Showing posts with label siri merenung diri. Show all posts
Showing posts with label siri merenung diri. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

Beg Coach

yang ku mahu, ni paling murah la, tapi aku tak mahu dah, bagus infaq Palestin saja.

"Wah, ramainya orang, tidak letih kah?" kata teman serumah saya ketika kami menonton berita di TV. J emaah haji dilaporkan sedang melakukan ibadah melontar di jamrah.

"Sebab tu lah kena pergi masa muda, sihat dan masih kuat" kata saya sebagai respon sambil jari melayari internet. Laman apakah yang sedang saya terokai??

Tidak lain dan tidak bukan laman sebuah beg tangan berjenama COACH. Kemudian saya berkira-kira mahu memiliki satu beg berjenama itu. Cis, syaitan sedang membelai-belai perasaan saya agar memasang keazaman tinggi membelinya.

"ahaa! ini murah RM700 je" saya teruja.

"Simpanlah duit kamu, perhi haji masa muda" pendek, tepat dan terkesan betul kata-katanya.

Saya kaget menelan liur dan tersengih, kemudian saya terus tutup laman tersebut. Biarlah saya ada beg saja bukan jenama itu.

Teguran dia bagaikan emas. Betul-betul buat saya membuang azam tentang beg COACH. Insaf dibuatnya. Terima kasih teman serumah saya.

Prof Muhaya dalam rancangan di TV sempena aidil adha berpesan agar simpan duit, jangan asyik beli handbag saja. Simpan duit tu agar dapat buat korban setiap tahun. Saya pula berazam simpan duit agar dapat pergi mekah beribadah umrah atau haji. Titik.

Say NO to expensive handbag!

Amal Harun
Labuan.

Monday, 2 July 2012

18 hari Menuju Ramadhan


18 hari menuju Ramadhan. Saya belum bersedia. Tahun lepas pun begitu, sekurang-kurangnya tahun lepas saya ada membuat bacaan sempena menyambut Ramadhan. Kurang bacaan, kurang baca buku dan bahan bermanfaat. Banyak juga masa saya habiskan di FB dan kerja-kerja pejabat yang tak berkesudahan. Buku saya banyak lagi belum habis.

Mereka mungkin sedang menyumpah serana saya yang membeli mereka tetapi tidak membaca.

Penipulah saya jika saya katakan tidak mempunyai masa. Kadar pembacaan yang kian merosot amat membimbangkan. Mungkin otak makin perlahan. Ya  tahap produktiviti kerja saya juga perlahan.

Saya baca buku Stephen Covey pun separuh, buku Dr.Farhan dan Fatimah Syarha pun separuh, Semua separuh. Rak buku saya berhabuk. Terukkkkk teruknya saya.

Saya tidak boleh mengimpikan masa cuti yang panjang untuk membaca dengan tenang, atau membaca buku di tepi pantai lagi. Semuanya atas kekangan masa, sejak-sejak saya menjadi pengurus pasukan bola jaring.

InsyaAllah, saya tetap berazam membaca al-Quran secara konsisten mulai rejab lalu. Dengan harapan Ramadhan ini tidak sia-sia lagi.

Wahai Allah, ampunkan saya dan ibu bapa saya, serta manusia lain. Sampaikan kami kepada Ramadhan tahun ini.

Bulan ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan digandakan pahala amalan, bulan yang didalamnya ada malam yang menyamai seribu bulan, dan bulan keampunan. Ya Allah, saya tidak mahu ia berlalu dengan sia-sia. Ampunkan kami ya Allah.

Ahlan ya Ramadhan.

Sunday, 1 July 2012

Kerja

Malam sabtu kemarin, saya bawa kereta menuju Hotel Grand Dorsett. Kakak ipar saya minta saya singgah ATM. kawasan tersebut ada beberapa pub dan kelab malam. Kalau tengok dari luar akan hairan kenapa tempat parking penuh, munkin banyak kereta sebab orang pergi pub.

Bila melalui pub tu, pintu luar dijaga oleh seorang lelaki, dia mungkin penyambut tetamu. Sambil memutar stereng, sempat juga saya tengok pub dan lelaki itu, wajahnya macam lelaki melayu atau muslim. Jika dia muslim, insyaAllah semoga dia diberi hidayah dan rezeki yang lebih baik dari sekarang.

Jalan lagi di kawasan hadapan saya lihat gadis-gadis dengan pakaian yang seksi sangat depat pintu kelab malam. Hati saya terdetik kemarahan "hish tak sedar diri'.

 Dalam 3 saat melepasi gadis-gadis itu, saya lihat seorang pakcik tua dengan uniform berlambangkan Perbadanan Labuan. Dia sedang mengelaskan sampah mencari kotak-kotak di kawasan longgokan sampah.

Allah tunjukkan saya 3 pekerjaan yang dilakukan. Allah buka setiap lorong mencari rezeki, rezeki halal. Kita yang pilih. Biarlah kerja yang dilakukan itu dipandang hina, sedikit pulangan, kotor dan amat memenatkan. Tetapi Allah mengganjari usaha orang yang bekerja mencari rezeki halal.

Seorang adik pernah menasihati pelajar saya, hidayah itu umpama burung, apabila ia hinggap di hati, tangkap dan jangan lepaskan.

Amal Harun
Labuan

Tuesday, 24 April 2012

Telitilah

Tak mampu untuk menegur kawan-kawan yang menggunakan harta di pejabat untuk tujuan peribadi. Atau apa-apa saja yang dicetak bukan sesuatu yang berkaitan dengan tugas rasmi. Atau masa kerja bukan rehat digunakan untuk berehat, waktu rehat pon rehat juga. Saya pun leka, selalu leka. Pendek kata, pandai-pandailah bayar balik masa kerja yang terkurang. Ini nasihat untuk diri, kadang lupa. Marilah bersikap jujur dan amanah.

Bos mungkin tak nampak, tapi Allah nampak. Siapalah saya yang baru setahun jagung kerja, pangkat pun rendah. Tapi setahun jagung itulah yang harus dididik agar amanah dan jujur dengan benda-benda kecil yang kelihatan mudah. Mudah-mudahan sementara masih setahun jagung inilah cepat-cepat betulkan apa yang salah. Nampak mudah dan biasa kerana mencetak benda kecil tapi tetap dinilai. (nasihat diri, jangan buat!!!!) Kisah berikut amat signifikan. Ya Allah, ingatkan kami bila kami lupa.

Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di dalam pejabatnya sedang memeriksa buku keluar masuk wang negara dan juga Baitulmal. Tiba-tiba khalifah terdengar ketukan. Bilik itu diterangi dengan lampu minyak yang cukup terang untuk membaca. Khalifah bertanya tanpa membuka pintu, "Siapa di luar?" "Saya ayah," terdengar suara seorang pemuda, puteranya sendiri. 

