Saturday 28 February 2009

Drama Saintis

Keseskan jalan raya dari Kingfisher ke kampus diharungi, selit-selit sampai juga. Terus menuju ke SST, simpan moto depan lif makmal kimia industri. Menghantar mesej kepada Anis "Aku kat depan lif lab kimia ni,mai cepat", send tanpa sedar kepada siapa, saya memang selalu salah hantar mesej kepada salah orang. Ups, kek sederhana saiznya itu saya letak atas moto sebelah, biarlah sekejap sahaja, tiba-tiba seorang lelaki dengan wajah terkejut entah dari mana muncul. Muka dia terkejut, lepas tu senyum kemudian menghilangkan diri dalam lif. Mungkin itu moto dia.

SMS dibalas, Ainil: "Ainil ka?", huhu salah patut la Anis tak muncul. Hampir rosak rancangan. Untuk selamatkan diri, lari ke kafe kemudian jumpa Anis, terus menuju ke makmal kultur tisu. Anis berlakon sebagai watak utama, menjadi drama. Ainil datang dan terkedu, huahua 23 tahun!!

Pengajaran: Kita perlu alert dengan pertambahan umur

Wednesday 25 February 2009

Kabus, Jerebu dan Asap



Mempunyai midterm exam, mengawasi lawatan pelajar tadika (tidak jadi, saya sendiri tidak yakin), assignment dan lain-lain, bagaimana meletakkan prioriti akhir-akhir ini. Blog ini sunyi sementara, saya kurang istiqamah, kurang membaca dan akhir sekali ketandusan idea dan semangat menulis.

Saya hilang motivasi melakukan apa saja minggu ini.Saya baru beli buku Prof Vincent, Jumaat ni exam!

Tapi buku ini juga yang menjadi penawar:

"Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadai kuat, kemudian dia menjadikan kamu setelah kuat itu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dia kehendaki dan dia maha mengetahui, maha kuasa, Rum;54"


kolej kediaman A.

Saturday 21 February 2009

Encik Common Sense

Saya makan di kedai, apabila mahu pulang saya ternampak Timbalan Naib Canselor dan Alumni, Prof Amran yang mahu menikmati makan tengah hari. Terdetik di hati mahu berjumpa beliau atas urusan statistik perubatan bagi pihak saudara saya di peringkat pascasiswazah. Mujur kawan saya melarang dan meminta saya berurusan secara formal, membuat temu janji dengan PA beliau. Ini bukti common sense saya yang lemah atau bertindak sebelum fikir.

Saya tertarik untuk memberi reaksi menerusi entri Common sense di saifulislam.com. Ini yang buat saya bingung:

Saya benar-benar sedang mencari jawapan, apakah yang sebenarnya sedang membelenggu generasi pemikul 15A dalam SPM ini, yang kehilangan common sense dalam kehidupan mereka.


Seorang pensyarah saya non-muslim memang terkenal dengan panggilan common sense, beliau sentiasa menegur kami supaya lebih common sense semasa menjalankan kerja makmal sintesis organik. Saya berpendapat bahawa prinsip kerja makmal adalah dengan hati, hands-on with minds-on. Semua deria kena alert, bukan robotik, sekadar mengikut prosedur eksperimen pada manual sahaja.

Spatial awareness, iaitu mengetahui kewujudan ruang peribadi. Tahu menghormati privasi orang lain, ia juga adalah satu contoh akhlak islamiyyah. Contohnya, tidak menyampuk ketika diskusi orang lain, atau sekurang-kurang minta maaf dan cukup berkata “tumpang lalu”. Common sense.

Atau ketika majlis berbuka puasa, tuan rumah dah penat hidang, apa salahnya kutip pinggan dan gelas, bukan tinggal dan lihat sahaja seperti makan di hotel. Common sense.

