Thursday 30 October 2008

Anak muridku; ibrahim

sambungan kisah ibrahim

sedikit ciri-ciri ibrahim telah aku ceritakan sebelum ini. (boleh tengok entry balik sabah). mari kita sambung kisah ibrahim. semoga boleh menjadi pengajaran buat mereka yang bergelar guru dan pelajar atau bakal guru.

suatu hari setelah habis kelas, aku masuk ke bilik guru. Selalunya banyak masa aku dihabiskan di makmal, ya aku suka bekerja di makmal. Masuk ke bilik guru hanya nak sejukkan badan sebab bilik guru ada ‘air-cond’, makmal kipas sahaja. Kesejukan tidak terasa, situasi panas melanda bilik guru.

Betul-betul dihadapan mejaku, Ibrahim sedang dimarahi oleh guru disiplin. Bukan satu, malah seorang demi seorang marahkan dia. Biasalah, cikgu kalau marah suara dia bukan perlahan, kuat tak payah pakai microphone.

“kau ni tak habis-habis menyusahkan cikgu”
“kami bukan suka sangat nak marah,kau yang buat cikgu-cikgu marah”
“bagus sangat ka buat macam tu?”
“kau nak tunjuk samseng jangan datang sekolah, pergi sekolah di tempat lain” dan banyak lagi yang lebih teruk dan tak patut aku masukkan di sini untuk menjaga imej guru-guru tersebut.

Bertubi-tubi Ibrahim dihentam. Seorang demi seorang guru memarahi Ibrahim. Ada yang mengambil gambar Ibrahim menggunakan digicam dan telefon bimbit. Ibrahim tunduk mendengar saja. Setiap guru yang masuk, pasti terkejut melihat Ibrahim. Masing-masing menzahirkan rasa terkejut, join marah Ibrahim atau sekadar melihat sahaja.

Kronologi kesalahan Ibrahim ; ditangkap kerana berambut panjang melebihi piawaian sekolah bagi pelajar lelaki. Lalu pihak sekolah akan menggunting rambut di kawasan sekolah. Biasanya akan digunting oleh pelajar yang diamanahkan atau guru disiplin sendiri. Tapi Ibrahim digunting oleh kawannya. Ibrahim minta dipotong rambut ala ‘punk’ macam trojan pun ada. Kemudian Ibrahim menutup rambut barunya dengan songkok. Dia biasa memakai songkok, walaupun bukan dari kelas aliran agama. Mungkin sebab itu Ibrahim dipanggil Aji di kalangan kawan-kawannya. Suatu hari, Ibrahim kantoi. Dia ditangkap kerana rambutnya yang tidak soleh itu. Lalu dimarahi di bilik guru sepuas-puasnya.



Seorang demi seorang guru asyik membebel. Kakak Ibrahim yang berada di tingkatan lima kemudian dipanggil. Aku tak tau nama penuh kakaknya, tapi biasa dipanggil Gayah. Gayah pengawas sekolah. Gayah pun terkejut. Sekarang hanya Gayah dan Ibrahim di situ. Aku hanya memerhatikan drama dua beradik itu. Kecut perut sebab tengok Ibrahim kena marah tadi.

” Brahim, kenapa kau buat macam ni, kau tak kesian sama kakak ?”
” Brahim, kau datang sekolah untuk belajar, bukan buat jahat, kau tak kesian sama mama? sama bapa?’ berjujuran air mata Gayah melihat adiknya. Ibrahim keras membatu sedari tadi mula menangis teresak.

”Kau tak kesian sama mama bapa kita, susah cari duit” kat sini part yang paling menyentuh hati. Ibu bapa mereka hanya menjual di pasar tamu, di sebuah pekan kecil di sabah.

Aku sebagai pendengar dan pemerhati dialog dua beradik ini, menangis dalam hati, tunduk menahan sabar. Kecewa kerana tiada seorang guru yang slow talk dengan dia. Hatiku panas melihat dia dijerkah. Lagi kecewa apabila masing-masing guru hanya melihat dan membuat kerja sendiri termasuk ustaz dan ustazah. Aduh, kecewa. Mungkin ini situasi yang mereka biasa lihat. Kesabaran aku tak terbendung lagi, mesti buat sesuatu!

Aku berjalan mencari tenang menuju Ibrahim dan Gayah.

”Ibrahim, saya nak cakap sikit” perlahan aku cakap supaya cikgu lain tak dengar. Ibrahim tunduk lagi, tangisannya mulai reda.

”Ibrahim, sebelum kita buat sesuatu, kita fikir mak dan ayah kita” perkataan ’kita’ aku pilih supaya nasihat itu include untuk diri sendiri juga.

”Mak dan ayah susah-susah cari rezeki hantar kamu ke sekolah supaya jadi lebih baik daripada mereka” aku sebak terus mencari kekuatan, tidak dapat meneruskan kata-kata, emosi barang kali.

”dengar tu Ibrahim apa cikgu kata” Gayah menangis.

”cuba fikir apa perasaan mak dan ayah kamu kalau dia tahu kamu begini?” Ibrahim menangis tersengguk-sengguk.

”fikir lagi kenapa mak dan ayah kamu bagi nama Ibrahim? Ibrahim tu seorang nabi dan pemuda yang mulia. Ayah nabi Ibrahim tak beriman, tapi nabi Ibrahim terus menyeru ayah dan kaumnya. Mak dan ayah kamu mahu kamu jadi baik mencontohi nabi Ibrahim. Kamu Islam, kamu bersolat, tapi kenapa nak buat macam ni?” .