"Ada urusan apa?" Tanya khalifah. "Saya disuruh oleh ibu untuk berbicara dengan ayah tentang beberapa perkara," jawab puteranya. "Masalah apa?" tanya Khalifah. "Buka pintu dulu ayah. Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak. "Terangkan dulu, masalah apa? soal keluarga, soal kemasyarakatan atau soal negara?" Tanya khalifah, tetap tidak dibuka pintu untuk anaknya masuk.
"Tentu saja urusan keluarga kita, Ayah." jawab anaknya hairan. "Kalau begitu, tunggu sebentar," sahut khalifah Umar daripada dalam. Lantas ia bangun, menghampiri satu-satunnya lampu di biliknya dan ditiup hingga padam. Barulah pintu itu dibuka dan disuruh anaknya masuk. Puteranya itu semakin hairan. Masakan mereka hendak bercakap di dalam gelap? Apakah ayahnya terlalu kuat bekerja sehingga tindakannya menjadi ganjil, di luar kebiasaan orang awam?
Lalu anaknya bertanya kepada khalifah," Ayah, di bilik ini, hanya ada satu lampu. Mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang di tengah kegelapan?" 

"Benar, kita akan berbicara di dalam gelap, kita akan berbicara di dalam bilik ini," jawab khalifah tanpa ragu-ragu. "Mengapa, ayah?" tanya anaknya kerana inginkan kepastian. 

"Adakah kau tahu, bilik apakah ini?" tanya khalifah semula kepada anaknya. "Pejabat, ayah?" jawabnya. "Siapa ayahmu?" khalifah menyoal anaknya lagi. "Pemimpin negara, Khalifah, Amirul Mukminin," jawab anaknya semakin bertambah kehairanan. Bahkan semakin curiga, jangan-jangan ayahnya telah mabuk kuasa.

 "Itulah dia jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin, maka kita harus bercakap tanpa lampu di bilik ini," ujar khalifah kepada anaknya. "Mengapa?" soal anaknya lagi. 

Khalifah lantas memberikan penjelasan. "Yang akan kita bincangkan adalah di atas urusan keluarga, sedangkan minyak lampu itu dibeli dengan wang negara. Wang rakyat. Aku tidak mahu kerana urusan keluarga, akan merugikan harta kepunyaan rakyat dan negara. Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaaan adalah amanat yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak?"

Sunday, 25 March 2012

Bola Biru saiz 11

Minggu lalu saya masuk pertandinga bowling di kolej. Saya tak berminat pun, tapi setelah diajak oleh rakan sepejabat, saya pun setuju, sebagai syarat melayakkan penyertaan mereka. Rupanya pertandingan adalah sebanyak 3 set.

Set pertama tak konsisten. Ah, saya main buang saja bola, kadang-kadang longkang. Set kedua mulai letih dan bosan. Apabila masuk set ketiga, kami mula lapar, sebab sudah tengah hari. Memandangkan banyak jatuhan pin, kami kembali bangkit bersemangat bermain. Saya guna bola saiz 11 dan 7. Memandangkan jika menggunakan bola saiz 11, pin akan jatuh dengan lebih banyak (berdasarkan perkiraan momentum dan inersia barangkali) bola biru saiz 11 tu menjadi kegemaran. Sekali, pernah saya cuba bola hitam budak di lorong sebelah. Ya Allah, berat bukan main. Set ketiga mencatatkan saya pemain terbaik dengan jatuhan pin melebihi seratus antara rakan sepasukan (padahal masih sedikit). Perasan!

Kami menjadi peserta terawal menghabiskan permainan. Tidak pernah fikir nak menang. Kemudian kami 'posing' dengan piala-piala yang sudah tentu bukan menjadi milik kami, masing-masing membuat andaian akan memenangi hamper-hamper besar. Tetapi, jauh lebih yakin bahawa kamilah kumpulan tercorot. Lepas makan tengah hari, kami datang semula untuk penyampaian hadiah. Kumpulan kami mendapat tempat kelima daripada enam kumpulan. Bukankah ia hebat?

Keesokan harinya, ahad, saya hanya terbaring, kepenatan mungkin. Petang pula keluar dengan rakan untuk usrah di tepi pantai. Sebelum balik, kami singgah makan ABC dan cucur pisang. Apabila malam, badan saya semakin sakit, makanan berat terakhir ialah nasi goreng semasa sarapan. Sehingga malam, dada saya terasa sempit dan sukar bernafas. Kepala saya sangat berat dan sakit. Perut saya memulas dan sakit. Sakit dada semakin menjadi di tengah malam. Saya rasa dada saya sangat sempit, dan mahu muntah. Hendak bangun pun tidak boleh, simpton ini hanya berlaku jika tekanan darah saya rendah. Saya hampir muntah dan masih tidak makan. Saya kemudian menghantar sms kepada rakan sepejabat untuk urusan penggantian kelas.

Sakit itu berterusan dan saya hanya bangun untuk subuh dan kembali terbaring. Otot dan sendi menjadi semakin sakit. Baru saya ingat, sakit-sakit seluruh badan itu kesan dari mengangkat objek berat. Sepanjang hari, saya hanya terbaring dan makan roti sekeping pada petangnya. Saya hampir menangis menelefon emak dan ayah. Kuatkan hati.

Selasa pagi, saya gagahkan diri ke kelas. Jam 7 pagi, saya pergi sarapan dengan Kak Shidah, dia belanja. Sebelum masuk kereta, saya muntah bersembur-sembur depan kedai. Mujur tiada yang nampak. Saya naik ke pejabat dan bagitahu Kak Amal, saya rasa saya MC lagi. Pelajar menunggu saya untuk tutorial. Augustine, pelajar saya datang dan sempat saya terangkan dia 1 sintesis. Saya lari ke bawah untuk ke hospital. Indra yang hantarkan.

Sebelum masuk kereta Indra, saya muntah sekali lagi dalam amaun yang banyak. Saya mula 'dehydrate'. Sampai di hospital, jabatan kecemasan kelihatan lengang, saya terus masuk dan jumpa MA. Sakit ringan yang tidak memerlukan seliaan doktor.

