Wednesday 15 October 2014

Jurnal Persahabatan: Izyan


2014 ni adalah tahun kelima saya berada di Labuan. Kami datang 44 orang lalu menamakan kumpulan kami sebagai gang 44. Dalam tempoh 5 tahun ini, bilangan 44 di Labuan semakin berkurang.  Ramai ahlinya sudah pergi meninggalkan Labuan, membawa  haluan hidup masing-masing.

Terbaru, Izyan juga mengorak langkah untuk balik ke semenanjung menyertai Bahagian Matrikulasi. 

Menyingkap kembali pertemuan pertama dengan beliau ialah semasa dalam penerbangan ke Labuan. Saya diberitahu, dia graduan UM. Wow saya rasa. Seganla saya ketika itu kerana grad UMS je, dan sering membawa 'grad UMS je' ke mana-mana. Sebab merasakan dalam hati ilmu ciput, lepas tu nak mengajar, oh rasa tak yakinnya, sudahlah mengajar matrikulasi. Mula lah inferiority complex.

Banyak perkara dalam hidup ni saya belajar dari dia secara indirect. Izyan banyak melihat hikmah di sebalik kejadian yang kita alami dalam hidup.. Dia banyak nasihat dan lantang dalam menyuarakan sesuatu, yang mana dalam banyak perkara saya tak mampu nak sampaikan. 

Banyaklah perkara yang dilalui dan dipelajari oleh kami bersama. Disebabkan dia open minded maka saya senang dengan dia dan tak kisah untuk bincang apa-apa. 

Dipendekkan cerita, sentialah cari kawan yang baik, yang mendorong kita buat baik. Kalau suka berkawan dengan pengumpat, tak lama mengumpat pon jadi habit kita. Kalau tak mengumpat, tapi kita pula jadi tukang dengar umpatan. 

Kawan kita ialah siapa kita. KawanlH juga dengan pengumpat tapi nasihatilah secara perlahan-lahan. 

Suami saya ialah kawan yang paling baik. Beliau suka baca artikel yang 'heavy' melibatkan fatwa dan hukum hakam, dia lebih digest, jadi dia share kat saya yang pemalas baca benda heavy. Untunglah saya. 

Itulah saja tentang kawan2 dan Izyan sahabat baik saya. Semoga hubungan baik terus terjalin biar dalam doa walau tak bersua muka. 

Amal Harun
Labuan

Emak Yang Bekerja

Di Pohon Batu Labuan, Mus'ab 2.5 bulan.
Alhamdulillah saya kembali ke bumi Labuan selepas Aidilfitri ditemani suami dan Ahmad Mus'ab. Inilah pertama kali Mus'ab menjejakkan kaki ke Labuan. Penerbangan ke Labuan ialah penerbangan Mus'ab yang ke-6 dalam tempoh belum sampai 3 bulan. Ini disebabkan sayalah punya pasal hehee (tak mau cerita)...pendekkan... travel ke Jelebu.

2 minggu lagi sebelum cuti habis. Hantar Mus'ab kepada pengasuh semata-mata sebagai orientasi kepada saya agar sudi 'melepaskan' anak seketika dalam tempoh bekerja. Sepanjang duduk di rumah, saya hanya menunggu masa selepas asar, nak ambil Mus'ab. Begitulah yang berlaku dalam 2 minggu. Adapun, tujuan yang lain ialah membiasakan diri dengan susu botol. Sayang sekali, Mus'ab sangat bijak dengan menolak pelbagai jenis botol dan puting yang dicuba. Ini kisah lain, nanti cerita lain kali.  Kebijaksanaan dia ialah membezakan puting tiruan dan puting yang dikurniakan oleh Allah.

Setelah kerja ialah cabaran mengurus rumah, mengurus suami dan anak sehinggalah diri sendiri tak terurus. Rutin bermula selepas solat subuh untuk mengepam susu, siapkan baju suami (kadang skip, biar dia sendiri), dan buat sarapan. Akan tetapi dek keletihan kadang-kadang terus tidur lepas subuh, maka sarapan saja di kafe atau di kedai. Masuk kerja jam 8 dan balik 4.15 petang. Terus ambil Mus'ab dan menerima laporan dari pengasuhnya. Solat asar dan susukan Mus'ab sebab dia tahan lapar, petang tak mahu menyusu botol. Kemudian siapkan makan malam. Lepas isyak atau lepas maghrib makan malam. Dan tak lama, tidur. Anak akan diurus suami. Kalau aku kata nak tidoq, maka nak tidoq, apa pon takleh buat.

Oh beginilah rutin. Itu saja.

No!!! Ada lagi, mencuci dan mensteril botol-botol susu, mencuci pam susu dan mengepam.

Kadang (selalu) terpaksa arahkan minta suami tolong buat semua tu. Syukur, bantuan diperolehi. Oh, beginilah realiti kehidupan berkeluarga. Baru anak satu. Ini bukan keluhan, ini hanya menzahirkan rasa kejutan. Walau bagaimanapun, saya selalu ingatkan diri, buat sesuatu kita suka dan segalanya Allah yang balas.

Jadi, inilah rutin baru.

p/s: 1. bercita-cita nak berhenti kerja setelah tamat hutang
      2. tiada masa belek telefon lagi.

Amal Harun
Labuan