Kali ni tangisan Ibrahim dan Gayah semakin kuat. Aku terketar-ketar, tiba-tiba cikgu yang bengis tadi datang ke arah kami. Aku gugup.

”OK, dah dah. Ibrahim pi duduk situ, Gayah masuk kelas” suara cikgu tu mendatar, tak macam tadi.

”Awak jangan la sedih, cikgu-cikgu ni marah bukan benci, tapi diorang ni sayang sangat kat korang, macam anak sendiri” dengan penuh keceriaan lagi sinis aku mengakhiri bicara. Wajah cikgu bengis tu berubah mendengar kata-kataku. Geram mungkin. Minta maaf ya cikgu sebenar (sebab aku baru cikgu tak sebenar),tak berniat nak lawan tokey, aku cabut lari. Lari dari bilik guru.
Bersambung........

Daie Peduli Ummat: Lifetime Job Opportunity

Rasanya ramai dah tau pasal website www.dakwah.info
Jika selama ni kita menjadi pembaca, sekarang sampai masa untuk kita menyumbang pula.

Berminat??

As starting point, boleh emailkan karya ke:
http://www.dakwah.info/index.php?option=com_artforms&formid=1&Itemid=133

Tapi kalau rasa boleh bagi komitmen untuk jadi moderator tetap, just inform ana ok. Amat dialu-alukan.

p/s #1: InsyaAllah, akan ana usahakan revival of internet connection at RK kesayangan secepat mungkin.. huhuhu.
p/s #2: Ana sebarkan pada group ni dulu, tapi sebarkan juga rakan akhawat lain. Kalau ada berminat, just inform ana.

Jzk.



****************************************************************************************************************************************

السلام عليكم
Ana sekarang mencari orang2 yg boleh contribute consistently untuk web
www.dakwah.info sebagai moderator. Berminat?

Tak perlu background IT, cuma perlu minat menganalisa dan menulis
Tulisan
Mungkin boleh dtg dr hasil tulisan sendiri
i. Analisa berita berita dunia islam
ii. Analisa / Artikel yang berkaitan dengan tarikh islami
iii. Kajian Hadith dan Juga Al-Quran
iv. Rumusan2 daripada buku2 yang di baca – Bagus bersiri mengikut bab2 yang di baca
Kalau lemah sikit bidang penulisan, the best practise to begin with;
i. Daripada existing penulisan2 yang bagus, copy idea and generate better one.
ii. Atau combine penulisan2 yg baik yg ada di luar

(foward e-mail dari seorang sahabat kepada saya)

Wednesday 29 October 2008

selesai viva

Alhamdulillah, debaran viva tamat, walaupun tak la berdebar sangat, yang lebih mendebarkan ialah keputusannya. Begini agaknya perasaan orang yang nak viva disertasi sarjana. Dulu masa aku berada di tahun pertama pengajian, aku hairan melihat beberapa pelajar master yang sedang menunggu giliran viva. Masa tu tak tau macam mana situasi viva. Mukanya bertukar warna macam kebiru-biruan, asyik minum dan berpeluh-peluh. Menyelak-nyelak kertas, membaca itu ini. Anxiety disoder mungkin.


Panel penilai viva aku semalam ialah 2 orang pensyarah yang tidak asing lagi, terkenal dengan kecerewetan. Seorang pensyarah TESL dan seorang lagi mantan pensyarahku khas di bidang pendidikan Kimia. Aku insan pertama membentang di hari pertama di slot kedua, sedikit cuak dan cuba mencari kekuatan. Banyak soalan ditanya pasal produk, pasal research dan data. Jelas, pensyarah yang detail bertemu dengan pelajar yang tak detail, satu pertempuran hebat. Banyak kelemahan dan kesalahan yang perlu dibaiki. Banyak lagi yang kena belajar. Aku semakin teruja!




Seorang panel ni memang diakui ke'detail'annya, perfectionist! Itu yang aku dengar dari mulut pensyarah lain dan rakan-rakan yang berada di bawah seliaan beliau. Ternyata, pada pemerhatianku ia memang benar. Beliau meneliti Bab 1 dan dapatan kajianku. Berkali-kali menukar cermin mata, sekejap pakai cermin mata pandang jauh, sekejap lagi pakai yang pandang dekat kemudian tukar lagi, dan proses itu selesai apabila aku tamat membentang.

Pembentangan diteruskan oleh rakan lain. Persediaan awal dan kestabilan emosi penting sebelum viva. Perjuangan diteruskan hari ini, esok dan lusa oleh rakan-rakan lain. InsyaAllah ada rezeki, peluang dan masa boleh sambung untuk disertasi dan tesis pula.

Tuesday 28 October 2008

ammar dan jemput pisang

dari kiri: yasmin, nukman, baby ain tasnim dan ammar


sedikit kisah tentang seorang sepupuku yang agak lain dari yang lain. sebenarnya aku suka memerhatikan kanak-kanak, terutama attitude mereka..sekadar memerhati, kemudian cuba untuk dikaitkan dengan ilmu yang dipelajari di bidang pendidikan. pendek kata bidang ini sukar dikorelasikan dengan pemerhatianku yang tak seberapa.

baiklah, mari kita kenal salah seorang sepupuku ini:

nama: ammar fahmi bin muhammad zaim
kami panggil: ammar
umur: 6 tahun

bukanlah kisah sangat, tapi sedikit ciri unik dia. ammar ni memang agak particular berbanding adik-beradiknya yang lain. anak ketiga dari empat orang dan sangat meminati cucur kodok mailto:pisang@co atau bahasa kebangsaan jemput-jemput pisang.





