Sunday 24 January 2010

My mother

She called me when i sleep in the sunday morning after bad headache due to Chemistry revision. She is lonely because really far from her kids, but enjoying attend kuliah, makan and argue small thing with ayah and mengaji tafseer every saturday morning. Besides, my mother started to be a botanist since last year, while ayah become a gardener who look after the petunia, ferns, lavender, vinca and whatsoever species in plantae kingdom.

Mother always work hard and delayed going back home. She teach the slow learner students without paid and really hope they are Quranic literate, able to perform a solah and practice their fardhu ain. Mother is really passionate about her profession as well as her botany!

The picture taken during eidulfitri last year with her ex-students.


Amal Harun
Tanjung Aru, Labuan.

Sunday 17 January 2010

Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna



Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Kertas kerja yang akan dibentangkan ialah:

Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Haji Mohd Rusdi bin Haji Alias

Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Haji Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman

Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Muhammad Fauzi bin Asmuni


Layari http://kobanna.ismaweb.net/

Ayahku, Abahnya



“aku nangis tadi, tak dapat tahan” dia fokus ke depan, bulatan Seberang Jaya yang mulai sesak.

“kenapa pula?” aku Tanya, entak bodoh atau tidak soalan itu.

“entah. Stress dan letih kot. Menyesal dan bersalah macam mempamerkan kemarahan depan abah. Abah duk suruh macam-macam, aku kalut angkat wheel chair, kereta belakang pula duk hon-hon, dah la cuaca panas”.

Kami tahu hukum mentaati ibu bapa, tahu untuk empati, kami tahu perlunya sabar dan ikhlas, kami tahu hati mereka perlu dijaga, juga tahu besarnya jasa dan pengorbanan mereka terhadap kami. Namun kami manusia biasa, sukarnya membina sabar dan tulusnya hati mengurus ibu bapa di usia emas.

Allah, kuatkan hati kami berbakti kepada ibu bapa kami. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kami kecil.

“aku selalu doa supaya Allah kurniakan kekuatan dan pelihara aku supaya sabar” dia berkongsi rasa, aku angguk.

“makcik aku dulu jaga mak dan ayah mertua. Memang la renyah. Nak ke mana-mana kena consider mertua. Weekend, rushing ke sana sini, tengok mak, uruskan abah. Tapi bila diorang dah tak ada, rutin tu dah tak ada, dan akhirnya sunyi.” Dunia seperti kosong.

Tetapi penat dan lelah itu mengudang rasa bahagia untuk seorang anak. Aku harap aku dan dia bahagia bekhidmat untuk ibu bapa kami.

“abah tak pernah miss hantar aku ke pintu masa aku nak pi kerja. Dia tolak wheel chair ke muka pintu, dan lambai tangan dari tingkap” dia bersuara kembali.

Kami baru melalui exit Permatang Pauh.Aku tahan air mata.

“abah nangis setiap kali lepas solat”.

Aku sampaikan pada ayah kisah dia. Ayahku berkata, “pesan pada dia, jangan sampai abahnya berkecil hati, merasa diri membebankan anak-anak, selalulah berkongsi cerita untuk hiburkan abah yang sunyi.”

“Dulu masa abah sihat, aku selalu mengadu masalah pada abah, abah dan abah..” dia meluahkan lagi. Mataku basah.

“aku doa supaya diberi kekuatan dan kesabaran”, dia mengakhiri ketika kami melalui susur keluar lebuh raya utara selatan menuju ke Sungai Dua.

Abahnya macam ayah sendiri, ayahku pun macam abahnya. Ayah dan abah, wali kami suatu hari nanti.

Akhir sekali aku sampaikan pesanan ini padanya: mak ayah kita jaga kita dengan cukup baik hampir 24 tahun, sedangkan kita belum pasti sempat menjaga mereka 24 tahun, entah kita atau depa yang dijemput dulu.

Tenang, kuat dan sabar selalu.

Thursday 14 January 2010

Tiada kemahiran


Timbalan pengarah sudah memulakan sesi taklimat beliau. Aku lambat kerana menghadiri perbincangan dengan pensyarah senior. Tercungap-cungap berlari. Timbalan pengarah sedang membuat tinjauan bidang kemahiran kami. Seorang demi seorang dipanggil. Beliau akan bertanya kemahiran yang ada dan pencapaian di bidang tersebut.
"Memasak!"