Inilah dilema orang bijak pandai kini, saya kira common sense adalah sensitiviti diri, pendidikan, asuhan ibu bapa dan persekitaran juga acuan diri, sibghah Allah. Tidak ada coating, mempunyai prinsip jelas terhadap penghormatan diri dan orang lain.

Cukup ini peringatan untuk diri sendiri, bonus kalau yang lain juga mahu memikirkan ibrahnya.

amal harun
88999 Kota Kinabalu

Thursday 19 February 2009

Chemist vs Pengemis

Semasa menjalani latihan mengajar, perkara paling lazim ialah menerima borang 'relief', lebih kurang kena masuk kelas ganti cikgu yang tak hadir ke sekolah. Ini paling saya suka, sebab tidak terikat dengan 'upacara' formal mengajar. Pelbagai kelas boleh masuk, dan boleh kenal pelbagai jenis pelajar. Bagi relief banyak pun saya suka, sebab boleh merapu dengan pelajar, tahu latar belakang dan bersuka ria. Suasana pembelajaran 'rigid' itu diketepikan, pembelajaran informal, teori pembelajaran cipta sendiri.

Apa yang saya buat bila masuk dalam kelas ialah menguji sejauh mana 'kecintaan' pelajar pada guru-guru mereka yang sedia ada. Maka mereka pun mula memuji dan meng'komplen'. Borang soal selidik diedarkan, jawapan kepada kenapa saya tidak suka sekolah ini: "Saya tidak suka sekolah ini/ cikgu *** kerana rambut saya sering dipotong, dah la potongan tak lawa"

Lagi satu mereka sangat teruja mahu berkenalan, jadi saya tanya cita-cita, majoriti mahu jadi polis, bomba dan jururawat. Tidak dinafikan mereka cenderung dengan persekitaran, maklumlah balai polis, hospital dan balai bomba besar baru dibuka.

"cikgu punya cita-cita apa?" tanya fatty boom boom, pengiktirafan gelaran manja.

"chemist"

"ha, pengemis?"

Huhuhu Chemist vs Pengemis.

sambung sendiri...

Wednesday 18 February 2009

Technophobic Counting

As usual i have a class; Computer and Multimedia in Education, discussing about teaching and learning with technology. This week we need to cover two chapters; administrative software and academic software. There is no lecture, but we need to present our discussion next week with the report.

The workload increasing. Next week, i will have 4 midterm examination, 3 assignments to be submitted, 1 presentation and need to collect data in the school. Thank you my dear lecturers. All these tasks have to clear up within 1 week hehe.

So back to the lecture, we finish 1 hour earlier. Before that, my lecturer asked the total number of students. So she need the students to count one by one;

one, two, three.........98 (me), 99, 100......281, dua ratus lapan puluh dua (peoples laugh hahaaahaaa)...and finally 387.

A big number for one lecture, that is why the class turn to chaos when the 'teachers' start mumbling, i think they postponed to take this course earlier because of technophobic as well as me. O Allah, give me the strength.

a picturesque dhuhaa
88999 Kota Kinabalu

Monday 16 February 2009

Kerek, koman, selekeh, dungukah di IPT ini???

"awak belajar pandai-pandai, masuk UMS je?" inilah dialog seorang guru kepada kawan saya. Kami meminta guru ini membantu mengedarkan kertas soalan yang kami bina bagi menguji kesahan soalan (validity) mengikut item. Contohnya, adakah soalan yang dibina benar-benar menguji dan membezakan pelajar berkebolehan tinggi dengan pelajar berkebolehan rendah. Maka untuk mengetahui validity soalan, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi perlu diperoleh menerusi analisis item.

Kami hantar ke satu sekolah yang agak berprestij di Kota Kinabalu, maka itulah dialog pedih saya dengar. Terlalu hinakah graduan pendidikan kini? Bodoh sangatkah kami untuk berada di sini, kasihan pula kepada pensyarah dan penyelidik di sini.

Kawan saya dan cikgunya pun bersembang lagi, saya diam membatu dan sesekali berbicara bila ditanya.