Saya diberi minum MMT 15 ml dan suntikan IV maxolon. Semua ni sudah biasa masuk dalam badan. Setelah menerima suntikan tersebut, saya jadi pening terhuyung-hayang dan sangat mengantuk. Ia sangat tidak selesa dan masih loya. MA di sana sangat relaks, mereka sempat bercerita tentang minyak rambut dan tukar kereta. Alhamdulillah, saya tidak perlu drip. Saya bimbang, jika drip saya akan dicucuk oleh jururawat pelatih yang sangat ramai di situ. Tahun lepas, habis tangan saya dicucuk dengan cuai oleh jururawat. Kesannya, doktor di Penang kata, salur darah saya mengalami 'thromboplebitis' (lupa sudah). Salur darah di tangan saya mengeras, membiru dan hijau dan hitam hari demi hari. Geli pun ada, menurut doktor, mujur tiada jangkitan. Tetapi saya kembali demam seminggu. Beberapa bulan, thrombophlebitis itu hilang.

Setelah menerima surat sakit, saya ke farmasi dan Indra hantar saya balik rumah. Sampai petang saya tidur dan agak lewat solat zohor. Alhamdulillah, saya tidak muntah lagi. Saya tidak makan apa-apa dan semakin hilang selera.

Hari rabu, saya kembali kerja dan masuk tutorial jam 7 pagi. Keadaan saya yang tidak makan menyebabkan saya sangat lemah, pelajar saya sangat diam, mungkin kasihan dengan keadaan saya, tetapi baguslah, dengan keadaan saya yang lemah, mereka selamat dari kena marah. Sebab mereka tidak siapkan tutorial. Saya hanya sarapan setengah biji roti canai. Amat menyeksakan untuk bertahan di pejabat dalam keadaan yang lemah.

Malam, saya semakin tidak senang duduk. Sukar bernafas dan sakit kepala. Tidur pun susah. Abang saya bawa saya ke tempat refleksologi untuk menggurut. Alhamdulillah, saya diurut oleh seorang wanita buta (akan saya ceritakan sesuatu di sini nanti). Selesai diurut, badan saya terasa lebih selesa sedikit. Itulah pertama kali diurut dalam hidup saya.

Sepanjang malam, saya tidak dapat tidur. Walaupun setelah menelefon ayah dan emak. Saya tanyakan apa doa hendak dibaca. Emak jadi risau dan dia kata tak tahu. Mak pesan agar baca quran, selawat dan doa. Sepanjang malam, saya tidak tidur, saya solat, baca quran dan membaca buku Kimia. Sebelah badan jadi lenguh.

Khamis dan jumaat, saya semakin baik. Alhamdulillah, dalam keadaan sakit yang tidak tahu punca tersebut, saya belajar suatu perkara; berserahlah kepada Allah. Saya cuba sibukkan diri dengan buku agar melupakan kesakitan. Saya paksa makan supaya tidak gastrik berterusan, Cuma ubat hanya diambil 2 hari saja. (tidak suka ubat).

Alhamdulillah, Ahad bertemu Ahad, dan saya kembali pulih dan kembali hadir untuk usrah tepi pantai. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sakit itu ingatan daripada Allah.

Amal Harun
Labuan

Sunday, 11 March 2012

Bangkit

Akhir-akhir ini, entri saya banyak berunsurkan kesedihan dan ke'down'an saya akibat daripada kemalangan tempoh hari. Mungkin patut ditulis bagi melepaskan sedikit beban dengan menulis di blog daripada bercerita kepada manusia. Yang pasti haruslah diadukan segalanya kepada Allah. Itulah sebaik-baik tempat mengadu, memohon pertolongan dan berkongsi rahsia.

Jika semua masalah itu dilayan, ia tidak akan berkesudahan. Jadual setiap hari saya akhir-akhir ini sibuk dengan kelas gantian beberapa pensyarah yang bercuti, mengejar silibus dan proses mengisi markah pelajar. Ditambah pula dengan beberapa mesyuarat yang harus dihadiri dan bengkel dokumentasi.

Jika nak diikutkan sejujur dan seikhlas hati, tugas saya tidak sesibuk mana, masih sempat makan dan solat. Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang menjadi HO, sibuk dengan oncall dan sering dimarahi boss lewat status FB mereka, atau yang selalu mobile, offshore dan terpaksa tinggalkan anak kecil dalam tempoh menyusu. Jadi, jika melihat kepada ujian hidup dan karier sahabat-sahabat, kehidupan saya jauh lebih mudah. Jadi tak boleh merungut atau membanding-bandingkan tugas kita dengan rakan sepejabat yang kelihatan tidak sibuk.

Terimalah dengan ikhlas dan positif dengan niat kerja kerana Allah, mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah, semoga di sebalik semua itu, ada peluang besar untuk belajar dan memajukan diri. Jika ia melebihi dari skop tugas, anggap ia sebagai sedekah.

Mulai hari ini, saya harus menjadi pendidik yang lebih bersemangat mendidik, sering memuhasabah diri, peka kepada pelajar, ikhlas dan terus istiqamah dengan perintah Allah 'wal yatalatthaf'.

Sempena hari Isnin esok, bangkit dengan penuh semangat juang, hidup dengan kemuliaan islam, dengan hati yang subur mengingati Tuhan dan tenang menerima ujian.

الله معنا

Amal Harun
Labuan.

Thursday, 17 November 2011

Ada susah, Ada senang

Saya dan mak pusing kampung untuk mengedar daging korban. Kampung lama zaman rumah wan masih menumpang di tanah orang. Kami melalui beberapa rumah yang sudah usang. Dulu rumah itu paling besar dalam kampung. Sebelahnya kedai runcit yang diusahakan keluarga. Anaknya ada yang sebaya dengan saya.

Kedai runcit (harus dirahsiakan milik siapa) dulunya penuh dengan barang-barang, kalau jam 8-9 pagi, penuh dengan pelanggan, tak menang tangan tuannya melayan pelanggan. Pendek kata, perniagaan mereka maju dan mereka kaya. Waktu itu, saya darjah 2, sempat menumpang 1 semester di sekolah kampung tersebut sebab mak kursus di Bangi. Anak tuan kedai runcit ini satu kelas dengan saya. Akademiknya lemah. Kami ditempatkan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Campuran murid cerdas, sederhana dan lemah. Saya sekumpulan lagi dengan anak tuan kedai runcit. Kami diajar oleh ustaz muda, beliau selalu mengusik kawan saya, selalu sampai menangis. Sebab ustaz 'curi' duit kawan saya. Dia bawa banyak duit syiling, berat poket.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan mula merosot, kedai runcit kosong. Tiada lagi yang berkunjung. Ayahnya sakit dan akhirnya meninggal. Sewaktu saya di sekolah menengah, saya terjumpa ibunya, tua dan dhaif. Bekerja sebagai konduktor bas. Dulu banyak barang kemas menghiasi badan sekarang sudah tiada. Dan tidak lama selepas itu, ibunya pula yang pergi.

Sebelum saya masuk tahun 1 di universiti, saya nampak kawan saya. Kami bertegur sapa.

