Sunday, 1 February 2009

Mahar Cinta Dari Allah



31 Januari 2009

Team KA merealisasi impian mengadakan rehlah (baca; picnic) di pantai Syahbandar, Tuaran. Pantai berhampiran kampung. Bersih dan ombak yang melepasi kelajuan 40km/j. Seronok! Main dan makan, membina benteng pemecah ombak selama 30 minit membuatkan saya sering terpelanting walaupun setakat di gigi air. Beberapa kali tertelan air dan cukup membuat kulit terbakar dengan intensiti cahaya yang kian memuncak jam 11 pagi.

Bertolak balik jam 12 lebih setelah menemui ukhwah yang tercicir. Ukhwah atas dasar akidah! Jam 3 petang, kami memulangkan kereta sahabat, singgah sebentar bersolat asar. Kereta dikunci kerana terdapat dua buah komputer. Saya buka kembali boot kereta dengan kunci untuk mengambil kain sembahyang kemudian menutup kembali boot kereta. Tidaaaaaaaaaaaaak!!!!! Kunci tertinggal di dalam boot.
Saya memberitahu semua orang, mereka kelihatan tenang dan bersahaja , lalu mendirikan solat asar. Saya cuba mencari alternatif mendapatkan kunci dalam kereta yang terkunci. Saya buntu, ‘silly mistake and careless’.

Ahli team bergerak meminta pertolongan di kedai aksesori kereta. Berjaya! Kereta Berjaya dibuka menurut prosedur tradisional yang diamalkan oleh pencuri kereta. Kami mendapat beberapa ilmu tentang tahap penjagaan keselamatan kereta.

Habis. Peristiwa biasa-biasa yang ‘memaniskan’ ukhwah.

Ini mahar cinta dari Allah untuk team KA. Hamdalah.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..