mereka mencalonkan dirimu untuk suatu perkara, seandainya kau memahaminya, maka jagalah dirimu dari hal-hal yang hina...hassan al-banna
Saturday, 7 February 2009
Blood Pressure Monitor Untuk Ayah
Sudah lama saya berniat mahu membeli sebuah alat mengukur tekanan darah. Kalau tidak silap saya, sudah setahun lebih ayah saya disahkan mengalami penyakit darah tinggi. Namun, hampir setiap kali penghujung semester, duit sudah habis. Alat itu tidak sempat dibeli.
Akhirnya, saya berpakat dengan adik saya, Kausar. Kami berkongsi membeli alat tersebut. Berbekalkan sedikit nasihat dan tips dari Intan, kami pun beli. Memilih mana yang lebih accurate, praktikal dan harga yang berpatutan.
Alat itu (blood pressure monitor) perlu sebagai galakan untuk ayah lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan, mengambil ubat dengan teratur (perindophril dan prazosin), mengamalkan diet dengan lebih selamat, dan melakukan aktiviti yang lebih menyihatkan.
Ayah sangat kompleks apabila makan ubat. Ubat yang member kesan sampingan diabaikan tanpa memaklumkan doktor. Teori ayah, “kita tak boleh manjakan diri makan ubat, kalau sakit baru makan”.
Aduh, sampai bila tekanan darah ayah akan stabil kalau mengikut teori ciptaan sendiri. Hari ini, kami hadiahkan ayah ‘bendalah’ itu. Ayah sampai rumah, kemudian tengok bendalah tu, dia antara suka dan duka, terharu dan gembira. Ayah pasti senang dengan hadiah kami. (Kausar, 2008)
p/s; Terima kasih Intan untuk sesi kaunseling secara maya, ayah aku baru nak anjakan paradigma pasal makan ubat =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Ayah sampai rumah, kemudian tengok bendalah tu, dia antara suka dan duka, terharu dan gembira"..tersentuh pulak aku..maybe lepas ni ayah hang akan lebih menjaga kesihatan..sebab dia tahu anak-anak dia sangat mengambil berat pasal kesihatan dia..
ReplyDeletebendalah yg mcm aku main2 dl tu ke?
ReplyDeletemain2 tapi tgk2..
HIGH BLOOD PRESSURE!!
setiap 2 minggu g hospital..
tekanan n demam membuatkan bacaan mencatat 154/118..
@Intan: InsyaAllah, lepas ni kaunseling lagi. semoga bertugas area kepala batas, senang brain wash ayah aku suh makan ubat n jaga bp
ReplyDelete@Irsha: tak, kali ni yang lg accurate, intan kata yang kat wrist tu kadang tak accurate, ko selalu naik darah, tu pasal bp naik, beli la satu, kalau rasa konflik dalaman tu, cepat2 ukur bp then tenangkan diri...ni cadangan je hehe