Thursday 27 October 2011

Moon represent my heart

Saya akhirnya membuat keputusan, tidak tahu atas dasar apa tetapi ia kelihatan menyalahi etika kerana melibatkan kerja. Saya sangat mahu ke TOT Aman Palestin. Maka saya harus meninggalkan mesyuarat unit Kimia, Kursus Penulisan, hari keluarga jabatan saind dan jemputan hari lahir Alya, puteri comel Kak Amal Hayati, rakan pensyarah unit Kimia.

Apa yang menanti di Kota Kinabalu jika saya ke sana??

Saya mahu berjumpa Ainil, Kak Lin dan akhawwat KK, Dr.Sabariah, Jojina iaitu rakan sekolah rendah saya sekarang sebagai HO di Hospital Likas dan paling tak sabar ialah mantan pelajar-pelajat F4T21. Sepertinya akan ada Grand reunion.

Saya harap tindakan saya tidak membawa natijah buruk. Sebab niat saya ke sana mahu mengikuti TOT Aman Palestin oleh Mejar Nazri. Ini juga dapat menjadi penebus kegagalan saya ke KK minggu lalu. Saya bertawakkal esok dan akan maklumkan ketua saya.

Oh ya, dengarkan lagu Teresa Teng. Lagu ini adalah terjemahan hati saya dan anda mungkin.

Lemau

Saya memulakan hari ini dengan kekesalan tidak bangun sahur dan tidak larat untuk ganti puasa. Kemudian saya sediakan sarapan sendiri, bosan dengan makanan kafe. Terasa suatu kepelikan di leher kiri saya, aduh sakit.

2 hari sebelum ini belikat kanan saya sakit gara-gara bermain skuasy tanpa membuat regangan. Saya mulai perasan kesakitan tersebut ketika memakai baju dan memberi salam selesai solat. Apabila kesakitan itu mulai reda, satu lagi sakit di leher dan bahu sebelah kiri. Ini pula disebabkan kesilapan gaya tidur, kata orang kebanyakan salah bantal. Tapi saya tak salahkan bantal, salah saya sendiri. Secara keseluruhannya saya gagal menoleh ke kanan dengan baik apatah lagi ke kiri, saya harus pusingkan badan sekali jika mahu menoleh. Ia semestinya sakit!

Apabila rakan-rakan sepejabat menegur, saya bagitahu salah tidur. Berikut merupakan cadangan mereka yang begitu popular setiap kali bertanya saya, apa jadi. Maka inilah petua mereka;

"kau jemur bantal kau" hampir semua memberi petua tersebut. Google juga memberi idea yang sama.

Masalahnya saya di pejabat dan tak mungkin dapat pulang segera untuk menjemur bantal, terpaksa tunggu petang. Dan saya tak tahu mana satu bantal yang bersalah, sebab saya 4 bantal kalau tidur!

Cepatlah petang, saya nak balik rumah.
Mencuri taip di pejabat. Ketika motivasi bekerja tahap rendah. Saya perlukan momentum kerjaya dengan lebih bersemangat, bukan lemau macam ini. Gambatte !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 26 October 2011

Dilema yang membuntukan

Assalamualaikum.

Saya rindu menulis, tetapi saya akan delete setelah selesai menulis. Saya akui menulis di sini antara penawar depresi dan pencetus depresi. Selalu saya tamatkan misi untuk menulis kerana memaksa diri banyak membaca dari menulis.

Jika selepas solat maghrib dan isyak, saya akan menangis. Banyak halangan saya hendak ke Kota Kinabalu. Terbaru, Jumaat ini saya dipanggil mengahdiri Kursus Asas Penulisan Berita, tetapi pada masa yang sama saya juga harus menghadiri mesyuarat unit Kimia. Juga pada masa yang sama, saya merancang bertolak ke Kota Kinabalu.

Kursus Penulisan memang yang saya harapkan tetapi di Kota Kinabalu akan berlansung Training of Trainer Aman Palestin. Sudah lama saya nantikan kedua-duanya.

Kemudian sabtu yang bakal menjelma pula saya diminta bertugas menjadi jurukamera Hari Keluarga Jabatan Sains. Petang tadi ketika kepala saya berbinau menjawab soalan Kimia pelajar pada tekanan darah yang rendah, Encik Ramdanshah datang.

