Saya tertarik untuk memberi reaksi menerusi entri Common sense di saifulislam.com. Ini yang buat saya bingung:
Saya benar-benar sedang mencari jawapan, apakah yang sebenarnya sedang membelenggu generasi pemikul 15A dalam SPM ini, yang kehilangan common sense dalam kehidupan mereka.
Seorang pensyarah saya non-muslim memang terkenal dengan panggilan common sense, beliau sentiasa menegur kami supaya lebih common sense semasa menjalankan kerja makmal sintesis organik. Saya berpendapat bahawa prinsip kerja makmal adalah dengan hati, hands-on with minds-on. Semua deria kena alert, bukan robotik, sekadar mengikut prosedur eksperimen pada manual sahaja.
Spatial awareness, iaitu mengetahui kewujudan ruang peribadi. Tahu menghormati privasi orang lain, ia juga adalah satu contoh akhlak islamiyyah. Contohnya, tidak menyampuk ketika diskusi orang lain, atau sekurang-kurang minta maaf dan cukup berkata “tumpang lalu”. Common sense.
Atau ketika majlis berbuka puasa, tuan rumah dah penat hidang, apa salahnya kutip pinggan dan gelas, bukan tinggal dan lihat sahaja seperti makan di hotel. Common sense.
Inilah dilema orang bijak pandai kini, saya kira common sense adalah sensitiviti diri, pendidikan, asuhan ibu bapa dan persekitaran juga acuan diri, sibghah Allah. Tidak ada coating, mempunyai prinsip jelas terhadap penghormatan diri dan orang lain.
Cukup ini peringatan untuk diri sendiri, bonus kalau yang lain juga mahu memikirkan ibrahnya.
amal harun
88999 Kota Kinabalu
:) salam... tq sudi singgah sebentar ke blog saye... ni suke2 je... adik2 ni la mulekan... mcm challenge untuk dijawab... kalu dalam fs biase benda ni...:)
ReplyDeletesalam ukhuwah...:)