Thursday 19 February 2009

Chemist vs Pengemis

Semasa menjalani latihan mengajar, perkara paling lazim ialah menerima borang 'relief', lebih kurang kena masuk kelas ganti cikgu yang tak hadir ke sekolah. Ini paling saya suka, sebab tidak terikat dengan 'upacara' formal mengajar. Pelbagai kelas boleh masuk, dan boleh kenal pelbagai jenis pelajar. Bagi relief banyak pun saya suka, sebab boleh merapu dengan pelajar, tahu latar belakang dan bersuka ria. Suasana pembelajaran 'rigid' itu diketepikan, pembelajaran informal, teori pembelajaran cipta sendiri.

Apa yang saya buat bila masuk dalam kelas ialah menguji sejauh mana 'kecintaan' pelajar pada guru-guru mereka yang sedia ada. Maka mereka pun mula memuji dan meng'komplen'. Borang soal selidik diedarkan, jawapan kepada kenapa saya tidak suka sekolah ini: "Saya tidak suka sekolah ini/ cikgu *** kerana rambut saya sering dipotong, dah la potongan tak lawa"

Lagi satu mereka sangat teruja mahu berkenalan, jadi saya tanya cita-cita, majoriti mahu jadi polis, bomba dan jururawat. Tidak dinafikan mereka cenderung dengan persekitaran, maklumlah balai polis, hospital dan balai bomba besar baru dibuka.

"cikgu punya cita-cita apa?" tanya fatty boom boom, pengiktirafan gelaran manja.

"chemist"

"ha, pengemis?"

Huhuhu Chemist vs Pengemis.

sambung sendiri...

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..