Saturday 28 August 2010

Catatan Ramadhan 15; Nabi Daud dan Ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S.

"Wahai Nabi Allah!, Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallah walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya, Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"


Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan, maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Amal Harun

Tazkirah yang didengari di IOFC

Friday 27 August 2010

Ramadhan ini


Tiada perkataan setanding untuk mengungkap rasa syukur di hati apabila Allah sampaikan di Ramadhan kali ini. Saya berjanji menggunakan masa dengan baik. Inilah pertama kali menyambut Ramadhan dalam suasana bekerja. Penuh ujian dan cabaran berbanding tempoh menjadi pelajar sebelum ini.

Ramadhan ini saya lebih jauh dari emak dan ayah. Jauh dari rumah berbanding Ramadhan sebelumnya. Tapi lebih indah. Merasa tenang mendengar lantunan ayat Allah, terhibur dengan tazkirah Ramadhan di surau, ringan mengungkap lafzul jalaalah, mengikuti rombongan bantuan kolej dan duduk bersama team Quranic Circle. Semua itu benar-benar menyentuh hati. Allah, sayalah hamba yang lemah itu.

Sungguh apabila saya dan dia duduk berkongsi tentang surah al-Fajr semasa hujan lebat, saya tidak dapat meneruskan bacaan tafsir wadhih apabila tiba penghujung surah. Sebak. Kami renung dan hayati ayat itu dengan insaf...

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhainya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaKu. al-fajr;27-30

Saya mohon maaf kepada emak dan ayah kerana hanya emak dan ayah terlebih dahulu menghubungi saya setiap hari. Bersilih ganti keduanya bertanyakan saya, sedangkan saya sering menangguh. Itupun menjawab panggilan di tengah lena yang letih. Maafkan saya.

Ramadhan ini juga mungkin lebih bahagia apabila emak dikhabarkan akan ke tanah suci. Emak menangis ketika memberitahu saya tempoh hari. Ayah pula melaporkan kesihatan dia semakin pulih, adik-adik saya yang sibuk dengan pelajaran masing-masing, dan abang sulong, juga kakak ipar saya di Labuan dengan anak-anaknya menjadi teman saya berbuka. Cuma Muhammad Faiz Harun yang sukar dihubungi. Dia sentiasa dalam doa kami, setiap sujud emak dan ayah.

Begitu juga dengan rakan-rakan baru di Labuan, sungguh manis berukhuwah bersama anda. Saya hanya bimbangkan pasca ramadhan ini, mampukah saya sEperti di ramadhan ini, mampukah saya meramadhankan hari-hari saya...

Semoga Ramadhan ini dan hari yang berbaki mendidik kita ke arah piala TAQWA.

Ijlis bina', nukmin sa'ah
Amal Harun
W.P Labuan

Thursday 19 August 2010

Catatan Ramadhan 9

Masjid Annur W.P Labuan, 8.40 malam

Ini tazkirah ramadhan malam 8 ramadhan.


Wahsyi, pembunuh Hamzah, pakcik tersayang Rasulullah saw. pernah ragu-ragu masuk Islam, karana takut dosanya tidak akan terampuni dan taubatnya tidak diterima oleh Allah swt. Namun, setelah mendapat jawapan dari Rasulullah saw. berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, tanpa ragu dia pun masuk Islam dan bertaubat menuju ke Madinah.


Dari Ibnu Abbas ra. Berkata, “Sesungguhnya Wahsyi, pembunuh Hamzah ra. pakcik Rasulullah saw. Menulis surat kepada Rasulullah saw. dari Mekkah, yang menyebutkan bahwa sesungguhnya aku ingin masuk Islam, namun yang menjadi penghalangku dari masuk Islam, adalah ayat Al-Qur’an yang turun kepada Anda, yaitu firman Allah swt.,


“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (Al-Furqan; 68).


Aku telah melakukan tiga perkara itu. Sekarang apakah aku berpeluang untuk bertaubat?


Kemudian turun firman Allah swt.,


“kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Furqan; 70). Rasulullah saw. pun membalas surat Wahsyi dengan ayat itu. Wahsyi menulis surat lagi yang isinya menyebutkan tentang syarat taubat, yaitu beramal shaleh, dan aku tidak tahu apakah aku dapat melakukan amal shaleh atau tidak?


