Wednesday 23 April 2014

Ujian zuriat

Sepanjang tempoh mengandung hingga ke minggu ke 34, saya banyak mendengar kisah-kisah sedih yang melibatkan wanita mengandung. Ia dikalangan sahabat dan mengikuti berita di kaca tv.

Wanita memgandung mangsa kemalangan jalan raya melibatkan kereta yang mereka naiki dari universiti balik ke Mersing kerana mengikuti program ijazah jarak jauh pada hujung minggu. Wanita ini ialah kawan sekelas suami di matriks dulu. Sedih dengar. 

Kemudian ada lagi wanita mengandung nahas jalan raya yang melibatkan bas 2 tingkat. Akibat kecuaian pemandu bas, terbabas. Lagi berita sedih. 

Kawan saya di matrikulasi Pahang yang merupakan rakan sekelas di Irshad juga menerima berita sedih. Anak beliau lahir ketika usia kandungan 6 bulan. Hayat tak lama, dijemput Tuhan.

Manakala teman rapat di Labuan yang kini telah berpindah ke semenanjung turut diuji. Anak beliau meninggal beberapa hari selepas dilahirkan. Saya difahamkan, bayi beliau terkena jangkitan paru-paru, tertelan najis.

Ya Allah beratnya ujian buat mereka dan keluarga. Saya turut bersimpati dan berdoa kepada mereka. Allah menguji hambanya. 

Dalam dunia ini banyak perkara yang kita harapkan berlaku, tetapi diuji sebaliknya. Ada yang mahu anak, dikurniakan anak tetapi hayat tak lama. Ada yang mahu tetapi belum lagi diizinkan Allah. Sahabat baik saya telah 3 kali gagal IUI dan kini mencuba IVF. Saya terharu melihat kegigihannya. 

Astaghfirullahal 'adzim mari istighfar. Jika saya ditempat mereka, saya bertanya diri mampukah saya sekuat mereka menghadapi ujian? Mampukah saya segigih mereka berusaha mendapatkan apa yang dihajati? 

Allahu akbar, saya malu dengan segala nikmat yang diberi, saya masih lalai. Degil dengan suami, culas bekerja, solat tidak khusyuk dan banyak buang masa. 

Saya mahu kongsikan, amalan yang Allah pesan dalam suruh Nuh agar kita sentiasa mohon ampun kepada Allah.


Nuh: 10-12

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah, kepadanyalah kami kembali" baqarah: 156.

Amal Harun 
Labuan

Tuesday 22 April 2014

Mengakhiri Semester

Sesi 2013/2014  telah tamat, kini minggu peperiksaan. Saya ada banyak masa di pejabat di sebabkan tidak bertugas menjadi pengawas peperiksaan. Untung juga, ada banyak masa membaca, mengemaskini fail, menyediakan teaching portfolio (belum buat pun) dan menulis blog yang usang. Semua boleh disiapkan sebelum balik dan bercuti sempena nak bersalin.

Bagi pelajar sesi ini, tak banyak cerita yang saya dapat sepanjang mengajar mereka. Ia nyata berbeza berbanding sesi-sesi yang sudah. Pelajar kali ini lebih sukar diuruskan terutama semester 2. Saya banyak menguruskan pelajar ponteng. Komitmen saya kepada pelajar tidak lagi seperti dahulu, saya sudah tidak kisah sama ada mereka mahu belajar atau tidak, datang kelas atau tidak. Awal lagi saya nyatakan bahawa mereka sendiri bertanggungjawab dengan perbuatan mereka. Mula-mula saya tegur, lama kelamaan saya marah. Menjelang separuh masa kdua semester saya hanya memfokuskan pelajar yang benar-benar ingin belajar, tidak kira mereka pandai atau lemah, yang penting keinginan dan kesungguhan mahu belajar.

Terdapat pelajar yang ponteng kerana masalah ibu bapa bercerai, bapa nak kawin lagi, dipaksa belajar di matrikulasi dan susah bangun pagi. Yang lain saya tak tahu, tetapi saya melayan mereka seperti orang dewasa. Saya katakan bahawa, jika sekali kita memilih jalan ini, suka atau tidak kita harus laluinya walaupun dengan memaksa diri. Buatlah sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Semester ini juga menyaksikan pelbagai fasa yang saya alami. Bermula dari zaman pasca bertunang, menikah dan belajar hidup berumah tangga, iaitu balik kerja kena masak.Mendaftar diri menjadi pelajar pascasiswazah dan berulang alik di hujung minggu ke kelas.  Kemudian menghadapi fasa trimester pertama tanpa sedar, bila sudah rasa lain macam, baru pergi jumpa doktor dan sah mengandung 3 bulan.sampailah tamat semester ini, bermula cuti saya akan terus naik kapal terbang kerana telah mencapai minggu ke 35, hari-hari terakhir sebelum diharamkan menaiki kapal terbang.

