Sunday 4 November 2012

Bio Hazard Sebelum Kahwin

Hassan al-Banna ada kata kalau berkawan 20 tahun pun kamu takkan kenal.

berkata ulama: kullu khatib, kaazib ( setiap yang bertunang atau mempunyai rasa cinta sebelum nikah adalah pendusta)

Senang cakap, masa sebelum kahwin, itulah masa yang penuh kepura-puraan. Masing-masing bertopeng. Wah bahaya!

checklist:
1.solat
2.cintai ilmu
3.manfaat orang lain
4.akhlak
5.hubungan dengan Allah

MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, ITS ABOUT MAKING UMMAH.

Thursday 1 November 2012

Apa salahnya Kerja Kuat


Dengan nama Allah Yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Saya terdesak untuk menulis hal ini disebabkan ia luahan yang tidak mungkin sampai kepada sesiapa secara lisan. Sudah tentu untuk tatapan saya seorang, supaya saya beringat dan tidak lupa bahawa saya sudah membuat persediaan mental menghadapi kesukaran yang menimpa rakan pensyarah yang lain.

Baru-baru ini diumumkan senarai pegawai yang dinaikkan pangkat. Kolej kami antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan kolej lain. Saya tidak mahu nyatakan apakah system dan prosedurnya. Saya bukan orang yang layak.

Setelah insiden kekecewaan yang melanda rakan sekerja, hampir beberapa hari isu ini terus meniti di bibir setiap pegawai. Kecewa agaknya. Tidak kurang yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap ketua, bertanyakan punca kegagalan, menyebut kembali setiap amanah atau sumbangan yang telah dibuat, hilang motivasi mengajar dan berdukacita atau bermuram durja.

Normal lah kan? Sebab setiap orang (husnu dzan) telah berusaha sehabis baik. Saya akui, kami di sini bekerja melebihi waktu kerja kerana melayan pelajar, melatih pelajar di padang hingga petang dan malam pula masih mengajar dan aktiviti kecemerlangan. Itu amat diakui dan disokong oleh rakan di kolej lain. Sebab utama, kami di sini kurang akses untuk keluar dari Labuan!

Maka disebabkan itu, ramai kecewa dan mula menuntut keadilan dan pembelaan. Mereka pun ikut saluran yang betul seperti mengadukan kepada pihak tertentu untuk dibincangkan dan meminta penjelasan oleh pihak yang terlibat. Saya pun tidak tahu apakah hal sebenarnya, so far so good.

Saya cuma mahu utarakan sesuatu untuk direnungkan sejenak. Jika kita rasa kita layak naik pangkat dan ada orang mencantas peluang rezeki kita, maka ingatlah selalu bahawa pemberi rezeki ialah Allah bukan manusia. Mengajarlah kerana Allah. Rezeki bukan dalam bentuk naik pangkat, meningkat gaji dan pendapatan tetapi kebahagiaan rumah tangga, kesihatan, anak yang soleh dan kehidupan yang tenang adalah antara rezeki yang tidak kelihatan di mata kita. Rezeki itu luas maknanya.

Kemudian, renungkan kembali layakkah kita dibayar sebegitu rupa dengan hasil yang kita curahkan. Amanahlah pada masa bekerja dan didiklah pelajar dengan sabar dan ikhlas. Jika kita kerja lebih masa dan bos tak nampak malah melabel kita curi tulang, maka bertenanglah sekali lagi. Kita buat sesuatu bukanlah untuk penghargaan manusia. Bukan juga untuk ditunjuk-tunjuk. Allah Maha melihat.

Kita mesti menonjol. Itu kata bos saya. Setiap apa yang dibuat mesti ditonjolkan. Saya tidak pasti apakah mesej yang cuba dia katakan. Mungkin pekerjaan dan prestasi kami yang tidak menonjol menyebabkan kegagalan naik pangkat??

Jika kita rasa bos tak nampak, buatlah juga sebab Allah nampak. Jika dia bagi markah dan menilai berdasarkan apa yang dia nampak, maka ketahuilah penglihatannya juga terbatas. Atau sudah cuba ‘menonjol’ tetapi tetap tak nampak malah dihukum pula dengan markah yang rendah, bertenanglah lagi. Allah akan balas ganjaran yang baik di akhirat. Jika dia buat-buat tak nampak, maka kamu dizalimi.  Orang dizalimi ni banyak kelebihannya dari segi doa. Usahlah menuntut keadilan yang jitu di dunia sebab dunia memang tidak adil. Allah saja Maha Adil dan menilai di akhirat nanti.

Tidak mengapalah jika hari ini kita dilihat gagal di mata bos. Tetapi kita sendiri boleh bangkit dari gagal. Kalau kita tak gagal, maksudnya mata manusia yang gagal melihat kebaikan manusia lain hehee. Tak mengapa, Ustaz Pahrol kata, orang yang Berjaya banyak merasai kegagalan berbanding orang gagal.
Mohon maaf jika bos atau ketua-ketua sesebuah organisasi membaca apa yang saya tulis di sini. Ia hanya luahan yang terbuku daripada seorang penjawat awam yang mahu berusaha dan ditunjukkan apakah jalannya.

Apalah salahnya kerja kuat, bebaskan diri kita dari penghargaan manusia. Sebaik-baik manusia ialah yang bersungguh-sungguh. Jadikan kerja sebagai medan dakwah dan ikon muslim yang bekerja penuh kecemerlangan.


Amal Harun
Labuan