suatu hari di petang ramadhan tahun lepas, aku ke pasar tani nak beli sayur. kebetulan lalu di gerai jual kuih. secara tak sengaja, aku beli rm2 sahaja sebab co'kodok tu tinggal sikit, jadi kasi peluang dengan pakcik sorang tu sebab dia pun nak beli co'kodok. co'kodok tu diisi dalam paper bag bewarna coklat, macam dalam iklan adibah noor kat tv yang makan co'kodok buat buka puasa.

co'kodok dua ringgit pastinya tak cukup dikalangan yang meminatinya di rumah. masa buka puasa berebut la kanak-kanak kat rumah. (sepupuku majoriti di kalangan kanak-kanak bawah umur). maka ada yang tak sempat merasa.

"mana cucur adibah noor" suara bagi yang tak sempat merasa.

"kesian, esok tok buat. kita beli pisang dan buat sendiri" pujuk tok aku pada cucunya.







esoknya, bersikat-sikat ayah aku beli pisang. buka puasa dengan jemput-jemput pisang disebabkan permintaan yang tinggi. jadi, petang tu pakat-pakat buka puasa dengan jemput-jemput pisang.

selesai terawih, makcik aku goreng lagi. kanak-kanak di rumah terus menikmati kuih yang diminati. kini, co'kodok berbaki lima biji. masing-masing kenyang.

tiba-tiba ammar datang......

"eh, cucur kodok"rupanya ammar belum makan.

"abang nukman, abang dah makan berapa?" ammar tanya. "6 kot"

"yasmin dah makan berapa?". "7 atau 8 atau 9"

setiap orang ditanya berapa biji dah kami makan, termasuk aku yang tak terkira berapa biji dah aku makan.

"sape tak makan lagi?" ammar membuat pengumuman.

Melihat situasi itu, pusingan ketiga menggoreng jemput pisang diteruskan.

Sikap ammar yang sangat bertimbang rasa ni memang mengharukan. Orang lain makan, tak ingat orang belakang. Sikap particular/detail si ammar ni bukan saja melibatkan menjaga hati dan perasaan orang lain malah peribadinya.

sebelum tidur ammar kemaskan tempat tidur sendiri, susun bantal dan selimut. memastikan gigi digosok sebelum bersahur, walaupun waktu sahur dah nak habis.


Bila kanak-kanak bertanya

pernah suatu malam, ammar belum tidur sedangkan semua orang dah masuk tidur.

"kak amal, ammar haus, tolong buatkan air teh O tak?" hehe ammar nak air teh O.

masa aku tengah buat teh O, ammar nyanyi lagu tema Diari Ramadhan Rafique.

"nenek selalu berpesan jangan mengikut ROSU, ROSU tu apa kak?"

"hah?" takkan jangan ikut Rasul, kemudian aku amati lagu tersebut di tv. Esoknya baru aku jawab.



"nenek selalu berpesan jangan menikut nafsu." aku betulkan lagu yang ammar nyanyi.



"Nafsu tu apa kak?" ammar tanya lagi. Macam mana nak define kat manusia seusia ni..?



"Nafsu tu perasaan tak bagus, rasa tak cukup, tamak" entah betul tidak definisi tu. Mungkin salah mendefinisi menyebabkan kanak-kanak seusia ini mengalami miskonsepsi. Miskonsespi atau salah konsep biasa dipakai dalam bidang pendidikan.



"Oooo, rasa tak cukup macam makan, lepas makan, nak makan lagi, nak makan lagi?" ammar inginkan kepastian. Ternyata dia mula membina pemahaman konsep sendiri. Tak la teruk sangat intepretasi aku tentang perkataan nafsu pada kanak-kanak.

Begitulah ammar..pesanan kepada orang dewasa, kita perlu belajar berinteraksi dengan kanak-kanak untuk proses perkembangan minda yang optimum.

aku buakan paediatrics bukan juga psychiatrics.
88999 kota kinabalu

Monday 27 October 2008

lelaki vs perempuan

amal, jangan marah kalau aku share satu statement ni” kata seorang lelaki non-muslim kat aku semasa internship period.

“apa?” 50-50 aku membalas dengan kurang berminat bila dia kata’jangan marah’ sebab aku tau confirm dia saja nak bagi aku marah.

”perempuan punca kejahatan seluruh ummat” kata lelaki ni.


” apsal pulak, mak kau bukan pompuan ke? kau frust dengan pompuan then generalize macam tu plak” aku mula nak marah, tapi masih cool.

”i read both bible and Quran, kalau tak sekarang kita kat syurga, siapa yang hasut adam makan buah terlarang dalam syurga, dan akhirnya seluruh ummat manusia tinggal di dunia, bukan di syurga? So we should blame women, woman is evil!” hujahnya dengan semangat.

dialog tu aku hentikan kat situ sahaja memandangkan beberapa faktor; malas nak layan dia sebab bulan puasa, lebih baik meninggalkan perdebatan yang sia-sia dan kalau orang macam dia ni, confirm menang kalau perang mulut. so isu tu tak ke mana.

bagi aku, persoalan itu tak penting lagi sebab sekarang dah ada kat dunia, kalau nak syurga, maka bekerjalah untuk meraih redha Allah dan syurga Allah. siapa punca kejahatan tak penting lagi. yang penting penciptaan lelaki dan perempuan saling melengkapi dalam usaha meningkatkan takwa kepada Allah, it complete each other!