"kamu pakai pinjaman ya?" kata cikgu itu.

"ya, tapi dia biasiswa" kata kawan saya dan merujuk kepada saya.

"macam mana dia dapat kamu tak dapat? ooo "kamu pakai kabel orang dalam ya?" kata cikgu itu kepada saya pula.

Saya agak tergamam, tuduhan itu memang melampau. "Memang susah nak dapat tu cikgu, diorang selidik macam-macam kriteria" cepat kawan saya mencelah.

"Oooo, may be diorang selidik juga pendapatan ibu bapa" cikgu tu buat inferens.

"Ya, pendapatan ibu bapa, mak ayah saya kerja biasa saja" perlahan saya membalas, mungkin terpancar wajah kesusahan atau kemiskinan di muka saya setelah muka sombong. Memang la nak dapat biasiswa, pendapatan ibu bapa mestilah diambilkira, itu pasal slip gaji mak saya diambil.

Saya bersu'uz dzan (bersangka buruk) pada cikgu itu, apa dia ingat saya terlalu bodoh hingga tak layak menerima biasiswa atau terlalu teruk menerima tajaan jika belajar di 'UMS je'? Saya kembali berlapang dada,mujur ada cikgu ni sudi menolong kami mengedar soalan.

P/s: saya belajar hari ini jangan terlalu memandang rendah orang lain bila kita rasa kita sudah berada di atas/ hidup stabil, mana tahu kesenangan kita sekarang adalah ujian Allah tanpa kita sedar.

Lalu ini doa saya "Ya Allah, janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tidak sanggup aku hadapi, janganlah Engkau uji aku dengan kesenangan, Ya Allah, jadikan kami orang yang berjaya dunia dan akhirat."

amal harun
88999 Kota Kinabalu.

Dah pandai pandu kereta auto!

Hari ini begitu cepat! Pergerakan seperti lipas kudung.Tadi subuh, sekarang malam, baru habis kelas. Alhamdulillah, Allah izinkan saya menyelesaikan beberapa tugasan yang memerlukan perjalanan jauh.

Sempat juga saya memandu uji kereta kawan saya. Terima kasih juniorku, tuan empunya kereta mengizinkan dan mengajar saya memandu keretanya. Terima kasih, jangan serik mengajar saya.

Ini pertama kali saya memandu kereta automatik. Saya tidak malu mengaku saya tidak pandai memandu kereta auto, selama ini hanya manual sahaja. Jika diminta memandu oleh kawan-kawan, saya terpaksa berkata begini, "sori, saya tak pandai drive kereta auto". Berbekalkan sedikit pengetahuan melalui pemerhatian, saya mencuba. Beberapa kali saya menekan brek, dua rakan yang lain hampir tersungkur ke depan. Ups, minta maaf.

Terima kasih ya kalian, saya dah pandai hehe..

Sunday 15 February 2009

Impian SaMaRah Episod Akhir

Iaitu syurga-syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang saleh, dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. Ar-Ra'd;23


Kertas kerja saya disambut riang seluruh ahli keluarga, ajk yang dilantik menjalankan tugas sebaiknya, masing-masing memberi komitmen yang tinggi terhadap projek yang saya usulkan. Semua hadir kecuali abang saya Faiz dan isterinya Kak Yati. Semua persiapan dijalankan,tempat solat, makanan hatta kepada pemilihan muazzin.

Acara separa formal berjalan lancar, masing-masing patuh terhadap tentatif program yang dilekatkan di pintu bilik air (paling strategik). Memandangkan bilik air hanya dua, maka mereka berbaris menunggu giliran.

Solat maghrib bersama, diikuti ucapan pembukaan oleh abang sulung saya. Pakngah memberi ucapan. Air mata mak dan semuanya menderu, sungguh menginsafkan kali pertama Allah izinkan bertemu dalam suasana ini, my tok is very cool, no tears drop!