"Amal, hang kena tolong saya, saya tak mampu ambil gambar seorang, letih la"

Saya tidak mampu berkata tidak, sedang memikirkan bagaimana mencari jalan memberi tahu hasrat hati saya. Saya sedar saya harus memilih. Saya tidak mampu untuk meletakkan diri dalam semua situasi pada masa yang sama di tambah dengan kekangan masa, kesihatan dan keadaan geografi Labuan.

Jika saya memilih salah satu, saya akan kehilangan yang satu lagi. Jika saya memilih yang satu lagi, saya bakal menerima satu lagi akibat kerana berkaitan kerja. Tetapi Palestin...... ah, saya buntu!

Saya buntu.
Amal Harun
Labuan.

Monday 17 October 2011

Potraiture dan Falsafah Fotografi

Memilih monochrome atau lebih tepat menggemarinya kerana impak nostalgia dapat ditekankan menerusi imej begini. Yang mana satu anda minati, berwarna atau monochrome? Saya teringat cikgu Wahid, seorang guru Fizik terkenal di Pulau Pinang bertanya,

 "kamu mimpi hitam putih atau berwarna?"

Saya tidak pernah terfikir akan soalan ini, lalu mengimbau siri mimpi-mimpi saya lewat malam. Nampaknya hitam putih, mungkin sebab pejam mata, tetapi ia hanya mainan di fikiran. Setelah pertanyaan itu saya jawab, jika saya bermimpi, mimpi saya kini berwarna. Sukar sekali memahami fikiran minda separa sedar atau di bawah sedar. Mimpi anda berwarna atau hitam putih?


Saya cuba belajar seni monochrome.

Emak dan baby (Roudhoh), Syawal 4, 1432H

Apa saja yang berlaku di dalam dunia ini berlaku dengan izin Allah. Semuanya Allah tetapkan. Terima kasih Allah dengan pertemuan ini.

Berdasarkan tutorial yang saya baca, ada 10 tips gambar potrait yang menarik.

1.Ubah perspektif gambar, ambil dari pelbagai sudut. Atas atau dari bawah, tak semestinya 1 paras.

2. eye contact: ada 2 bahagian, pertama, boleh ambil subjek sedang fokus memerhatikan sesuatu atau kedua  dua individu saling berpandangan penuh emosi.

3. Creative placement using rule of third. Meletakkan subjek pada grid memenuhi 1/3 gambar.

4. Bermain dengan cahaya. sama ada sidelighting, backlights atau siluet untuk menyembunyikan sebahagian subjek. Teknik ini paling mempengaruhi potrait. Teknik pencahayaan yang mantap memberi impak 'wow' bagi foto.

5. Keluar dari zon selesa; mengambil gambar latar atau tindakan luar dari kebiasaan. Contohnya, gambar korporat yang biasa mengambil muka dan bahu di hadapan meja. Cuba kelainan yang lain contohnya imej korporat seperti bertali leher tetapi melakukan gaya lompatan.

6. Candid, melahirkan kejelitaan semulajadi.

7. Menggunakan props, contohnya, bayi yang sedang memegang permainan.

8. Close up, bahagian badan agar tidak sempurna, tetapi fokus kepada 1 anggota badan.

9. Mengaburkan sebahagian kawasan subjek seperti wajah wanita yang memakai purdah, hanya memperlihatkan sepasang mata.

10. Gambar bersiri, subjek dan lokasi sama tetapi berbeza pergerakan gaya badan.

Selamat mencuba diri sendiri. Sebarai perkongsian ilmu dialu-alukan. Saya amat meminati potraiture. Warnailah hidup dengan pelbagai warna, biar ceria walu kadang berduka. Tidak mengapa jika hitam putih, asalkan jelas sebagai pembeza haq dan baatil.

Amal Harun
Labuan.

Sunday 16 October 2011

Pelangi Impian

"Miss, sempoi la belajar di sini, kelas habis jam 12" kata pelajar Kejuruteraan Kimia.

"Miss, seronok la, kakak-kakak usrah baik" Kata pelajar Kejuruteraan Komputer.

"Miss amal. senior medic saya semuanya baik-baik dan comel-comel, terima kasih miss kenalkan dengan mereka" melonjak riang mantan pelajar saya.

Itulah reaksi awal mereka setelah memasuki alam kampus. Telah berlalu medium adaptasi sekolah ke universiti, yakni di matrikulasi. Semoga kalian tenang menimba ilmu Ilahi.