"Macam ni lah aku" katanya. Dia uruskan anak saudaranya. Abang dan kakaknya kerja kilang.

*******************************************************************************

Ada satu kemalangan depan rumah tok saya 3 hari lepas. Seorang remaja tingkatan 3 mati apabila motosikal Kawasaki Ninja merempuh kereta yang sedang membelok, lalu melambung dan terkena tiang elektrik. Semasa kemalangan emaknya telefon, orang lain jawabkan, dan mengkhabarkan anak beliau kemalangan.

Sebelum tiba, mangsa dikatakan laju melalui jalan raya, depan sawah padi. Paklong Id dalam sawah kata moto besar hijau tu laju.

Keluarga dia kaya, adik-beradik 2 orang saja. Tingkatan 3, dan masih tiada lesen, mempunyai Kawasaki Ninja berkuasa tinggi, dibawa ke sekolah. Zaman sekarang.
**********************************************************************************

Ada sebuah kereta kancil membelok jalan sawah dekat rumah tok. Ayah kata itu milik Pak Chen (bukan nama sebenar, dan sebenarnya saya lupa nama sebanarnya). Keretanya kotor dan penuh dengan minyak hitam, ada tertampal sticker, KERETA INI DIPANDU OLEH OKU.  Dia seorang bekas muallaf, kini muslim.

Ayah kata dia lumpuh sebelah tangan. Jalannya tempang. Saya juga sering nampak dia memakai stokin sebelum keluar masjid. Kata ayah lagi, dia kerja menukar penapis minyak kereta, dan pakai pekerja lagi. Wah,  Cina memang bisnes minded.

Ayah kata lagi, Pak Chen ni tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid Subuh, Maghrib dan Isyak. Lihat ciri mukmin profesional pada manusia kecil yang membesarkan Allah. Pada perkara-perkara biasa yang menjadi amalannya tetapi disukai Allah dan Rasul.
**********************************************************************************

Inilah kehidupan, ada jatuh bangun. Kadang di atas dan kadang di bawah. Saya selalu katakan pada diri saya, saya berterima kasih pada masa silam, saya dibesarkan secara sederhana dan sedikit susah. Sewaktu saya mengayuh basikal ke sekolah, melawan arah angin di bawah terik panas matahari.Waktu itu, saya selalu bertanya dalam hati, kenapakah Allah bagi kesusahan dan kesenangan. Sepanjang kayuhan basikal, saya akan dilintasi oleh rakan yang dihantar oleh ibu bapa mereka dengan kereta. Kemudian melalui rumah besar dan rumah kecil. Orang kaya dan miskin (telahan berdasarkan saiz rumah mengikut pemikiran pelajar sekolah menengah).

Apapun, terima kasih untuk sedikit kesusahan yang mengajar nilai sabar dan syukur. Rasulullah berpesan, untuk urusan dunia, pandanglah orang di bawahmu dan untuk urusan akhirat pandang orang di atasmu.

Dalam hidup, kita dihidangkan dengan pelbagai peristiwa dan ujian. Sama ada ia terjadi kepada kita atau orang sekeliling kita. Kisah-kisah yang saya tampilkan adalah peringatan untuk diri sendiri. Banyak lagi peristiwa detail yang tak mahu saya tuliskan. Kesimpulannya, dulu susah, sekarang senang. Dulu senang, mewah tetapi sekelip mata atau perlahan-lahan tuhan uji dan tarik nikmat tersebut.

Pandanglah dengan mata hati, jadikan panduan buat diri.

Ada orang, dia masih nak cuba melakukan sesuatu yang pada dasarnya sudah tahu akibat buruk yang bakal melanda, tetapi masih mencuba kerana rasa ego dan sombong. Akibatnya menerima musibah atau mengaibkan diri sendiri sahaja. Saya selalu ingat, orang macam ni kata Dr.Sabariah, pensyarah saya di UMS, "learn from the hard way".

********************************************************************************
Kita selalu dikatakan setiap musibah atau ujian pasti ada hikmahnya. Walaupun saya tak tahu dapat melihat atau tidak akan hikmah itu. Tetap dan teruslah berpegang dengan suruhan Allah. Kerana:

1.Kita milik Allah

"iaitu orang-orang yang ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali" al-baqarah; 156.

2. Kita ada tuhan

"janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita" Taubah:40.

3. Ini semua qada' dan qadar Allah. Ini rukun iman keenam.

Mudah-mudahan, Allah celikkan mata hati kita ketika menerima ujian dan syukur sepanjang masa.


Amal Harun
Kepala Batas

Monday, 14 November 2011

Takut yang menakutkan

Setiap kali hujung tahun, ia amat menakutkan, berapa banyak dah capai? berapa banyak dah buat? dan berapa banyak lagi yang buat?

Seiring dengan pertambahan usia. Akan mendekati tarikh mati.

Apabila direnung, difikir dan dinilai, ia amat menakutkan. Takutkah kita?

Amal Harun
Kepala Batas







Wednesday, 12 October 2011

Berjaya

1. Siapakah orang berjaya? Apakah cirinya?

Telah Allah nyatakan dalam surah mukminun, ayat 1-5. Hanya tinggal buat.

2. Bagaimana hendak berjaya?

Ia bermula dari cara kita berfikir, nawaitu, dan pelaksanaan dengan betul.

Kejayaan kecil, tetapi berterusan adalah kejayaan berpanjangan.

Amal Harun
Labuan


Tuesday, 11 October 2011

Pelajaran Hari Ini

image:google. belum cuba hasilkan begini.

1. Belajarlah berlembut, Allah ada sifat Latiff.

2. Buanglah ego. Allah benci. Ia hanya melemahkan diri.

3. Hentikan keluhan, kerana orang yang kufur gagal melihat nikmat depan mata dan sentiasa menyesali  dengan apa yang tiada. Bahagia pada hati, bukan pada siapa dan apa.

4. Jadilah golongan yang sedikit, golongan yang sentiasa syukur.

5. Sambutlah hari dengan kesyukuran, bangun menuju kepada hari untuk beramal.

Ya Allah, izinkan aku hidup lagi, ampunkan aku.

Aku hidup dan aku mati.

Amal Harun
Labuan.

Saturday, 24 September 2011

Amazing conversion to Islam



David chooses to accept Islam at the ‘Da’wah Table’ in North West London after only a short talk. The reason this video has been uploaded is because even though David has a great love for Islam and Muslims through his travels abroad ;sadly no one had actually invited him to become a Muslim. Dear brothers and sisters, please take every opportunity to actively invite to Islam,after making Du’a.

http://www.dawahiseasy.com

Saturday, 30 July 2011

Can a Muslim Woman Initiate a Marriage Proposal?

