Thursday 26 March 2009

Derma Dalam Kuliah

Tabung amanpalestin akan bergerak dalam kuliah malam ini bermula jam 7-10 malam. Pengumuman akan dibuat oleh mantan MPP. Sila bawa bersama 'usin' beserta hati yang ikhlas. Semoga sumbangan kita yang sedikit mampu menyumbang kepada pembebasan al-Quds, namun amat besar di sisi Allah.

Terima Kasih.

Cikgu Sains, aku dan esophagus



“ala, pintu lab tutup” saya dan seorang kawan mengeluh. Kami lambat masuk makmal, kelas subjek Sains tingkatan 2 Ibnu Khaldun sudah bermula.

“Hah, lambat terhegeh-hegeh, pi dok sana” kami kena marah, cikgu jemur kami depan makmal, depan bangunan, menjadi tatapan umum lebih kurang 30 minit, tatapan para guru dan pelajar lain. Macam nak pengsan punya la panas berdiri tegak, orang lalu kami senyum macam kerang busuk. Tidak kurang juga ada yang bertanya.

Selepas peristiwa memalukan itu, kami bergegas ke makmal. Maafkan saya cikgu, kadang-kadang ‘impression’ para guru terhadap 2 Ibnu Khaldun sangat rendah, almaklum kelas belakang, kurang rajin, kelas bising dan pencapaian dikatakan rendah berbanding orang lain, disebabkan itu cikgu sains sendiri mengaku pada kami, dia mudah tension dengan kelas ini.Tapi kami gembira di dalamnya hehe.

Kadang ada juga bila cikgu tanya “ada soalan nak tanya?”

Cikgu tension juga bila ramai yang angkat tangan berebut nak tanya, ada kawan saya pernah tanya kenapa kencing tak lawas? Soalan ini agak pelik, adakah perlu makan sayur.

Saya pernah juga tanya soalan dengan takut-takut sebelum kelas bermula supaya orang lain tidak dengar dan ketawakan soalan itu. Ini soalan saya;

“Cikgu, bila kita makan, makanan turun pi perut lalu esophagus, berlaku peristalsis kat situ. Dia turun dari mulut ke perut disebabkan graviti ka?” itu andaian saya, saya sambung lagi bila cikgu menampakkan wajah berminat.

“apa jadi kalau bila kita makan, kita kunyah-kunyah kemudian kita terbalikkan badan, kaki kat atas, kepala di bawah, makanan kita telan tu pi perut ka? Peristalsis di esophagus akan terbalik betul tak?”

Bersabar wahai cikgu, dalam kelas ada pelbagai pelajar dengan pelbagai personaliti dan gaya pembelajaran, juga pelbagai kecerdasan. Howard Gardner memperkenalkan Teori ‘Multiple Intelligence’, rekabentuk pengajaran juga harus disesuaikan dengan mengambilkira kecerdasan pelajar yang pelbagai.

Maafkan saya cikgu

2 IK 2000, SMAI

Tuesday 24 March 2009

Kisah Bantal@Pillow Talk



“nak pergi atau tidak?” monolog diri.

“nak, tapi mengantuk dan letih ni” alasan pula.

“ala, bila nak pi lagi, bukannya lama” risau pula.

“ok, pi tapi nak bawa bantal la” berat hati meninggalkan bilik dan bantal-bantal tersusun rapi lagi empuk.

“ish, tak dapat la nak cover tidur yang lepas setelah berjaga malam membuat kerja, tak payah la susah-susah” syaitan mula masuk line.

Ada 3 biji bantal semuanya, dua ‘dreamland’ dan satu lagi ‘sweetdream’, lembut, gebu, wangi dan kalau dibawa ke katil sungguh seronok melayan mimpi.
Benarlah pepatah, orang mengantuk disorongkan (dibaling) bantal.

Oh, tidak-tidak, mesti pergi, mesti iltizam, mesti disiplin dan mesti membina diri mengikut 10 muwasofat. Hidup dan seronok kat dunia ni sekejap sangat, kat akhirat infiniti, tak berbaloi kalau nak suka-suka kat dunia dengan tidur yang sekejap itu.


Mereka dalam syurga yang tinggi
Di sana kamu tidak mendengar perkataan yang tidak berguna
Di sana ada mata air yang mengalir
Di sana ada katil-katil yang ditinggikan
Dan gelas-gelas yang tersedia
Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun. Al-Ghaasyiyah; 10-15

“Oit, takkan la hang sayang kat bantai (bantal) hang yang busuk dan buruk tu? Lembut dan wangi sementara saja, adakah sama bantai hang dengan bantai di syurga? Hang tak takut kena bantai (memang kena baca bantai) kat neraka?” jangan sengih macam kerang busuk lagi.