"Miss Amal, bosan la, kampus saya terasing dari main kampus, dakwah kampus kurang semarak" kata Faris bukan nama sebenar.

"Miss, saya tak pandai buat lab report, dulu semua disediakan tunjuk ajar" komplen Aristotle bukan nama sebenar.

"Miss, kena berebut bas, susah betul, banyak assignment, kos saya tak menarik" keluh Tipah nama rekaan.

Begitulah rencah kehidupan kampus. Penuh warna-warni kembara anak muda. Usah leka dan terpana dengan indahnya dunia. Yakini yang pasti syurga di sana.

Tetaplah kalian di medan ilmu, susun langkah satu persatu, hargai setiap waktu, dengarkan pesan ayah ibumu.
KML; Batch 2010/2011

Biar ilmu yang dituntut itu membawa manfaat, agar hidupmu berkat, bekal menuju akhirat. Tetaplah kalian di medan jihad.
H3T19 2010/2011


Salam sayang daripada pendidikmu. Kejarlah pelangi impian.

Amal Harun
Labuan

Saturday 15 October 2011

Anak

Kalau ada anak, penuhilah hak mereka sesuai dengan fitrah mereka.

Kenapa ada anak, dilarang main. Memang fitrah mereka suka main. Tetapi ibu bapa ada kuasa didikan, bahawa main itu perlu, tetapi hendaklah dengan selamat dan ada limitasi masa.

Jika mengambil anak dari pusat asuhan, balik ke rumah letih dengan urusan rumah atau masih sibuk melayan internet, anak-anak minta bermain atau bersembang, anak-anak ada hak itu ke atas ibu bapa mereka.

Kerana kita bukan lembu yang hanya melahirkan dan membesarkan dengan makan.

Kita manusia, khalifah.

Baby khalifah!

Wednesday 12 October 2011

Berjaya

1. Siapakah orang berjaya? Apakah cirinya?

Telah Allah nyatakan dalam surah mukminun, ayat 1-5. Hanya tinggal buat.

2. Bagaimana hendak berjaya?

Ia bermula dari cara kita berfikir, nawaitu, dan pelaksanaan dengan betul.

Kejayaan kecil, tetapi berterusan adalah kejayaan berpanjangan.

Amal Harun
Labuan


Tuesday 11 October 2011

Pelajaran Hari Ini

image:google. belum cuba hasilkan begini.

1. Belajarlah berlembut, Allah ada sifat Latiff.

2. Buanglah ego. Allah benci. Ia hanya melemahkan diri.

3. Hentikan keluhan, kerana orang yang kufur gagal melihat nikmat depan mata dan sentiasa menyesali  dengan apa yang tiada. Bahagia pada hati, bukan pada siapa dan apa.

4. Jadilah golongan yang sedikit, golongan yang sentiasa syukur.

5. Sambutlah hari dengan kesyukuran, bangun menuju kepada hari untuk beramal.

Ya Allah, izinkan aku hidup lagi, ampunkan aku.

Aku hidup dan aku mati.

Amal Harun
Labuan.

Saturday 8 October 2011

My niece, my companion

Smocking gown; gift from my mak for hari raya.

always lead her big brother, Abdullah azfar

very independent compared to Abdullah

She loves to play with all my stuffs

i asked her to avoid water, hmmm! next time.

Her mother's look

rugi tanpa bilal1 di sisi

Still dont know spelling her name

is waiting for the sunset
I read my new book while waiting for aisyah. It just delivered last Thursday. I need a very ample time to 'digest' this book, a mixture of Malay and Indonesia, very complicated, so read it while enjoying the breeze.

Amal Harun
Labuan

Kisah Kita Sama

Kisah Kak Tipah (bukan nama sebenar)

"dulu akak keje di kantin pejabat daerah, segala hakim, peguam, polis atau penjenayah makan di sana." kak Tipah bukan nama sebenar berkongsi kisah dia kerja sementara menunggu STPM.

"semua keje akak buat, blajo buat air dari orang indon, hidang makanan, kira duit, ada sekali tu malu la sebab salah kira, serupa aku ni bodoh sangat, maklum la yang datang tu kerani-kerani pejabat daerah, orang-orang besar"

Biasalah, kita mudah menilai orang di pandangan mata.

Kisah aku di Pacific

"Amal, masuk bilik supervisor sekarang" perintah satu suara yang hari-hari mencari mangsa untuk dimarahi.