Pakngah ucapkan terima kasih kepada yang menjaga tok, menyingkap kembali susah senang generasi dahulu berkorban untuk kesenangan anak cucu cicit kini, orang dulu-dulu berfikiran jauh, kata pakngah. Nampaknya pakngah tidak dapat meneruskan ucapan beliau, seperti sebak. Ayah pun turut menambah, saya lupa pula apa ayah kata, ukhwah kot.

Majlis diteruskan dengan bacaan Yaasin, solat isyak, solat hajat diimamkan oleh imam muda Ali Husaini, tahlil, bacaan doa rabithah, sesi fotografi dan menjamu selera.Makanan oleh Paklang katering, sedap hingga menjilat jari!

gambar kenangan ada di sini

Friday 13 February 2009

Sombong dan muka sombong

Kadang saya tak suka keluar ke khalayak, juga tak suka bergaul dengan ramai, pendek kata tak pandai la nak bersosial. Disebabkan kata orang, muka saya nampak serius dan garang (apalah nasibku).

Kiranya first impression orang; pompuan ni sombong! Tak apa la nak kata cek ni sombong atau garang. Kalau nak sombong takat mana boleh sombong,kita hamba, saya ulang kita hamba ya! Redhalah kita hamba kepada Allah.

Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan membanggakan diri. Luqman;18


Dan satu lagi, supaya saya tidak sombong, atau MPP juga tidak sombong;

Orang yang beriman dengan ayat-ayat kami hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri. Sajadah 15

Thursday 12 February 2009

Masjid ni best

Kelas malam ni batal, antara gembira dan duka (serius ikhlas). Kesempatan ini saya ambil untuk lepak (baca; iktikaf) di masjid. Suasananya cukup tenang dan harmoni, sekadar mahu berkongsi dengan sesiapa yang jarang lepak masjid. Anda boleh study, diskusi assignment dan macam-macam lagi. Sekarang ni ada kumpulan sedang berhalaqah, bermesyuarat dan macam-macam urusan mereka.

Saya 'dok golek pi, golek mai' di masjid ini selepas isyak sambil menyiapkan tugasan dan melayari internet. Anda semua dijemput datang dan nikmati keindahan berada di masjid. Selain itu, anda boleh menikmati panorama bandar Kota Kinabalu, belatarkan pergunungan Kinabalu di bahagian atas masjid, the top without roof. Sambil itu hiruplah angin bayu dari laut berhampiran universiti!

Subhanallah, mari menikmati sebelum bergraduasi.

Tingkat 1, Masjid Universiti.

Kecuaianku Yang Membantu Israel

Hari Khamis ini saya agak kosong kerana tiada kelas (kelas batal), banyak assignment hampir siap melainkan yang besar-besar belaka memerlukan kerja keras bersama rakan. Maka saya ambil kesempatan ke Kota Kinabalu, memanjakan diri membayar bil, mencari buah-buahan segar untuk dimakan (macam masuk hutan pula). Memandangkan akhir-akhir ini saya mengalami sindrom lapar mengejut saya singgah di sebuah pasar raya membeli makanan mengelakkan kebisingan perut.

Saya ambil raga, dan dengan cepat menyambar barang-barang yang bermain di kepala. Antaranya Ribena, Anlene, segala sabun pakaian, badan dan rambut, ok complete! Saya sangat ‘addicted’ dengan Oreo dan Chipsmore dengan extra kacang Hazel, saya rembat 2 bungkus. Sebelum ni dia DANONE, jadi sekarang bukan DANONE, dah boleh beli.
Dengan yakin saya terus membayar. Melihat kepada biskut chipsmore itu, ia dilabelkan KRAFT. Baguslah, bukan DANONE, jenama yang diboikot itu.