lalu aku saja-saja mengutarakan isu tersebut kat ayah, sembang kopi konon, sekadar melihat komentar ayah terhadap isu ini. Ayah kata kisah Adam, Hawa dan pohon khuldi hanyalah asbab Allah nak letakkan manusia di bumi. Kalau betul Hawa salah, dah tentu Hawa kena hukum masa dalam syurga lagi. Tapi alangkah baiknya kalau kita melihat iktibar kisah tersebut yang kita ni manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, oleh itu, bertaubat dan mohonlah keampunan Allah seperti yang Adam a.s dan Hawa lakukan sebagai penyesalan melanggar larangan Allah.

aku cukup sakit hati kalau di kalangan yang bijak pandai ni suka sangat nak menjadikan isu gender sebagai topik perdebatan. Terbaru, semasa menjadi fasilitator di suatu program akademik khas untuk pelajar SPM anjuran mahasiswa di sebuah ipta, isu ini menjadi hangat ( sudah lari dari tajuk mereka berprogram). Lelaki tuduh perempuan, yang perempuan tuduh lelaki, sampai bila tak habis. Mari berlapang dada, banyak mendengar dari bercakap kerana telinga kita dikurniakan dengan dua telinga dan satu mulut.

Memang benar, banyak perbezaan dua makhluk ini. Jadi untuk melihat dan memahami perbezaan gender agar dapat mengelakkan diri dari terus terperangkap dengan perdebatan sia-sia ini, dicadangkan untuk membaca ‘Men are from Mars, Women are from Venus’ tulisan Dr. John Gray.

Lelaki dan wanita dicipta dengan rahmat Allah

Perbezaan pemikiran dan emosi antara lelaki dengan wanita hendaklah tidak menjadi punca persengketaan. Bolehkah hidup tanpa lelaki? Bolehkah hidup tanpa perempuan? Mengapa Allah jadikan lelaki dan di sisinya ada perempuan?

Rahmat ALLAHlah yang menyatukannya supaya manusia ingat bahawa mereka dihidupkan untuk semata-mata beribadat kepada Allah. Tidak timbul persoalan siapa di atas dan siapa di bawah. Dan tidak timbul siapa yang paling hebat iman dan pengorbanannya, kerana di sisi Nabi Ibrahim ada Siti Hajar yang perkasa

Lakaran kemuliaan lelaki dan perempuan menjadi sejarah dalam ayat-ayat Allah


“ Wahai ummat manusia. sesunggunhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan telah kami ciptakan kamu dengan pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya yang paling mulia dan bertakwa di sisi Allah adlah mereka yang lebih takwanya” (Surah al-Hujarat; ayat 13)

Kepada para muslimah, janganlah berhenti melengkapkan diri anda dengan ilmu Islam kerana proses belajar dan mengkaji amatlah penting untuk menghasilkan pemikiran yang bersih dan sahih. Sesungguhnya, agama Allah tidak cacat dan yang kurang hanyalah keterbatasan kita sebagai makhlukNya yang menimbulkan salah faham. (petikan buku tulisan Dr.Juanda,2008; suami mithali, isteri sejati)

Martian-Venusian, complete each other!

88999 Kota Kinabalu


Dari Beirut Ke Jerusalem



bermula dengan melayari internet, aku terjumpa buku ni. lalu aku pesan pada seorang sahabat di KL yang kebetulan nak ke Sabah. Almaklum, susah juga nak mencari buku gini kat sabah..dan paling istimewa dihadiahkan kat aku..jazakallah khairan kathira

jangan tertipu buku macam ni ditulis oleh penulis bukan muslim. Aku juga seperti Dr.Ang Swee Chai, merasakan isu Palestin hanya sekadar cipisan isu ummat Islam (minta maaf teruknya mentaliti aku masa tu). I a bukan isu ummat islam sahaja, malah maruah dan kemanusiaan dan lebih besar dari tu.

sendikit sinopsis yang aku petik d e-kedai.net. miliki buku tersebut, baca, hayati dan ubah sikap.

"Kehebatan Dr Ang Swee Chai, yang menulis pengalamannya dalam Dari Beirut ke Jerusalem di Lubnan pada tahun 1982 ketika kemelut sedang memuncak, bukan terletak pada keberaniannya untuk menggadai nyawa bagi menjadi sukarelawan perubatan, tetapi kegagahannya dalam mempersoalkan kepercayaan dan menguji keyakinan yang dipegangnya sebelum itu, sebelum meninggalkannya dan membina kepercayaan baru.


Daripada seorang yang mempercayai bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) hanyalah sebuah pertubuhan tunggal dan cuma berminat dengan keganasan, Dr. Ang menjadi semakin dekat dengan organisasi itu, memahami kompleksitinya dan turut bersama-sama Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin - yang merupakan sebahagian daripada PLO - untuk menggunakan kepakarannya sebagai seorang doktor.Sebelum misi itu, melalui tafsiran sempit agama yang sudah melupakan sisi kemanusiaan, beliau menyokong membabi buta negara Israel dan segala dasarnya, termasuk penindasan terhadap manusia lain yang tidak berdosa.


Keberanian Dr. Ang untuk mula meragui kepercayaan ini timbul setelah menonton laporan berita mengenai serangan Israel di Lubnan, yang kemudiannya membawa dirinya menjadi sukarelawan di Beirut. Persepsinya tentang siapa David dan siapa Goliath dalam konflik itu berubah selepas melihat sendiri bukti-bukti di depan mata.