I have read this article, here is some the simplified version.

If a Muslim woman comes to know of a man who has good character and deen and would make a good husband, there is absolutely nothing wrong with approaching him in an honorable way with a marriage proposal.

Some ways that she could do this would be to ask her parents to approach his parents; or to send a message through someone who knows him (for example his sister, aunt, cousin, etc) that she is interested, in order to learn if he also might be interested. She can also approach him directly and raise the subject, as long as she follows Islamic rules of etiquette (meeting in public, having a chaperone, no flirtatious or sexual speech, lowering the gaze, etc).

This may be seen as improper or brazen in some cultures. But that is a cultural attitude, not an Islamic one.

Let us look to the Prophet Muhammad (pbuh) as our example, since the Quran says, “There has certainly been for you in the Messenger of Allah an excellent pattern for anyone whose hope is in Allah and the Last Day and [who] remembers Allah often.” (33:21)

First of all, he accepted a proposal from a woman, Khadijah (RA), who became his wife. It’s true that he had not yet been appointed as a Prophet at that time nor was the Quran revealed; however, he was protected by Allah from sin from the time of his birth. Allah would never have permitted him to accept a proposal from a woman if doing so was in any way shameful or improper.

Consider this incident, narrated in Al-Bukhari, Volume 7, Book 62, Number 54:

Narrated Sahl bin Sad:

A woman presented herself to the Prophet (for marriage). A man said to him, “O Allah’s Apostle! (If you are not in need of her) marry her to me.” The Prophet said, “What have you got?” The man said, “I have nothing.” The Prophet said (to him), “Go and search for something) even if it were an iron ring.” The man went and returned saying, “No, I have not found anything, not even an iron ring; but this is my (Izar) waist sheet, and half of it is for her.” He had no Rida’ (upper garment). The Prophet said, “What will she do with your waist sheet? If you wear it, she will have nothing over her; and if she wears it, you will have nothing over you.” So the man sat down and when he had sat a long time, he got up (to leave). When the Prophet saw him (leaving), he called him back, or the man was called (for him), and he said to the man, “How much of the Quran do you know (by heart)?” The man replied I know such Sura and such Sura (by heart),” naming the Suras The Prophet said, “I have married her to you for what you know of the Quran.”

Malaysian Muslim woman

A Muslim woman prays at the Baiturrahman grand mosque in Banda Aceh

As we can see, a woman approached the Prophet (pbuh) for marriage and he did not disapprove of that or criticize her. He personally did not wish to marry her, so he matched her with someone else and married them to each other.

Furthermore, a general rule in Islamic fiqh is that all things are halal unless they are specifically prohibited by Quran or Sunnah. And there is nothing in Quran or Sunnah that would suggest that it is prohibited for a woman to initiate a marriage proposal. And Allah knows best.

It is perfectly fine for you to approach the young man in a most honorable way and let him know your intentions by hinting or being flat out about it, depending upon the noble custom in your society. This is not prohibited by Islam.

Unfortunately, however, there remains a stigma within certain Muslim cultures against a woman’s family proposing or initiating marriage talks. It is likewise considered rude and offensive for the daughter to suggest a suitable man to her parents which, in some cases, is automatically deemed to mean that she is involved in an illicit relationship with him.

Sunday, 26 June 2011

Ahad yang ditunggu

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
"Aku didatangi Buraq. Lalu aku menunggangnya sampai ke Baitulmakdis. Aku mengikatnya pada pintu mesjid yang biasa digunakan mengikat tunggangan oleh para nabi. Kemudian aku masuk ke mesjid dan mengerjakan salat dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa bejana berisi arak dan bejana berisi susu. Aku memilih susu, Jibril berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril membawaku naik ke langit. Ketika Jibril minta dibukakan, ada yang bertanya: Siapakah engkau? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa yang bersamamu? Jibril menjawab: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawab Jibril: Ya, ia telah diutus. Lalu dibukakan bagi kami. Aku bertemu dengan Adam. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan.

Kemudian aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapakah engkau? Jawab Jibril: Jibril. Ditanya lagi: Siapakah yang bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Pintu pun dibuka untuk kami. Aku bertemu dengan Isa bin Maryam as. dan Yahya bin Zakaria as. Mereka berdua menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan.

Aku dibawa naik ke langit ketiga. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa engkau? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad saw. jawabnya. Ditanyakan: Dia telah diutus? Dia telah diutus, jawab Jibril. Pintu dibuka untuk kami. Aku bertemu Yusuf as. Ternyata ia telah dikaruniai sebagian keindahan. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan.

Aku dibawa naik ke langit keempat. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa ini? Jibril menjawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad, jawab Jibril. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jibril menjawab: Dia telah diutus. Kami pun dibukakan. Ternyata di sana ada Nabi Idris as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Allah Taala berfirman Kami mengangkatnya pada tempat (martabat) yang tinggi.

Aku dibawa naik ke langit kelima. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Dijawab: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Dijawab: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Di sana aku bertemu Nabi Harun as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan.

Aku dibawa naik ke langit keenam. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa ini? Jawabnya: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad, jawab Jibril. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Di sana ada Nabi Musa as. Dia menyambut dan mendoakanku dengan kebaikan.

Jibril membawaku naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan. Lalu ada yang bertanya: Siapa ini? Jawabnya: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Ditanyakan: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Ternyata di sana aku bertemu Nabi Ibrahim as. sedang menyandarkan punggungnya pada Baitulmakmur. Ternyata setiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat masuk ke Baitulmakmur dan tidak kembali lagi ke sana.

Kemudian aku dibawa pergi ke Sidratulmuntaha yang dedaunannya seperti kuping-kuping gajah dan buahnya sebesar tempayan. Ketika atas perintah Allah, Sidratulmuntaha diselubungi berbagai macam keindahan, maka suasana menjadi berubah, sehingga tak seorang pun di antara makhluk Allah mampu melukiskan keindahannya. Lalu Allah memberikan wahyu kepadaku. Aku diwajibkan salat lima puluh kali dalam sehari semalam.

Tatkala turun dan bertemu Nabi saw. Musa as., ia bertanya: Apa yang telah difardukan Tuhanmu kepada umatmu? Aku menjawab: Salat lima puluh kali. Dia berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, karena umatmu tidak akan kuat melaksanakannya. Aku pernah mencobanya pada Bani Israel.

Aku pun kembali kepada Tuhanku dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan atas umatku. Lalu Allah mengurangi lima salat dariku. Aku kembali kepada Nabi Musa as. dan aku katakan: Allah telah mengurangi lima waktu salat dariku. Dia berkata: Umatmu masih tidak sanggup melaksanakan itu. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.