Apabila balik ke bilik, saya membelek-belek (golek pi, golek mai). Saya hairan, macam bulan lepas Chipsmore ada label DANONE, tapi kali ni KRAFT pula. Saya baca label bungkusan, ia bertulis seperti berikut:

Owner of the rights of manufacter;
KRAFT MALAYSIA SDN.BHD
(Formerly known as Danone Malaysia)


maafkan, saya cuai!!!

amal harun
88999 Kota Kinabalu

Monday 9 February 2009

Hisamitsu Tiramisu


KA gempur selaras dengan letupan meriam, mercun dan percikan bunga api yang mewarnai langit malam Likas. Rama-rama terbang bebas, arnab berlari di padang hijau nan luas.

Selesai solat maghrib, saya cuci gelas di dapur, keluar dapur mengutip gelas lagi....

"Sanah helwah!" daripada mamamia yang tersenyum simpul membawa kek tiramisu.

Opocot. terkejut bukan kepalang..dan bendera Palestin berkobar diterima sebagai hadiah. Birthday Maruko can 3 Januari, Jajan Johor 4 Januari, Kukumalu 5 Januari, Akikomicio 7 Januari bersama Lady D diikuti Enosuke 5 Februari. Akikomicio berbedak sejuk tanpa kimono memotong tiramisu cake. Kami menadah piring, nyum nyum, cheseeee gulp! Tapi awas, sambil mendengar mutiara bermakna bonda terchenta.

Selepas isyak, sebiji kek lagi tiba, ini untuk Enosuke.

Saya menyusur langit malam bersama kekasih gelap kapcai buatan Malaysia,tak sanggup lagi menelan makanan berkalori tinggi. Mereka yang lain berhalaqah cinta.

p/s: maaf, pencemaran bahasa berlaku.

orang muda hibernate di katil,
menaip jurnal mata terjegil,
tak siap assignment mesti menggigil,
kalau tak lecturer panggil.

Sunday 8 February 2009

Happy Birthday!


Saya dan kawan meraikan hari lahir Joji, sahabat saya sejak 8 tahun. Kami bertemu semasa saya bersekolah di S.K Pekan Kuala Penyu. Kami sentiasa berkawan baik,walaupun berlainan akidah.Masuk ke sekolah menengah kami terpisah, saya dihantar pulang ke Pulau Pinang, tetapi cuti sekolah kembali ke Kuala Penyu, bertemu keluarga dan Joji. Terus berkawan, dia di Labuan, saya di Kulim.

2005 menyaksikan kami bertemu kembali di UMS. Ditakdirkan bilik kami bertentangan biar kolej berasingan. Kami dapat melambai tangan dari jauh, melihat bilik siapa terlebih dahulu memadam lampu. Kadang sms diterima "amal tengok tingkap bilik aku", Joji melambai di seberang sana, lambaian dibalas.

Joji sibuk dengan posting klinikal di hospital. Kesempatan hari lahir menemukan kami. Semoga Allah kurniakan keberkatan dan hidayah buat dia.

Saturday 7 February 2009

Blood Pressure Monitor Untuk Ayah




Sudah lama saya berniat mahu membeli sebuah alat mengukur tekanan darah. Kalau tidak silap saya, sudah setahun lebih ayah saya disahkan mengalami penyakit darah tinggi. Namun, hampir setiap kali penghujung semester, duit sudah habis. Alat itu tidak sempat dibeli.

Akhirnya, saya berpakat dengan adik saya, Kausar. Kami berkongsi membeli alat tersebut. Berbekalkan sedikit nasihat dan tips dari Intan, kami pun beli. Memilih mana yang lebih accurate, praktikal dan harga yang berpatutan.

Alat itu (blood pressure monitor) perlu sebagai galakan untuk ayah lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan, mengambil ubat dengan teratur (perindophril dan prazosin), mengamalkan diet dengan lebih selamat, dan melakukan aktiviti yang lebih menyihatkan.