"Seni orator, menjadi wakil debat universiti"

"Sukan dan kejurulatihan" beberapa kemahiran yang disuarakan rakan-rakan.

Aku makin menggelabah memikirkan kemahiran diri. Menjahit, memasak, pengacaraan, menyanyi, sukan....semuanya bukan kemahiran diri malah kejahilan. Hendak dijawab penulisan, penulisan yang bukan ilmiah. Fotografi hanya minat yang sedikit.

Sampai namaku disebut, aku berjalan menuju timbalan pengarah lalu membisikkan sesuatu....

"saya hanya ada sijil pengurusan jenazah" kataku sambil menekup muka.

"tuan tolong jangan bagitahu orang lain!"

timbalan pengarah tersenyum lama..."dia kata, dia ada sijil pengurusan jenazah".

Sekali lagi aku digelakkan. Haish...malu!

"Bertenang. Itu kemahiran yang bagus, tetapi ia belum perlu untuk kolej kita" timbalan pengarah sendiri pun tergelak.

Tolong jangan gelak..ini fardhu kifayah!

Kembara pendidik


Bermulalah penghijrahan aku ke subuah tempat yang dahulu sering aku benci. Kebencian yang melampau membawa aku ke Hospital Labuan dua tahun lalu dan mengambil peperiksaan akhir semester sehari selepas itu. Ditahan di wad pemerhatian akibat dehidrasi melampau bukan suatu kenangan indah. Akhirnya Allah Yang Maha Mengetahui tentang hikmah di sebalik penciptaannya, Labuan menjadi destinasi sebuah kembara.

Sebelum subuh 4 Januari 2010, tangan tok, baby, mak dan ayah aku salam memohon restu. Malah hangatnya peluk cium bonda masih terasa mengiringi perjalananku ke lapangan terbang Bayan Lepas, dan tangan kasar ayah aku salam dan cium, kemudian sekali lagi terbang jauh ke kepulauan Borneo.

"Rezeki kau memang kat sana." Frasa biasa yang sering aku dengar apabila menjawab di mana aku berada.

Kami pensyarah baru, 44 orang dijemput warga KML di lapangan terbang. Kemudian bermula kembara setiap hari dalam sesi yang dinamakan orientasi. Hari berikutnya setiap orang dijemput ke atas pentas memberi ucapan. Akhirnya giliranku tiba dan axiety disorder itu datang bersama rembesan adrenalin.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, diikuti " ucapanku terhenti seketika kerana rakan-rakan lain terkekek-kekek ketawa. Kemudian aku sambung lagi apabila teringat kata-kata Ustaz Hasrizal dan Pak Harfan dalam filem Lasykar Pelangi.

Jadi aku sambung lagi... "Bidang pendidikan dan KML adalah medan terbaik kepada kita untuk memberi. Maknakan diri dengan memberi. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyak."

kemudian terhenti lagi "menurut Stephen Covey dalam buku beliau The 8 Habits of Highly Effective Person, 'Begin with the end in mind'. Saya ingin berkongsi dengan anda bahawa langkah kita hari ini bermula dengan melihat matlamat akhir; iaitu mendidik dan melahirkan insan kamil. Sesungguhnya langkah kita bermula di KML!".

Sepantas kilat aku menuruni pentas sambil mengetuk rostrum menghilangkan debaran. Sekali lagi deraian ketawa seisi dewan.

Apa yang terjadi hari berikutnya: pelajar bercuti, menerima jadual, berpindah rumah, menjalani kehidupan selayaknya sebagai hamba Allah dan akhirnya ditemukan dengan kumpulan 'gila kamera'. Ya, fotografi adalah gabungan minat mendalam terhadap kemera, ekologi, sosiologi manusia, menulis di samping sebuah penghayatan terhadap penciptaan Yang Maha Hebat. Subhanallah!!





Sunday 3 January 2010

Hentikan pembodohan masyarakat


Aku patut menulis sesuatu....tiba-tiba buntu apabila jari-jemari menekan papan kekunci.


Tetapi yang paling sakit hati ialah rancangan televisyen ke arah pembodohan masyarakat bermula dari golongan kanak-kanak. Ibu bapa awasilah anak-anak anda apabila menonton televisyen. Berilah rasional yang relevan untuk tidak menonton sesetengah rancangan seperti Idola Kecil, Ewah-Ewah atau Pondok-pondok.


Susahnya mendidik anak zaman sekarang..besarnya tanggungjawab.