Tak henti-hentinya aku bolak-balik antara Tuhanku dan Nabi Musa as. sampai Allah berfirman: Hai Muhammad. Sesungguhnya kefarduannya adalah lima waktu salat sehari semalam. Setiap salat mempunyai nilai sepuluh. Dengan demikian, lima salat sama dengan lima puluh salat. Dan barang siapa yang berniat untuk kebaikan, tetapi tidak melaksanakannya, maka dicatat satu kebaikan baginya. Jika ia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya barang siapa yang berniat jahat, tetapi tidak melaksanakannya, maka tidak sesuatu pun dicatat. Kalau ia jadi mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan.

Aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa as., lalu aku beritahukan padanya. Dia masih saja berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Aku menyahut: Aku telah bolak-balik kepada Tuhan, hingga aku merasa malu kepada-Nya. (Shahih Muslim No.234)

Saturday, 11 June 2011

Mata lebah dan mata lalat

Selepas subuh, saya dan rakan serumah bergerak ke pasar. Itulah rutin kami hujung minggu. Kami juga bersarapan di kedai. Menikmati waktu hujung minggu di warung mi kari. Menu pilihan ialah mi Jawa, iaitu mi kuning bersama kuah yang sedap, entahlah, yang pasti ada campuran ubi keledek. Ada juga hirisan isi ayam dan sengkuang yang segar. Sedapkan? Penampilan mi Jawa seperti ini.

Saya ke sinki membasuh tangan. Apabila saya menuju ke meja saya, saya melalui meja sepasang suami isteri berbangsa Cina, warga emas. Saya senyum dan menyapa, kerana hampir setiap kali ke warung tersebut saya berjumpa mereka. Kali ini saya cuba menyapa.

"Aunty, tak pedas ka makan nasi lemak?" saya memulakan.

"Tak, ini sambal tidak padas. Bagus, saya suka" lebih ceria dia menjawab.

"Kami suka nasi lemak sini, tidak padas, kami suka ini nasi lemak, bagus" suaminya bersungguh meyakinkan saya akan kesedapan nasi lemak. Saya mengangguk setuju, walhal saya tidak suka sangat nasi lemak di situ kerana sambalnya yang tidak pedas, tetapi masih sedap, malah jika di Labuan, inilah nasi lemak yang paling sedap pernah saya makan.

"Saya tidak bulih makan padas, lagi ini macam sudah tua, kalau makan padas jadi sakit dada"

"oooo, ye la kan kalau tua, banyak pula tak boleh" saya menambah hehee.

"iya ba, kalau muda nda apa, semua bulih makan, sikalang tua, manyak sakit" dia menambah lagi sambil senyum menampakkan sebaris gigi. Saya pasti, itu gigi palsu. Dapat dibezakan ciptaan manusia dan yang asli daripada tuhan.

"bah, ya la aunty, jemput makan" saya menamatkan perbualan. Inilah segmen mencabar diri bermesra dengan orang lebih tua. Saya mahu belajar berbasa-basi dengan orang-orang tua di samping menggembirakan hati, mungkin dia sunyi. Tetapi pasangan suami isteri Cina ini memang ramah. Didoakan agar mereka diberi hidayah, pergi menemui tuhan dalam iman.

Saya belajar, kadang-kadang kita prejudis, atau menyangka orang yang prejudis. Apa lagi lain-lain kaum. Maka cabaran bermesra dengan bukan Muslim dimulakan Saya teringat suatu analogi, lihatlah sesuatu dengan mata hati. Juga melihat dengan mata yakni mata lebah bukan seperti mata lalat.

Mata lalat sentiasa mencari najis atau sebarang benda kotor, lalu mencari tempat lain menyebarkan kekotoran, matanya hanya menumpu kepada mencari kekotoran dan menyebarkan kekotoran.

Mata lebah pula hanya mencari bunga demi bunga untuk menghisap madu. Setiap masa lebah mencari bunga, buanga yang baik. Malah menyebarkan benih baik. Jadilah lebah yang sentiasa menggunakan matanya mencari kebaikan pada setiap bunga dan menjadi agen pendebungaan secara tidak lansung. Bukan seperti lalat, agen penyebaran penyakit.

Nabi kekasih Allah pernah berpesan melalui riwayat Tirmizi: Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa melihat ke dalam dirinya sendiri.

Lihatlah pada sisi yang baik, lihatlah ke dalam diri sebelum melihat ke luar, nanti pemandangan di luar akan berkesan dan menghadiahkan seribu oengajaran.

Amal Harun
Kepulauan Labuhan




Sunday, 5 June 2011

Hadith: Bahtera Masyarakat, Bahagian 1

Saya ingin kongsikan suatu hadith yang dipelajari semasa jaulah PEMBINA Penang ke DHL 2009 dahulu kala. Sangat bermanfaat.

"Perumpamaan orang menjaga hudud Allah dan orang yang melanggarnya ialah seperti suatu kaum yang sama-sama menaiki kapal. Lalu sebhagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagiannya duduk di bahagian bawah. Apabila orang-orang yang duduk di bahagian bawah hendak mendapatkan air mereka meminta tolong dari orang yang duduk di atas. Maka mereka berkata "Alangkah baiknya sekiranya kita tebuk satu lubang di bahagian kita ini, maka kita tidak menyusahkan orang yang duduk di atas." Sekiranya orang-orang yang duduk di atas membiarkan mereka melakukan apa yang mereka mahu, maka mereka semua akan binasa dan sekiranya mereka melarangnya maka mereka semua akan terselamat. (riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Menerusi hadith ini, Rasulullah menganalogikan kehidupan dengan bahtera. Kehidupan keseluruhannya adalah sama dengan bahtera yang berada di tengah laut yang bergelombang. Tiada ketenangan biarpun sekejap. Tiada kestabilan kerana sering dilambung ombak. Oleh itu, orang yang menaiki bahtera, akan sentiasa berhati-hati dan memahami apa yang dilakukan. Pendek kata SAFETY PRECAUTION!

Masyarakat keseluruhan mewakili manusia yang menaiki kapal ini. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang sedar, ada juga lalai. Kapal ini membawa mereka menuju destinasi. Apabila dilanda gelombang, kesannya dirasai semua penghuni kapal. Semua akan terkesan dengan faktor ombak, angin mahupun kehendak nakhoda kapal. Kadang ke kiri, kadang ke kanan.

Sesungguhnya, manusia lupa bahtera yang dinaiki adala bahtera kehidupan.

Manusia lupa, bahawa mereka tetap berada di darat yang stabil tanpa teroleng-oleng oleh gelombang. Sebab itulah melakukan kerosakan.