Sunday 15 March 2009

PPSMI; Tun Dr.Mahathir

Berikut adalah jawapan Tun Dr.Mahathir yang sering saya ikuti. Klik di sini untuk membaca secara penuh. Jangan baca komen di sana, nanti ada yang marah, kalau nak baca juga, sila berlapang dada dan ketepikan sentimen emosi. Semoga rasional mencari solusi.

Ini antara petikan yang menarik perhatian.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

Jika benar arus sekarang memerlukan kita belajar dalam bahasa inggeris, ya kita mesti kuasai, tetapi janganlah lebih kuah dari sudu.

Saturday 14 March 2009

Lahirku untuk apa



Semasa saya kecil saya berfikir macam-macam, ia terlalu kompleks. Tuhan tu ada kat mana, macam mana macam-macamla. Jawapan itu telah saya temui dalam kelas Dr. Ahmad Tarmizi, Etika dan Akhlak semasa di tahun dua.Kelas menarik lagi unik.

Saya fikir lagi, kenapa saya dan manusia lain diciptakan, kenapa jadi saya? Ia bukan sahaja semasa perkembangan otak kanak-kanak, tetapi sehingga kini. Kompleks juga. Lihat sahaja diri kita, lahir, membesar, ke sekolah, masuk IPT, kerja, kahwin dan ada anak, jaga anak, hantar anak ke sekolah dan seterusnya. Ini kitar hidup, bosannya! Lahirku untuk apa? Ibadah ritual?

Bila kerja dapat gaji kemudian duit gaji pula perlu untuk bayar rumah, kereta, minyak, tol, bil segala macam, itukah tujuan penciptaan manusia? Apa kesudahannya?

“Dan ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “apakah engkau hendak menjadikan orang yang hendak merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu? “. Dia berfirman, “Sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” Al-Baqarah;30



Dan lagi satu,

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.” Az-Zariyat;56


Oh, semoga susah payah ini menjadi ibadah kepada Allah. Rupanya lahir manusia adalah jalan menuju Tuhan, baru tahu pula =)

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya.” Al-Insyiqaq;6


Semoga memperoleh akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

Friday 13 March 2009

Aras Signifikan

1. Angkat kain di jemuran.

2. Meniti jambatan gantung dan memerhatikan ribuan teratai di bawahnya.

3. Mengikuti 'timeline' sebuah peradaban manusia dan peradaban Islam.

4. Menyaksikan episod Bryde's Whale dan tulang-temulangnya.

5. Intai taksodermis zoologi.

6. Ooooppps batu terapung di Baitul Maqdis semasa peristiwa Isra' Mikraj.

7. Bumper depan Viva SAA****W jatuh.

8. Meredah hujan.Menunggu hujan reda.

9. Tugasan Y.M Raja Ismail, pensyarah bagus baa!

10. Ustaz sekolah rendah naik AK5172 KK-PENANG.

11.Emak dan ayah sihat.

Nikmat manakah yang engkau dustakan?

Thursday 12 March 2009

Cinta Luar Biasa

1. “Ya Allah, besarnya gajah tu, comelnya anak dia” kami teruja melihat haiwan di zoo Lok Kawi. Ini kali ketiga saya melihat haiwan tempat sebegini.

2. Dalam banyak-banyak haiwan, gajah antara haiwan paling menyentuh hati dan perasaan. Emak gajah bersama-anaknya, menggeselkan badan penuh kasih sayang. Manakan tidak, gestation period (tempoh mengandung) si gajah selama 22 bulan, paling lama antara haiwan darat. Anak gajah yang baru lahir akan mencecah 120 kg. Immortal love!

3. Joy memegang ular sawa bayi bernama Amber, berusia 6 bulan. Saya hanya mengusap sikit-sikit sahaja, manakala irsha berlari menjauhi kami. Pegawai zoo kata, mereka menjaga sedari ular sawa itu menetas dari telur. Extraordinary love!

4. Mowgli si orang utan. Ia merupakan haiwan peliharaan kemudian diambil oleh kerajaan dan diletakkan di Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok. Mowgli mengalami jangkitan di paru-paru, masuk hospital, kemudian sihat dan tinggal bersama orang utan yang lain. Malangnya, Mowgli sering dibuli oleh orang utan lain di Sepilok. Ini kerana Mowgli biasa tinggal dengan manusia sehingga tidak mampu lagi bersaing dan bermasyarakat bersama keluarga orang utan yang lain. Akhirnya kehidupan Mowgli diteruskan di Zoo Lok Kawi.

