Thursday, 12 February 2009

Kecuaianku Yang Membantu Israel

Hari Khamis ini saya agak kosong kerana tiada kelas (kelas batal), banyak assignment hampir siap melainkan yang besar-besar belaka memerlukan kerja keras bersama rakan. Maka saya ambil kesempatan ke Kota Kinabalu, memanjakan diri membayar bil, mencari buah-buahan segar untuk dimakan (macam masuk hutan pula). Memandangkan akhir-akhir ini saya mengalami sindrom lapar mengejut saya singgah di sebuah pasar raya membeli makanan mengelakkan kebisingan perut.

Saya ambil raga, dan dengan cepat menyambar barang-barang yang bermain di kepala. Antaranya Ribena, Anlene, segala sabun pakaian, badan dan rambut, ok complete! Saya sangat ‘addicted’ dengan Oreo dan Chipsmore dengan extra kacang Hazel, saya rembat 2 bungkus. Sebelum ni dia DANONE, jadi sekarang bukan DANONE, dah boleh beli.
Dengan yakin saya terus membayar. Melihat kepada biskut chipsmore itu, ia dilabelkan KRAFT. Baguslah, bukan DANONE, jenama yang diboikot itu.

Apabila balik ke bilik, saya membelek-belek (golek pi, golek mai). Saya hairan, macam bulan lepas Chipsmore ada label DANONE, tapi kali ni KRAFT pula. Saya baca label bungkusan, ia bertulis seperti berikut:

Owner of the rights of manufacter;
KRAFT MALAYSIA SDN.BHD
(Formerly known as Danone Malaysia)


maafkan, saya cuai!!!

amal harun
88999 Kota Kinabalu

1 comment:

  1. apabila kraft membeli danone, maksudnya keuntungan tidak lagi disalur kan kepada nestle. walaubagaimanapun, sekiranya nama chipsmore itu tidak dijual kepada kraft, yakni nestle masih mengambil keuntungan dari setiap jualan kraft, itu saya tidak pasti hak dan batilnya.

    tidak arif, cuma memberi pendapat.

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..