Jika sedar kita di atas kapal yang penuh risiko, tentu kita tidak buat kerosakan, tetapi kita lupa kita atas kapal dan berlagak seperti di daratan, lalu kita buat kerosakan, tanpa sedar, tempoh pelayaran sangat pendek. Jika sedar hakikat ini, sudah tentu akan kembali kepada Quran dan Sunnah.

Sekiranya orang yang di atas kapal sedar apa yang dilakukannya di dalam kapal memberi kesan kepada kapal dan akan menggoyangkannya...

Sekiranya dia sedar semua itu, dia tidak akan membiarkan dirinya menjadi momokan syahwat dan penyelewengan. Dia akan menghisab setiap langkah yang dilaluinya dan setiap gerakan yang dilakukannya demi menjamin keselamatannya dan juga keselamatan orang lain.

Tetapi manusia lupa melainkan orang yang beriman, bertakwa dan sentiasa memohon petunjuk Tuhannya. Rsulullah sedar yang lupa menyelaputi hati manusia, lalu baginda memberi amaran kepada mereka. Analoginya; bahtera pelayaran.

Bersambung.

Amal Harun
Kepulauan Labuhan

Monday, 9 May 2011

Tidak kau temui jika tidak kau cari


"mak, kenapa Amal selalu kena apa yang Amal tak mau?" saya mula memberontak depan emak.

"siapa yang bagi? mahu kamu jadi jobless?" mak meluat melihat saya menbentak-bentak.

Saya terdiam kalah. "tapi orang lain dapat kerja, kemudian dapat di Kepala Batas, kemudian dapat pulak sekolah x(perlu rahsia). Amal ni, belajar pun jauh, kerja pun jauh dan tak seronok" menyambung pemberontakan.

"Allah lagi tahu, dia yang aturkan." mak terus pergi.

Siapa yang tidak bosan bila saya adukan hal yang sama hampir setahun lebih, malah 5 tahun lalu pun isu yang sama. Saya berjanji untuk tidak mengungkit kerana mahu belajar sabar dan syukur, tapi gagal dan sering saya mungkiri. Makin hari, makin saya mengundang murka Yang Maha Memberi dan pada ketetapan Ilahi.

Tetapi jauh di sudut hati, ada hikmah tersembunyi. Cuma saya yang gagal mengerti atau Tuhan mahu saya lebih banyak muhasabah diri. Mungkin saya diuji.

Seorang adik menasihati, "bila kita diuji, kita akan rasa ditinggalkan Allah, rasa Allah tak sayang kita." Kamu betul wahai adik.

Periksa balik iman bila itu yang dirasa. Itulah tanda kasih sayang Allah. Walau diuji, harus syukur kerana masih mampu untuk melaksanakan ketaatan seperti muslim lain, masih mampu jauhkan diri daripada membuat larangan Allah. Khubaib diuji sampai beliau mati, namun balasannya syurga.

Dan para malaikat masuk ke tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan) keselamatan atas kalian, berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. Surah ar-ra'd 23-24

Kalau tak diuji, manakan tahu apa itu sabar.

Saya takut menyuruh orang sabar, sedang saya gagal sabar buta makna sabar. Allah maha mengetahui, sedang saya terasa 'down', saya selak lembaran quran, lalu mata saya jatuh pada satu ayat;

"Maka sabarlah (Muhammad) atas apa yang mereka katakan dan bertasbihlah memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam dan bertasbihlah pula pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari agar kamu merasa tenang.

Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari ,mereka sebagai bunga kehidupan dunia. agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal." Taha;130-131.

Sabarlah, ringan di lisan, berat untuk diamalkan. Semoga semester baru yang ditempuh menjadikan saya hamba Allah yang belajar bersabar juga menjadi warga pendidik yang lebih sabar mendidik.

الصبر جميل
Amal Harun
Pulau Labuhan

Thursday, 14 April 2011

1,2,3,4...i did it!

25 Mac, Jumaat,8.30 pagi, hari terakhir saya menyampaikan kuliah setelah mengajar 8 tajuk Kimia Organik. Saya melepaskan kelegaan, kegembiraan dan penuh harapan kepada para pelajar.

Saya mengajar F3, seramai 125 orang lelaki perempuan, pelbagai bangsa, agama dan tempat asal. Baki kuliah bersamaan 4 jam untuk ulangkaji tajuk Polymer, mekanisme tindakbalas kimia organik, kimia fizikal, synthetic pathway dan ujian pengenalan (identification test).

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dan gembira diberi peluang mengajar F3. Kelas tetap ceria, sentiasa mendapat penyertaan pelajar, sentiasa berpeluang menerapkan nilai murni dan adakalanya menaikkan kemarahan.

Walaupun pencapaian F3 tidak begitu tinggi seperti kelas-kelas lain, namun saya gembira kerana saya terus menerus memberi kata nasihat dan pengalaman bahawa mereka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh. Saya sediakan 'hand-out lecture' bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Masing-masing mula mahu ber'hijrah'.

Walaupun mengambil masa ketika menyediakannya, saya yakin dan gembira, ia dapat membantu pelajar belajar Kimia, menganggap Kimia Organik itu mudah dan menjimatkan masa. Sangat menepati 3 jenis gaya pembelajaran pelajar; auditori, kinestetik dan visual. Mereka bukan sahaja belajar Kimia, tetapi ada value-added di sana.

Biarlah kesungguhan usaha para pelajar F3 dan saya dibalas dengan keredhaan Allah. Semoga ilmu yang disampaikan membawa manfaat kepada ummah.

Maafkan saya jika masih belum bagus. Inilah usaha yang telah saya lakukan dalam tempoh 1 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 4 hari.

Selamat Maju Jaya F3 dalam PSPM, dunia dan akhirat.

Amal Harun
WP Labuan

Monday, 4 April 2011

Where Hearts Find Rest



It is not wrong to express your sadness. It is normal to have this feeling. Every people will feel this. When you feel very hard to share with people, there is Allah the ultimate listener. It is not a fault when you feel sad. Its about to admit that you need Allah's love and His guide, that we are very weak servant, no willpower and have no reason to feel we are good enough.

Allah's kindness is very near to us. He hears all and answers our supplications. Its is we who are full of shortcomings, and we so badly need to be persistent in our supplications. Boredom and hopelessness should never cause us to stop invoking Allah; nor should of us say: I prayed yet i have not been answered. Instead we should press our heads humbly on the ground and beg for help from Allah.