Kemudian turun firman Allah swt., “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (An-Nisa: 116).


Rasulullah saw. pun membalas surat Wahsyi dengan ayat itu. Wahsyi menulis surat lagi yang isinya menyebutkan tentang syarat taubat yang juga terdapat dalam ayat tersebut, dan aku tidak tahu apakah aku mendapatkan ampunan atau tidak?


Kemudian turun firman Allah swt., “Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar; 24).


Rasulullah saw. pun membalas surat Wahsyi dengan ayat itu. Wahsyi tidak lagi melihat ada syarat dalam ayat tersebut, maka dia pun bertolak menuju Madinah dan masuk Islam.” Keadilan dan kebijakan Allah swt. menentukan bahwa setiap bani Adam berdosa, sebagaimana disebutkan dalam hadits Rasulullah saw. dari Anas bin Malik, Rasulullah saw. Bersabda, “setiap anak Adam bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang bertaubat”. (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim ).


Namun, Allah swt. tidak zhalim terhadap manusia. Ketika mereka berpeluang untuk bersalah, maka Allah swt. membuka lebar-lebar pintu taubat untuk membersihkan dosa-dosanya. Oleh karena itu, Allah swt. telah mewajibkan taubat atas setiap hamba-Nya. Allah swt.


“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah – Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengatahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (Ali Imran: 133-136)


Rasulullah saw. mengilustrasikan keutamaan taubat dalam haditsnya mengenai diri beliau sendiri, “Aku adalah nabi taubat dan nabi yang penuh kasih sayang”. (HR. Muslim). Rasulullah saw. juga menggambarkan orang-orang yang bertaubat kepada Allah swt., bahwa mereka di sisi Allah swt. sangat mulia dan Allah swt.


Jadi ramadhan ini titik permulaan kita untuk memperbaharui niat, berusaha jadi lebih baik, semoga jadi hamba yang mengharap redha dan kasih penciptanya.


Catatan 9 Ramadhan 1431 H

Sungguh banyak dosa..

W.P Labuan


Saturday 14 August 2010

Qaadiran 'ala Nafsih


Antara 10 muwasofat tarbiyah ialah Qaadiran ala nafsih. Maknanya individu perlu berdikari!

Ramadhan di kepulauan ini mengajar erti berdikari. Makan tak usah berbeli sangat, air tangan sendiri lebih berkat hehee, kebersihan dan kehalalan terjamin, jimat dan berkualiti. Dapat pula dikongsi dengan rakan serumah.


Ikan yang dibeli terus dari kapal lebih murah berbanding di pasar asalkan beg plastik (baca: supik glenya) dibawa bersama. Rakan serumah saya Shazila, memilih ikan dan udang segar. Jumlah harga berkilo-kilo ikan RM13 dan RM 15 untuk 600 gram udang besar. Nikmat yang perlu disyukuri.

oh, baru nak belajar masak lauk-pauk dengan lebih betul. ini mungkin bermanfaat bagi anda juga.

Kerapu sweet sour

Bahan-Bahan:

1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)

¼ cawan sos cili

½ cawan sos tomato

2 sudu besar sos tiram

Serbuk kunyit

Minyak untuk menggoreng

4 ulas bawang merah ditumbuk lumat

Garam secukup rasa 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat

½ batang lobak merah dipotong kiub

½ batang timun dibuang biji & potong kiub

1 biji tomato dibuang biji & potong kiub

1 potong nenas dipotong kiub

½ cawan air

Cara:

Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit

Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.

Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.

Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.

Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.

Angkat dan tuangkan ke atas ikan.


Sekian,
catatan 4 Ramadhan 1431 H
Kepulauan Labuhan

Sunday 1 August 2010

Mana akarnya?


"Bangang punya bendahari, duit dah lama masuk, disekat-sekat pulak duit pelajar" melepaskan kemarahan bersama kawan. Rupanya ia didengari naqibah kami.

Ingat lagi perbandingan Allah dalam Surah Ibrahim?

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)

Jika keimanan itu adalah akar pohon yang kuat memasak di atas bumi, maka akhlak yang mulia itu adalah buah-buahan yang dihasilkan oleh pohon tersebut. Buah yang dihasilkan bukan sahaja baik, malah bermanfaat kepada orang lain. Inilah yang kita mahukan.

Aduh!