwah atas kefahaman yang jelas terhadap islam. Justeru saya menasihatkan pelajar yang berada di universiti, jagalah diri dan iman, Sertai tarbiyyah dan dakwah. Inilah jalan-jalan ke arah pernikahan kerana Allah.

Ia juga menyibukkan anda di usia remaja dan zaman kampus dari peluang-peluang kemaksiatan seperti 'couple' sampai membawa kepada perbuatan zina. Naudzubillah. Ingatlah, permulaan pertemuan didasari dengan dosa, payah menjemput sakinah, mawaddah dan rahmah ke dalam syurga kecil kita di dunia.

Tak dinafikan saya juga lambat, tapi pada saya usia saya berkahwin pada 27 tahun adalah 'ideal age' kerana masing-masing kami tahu membawa diri, lebih berterus-terang dan terbuka menerima keburukan dan kekurangan masing-masing. Tidaklah bermaksud tiada perselisihan, tetapi semuanya didasari dengan berlapang dada.

Pernah berlaku krisis, saya bisikkan pada diri, adakah kita hanya meminta atau berkorban memberi? Tidak kita ditakdirkan menikmati ketika memberi dan menerima. Semuanya dibalikkan kepada nawaitu menikah. Bahawa, aku menikah kerana Allah. InsyaAllah Allah pelihara hubungan ini.

Bila, di mana dan dengan siapa, tak usah gusar gundah gulana, persiapkan diri dan lihat kesediaan mahupun kemampuan diri. Akan tiba masa sebagai ketetapan Ilahi.

Amal Harun
Labuan

Sunday, 17 November 2013

Suami & Daddy to be

Dear anak mama, 

Mama sekarang di airport. Hujung minggu mama ada kelas. Dalam tempoh 3 minggu kebelakangan dan akan datang mama akan jadi sangat letih. Keadaan bertambah buruk kerana mama selalu muntah dan tekanan darah yang rendah. 

3 minggu yang dilalui amat mencabar kerana kita sering travel. Maklumlah 2 kampung, negeri utara dan selatan, semuanya amat asing.

Mama tak pernah ceritakan tentang baba kamu. Bila mama cerita ni tujuannya ialah supaya menyebut-nyebut kebaikan suami mama. Dengan kata lain agar mama menjadi isteri yang bersyukur. Kamu tahu ramai wanita di neraka kerana kufur dengan suami. Mama nak masuk syurga, jadi mama kena taatkan baba kamu. 

Sejak mama mengandung, baba kamu banyak tolong mama hal- hal di rumah macam memasak, angkat benda berat, mop lantai agar lantai dapur sentiasa bersih dan harum. Jika busuk mama mudah muntah. 

Baba kamu bukan setakat tolong dalam rumah, di luar dia jemur kain, angkat benda berat, picit kaki mama, jaga mama bila muntah.