Dalam prakata khas untuk edisi bahasa Malaysia buku ini Dr. Ang menulis: "Setelah berkali-kali memeriksa diri, saya membuat kesimpulan bahawa darah rakyat Palestin turut membasahi tangan saya. Sehingga ke saat itu saya masih berprasangka dan bersikap berat sebelah. Saya tidak boleh memaafkan diri sendiri dengan berlindung di sebalik kejahilan."


Selama berminggu-minggu sebelum berlakunya pembunuhan beramai-ramai itu, saya terlalu prejudis untuk mempercayai kisah-kisah yang diceritakan kepada saya oleh penduduk kem."

Seperti jurnal perang yang lain, buku yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ini sarat dengan maklumat terperinci, daripada pengunduran PLO dari Beirut hingga kepada pembunuhan besar-besaran yang berlaku di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 dan kerja-kerja yang dilakukannya sebagai sukarelawan dengan konflik yang berterusan menjadi latar.

Semuanya dari kaca mata seorang doktor yang melihat setiap tragedi kemanusiaan akan disusuli dengan pertambahan tugas untuk menyelamatkan nyawa.Kadang-kadang ia terlalu terperinci, tetapi sudah tentu sebagai seorang doktor, matanya tidak boleh lari daripada melihat sesuatu perkara itu dengan penuh ketelitian. Daripada berkhidmat sebagai doktor di negara maju yang lengkap dengan segala peralatan, Dr. Ang perlu berhadapan dengan kekurangan kelengkapan, termasuk bekalan air dan elektrik ketika menjalankan kerja-kerjanya di Beirut.Semua kekurangan ini tidak menghambat semangatnya untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Seperti doktor yang baik, beliau menggunakan segala kekurangan ini untuk menambahkan pengalamannya sebagai pemberi khidmat perubatan.Buku ini yang kali pertama diterbitkan pada tahun 1989 mengajak kita mengenali erti kemanusiaan yang sering tenggelam dalam peperangan akibat pergelutan ideologi yang menjadi lebih menonjol. Walaupun membincangkan antara konflik yang terpanjang di dunia, Dr. Ang tidak cuba mempromosi kebencian - satu sikap yang terpuji - sedangkan beliau sendiri berhadapan hampir setiap hari dengan mangsa-mangsa peperangan yang tidak boleh diselamatkan nyawanya akibat tindakan ganas.Melalui buku ini, Dr. Ang cuba menghidupkan semangat profesyen perubatan yang utama - usaha menyelamatkan nyawa.

Simpati yang ditunjukkan oleh Dr. Ang kepada mangsa peperangan lahir dari dalam dirinya, yang merupakan anak kepada dua orang mangsa Pendudukan Jepun di Malaya. Latar belakang beliau ini kemudian menjadikannya wanita yang kuat semangat, menjadi doktor di Singapura sebelum berpindah ke England dan menjadi perunding ortopedik di London.Minatnya terhadap kerja-kerja perubatan sukarelawan di wilayah bergolak itu kemudian membawa kepada penubuhan Medical Aid for Palestinan yang turut diusahakan bersama-sama suaminya, Francis Khoo dan rakan-rakan yang lain yang bersefahaman dengannya.

Walau apapun yang berlaku di Sabra dan Shatila sudah banyak diperkatakan dan diketahui umum, terjemahan catatan perang ini sempena ulang tahun ke-25 tragedi kemanusiaan itu sangat penting bagi mengingatkan penduduk di rantau sebelah sini bahawa pergolakan masih belum tamat dan banyak yang perlu dipelajari daripada peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu."

Ikuti kisah dr.ang swee chai, kisah penghuni shabra shatilla.........

sehingga kini, buku tersebut entah ke mana, sebab ramai yang nak pinjam dan baca. InsyaAllah, semoga Allah kurniakan pahala kepada sahabat yang menghadiahkan buku tersebut. Yang penting kena banyak membaca!

ada lagi 1 buku yang disyorkan untuk semua peringkat umur, tak kira sebagai anak atau ibu bapa kepada anak.

Sunday 26 October 2008

hari hujan yang indah

waktu subuh aku dikejutkan dengan salakan anjing yang kuat di sebelah bilik di kolej..anjing bebas berkeliaran bersama keluarganya yakni beberapa ekor anjing lain yang pelbagai saiz dan warna..aku dan roomate halau anjing-anjing tu pakai payung supaya kami boleh pi ambil wudhuk..anjing oh anjing. anjing islam tak? kucing islam tak? bukankah dia juga hamba Allah.(cari jawapannya) hujan lebat sangat pagi ni!
jaulah ke kuala penyu (hujan dan angin kuat)

jam 745pagi ke masjid, ada quranic circle! tertarik sungguh dengan surah al-anfal..asbab turut ayat adalah sekitar perang badar pada tahun ke-2 hijrah..mari mengkaji seerah! (kerana aku juga lemah bab seerah ni)



apa yang nak aku nak highlight sekitar diskusi tersebut ialah pada ayat 7 surah al-anfal;


"......dan Allah menurunkan air hujan dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu(teguh pendirian)."


seorang sahabat bertanya aku dan rakan lain, 'apa perasaan bila hujan turun?'. ada yang positif ada yang negatif, sejuk dan boleh tido, baju tak kering, masa adik aku kecik dulu, bila hujan dia takut sangat,fobia hujan kot....macam2 yang pasti hujan itu rahmat, personally, bila hujan, hatiku tenang, muzik yang best;bunyi hujan!


disebabkan terlalu gembira kerana hujan yang damai, aku pun keluar beli buku, best baca buku bila hujan turun: Does My Head Look Big In This? by Randa Abdel Fattah (kebetulan kisah tentang seorang remaja bernama Amal yang nak pakai tudung) dan kebetulan lagi mendapat baucer dari Dawama sempena ekspo bahasa dan sastera, aku pun beli lagi MAHABBAH by Shahnon Ahmad dan menguak kabus (sebuah buku yang dah lama versi jawi)
pada hari hujan juga, aku serba sedikit memperbaiki slaid untuk viva. semoga lebih tenang buat aku dan kawan-kawan menghadapi viva nanti, setenang hujan bumi di bawah bayu.


