Wednesday 30 July 2014

Catatan untuk anak mama

Ahmad Mus'ab,

Mama dah terfikir nak tulis sejak dari mengandung, tetapi mama tangguhkan sehingga kamu lahir, dan hari ini dah genap 2 bulan. Sepanjang tempoh mengandungkan kamu, banyak perkara berlaku di dunia akhir zaman ini. Ini membuatkan mama takut dan rasa tak kuat untuk membesarkan dan mendidik kamu. Cabaran membesarkan anak makin hebat sekarang. Anak-anak harus disemai dengan benih-benih iman sejak bayi lagi.

Pada suatu hari dalam bulan Mac, semasa mengandungkan kamu, mama bangun tidur. Baba tiada kerana ke kelas di Kota Kinabalu. Mama buka newsfeed di FB dan mendapati berita kehilangan MH370. Pelbagai teori muncul dan akhirnya ia menjadi tragedi yang tak diketahui oleh sesiapa, ke mana perginya pesawat malang itu. Sehingga kini menjadi misteri. Kita doakan agar semuanya dalam peliharaan Allah dan akhirnya kejahatan pasti terbongkar. 

Dalam minggu yang sama juga, negara dikejutkan dengan kematian beberapa anak remaja di sebuah konsert akibat overdose metaphetamine. Kenapa kerajaan luluskan konsert yang rosakan rakyat sendiri. Makin mencabar nak besarkan kamu di zaman yang penuh kefasadan. Hanya iman sebagai benteng.

Sepanjang mengandungkan kamu, mama cuba buat semua benda sendiri termasuk mengemas dan angkat barang sebab nak pindah rumah. Ada satu hari tu, mama pindahkan pakaian dari kereta nak naik ke rumah kita. Baba suruh mama naik dulu. Mama pon tekan butang lif dan naik ke tingkat 4. Rupanya bekalan elektrik putus, dan mama terperangkap. Panik juga masa tu, mama cuba bertenang dan baca ayat-ayat al-quran. Berpeluh mama dalam tu, dan mama ingat kalau lambat mungkin mama mati dalam tu dan macam mana keadaan awak dalam kandungan. Mama cuba call handphone baba, rupanya baba suruh bawa beg baba dan handphone dia sekali dengan mama. Syukurlah mama dapat dengar suara baba di luar panggil mama, dan tak lama kemudian dah ada elektrik. 

Bila sudah masuk rumah baru, kawan- kawan dan jiran-jiran di sini request open house. Memang mama dan baba dah plan sebab rumah sekarang dah luas. Ramai orang datang. Bila buat kenduri rumah pon kena bersihkan, mama dengan perut besar mengagahkan diri kemas dan bersihkan rumah. Kerja-kerja berat mama buat seperti mop lantai rumah, buang sampah, cuci dapur dan periuk. Baba tak dapat tolong sebab sakit kepala dia menyerang. Esoknya baba yang cuti sakit, mama kerja macam biasa setelah penat mencuci rumah. Bila mama fikir, mama bukanlah kuat pon, tetapi Allah yang bagi kekuatan untuk buat semua tu. Ada orang kalau buat kerja berat, boleh menyebabkan pre-mature contraction ataupun bleeding. Bila mama ingat risiko tu, mama jadi menyesal. Mama berdoa mus'ab tak manja, lemau dan lemah, sebaliknya jadikanlah Mus'ab anak yang soleh, sihat dan kuat. Kuat iman dan kuat tubuh badan. 



Mama juga sempat pergi usrah sepanjang mengandung sampailah minggu 36. Mama harap dapat tarbiyyah diri mama dan Mus'ab. Mus'ab dalam perut dengar tak masa mama pi usrah?

Team usrah mama sempat organize karnival lepasan SPM di Labuan. Ia tentang laluan kerjaya masa depan dan pengajian. Dr Hatta, Ust Wan dan Aunty Lin datang sebagai panel. Alhamdulillah dapat banyak sponsor. Petronas pon datang. 

Apa yang mama nak highlight di sini ialah kita cuba maksimakan kebolehan dan tenaga untu disumbangkan kepada ummah. Memanglah sibuk tapi di dunia saja, nanti di akhirat baru rehat di syurga. Bukankah sebaik- baik manusia ialah bermanfaat kepada manusia yang lain.

Khairun nas, anfa'uhum linnas
Semoga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.

P/s: tulis berapa zaman tapi baru publish

Amal Harun
Labuan








Sunday 6 July 2014

Hadiah Setahun Bercinta

Hari ini 6 Julai bersamaan 8 Ramadan 1435H. Ahmad Mus'ab, Mama sedang susukan kamu sambil nak tidur, mengantuk sangat lepas solat subuh. Maklumlah, kamu kejutkan mama untuk qiam sejak jam 3. Lepas dah kenyang tak mahu tidur dan terus berjaga sampai sahur. 

Mama dapat mesej dari baba. Dia tanya mama dah sahur belum. Baba ada di Kota Kinabalu sebab kebosanan sendirian di Labuan, sebab kita tak ada untuk temankan baba hihi. Rupanya semalam baba sakit kepala, patutlah senyap.

Dan kerana kesibukan ( sibuklah sangat) mengurus kamu, mama lupa hari ini genap setahun mama menjadi isteri baba. Kata baba, kamulah hadiah paling besar dan bermakna dari Allah untuk mama dan baba. Mesej-mesej berikut dirakamkan untuk tatapan kamu bila dah besar. Sejak jadi mak ni, mama dah tak pandai nak menulis, ada datang idea nak menyusun kata, tetapi idea tu datang ketika solat. Susahlah macam ni, lihat susah betul nak fokus dengan solat. Tapi lepas solat, tak menulis pon 😫. 




Dalam solat, mama sentiasa doakan baba sihat, dimudahkan urusan dan pengajian pasca. Mus'ab kita kena bersyukur kepada Allah, sebab Allah bagi peluang kita merasa nikmat kebahagiaan ini. 

Semoga Allah terus limpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah.

p/s: mama tak lah romantik, baba pun tak kot, tapi masing-masing ada gerak hati 💓 dan selamat setahun bercinta. 



Amal Harun
Kepala Batas