Semester ini ada timbalan pengarah yang baru menggantikan Cik Din. Tuan Haji timbalan baru kali ini orang Kimia, sangat memfokuskan kecemerlangan, tak payah susah hati tentang pelajar ponteng yang memang tak mahu belajar dan sengaja menggagalkan diri.

Itu sajalah. Selepas ini akan bercuti 90 hari dan kmbali menjadi ibu berkerjaya pula. Doakan dimudahkan melahirkan anak dan menyusukan, dan kembali bertugas.

Amal Harun
Labuan


Tuesday 1 April 2014

Makanan

Saya ialah orang yang tidak berdisiplin tentang tabiat pemakanan yang sihat. Sejak disahkan mengandung, saya suka makan makanan segera, seperti maggi, macdon, kfc dan paling kerap ialah pizza. Maka tidak hairanlah berat saya mencanak naik sebanyak 11 kg menjelang minggu 31. Selain itu, saya sangat suka minum air di kafe seperti teh ais, kicai ping dan nescafe ais.

Padahal sebelum mengandung lansung tak selera dengan fast food ataupun minuman berais. Minum air masak saja banyak. Tapi sekarang semuanya berubah. 

Amalan ini diinsafi menjelang 5 bulan mengandung. Sebab berat naik mendadak. Manakala suami lansung tidak respon, lagi dia nak makan sama ada la ( baca: dia menggalakkan).

Berikut ialah perkara yang diambil ketika mula berbadan 2, tetapi tidak konsisten. Kadang ponteng juga.

1. Iberet
Makan iberet sebab dia mengandungi vitamin c, folic acid, ferum dan B complex.

Kalau nak makan iberet, makanlah mengikut langkah yang disarankan dalam    keterangan ubat. Senang makan ni, sebiji saja telan ada semua. Jangan makan telur, susu atau kafien sebelum atau selepas 3 jam pengambilan iberet. Langkah ini perlu supaya dapat meningkatkan penyerapan ferum.

Mula-mula dulu Hb saya rendah walaupun makan iberet, setelah diselidik penyerapan kurang dengan beberapa faktor pemakanan yang disebutkan sebelum ini.  Saya tak mau anemic!!

Hemoglobin penting sebab dia yang bawa oksigen, kurang Hb kuranglah oksigen sedangkan keperluan oksigen semakin banyak diperlukan apabila fetus membesar.



2. Madu, kurma dan habbatus sauda'
Niat mahu mengamalkan makanan sunnah tetapi ini pon tak boleh istiqamah juga. Ada ketika saya makan, ada ketika ponteng. Malas!!!



3. Susu
Sejak bekerja, jarang saya minum susu setiap hari macam zaman belajar. Bila mengandung perlu banyak kalsium, 2 gelas susu sehari. Tapi saya tak minum pon. Rasa malas dan tak selera. Demi menjaga gigi dan tulang saya dan fetus, digagahi juga. Saya pilih minum susu hi goat sebab dia tak manis, murah, sedap dan senang dibawa ke mana saja.



4. Safron
Kak suhara bagi saya safron. Amalkan minum sebanyak 7 urat setiap pagi dibancuh bersama madu. Ini belum dicuba sebab pagi- pagi sibuk terkejar ke kelas. 



5. Minyak ikan

Dengan harapan mendapat DHA untuk pertumbuhan otak. Ini pun sama, makan ikut suka. Syukur dia tak ada bau atau rasa meloyakan.



6. Kalsium

Beli saja tapi tak makan juga! Ini satu biji pon belom makan. 

Yang saya suka ialah benda manis- manis. Aduhhh mujur keputusan MGTT normal tetapi tetap tak bagus dengan tabiat suka makan manis. 
Ini suami belikan di LCCT masa dia mesyuarat di KL. Mujurlah kecil, jika besar, lagi banyak kena makan. 

Itu saja, akan lebih berdisiplin menjaga makan. Makanan rohani pon jangan dilupa. 

Sekian saja update menerusi telefon ketika mengawasi pelajar mengambil ujian.

Amal Harun
Labuan