Iaitu syurga-syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang saleh, dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. Ar-Ra'd;23
Kertas kerja saya disambut riang seluruh ahli keluarga, ajk yang dilantik menjalankan tugas sebaiknya, masing-masing memberi komitmen yang tinggi terhadap projek yang saya usulkan. Semua hadir kecuali abang saya Faiz dan isterinya Kak Yati. Semua persiapan dijalankan,tempat solat, makanan hatta kepada pemilihan muazzin.
Acara separa formal berjalan lancar, masing-masing patuh terhadap tentatif program yang dilekatkan di pintu bilik air (paling strategik). Memandangkan bilik air hanya dua, maka mereka berbaris menunggu giliran.
Solat maghrib bersama, diikuti ucapan pembukaan oleh abang sulung saya. Pakngah memberi ucapan. Air mata mak dan semuanya menderu, sungguh menginsafkan kali pertama Allah izinkan bertemu dalam suasana ini, my tok is very cool, no tears drop!
Pakngah ucapkan terima kasih kepada yang menjaga tok, menyingkap kembali susah senang generasi dahulu berkorban untuk kesenangan anak cucu cicit kini, orang dulu-dulu berfikiran jauh, kata pakngah. Nampaknya pakngah tidak dapat meneruskan ucapan beliau, seperti sebak. Ayah pun turut menambah, saya lupa pula apa ayah kata, ukhwah kot.
Majlis diteruskan dengan bacaan Yaasin, solat isyak, solat hajat diimamkan oleh imam muda Ali Husaini, tahlil, bacaan doa rabithah, sesi fotografi dan menjamu selera.Makanan oleh Paklang katering, sedap hingga menjilat jari!
gambar kenangan ada di sini
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..