Wednesday, 4 February 2009

Impian SaMaRah

Shah Alam, 22 November 2008.

Kami solat maghrib berjemaah sebelum betolak ke Bukit Kiara bagi menghadiri majlis perkahwinan Husna. Solat jemaah ini menghimpunkan mak saya sebagai anak sulung bersama anak-anak, Pakngah dan Makngah (5 syabab ditinggalkan), Paklang, Maklang dan anak-anak, Maknjang, Paknjang dan anak-anak. Solat diimamkan oleh Pakngah. Kami doa dan bersalam bersama. Indahnya! Saya pasti, ahli keluarga lain turut merasainya. Alangkah bagusnya kalau dapat buat lagi.

Balik ke Kepala Batas, saya kongsikan hal ini kepada ayah saya. Ayah kata kita kena buat secara serius, perhimpunan keluarga. Agak jarang semua orang dapat bekumpul, bila balik kampung, menjadi rutin makan bersama, itu sahaja.
Lalu saya usulkan kertas kerja projek perhimpunan keluarga buat kali pertama. Kemudian saya e-mailkan kepada Pakngah, Maknjang dan Paklang. Saya melantik diri saya sebagai setiausaha, Pakngah sebagai pengerusi, Maknjang sebagai bendahari, Paklang sebagai AJK makanan dan ayah sebagai AJK kebajikan atau nama glamour ‘tugas-tugas khas’.

Saya jadikan firman Allah dalam surah at-Tur ayat 21 sebagai muqaddimah, beserta objektif projek. Antaranya saling merapatkan ukhwah, tahlil kepada arwah wan dan mereka yang telah pergi, memohon kesihatan yang baik kepada Cuya (kembali ke rahmatullah 12 Januari 2009), mendoakan kepulangan Faiz dan menenangkan susah hati tok saya terhadap kesihatan Cuya.

Saya menerima balasan e-mail daripada Pakngah menyatakan persetujuan dan tindakan susulan akan dibincangkan bersama Maknjang. Memilih tarikh dan menyusun tentatif program.

Nantikan kesudahannya! =)

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..