mereka mencalonkan dirimu untuk suatu perkara, seandainya kau memahaminya, maka jagalah dirimu dari hal-hal yang hina...hassan al-banna
Sunday, 8 February 2009
Happy Birthday!
Saya dan kawan meraikan hari lahir Joji, sahabat saya sejak 8 tahun. Kami bertemu semasa saya bersekolah di S.K Pekan Kuala Penyu. Kami sentiasa berkawan baik,walaupun berlainan akidah.Masuk ke sekolah menengah kami terpisah, saya dihantar pulang ke Pulau Pinang, tetapi cuti sekolah kembali ke Kuala Penyu, bertemu keluarga dan Joji. Terus berkawan, dia di Labuan, saya di Kulim.
2005 menyaksikan kami bertemu kembali di UMS. Ditakdirkan bilik kami bertentangan biar kolej berasingan. Kami dapat melambai tangan dari jauh, melihat bilik siapa terlebih dahulu memadam lampu. Kadang sms diterima "amal tengok tingkap bilik aku", Joji melambai di seberang sana, lambaian dibalas.
Joji sibuk dengan posting klinikal di hospital. Kesempatan hari lahir menemukan kami. Semoga Allah kurniakan keberkatan dan hidayah buat dia.
Labels:
kampus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ni gmbr time besdy kau la..
ReplyDeletebesdy joy gmbr lain..
tapi xpelah..
yg penting orgnya sama..
korum tetap..
takdak beza la, kek sama, org pon sama. kena posa kek n those high calories for another 4 months, the secondary growth increase exponentially, lets jog!
ReplyDelete