88999, Kota Kinabalu



Thursday 23 October 2008

PilihanRaya Kampus

flyers dan macam-mcam rupa banner memenuhi jalan raya, bustop, sehinggalah tandas kolej kediaman. macam-macam janji ditabur menjelang pilihanraya kampus, tindakannya? tunggu dan lihat....alahai mpp..

paling top isu kemahasiswaan, kebajikan dan terbaru kredibiliti majlis perwakilan pelajar dipertikaikan.

empat tahun berada di universiti, setiap tahun pergi mengundi, janji tinggal janji.....

kekecewaan terus melanda warga univesiti lantaran isu yang belum selesai....para perwakilan seolah lupa apa yang dijanjikan dalam maifesto yang lalu (sekadar melihat senario yang mpp yang lepas) apabila selesai pilihanraya.

berdasarkan pengalaman lepas, aku sangat kecewa dengan mpp batch ni..terlalu kecewa...isu remeh tak selesai (isu bas contohnya) tapi gahnya melancong eropah dll seolah-olah mpp ni sangat berbakti kepada mahasiswa dan siswi....aduh bosannya politik kalian...hebat dan sugguh hebat....lalu bagaimanakah kepimpinan sesi kali ini...


teruskan kehebatan kalian wahai majlis perwakilan (kononnya)..."setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang bawahannya....hadis" itu semua orang tahu. amanah dan tanggungjawab besar dipikul takkan boleh lupa dengan pelabagai reward yang dijanjikan? mungkinkah manifesto pilihanraya musim ini janji kosong lagi...?


mungkin bila menulis entry ni aku akan didakwa di mana-mana mahkamah. biarlah,itu adat dan realitinya

Thursday 16 October 2008

viva

sekarang aku dan kawan2 sibuk nak siapkan laporan akhir projek sarjana muda, submit pada 20 okt, viva pada 28, dan akhirnya pembetulan, penjilidan dan akhir-akhir sekali hantar, agenda selepas itu belum tau lagi sama ada stay sabah atau balik kampung. bergantung kepada komitmen seterusnya.

kemarin, perjumpaan dengan supervisor nak betulkan draft. perjumpaan 230pm, macam selalu aku akan keluar 15 minit awal, tapi itu dengan moto. nak dijadikan cerita, memang aku keluar bilik pada 215pm, tetapi kali ni jalan kaki sebab moto masih di kuala penyu. sepatutnya aku keluar awal dan boleh tunggu bas, tapi masa tu confirm dah takdak bas sebab dah lepas prime time untuk bas. apa lagi boleh buat, memang dah salah sendiri, jadi keluar jalan kaki, guna payung kaler merah ainil di tengah panas, merentas kolej kediaman, bukit bukau...
kesalahan bodoh yang lebih teruk aku buat ialah jalan kaki ke sktm (sekolah kejuruteraan) kemudian terus ke school of science tech, pusat bahasa barulah sampai school of edu.perjalanan yang jauh tu adalah perjalanan yang tidak dirancang, macam rusa masuk kampung, kononnya itu adalah short cut...
kesalahan merancang perjalanan walaupun berjalan kaki memberi kesan yang signifikan, akibatnya aku lambat masuk tutorial dan terlepas isi perbincangan yang sangat penting. begitu juga perjalanan hidup tanpa haluan, tanpa matlamat dan arah tuju, sudah tentu semua tu memberi kesan dalam hidup.
Kemudian, terfikir lagi ke mana arah hidup aku..arah hidup manusia lain, kenapa dicipta, adakah manusia ini dicipta untuk proses rutin saja....jawab jangan tak jawab; adakah kita manusia robot? merancang hidup yang macam mana? soalan tinggal soalan, adakah orang lain turut memikirkan solan tersebut..........
meminjam kata saidina umar ibn khattab r.a: 'tidak akan kau berasa gundah, andai kau tahu apa yang dicari', lantas dalam hidup ini apa yang dicari?
amalharun
88999 Kota Kinabalu

Monday 13 October 2008

balik sabah

flight delay...jadi stay la sat kat lcct ni

tadi mak, ayah dan aisyah hantar di airport penang, berat sekali nak tinggalkan orang-orang tersayang. .takpa pergiku sebagai seorang pejuang, musafir di jalan Allah.

di catatan kosong ni, aku nak share sedikit kisah ibrahim, seorang pelajar di suatu sekolah yang tak boleh bagitau..

sekarang ibrahim (memang nama sebenar) sedang menduduki PMR. semoga Allah mudahkan beliau menjawab..

Ibrahim ni mantan pelajar aku..tapi aku tak ajar dia pon...just relief kelas pendidikan Islam dan Sains. Terlebih dahulu, izinkan aku describe si ibrahim ni...macam mana ghopenye....

Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Aji aka Haji...budak kelas belakang..tahap pengetahuan dia aku tak tau..berwajah bengis dan nakal..eksperi muka penuh kebencian dan kadang0kadang sukar untuk didekati...pendek kata dia ni berlagak macam gangster....

kisah ibrahim ditanggunh dulu..dah nak boarding.. insyaAllah..kisah baik ibrahim akan disambung lagi, mohon maaf ye!

amalharun
lcct-KLIA

pemain pisau handalan

Untuk gilang-gemilang kalinya Ripley's percaye ke yakin? membawakan kepada anda tukang pisau handalan,
Encik Meon!"Ye cik meon, sudah berapa lama En. Meon main pisau nih?"
"dah lama dah.. sejak TV pakai lesen lagik.
"owh.. lame tuh.. jadi apa yang En Meon akan persembahkan kepada para penonton Ripley's percaye ke yakin? pada Malam ni"
"Ya, saya akan baling pisau dalam jarak 500 Meter dalam keadaan mata tertutup."
"Ya tuan-tuan.... En Meon akan melemparkan pisau ke sasaran dalam keadaan mata tertutup.
"Baiklah tuan-tuan.. dan puan-puan adakah anda yakin En Meon berkebolehan untuk membaling pisau tepat ke sasaran?"
"Tidakk..!!""adakah anda yakin en Meon boleh membaling pisau tepat ke sasaran.."
"Tidakk..!!"Baiklah, bagi mengetahui sama ada En. Meon mampu atau tidak membaling pisau ke sasarannya.. Kita persilakan En Meon untuk menunjukkan aksinya.."
En Meon diiringi tepukan gemuruh dan sorakkan kata-kata perangsang dari para hadirin yang hadir di angkasapura stesen TV 69."Fewwiittt..""we lap u Meon..""hidup meon..""Abang Meon... auuww"Kelihatan pembantu En Meon menutup mata En Meon dengan sehelai kain hitam setebal 15 inci. Manakala diletakkan dihadapan En Meon, seekor kambing yang diatas kepalanya terletak sebiji buah epal.
Bunyi Drum kedengaran.... drummmmmmmmmmmmmm.................Semua penonton berdebar-debar menantikan balingan pisau En. Meon
dush!Bunyi drum terhenti
Seraya dengan itu "suuuuuuuppppppppppppppppp!"Pisau meluncur laju lalu tepat mengenai buah epal yang berada diatas kepala kambing tersebut.
Wooooooo...fuyyyoooooo...Fewwiiitt...Tepukkan dan sorakkan daripada penonton tanda lega kerana pisau yang dibaling En Meon mengenai sasaran. En. Meon mengulanginya beberapa kali dengan pelbagai gaya, kuak kupu-kupu, kuak lentang, samasop berputar dan sebagainya.Lalu pengerusi majlis pegi mendapatkan para penonton untuk bertanyakan maklum balas mereka.
"Ya Makcik, sape name makcik?""Ni Makcik leha..""owh.. makcik leha.. pandang kamera.. ye.. ha.. ni siaran langsung tau.. ok makcik leha, apa pandangan makcik leha mengenai apa yang makcik baru saja lihat.Fuhh.. En Meon memang gile kentang lah! tepat kene sasaran.. memang makcik tabik spring lah.. Toinggg!!Ya.. En Meon memang hebat.. jadi makcik percaya kebolehan Meon?Ya saya percaya!Yakin?Ya Saya Yakin!Ya! itulah tadi En Meon dengan balingan pisaunya yang tepat ke sasaran dalam keadaan tertutup.Adakah anda semua percaya bahawa En Meon mampu membaling pisau tepat ke sasarannya dalam keadaan menutup mata?
Ya.. Percaya!!!dan Adakah anda semua yakin bahawa En Meon mampu membaling pisau tepat ke sasarannya dalam keadaan menutup mata?Ya.. Yakin!!Baiklah seterusnya dijemput Makcik Leha tadi naik ke pentas.Baiklah makcik.. makcik percaya tentang kebolehan En Meon?Ya Saya percaya!100%?Ya 100%Makcik Yakin tentang kebolehan En Meon?Ya, saya yakin!100%?Ya 100%Baiklah seterusnya kita akan melihat sekali lagi kebolehan En Meon membaling pisau dalam keadaan mata tertutup, cumanya kali ini kambing tersebut akan digantikan dengan makcik Leha!"Haa... errr..."
"Ya, Silakan makcik leha..""er... xnaklah... err.."
"kenape?""tttaaakuut...""Lah! kan makcik leha percaya dan yakin kebolehan En Meon?""er.. saye peerrrccaaayaa... tapi.... saye.. saye... risau jerk.. pisau tu..""tak payah risau lah.. kan Makcik Leha dan tengok kebolehan En Meon tadi?"ye.. tapi... sebenarnya.. saya... saya..."
Seraya dengan itu Makcik Leha pengsan kerana terlalu takut.akibatnya.. pengacara majlis terpaksa mencari orang lain sebagai pengganti Makcik Leha.Baiklah.. ada sesiapa sudi menggantikan Makcik Leha?Semua hadirin hanya diam membisu sambil menundukkan kepala. Tidak ada seorang pun berani. Malah hatta ditawarkan wang ringgit yang lumayan sekali pun.. semua mereka tidak sanggup.
Begitulah dengan hidup kita sebagai manusia. Kita sering kali berkata kita percaya dan yakin dengan segala janji-janji Allah swt. Percaya akan balasan Syurga dan Neraka, Percaya dan yakin diatas segala ketentuan... tetapi realitinya kita sebenarnya hanya percaya segala yang diberitakan kepada kita adalah Al Haq. Tetapi kita tidak yakin!Adakah kita yakin?Sekiranya kita benar-benar yakin dengan balasan dan Janji-janji Allah, nescaya kita akan mematuhi segala suruhan dan larangannya. Tidak akan berbuat dosa secara terus-terusan.
Seorang yang percaya dan yakin atas segala janji-janji Allah, pastinya dia akan menjadi hamba yang taat. Kita setiap kali dengar kuliah atau ceramah.. sudah pasti hati kita bergetar mendengar segala janji-janji Allah kerana kita percaya dengan janji-janjiNya. Tetapi.. sehari dua.. seminggu dua lepas tu? apa yang terjadi adalah sebaliknya. kenapa sebegitu? inilah dikatakan kerana kita tidak benar-benar mengqasadkan kedalam hati bahawa kita yakin atas segala janji-janjiNya.
Sebagai contoh;Seorang penulis di shoutbox atau comment di blog yang yakin dengan janji-janji Allah tidak akan sesekali menyamar atau menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau memfitnah orang lain. Kerana dia yakin bahawa, perbuatan yang buruk seperti ini adalah berdosa, yang mana dosanya itu hendaklah di minta supaya dilepaskan (dimaafkan) kepada mereka yang terlibat.Seorang peniaga di pasar ramadan yang yakin dengan janji Allah tidak akan menyeleweng dengan menjual makanan dengan harga yang melampaui batas.
Seorang ayah yang yakin dengan janji Allah tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua KeluargaSeorang Guru yang yakin dengan janji Allah akan sentiasa mengajar bersungguh sungguh demi mendidik anak bangsa.Seorang bos yang yakin dengan janji Allah akan sentiasa perihatin mengenai kebajikan pekerjanya.dan sebagainya.Bagaimana nak timbulkan rasa keyakinan ini? Sudah tentu dengan Al-Quran!.. ya Al-Quran. Di dalam al-quran terdapat tanda-tanda kebesaran Allah yang diceritakan kepada kita melalui wahyuNya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Tetapi malangnya, kita sering kali meninggalkannya, dan akhirnya mengheret kita kelembah kesesatan akibat lunturnya rasa keyakinan terhadap janji-janjiNya seperti mana yang berlaku pada umat terdahulu.

Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari Al Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan yang benar. (An Nisa:44)

kesimpulannya.. marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kerana dengan Al-Quran dan As-Sunnah hati kita akan bertambah yakin untuk mengambil Islam sebagai cara Hidup.Wallahualam.

dicopy daripada rakanusrah.com
amalharun
lcct-KLIA sebab flight delay =(

Saturday 11 October 2008

perang

aku sure la ni time budak2 4th berperang dengan masa nak siapkam psmp2..aku pon same.. sabar2 ye especially bila jumpa supervisor n nak viba nanti, kononnya viva pada 28 okt ni..gementar baa

so kalau ikut jadual aku balik p labuan 13 ni then p kuala penyu terus ke kk dan terus jumpa lecturer for consultation.. iktibar dari kerja last minit n nak bersenang2 di hari raya..

huhu
amalharun
13200 kepala batas

latest walimah





Selamat melansungkan pernikahan dan perkahwinan kepada sepupu saya Muhammad Anis bin Haji Hassan dengan pasangannya Siti Rohaya Othman. BarakaLlahu lakuma wa baraka alaikum wa jama’a bainakuma fi khair.

Majlis pernikahan yang berlansung di Ulu Tiram, Johor pada hari ini diharap membawa seribu keberkatan kepada pasangan ini.

Walimah pengantin perempuan akan dilansungkan pada 12 Oktober 2008 di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram Johor dan di sebelah pengantin lelaki pada 25 Oktober 2008 di kediaman mat anip ni iaitu di Kg Masjid Lama, Merbok Kedah Darul Aman.

Minta maaf kerana tidak menghadiri walimah tersebut kerana pada tarikh tersebut aku dijadualkan terbang balik ke Sabah atas urusan-urusan penting yang tidak dapat dielakkan. Apa pun diharap majlis yang akan berlansung membawa sakinah, mawaddah dan rahmah ke atas kedua-dua buah keluarga yang disatukan ini hehe.

Bagi sesiapa yang belum kawin segeralah memasang niat dengan ikhlas, bagi yang sudah berniat, eloklah disegerakan, dan bagi yang belum mampu dan belum layak especially pelajaran ntah ke mana-mana, eloklah fokus study dan mantapkan diri dengan ilmu dahulu, InsyaAllah niat yang baik itu pasti tiba (nasihat ini termasuk kepada diri sendiri)

Sedikit nasihat dan panduan yang saya petik daripada blog Ustaz Muhammad Fauzi:

“Seorang muslim soleh bertemu dengan seorang muslimah solehah, hasil yang sentiasa diharapkan adalah bait muslim dengan segala ertinya. Tetapi kadang-kadang ianya tidak jadi begitu kerana kaedah yang betul adalah; bait muslim ini perlu dibina seumpama mereka membina keperibadian mereka ketika mereka bujang sebelum ini. Anggaplah bait muslim tersebut seumpama bayi yang baru lahir. Bagaimana kedua-dua suami isteri tersebut membentuknya, itulah hasilnya. Hidupkan rumahtangga dengan al-Quran dan ibadah. Jauhi hiburan yang melalaikan. Warnai dengan kasih sayang dan kesetiaan.”

amalharun
13200 kepala batas