Ayah sangat kompleks apabila makan ubat. Ubat yang member kesan sampingan diabaikan tanpa memaklumkan doktor. Teori ayah, “kita tak boleh manjakan diri makan ubat, kalau sakit baru makan”.

Aduh, sampai bila tekanan darah ayah akan stabil kalau mengikut teori ciptaan sendiri. Hari ini, kami hadiahkan ayah ‘bendalah’ itu. Ayah sampai rumah, kemudian tengok bendalah tu, dia antara suka dan duka, terharu dan gembira. Ayah pasti senang dengan hadiah kami. (Kausar, 2008)

p/s; Terima kasih Intan untuk sesi kaunseling secara maya, ayah aku baru nak anjakan paradigma pasal makan ubat =)

Tunggu Teduh Dulu


Hari-hari terakhir di kampus (padahal lama lagi) mengundang rasa pelik di kalangan warga tahun akhir pengajian. Antara pengakuan ikhlas lagi jujur, dulu malas datang kelas, sekarang semester akhir makin rajin, sebab tidak ada apa nak buat kalau tidak ke kelas. Oh alasan ini sungguh sempoi.Bukan saya ya, kerana saya rajin ke kelas, bilangan ponteng bersebab boleh dibilang dengan jari.

Bila dah banyak sangat masa, apa kata adakan majlis perpisahan (kononnya). Sambutan hangat di kalangan warga tahun akhir pendidikan Bio dan Kimia. Saya berkira-kira mahu pergi atau tidak, mahu:tidak mahu menghasilkan nisbah 30:70.

Saya tidak terlalu teruja, tidak juga terlalu mengelak untuk menghadirkan diri ke majlis sebegitu rupa. Supaya setiap individu menghormati pandangan individu lain, ini pendapat saya untuk tidak pergi:

menjadi fitrah saya sejak dahulu kala jarang menyertai parti/keramaian/majlis sosial apatah lagi yang formal.

tidak pandai berkomunikasi, komunikasi berkesan jauh sekali

etika berpakaian saya yang tak kena tempat. melanggar protokol atau tema

Sila jangan pujuk atau paksa. Saya fikirkan kemudian, masih sempat.Noktah

blok b, 1.14
lower wing,
kolej a.

Friday 6 February 2009

Bahasa orang Taiwan

I was so excited to read this journal for my PJK assignment. I need to submit by this Monday. Ecstatically I read the abstract then decide this title as my journal review. When comes to the other part, it was written in Taiwan language. I e-mail the writer to send me the English version if any. So by this weekend, I need to change another topic.


Abstract
The purpose of this study was to assess the effectiveness of a weight control program to reduce body weight among obese junior high students. A quasi-experimental design was conducted with obese students in two junior high schools in Taipei. One school was assigned as an experimental group with 55 students participated in the program. The other school served as a control group with 54 students. Students in the experimental group received fourteen-week of weight control educational activities. The weight control program included healthy eating, regular exercise and other behavioral change activities. These behavioral change activities were designed based on the transtheoretical model with different stages of the body weight management. Students in the control group did not receive any educational intervention. Data on BMI, dietary behavior, perceived weight-control pros, perceived weight-control cons , perceived diet self-efficacy, perceived exercise self–efficacy and stages of weight control were collected and comparisons were made before and after the program and between the experimental and control groups. Results showed that students in the experimental group were significantly better than those of the control group in all indicators measured after the weight control program. This preliminary result indicated the effectiveness of incorporation of transtheoretical model in an educational intervention program for weight control and the management of weight control related behavioral changes.

Li – Rong Liu, R.N. M. Ed.
The author is a doctoral student in the Department of Health Education at National Taiwan Normal University and a school nurse at Municipal Shipai Junior High School in Taipei, Taiwan. Contact Author: Li – Rong Liu, Municipal Shipai Junior High School in Taipei, Taiwan No. 139, Sec. 1, Shipai Rd., Jili Li, Beitou Dist., Taipei 112, Taiwan; phone: (02) 28224683-237; fax: (02)25793441; email: lirongliu@tp.edu.tw


Moral: Learn 4th language.