Mowgli sungguh manja dalam dukungan pegawai zoo, dia merengek-rengek meminta makanan dan sesekali batuk. Dia pula pandai ‘mengada-ngada’ kerana terlihat sekotak susu tinggi kalsium. Dia biasa minum menggunakan ‘straw’ kerana telah diajar semasa tinggal dengan keluarga manusianya dulu. Mowgli agak malu-malu apabila lensa kamera sentiasa dihala ke arahnya. Outstanding love!




5. Carlo dan Paco, si burung nuri pun sangat cerdik dan manja. Ia dihadiahkan oleh sebuah keluarga. Seekor berkepala hijau dan satu lagi merah. “apa khabar, hello” sering diulang-ulang. Carlo dan Paco mempunyai sayap, tetapi tidak dapat terbang kerana sudah beradaptasi dengan kehidupan di dalam sangkar semasa tinggal dengan manusia. Kasihan!

Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri . Maka apakah kamu tidak memerhatikan? Az-Zariyat 20-21


Allah jualah yang mencampakkan sedikit rasa kasih dari sifat Pengasih dan Penyayang kepada jiwa manusia untuk menyayangi haiwan itu. Gajah, zebra, gibbon (paling unik), rhino, dan lain-lain, aku jatuh cinta sama kamu!

nak cerita pasal naphentes,nanti banyak pula.

PPSMI; terjebak!

Situasi 1

“By referring to the graphics, can you label the region which has the higher atmospheric pressure?” soalan pertama dan topik pertama semasa latihan ilmiah.

Kelas senyap sepi. Kelas sederhana pencapaian akademik. Bunyi kipas syiling berputar.

Situasi 2

“This is our first meeting, our first lesson, would you like to share your details with me, just telling your name, your kampung or your ambition?” cuba bermesraan dengan pelajar tingkatan 2, kelas belakang.

“Apa?? Apa teacher bilang? Kami nda paham ba, ambition pun kami suda lupak” porak peranda kelas oleh pelajar nakal yang mahu ‘merapu’ tidak kurang yang pasif sekadar melihat terkebil-kebil, selepas seminggu baru saya sedar, sepatah haram pun mereka tak faham, apa lagi terminology sains dan matematik bahasa inggeris.

“Ok, kalau macam tu sila berikan perkataan yang kamu tahu dalam bahasa inggeris yang kamu tahu” saya memancing, memukat dan menjala!

“Dragon ball!” jerit seorang di belakang.

“Playstation!” “Handphone” jerit seorang lagi penuh kebanggaan.

Ini baru mukaddimah di awal pengajaran, sekadar menaikkan motivasi intrinsik mereka.

Situasi 3

“Teacher, ni atas tulis write the…….lepas tu …..written…..apa la tu?” seorang pelajar kelas pertama bertanya.

Kasihan, kelas Grammar atau kelas Sains? Penguasaan bahasa yang menjadi prioriti sehingga konsep sains yang mahu dipelajari diletak tepi. Ia bukan rungutan, tetapi mengajak melihat realiti, antara untung dan rugi.;

Wednesday 11 March 2009

Tolonglah! PPSMI


Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.

- A. Samad Said

Sunday 8 March 2009

Speechless.....

Pemergianmu

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu



Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

PPSMI dan pencemaran bahasa

Sungguh sedih membaca isu PPSMI. Tempias PPSMI terlalu kuat mengena pada golongan pelajar, pendidik, ibu bapa dan para cendiakawan Malaysia. Apa kesudahannya? Saya tidak tahu memberi ulasan ia sekadar perkongsian lantaran ilmu saya yang sedikit. Anda boleh lihat serta menilai baik dan buruknya PPSMI.

Kuliah pengurusan pendidikan saya diajar oleh Dr. Ling, bahan pengajaran dalam bahasa Inggeris namun beliau lebih selesa bertutur dalam bahasa melayu biarpun pelat dengan bahasa cina. Suatu ketika, Dr.Ling meminta seorang rakan sekuliah memberi penjelasan, beliau menjawab dalam bahasa inggeris. Kemudian Dr. Ling meminta beliau menggunakan bahasa melayu. Beliau cuba memberi penjelasan dalam bahasa melayu tetapi gagal walaupun dicuba beberapa kali, mungkin beliau sudah lama meninggalkan pengajian bahasa melayu peringkat SPM dan beliau bukan seorang Melayu, itu tidak menghairankan. Dr.Ling bertanya sama ada inikah kesan PPSMI?