“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to the patient ones.” (Quran 2:155)

“Therefore, remember Me (God) and I will remember you, and be grateful to Me (for My countless Favours on you) and never be ungrateful to Me.” (Quran 2:152)

“If God helps you, none can overcome you; and if He forsakes you, who is there after Him that can help you? And in God (Alone) let believers put their trust.” (Quran 3:160)

Patience, gratitude and trust in Allah. This is the nature of life, and this is the human condition =)

La takhaf wa La tahzan,
Amal Harun
Labuan FT


Sunday, 3 April 2011

Wan

paling kiri; wan

Petang rabu, saya pulang membawa buku laporan akademik, 3Al-Radzi, seperti biasa melaporkan pencapaian saya kepada wan. Saya masuk ke rumah dan menuju bilik wan. Sunyi.

"Amal, wan dah tak ada" sapa tok perlahan. Wajah tuanya tenang.

Saya letak beg sekolah, baru beberapa minit, wan berlalu pergi menemui cinta yang Maha Tinggi.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun" saya melafaz tenang sambil menguncup dahi wan yang amat saya sayangi. Peluh berjuang sakit sakaratul maut di dahi. Wan telah pergi. Saya perhatikan wajah nenek (arwah pergi setahun kemudian) dan tok. Saya keluar. Sepi.

Setiap satu nombor saya dail. Jiran sendiri masih tidak tahu, kepada siapa saya harus sampaikan dahulu.

"assalamualaikum, ni Amal, wan baru saja meninggal" gagang diletak dan nombor lain pula saya dail. Satu demi satu.

Wan, ayah kepada emak saya. Dia menghembuskan nafasnya pada April 2001 di hadapan nenek Sabariah dan isterinya, tok. Saya duduk dengan tok, wan, cuya (arwah pada 2009) dan nenek. Anak-anak wan dan tok semuanya duduk jauh dan kerja. Masa tu, mak dan ahli keluarga saya yang lain di Sabah, pakngah di England, makngah dan maknjang di Shah Alam, makcik dan paklang di Penang.

"wan, Amal takmau balik asrama, makanan dia tak sedap, tak ada kawan, boleh tak wan belikan amal basikal" saya mengusulkan kepada wan setelah lari dari asrama SMKA Al-Irshad. Ia jauh lebih baik berbanding semasa saya SMKA Kota Kinabalu tahun sebelumnya.

"okeh, esok kita pi beli, nak yang macam mana?" wan menyokong. Sungguh saya gembira walaupun sebulan selepas itu, ketua warden memarahi saya teruk sekali di hadapan kelas 2 AF. Saya lansung tidak takut, asalkan dapat duduk dengan tok dan wan. Mak hanya tahu saya lari dari asrama sehari selepas peristiwa dimarahi. Saya peduli apa.

Tinggal di rumah wan, lebih bersistem dan berdisiplin berbanding tinggal di asrama. Wan akan kejutkan saya sebelum subuh, masa tu setelah dia dan tok selesai solat tahajjud. Maghrib dan isyak, jangan lambatkan, pesan wan sebelum dia ke surau. Balik dari sekolah, saya campak beg sekolah dan terbaring depan tv. Wan hamparkan sejadah, berdehem 2 kali, saya faham dan tutup tv, lalu sama-sama bersolat asar berjemaah dengan tok.

"wan, doakan Amal, hari ni ada exam" saya cium tangan dia sebelum ke sekolah. Duit belanja dan nasi lemak siap dihulur.

"Bagoss" dia meneliti setiap pencapaian saya,"tapi bahasa inggeris tak score, koman, tak bagus, baiki lagi".Kepada Wan, ayah dan mak saya sendiri tak pernah begitu 'detail' mendidik saya macam wan buat.

Wan nasihat saya, betulkan bacaan surah, menyemak hafalan, wan cerita kisah surah Yusof sampai mengalir air matanya. Masa tu saya akan duduk mendengar sambil potong kuku wan, picit kaki wan, urut tapak kaki dan geletek kaki wan. Ada ketika wan sangat garang, sampai saya menangis kalau wan tegur, kadang wan sangat lucu.

"sudah 2 jam depan tv, nanti tutup. Baca quran dan baca buku boleh lama macam tu ka?" wan tegas.

Selalu, kawan-kawan saya akan menelefon saya bertanyakan kerja sekolah, kadang saja-saja bersembang. Wan pandang dan saya akan berhenti.

"Wan tak suka Amal buang masa. Sapa talipon tu, duduk di mana, mak ayah dia sapa" banyak soalan wan.

Kalau saya ke kedai, orang akan tahu, itulah cucu Haji Ya'acob. "Wan tak suka orang bantah, tak tutup aurat, banyak tengok tv..."marah wan.

Kalau wan yang jawab telefon, kawan-kawan saya akan memutuskan talian bagi mengelakkan soalan siasatan wan. Segalanya dipantau oleh wan.

Saya singgah di pusaranya seminggu sekali sebelum ke sekolah.

Al-Fatihah.

Amal Harun
Labuan

Saturday, 26 March 2011

Suddenly write this!


Time constraint limits me to write more. Life becomes more robotic. We are rushing to finish the syllabus. Students come with extra exercises, topic which do not clear, and we teachers need to do some revision in lecture and tutorials. Plus some more works on the preparation of next batch students. And the cycle repeats. A very monotonous and dull life!

I have thinking deeply about this, a routine life. And remember what Ustaz Hasrizal said, Erti Hidup pada Memberi. Giving by a sincere heart. Forcing to give, is burden. Stephen Covey also said, the more you give, the more you get back. And i said, the best you give, the best Allah rewards the day hereafter. InsyaAllah, and this is a popular quote, you are what you give!

Lately, Hakim (my ex-students) the person that i mentioned in my last 2 years entry, i taught them Mathematics Form 3. He called me and told about his SPM result. He was happy with that and plan to study in KML, but in account because his Chemistry is E.

So why need to choose unhappy life? Choose happiness by giving more. The time you spent, the sleep that you sacrifice, and everything you give is sadaqah. The prophet sallallahu 'alaihi wasallam said in the following authentic hadeeth;

Abu Musa narrated that the Prophet (s.a.w.s.) said, “Every Muslim has to give in sadaqah (charity).” The people asked, “O Allah’s Messenger (s.a.w.s.)! If someone has nothing to give, what will he do?” He said, “He should work with his hands and benefit himself and also give in charity (from what he earns).” The people further asked, “If he cannot do even that?” He replied, “Then he should help the needy who appeal for help.” Then the people asked, “If he cannot do that?” He replied, “Then he should perform all that is good and keep away from all that is evil and this will be regarded as charitable deeds.” (Bukhari Vol. 2, Hadith 524)

Hopefully, i will educate myself to educate my students, to learn more, to do good deeds.Let us hasten to give sadaqah for life in this world is short and temporary while the world in the Hereafter is everlasting. We never know when death has been decreed for us. Today we live and we never know how long we will enjoy the pleasure of this world.

Amal Harun
Labuan FT