Thursday 5 February 2009

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok



Sebuah buku tulisan Prof.Dr. Muhd Kamil Ibrahim telah selesai saya baca. Perasaan yang bercampur baur apabila membaca sebuah travelog yang ditulis penuh keikhlasan dan keinsafan. Ia adalah hasil lontaran hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok bukan sekadar catatan hamba Allah yang baru mengenal Tuhan, tetapi ia jauh lebih signifikan dalam kehidupan saya. Ia adalah motivasi menjadi Muslim yang ‘benar’ dari sudut ibadah dan tujuan hidup, tujuan kita diciptakan dan paling utama adalah episod jalan pulang menuju Allah.

Syukur, pada satu aspek yang lain, saya merasa lebih bertuah daripada Prof Dr.Muhd Kamil. Saya menerima pendidikan al-Quran di usia muda, juga berpeluang mengikuti kelas qiraat suatu masa dahulu berbanding beliau yang mula mengenal huruf di usia 40-an. Namun saya kalah dalam menghayati isi al-Quran yang mulia itu, sisipan kalam suci di dalam travelog ini menyedarkan saya jahil dalam terang.


“Dia berdoa, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, sebab itu, ampunilah aku! Lalu Tuhan mengampuninya, sesungguhnya, Tuhan itu pengampun dan penyayang” al-Qasas, ayat 16


amal harun
kolej kediaman a
88999 Kota Kinabalu

Wednesday 4 February 2009

Impian SaMaRah

Shah Alam, 22 November 2008.

Kami solat maghrib berjemaah sebelum betolak ke Bukit Kiara bagi menghadiri majlis perkahwinan Husna. Solat jemaah ini menghimpunkan mak saya sebagai anak sulung bersama anak-anak, Pakngah dan Makngah (5 syabab ditinggalkan), Paklang, Maklang dan anak-anak, Maknjang, Paknjang dan anak-anak. Solat diimamkan oleh Pakngah. Kami doa dan bersalam bersama. Indahnya! Saya pasti, ahli keluarga lain turut merasainya. Alangkah bagusnya kalau dapat buat lagi.

Balik ke Kepala Batas, saya kongsikan hal ini kepada ayah saya. Ayah kata kita kena buat secara serius, perhimpunan keluarga. Agak jarang semua orang dapat bekumpul, bila balik kampung, menjadi rutin makan bersama, itu sahaja.
Lalu saya usulkan kertas kerja projek perhimpunan keluarga buat kali pertama. Kemudian saya e-mailkan kepada Pakngah, Maknjang dan Paklang. Saya melantik diri saya sebagai setiausaha, Pakngah sebagai pengerusi, Maknjang sebagai bendahari, Paklang sebagai AJK makanan dan ayah sebagai AJK kebajikan atau nama glamour ‘tugas-tugas khas’.

Saya jadikan firman Allah dalam surah at-Tur ayat 21 sebagai muqaddimah, beserta objektif projek. Antaranya saling merapatkan ukhwah, tahlil kepada arwah wan dan mereka yang telah pergi, memohon kesihatan yang baik kepada Cuya (kembali ke rahmatullah 12 Januari 2009), mendoakan kepulangan Faiz dan menenangkan susah hati tok saya terhadap kesihatan Cuya.

Saya menerima balasan e-mail daripada Pakngah menyatakan persetujuan dan tindakan susulan akan dibincangkan bersama Maknjang. Memilih tarikh dan menyusun tentatif program.

Nantikan kesudahannya! =)

Tuesday 3 February 2009

Yang mana satu


“Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang engkau sembah selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku.” Maryam;48.

