Monday, 16 February 2009

Kerek, koman, selekeh, dungukah di IPT ini???

"awak belajar pandai-pandai, masuk UMS je?" inilah dialog seorang guru kepada kawan saya. Kami meminta guru ini membantu mengedarkan kertas soalan yang kami bina bagi menguji kesahan soalan (validity) mengikut item. Contohnya, adakah soalan yang dibina benar-benar menguji dan membezakan pelajar berkebolehan tinggi dengan pelajar berkebolehan rendah. Maka untuk mengetahui validity soalan, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi perlu diperoleh menerusi analisis item.

Kami hantar ke satu sekolah yang agak berprestij di Kota Kinabalu, maka itulah dialog pedih saya dengar. Terlalu hinakah graduan pendidikan kini? Bodoh sangatkah kami untuk berada di sini, kasihan pula kepada pensyarah dan penyelidik di sini.

Kawan saya dan cikgunya pun bersembang lagi, saya diam membatu dan sesekali berbicara bila ditanya.

"kamu pakai pinjaman ya?" kata cikgu itu.

"ya, tapi dia biasiswa" kata kawan saya dan merujuk kepada saya.

"macam mana dia dapat kamu tak dapat? ooo "kamu pakai kabel orang dalam ya?" kata cikgu itu kepada saya pula.

Saya agak tergamam, tuduhan itu memang melampau. "Memang susah nak dapat tu cikgu, diorang selidik macam-macam kriteria" cepat kawan saya mencelah.

"Oooo, may be diorang selidik juga pendapatan ibu bapa" cikgu tu buat inferens.

"Ya, pendapatan ibu bapa, mak ayah saya kerja biasa saja" perlahan saya membalas, mungkin terpancar wajah kesusahan atau kemiskinan di muka saya setelah muka sombong. Memang la nak dapat biasiswa, pendapatan ibu bapa mestilah diambilkira, itu pasal slip gaji mak saya diambil.

Saya bersu'uz dzan (bersangka buruk) pada cikgu itu, apa dia ingat saya terlalu bodoh hingga tak layak menerima biasiswa atau terlalu teruk menerima tajaan jika belajar di 'UMS je'? Saya kembali berlapang dada,mujur ada cikgu ni sudi menolong kami mengedar soalan.

P/s: saya belajar hari ini jangan terlalu memandang rendah orang lain bila kita rasa kita sudah berada di atas/ hidup stabil, mana tahu kesenangan kita sekarang adalah ujian Allah tanpa kita sedar.

Lalu ini doa saya "Ya Allah, janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tidak sanggup aku hadapi, janganlah Engkau uji aku dengan kesenangan, Ya Allah, jadikan kami orang yang berjaya dunia dan akhirat."

amal harun
88999 Kota Kinabalu.

2 comments:

  1. amal,selalu je kena mcm tu,huhu...dl jumpak sorg cikgu sekolah rndh,dia tnya studi kat ner,ckp kat russia,siap dia ckp anak sedara dia dpt studi uk,etc2...lekeh giler dia pndg...tp xpe,yg penting,bkn studi kat mana,tp usaha kita utk studi...kan...rezeki masing2,usaha je la...:-p..cheer up k...

    ReplyDelete
  2. adoi, medic pon ada diskriminasi juga ka? agaknya kalau kita kata medic india, lg dia rasa hina kot, dia bangga dengan uk, tanda minda masih terjajah sebab kita kan hasil pmbntukan british, so lbh berkiblatkan britain la. ada juga manusia macam tu.

    raihan usaha2! man jadda wajada

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..