Bagaimana pula di kalangan kawan saya yang beria benar berhasa inggeris, saya cuba selami pendapat beliau. Kesimpulannya, dia lebih selesa bertutur bahasa itu walaupun memang orang melayu, saya terima dengan fikiran terbuka kerana melalui pemerhatian saya, beliau terlalu banyak membaca bahan berbahasa inggeris.

Kemudian golongan lain pula, golongan yang menghampakan! “ko rasa kan baju mana yang patut aku beli ba so that people can see me during the dinner , aku harap boleh attract orang that night.”

Hentikan pencemaran bahasa, kata kawan saya golongan yang satu ini mahu menunjukkan keintelektualan mereka, jadi mereka perlu berbahasa inggeris. Perlukah?

Dua orang yang bergelar professor yang sangat saya kenal dalam hidup sangat menjaga bahasa. Sesama orang melayu, ahli keluarga dan masyarakat sekitar , bahasa melayu menjadi pilihan. Saya tidak pernah mendengar beliau menggunakan bahasa inggeris sehinggalah saya mengahadiri sesi orientasi pascasiswazah. Itulah pertama kali saya mendengar beliau menggunakan 100% bahasa inggeris sebagai komunikasi, malah sangat baik kerana terdapat pelajar antarabangsa dalam sesi tersebut.

Tahap keintelektualan anda tidak jatuh andai berbahsa melayu juga. Ikut resmi padi, makin berisi tunduk ke bumi. Saya bukan menolak bahasa itu, namun usah menjadi agen pencemar bahasa!

Saturday 7 March 2009

Langit Hitam Ramadhan

Malam gelap pekat
Segelap jalan raya baru berturap
Angin lembut
Menyapa para gadis
Pulang dari kedamaian tarawih.

Ghairah.
Turunkan cermin kereta
Keluarkan kepala
Dongak ke langit
Ya, itu langit ramadhan
Indah! Bertasbih cengkerik.

Bintang!
Satu, dua, tiga...
Terlalu banyak.

Langit hitam ramadhan
Beristeri bintang
Aku cemburu!

Kg. Karukan
Bahagian Pedalaman Bawah.
20 Ramadhan 1429 H.

Friday 6 March 2009

Lapangkan Dada Kami

Dalam beberapa hari kebelakangan ini banyak mengajar saya supaya bersabar terutama semalam dan hari ini.Setelah tamat beberapa peperiksaan pertengahan, kami bertungkus-lumus menyiapkan tugasan.Bermula selepas subuh sehingga petang. Malam kuliah.

Kuliah 7 hingga 10 malam, pensyarah panggil nama setiap seorang dalam dewan yang besar itu, nama yang berada dalam senarai ialah 428 orang pelajar, ada ramai lagi yang belum berdaftar dan semalam manusia pemonteng turut dikesan.

Barangkali sibuk menyiapkan tugasan Prof. Vincent. Saya dan dua junior, anis dan syikin tidak ketinggalan 'memulun', memberi sentuhan terakhir terhadap tugasan kami. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan kami menyudahkan tugasan kami. Kesannya, masing-masing bermata zombie untuk beberapa ketika. Selepas ini teruskan untuk meyudahkan tugasan berbaki yang lain.

Bukankah Allah telah berpesan:

Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).Dan kepada tuhanmulah engkau berharap. 94:7-8


Stop Procrastination!
88999 Kota Kinabalu

Wednesday 4 March 2009

Jalur Lebar Yang Sempit

Sudah masuk 4 hari modem broadband saya buat 'fi'il'. Ini kali kedua, memang menyakitkan hati dan menguji kesabaran. Kali pertama buat hal januari lalu, modem panas walaupun baru 5 minit. Mujur toke kedai tukarkan dengan yang baru. Kali ni dia buat hal lagi, susah nak 'connect', mula-mula saya tak kisah, ini hikmah supaya saya menumpukan perhatian terhadap 4 peperiksaan terdekat. Tapi bila di saat memerlukan masih sama.

Saya fikir liputan celcom di bilik saya terhad, jadi saya beralih ke masjid, pun sama. Kecewanya, sekarang online dengan wireless masjid yang boleh tahan perlahan, tetapi itu lebih baik daripada janji celcom yang memberi liputan terbaik, hampes!

Dilarang berkata kalau; kalau saya tak beli celcom broadband ni, setiap bulan saya dapat beli pelbagai buku yang enak dibaca di HARRIS 1B! (huhu geram sedih).

I'm thinking to ban the broadband!