Hari-hari terakhir menjelang tarikh tutup penghantaran borang penempatan, saya makin buntu, sedikit tekanan. Proses membuat pilihan dan keputusan sangat menyukarkan, jika boleh saya katakan, saya tidak suka diberi pilihan. Faktor utama, tidak berani menanggung risiko terhadap pilihan yang dibuat. Berikut adalah langkah sebelum saya membuat keputusan:

1. Majoriti kata kena istikharah, saya pun buat. Mudah-mudahan pilihan yang bakal dibuat akan menenangkan hati.

2. Meminta nasihat mak dan ayah.

Pendapat mak: Ikut suka saya, kalau boleh minta semenanjung. Mak doakan yang terbaik.

Pendapat ayah: Pilihlah negeri utara, balik duduk di rumah.Jangan ada Sabah, Sarawak atau Labuan. Titik. (Hairan saya, bukankah saya dibesarkan di Sabah, jadi pasti tiada masalah lagi di sini)

3. Pendapat pensyarah bahasa arab: Kuala Penyu, banyak pahala duduk situ, elaun pun tinggi.

4. Naqibah: Jika boleh, Sabah lebih bagus. (saya harap ia adalah akses tarbiyyah saya)

Mengapa susah?

1. Saya mahu Sabah, saya mahu mencari pengalaman di sini. Kalau boleh saya mahu menyertai penyelidikan P.M. Dr. Naimah di kawasan luar bandar. Itu lebih memberi nilai , sumbangan dan kepuasan melibatkan diri dalam profession pendidikan daripada sekadar hanya ke sekolah, masuk kelas dan cukup bulan ambil gaji. Saya tidak suka rutin itu.

2. Saya mahu utara. Mak dan ayah yang makin lanjut usia sentiasa meminta saya pulang segera. Boleh saya menjadi pemandu mak dan pemantau jadual ubat ayah. Inilah peluang saya menjaga mereka, entahkan saya atau mereka yang dijemput dahulu. Akses tarbiyyah, insyaAllah berpeluang.

“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata, Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kpada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatmu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” An-naml;ayat 19

Dokumen dan borang telah lama saya siapkan. Hanya ruang pilihan negeri masih kosong. Saya masih berfikir dan terus berdoa, mana satu pilihan saya?

Sunday 1 February 2009

Mahar Cinta Dari Allah



31 Januari 2009

Team KA merealisasi impian mengadakan rehlah (baca; picnic) di pantai Syahbandar, Tuaran. Pantai berhampiran kampung. Bersih dan ombak yang melepasi kelajuan 40km/j. Seronok! Main dan makan, membina benteng pemecah ombak selama 30 minit membuatkan saya sering terpelanting walaupun setakat di gigi air. Beberapa kali tertelan air dan cukup membuat kulit terbakar dengan intensiti cahaya yang kian memuncak jam 11 pagi.

Bertolak balik jam 12 lebih setelah menemui ukhwah yang tercicir. Ukhwah atas dasar akidah! Jam 3 petang, kami memulangkan kereta sahabat, singgah sebentar bersolat asar. Kereta dikunci kerana terdapat dua buah komputer. Saya buka kembali boot kereta dengan kunci untuk mengambil kain sembahyang kemudian menutup kembali boot kereta. Tidaaaaaaaaaaaaak!!!!! Kunci tertinggal di dalam boot.
Saya memberitahu semua orang, mereka kelihatan tenang dan bersahaja , lalu mendirikan solat asar. Saya cuba mencari alternatif mendapatkan kunci dalam kereta yang terkunci. Saya buntu, ‘silly mistake and careless’.

Ahli team bergerak meminta pertolongan di kedai aksesori kereta. Berjaya! Kereta Berjaya dibuka menurut prosedur tradisional yang diamalkan oleh pencuri kereta. Kami mendapat beberapa ilmu tentang tahap penjagaan keselamatan kereta.

Habis. Peristiwa biasa-biasa yang ‘memaniskan’ ukhwah.

Ini mahar cinta dari Allah untuk team KA. Hamdalah.