"Macam mana awak kira stok, tulis pon tak betul!! Ini tengok ni" sambil menghulur laporan stok.

"Ini '5' atau 's'????" dia tengking saya.

"5 encik" saya jawab.

"awak tak sekolah? 5 dengan s pon tak reti nak beza, tulis tu biar elok" dan banyak lagi kata-kata kesat yang tak sepadan dengan kesalahan saya menulis 5 seperti s.

"saya mengaku tulisan saya buruk" malas melayan.

Biasalah orang kalau pangkat atas sikit, suka meninggi diri nak tunjuk kuasa, padahal tak ada apa sangat pun, saya memarahi dalam hati.

Kisah Pencuci

"hai Miss Amal, good morning" terpekik-pekik 2 orang pelajar lelaki dari jauh. Begitulah mesranya mereka dan saya hanya mengangguk dan membalas senyuman.

Tetapi di hadapan saya dan lebih hampir dengan mereka ialah seorang tukang sapu dan pencuci tandas. Saya mungkin akan berkecil hati kalau saya berada di tempat si pencuci kerana lansung tidak disapa pelajar. Hanya kerana saya tidak mengajar dan mencuci tandas.

Saya ingatkan diri dan pelajar, sapalah sesiapa sahaja pensyarah yang mengajar atau tidak mengajar kamu, sapalah kerani, tukang sapu, tukang kebun atau pencuci tandas sekalipun. Hormatilah kita sesama manusia, bayangkan saja kita ditempat mereka wahai pelajar. Dan bayangkan saja kalau di antara tukang kebun atau pencuci tandas itu ayah atau ibu kita.

Hormatilah siapa sahaja di sekeliling kita, kita manusia semuanya sama tanpa mengira status pekerjaan atau harta, kita sama, yang beza hanya takwa.

Amal Harun
Labuan



Sunday 2 October 2011

Studio Muallaf di Labuan

Alhamdulillah. Segala puji hanya milik Allah. Saya menerima panggilan daripada ustaz yang meminta saya menemani seorang tetamu muallaf. Panggilan itu diterima ketika saya sibuk di dalam makmal. Saya hanya mengatakan ya menerima pelawaan ustaz tanpa mengetahui sebarang maklumat terperinci untuk apa.

Sekian hari saya sibuk di pejabat dan menguruskan jamuan rumah terbuka mentee peringkat kolej, sampai malam. Dan pada malamnya, saya menunggu tetamu muallag yang ustaz nyatakan. Saya lansung tidak mengetahui apa yang terjadi. Ketika kereta ustaz dan kereta saya tiba di hadapan rumah tetamu, saya amat terkejut bahawa tetamu yang dimaksudkan adalah Xifu Naser, komposer terkenal hadir bersama Robby Zaid Tandang dan Leia Justin, ahli Studio Muallaf. Sangat terkesima!

Saya amat meminati Studio Muallaf di saluran 114 TV Alhijrah. Hampir setiap minggu saya menonton dan jika gagal saya menonton siaran ulangan. Setiap kali menonton, hati saya berdoa agar suatu hari nanti saya bertemu dengan mereka. Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui. Saya terkesima.

Mereka bukanlah selebriti yang dibanggakan kerana populariti tetapi jiwa daie. Saya amat bertuah kerana hampir dua hari membantu ustaz menguruskan kehadiran mereka. Tetamu yang membawa rahmat. Perkongsian dan cerita-cerita santai tetapi amat memberi makna mendalam. Demi Allah, saya terharu, inilah penyatuan kerana akidah  yang 1!

Apabila membuka pintu kereta, Xifu Naser, Robby dan Leia sudah berdiri di hadapan di hadapan dan senyum kepada saya. Wah ini bukan di TV! Dek kerana teruja saya menegur.

"Assalamualaikum, wah excitednya, saya ada add Studio Muallaf dan kamu semua dalam facebook!"

Disusuli pelbagai soalan dari Xifu dan Robby, Leia tersenyum manis! Ustaz kata; takpe-takpe, naik atas dulu, nanti cerita lagi.

Di rumah tetamu, ustaz bawa seorang lagi saudara baru, sambil berborak dengan ahli Studio Muallaf. Suasana sama seperti set studio, duduk-duduk di sofa dan bersila di bawah sambil makan kacang. Wah, tiba-tiba saja kan!

Terumbu Warisan, Labuan, dari kiri; Tracy, Ustazah Azizah, Leia, Xifu, Robby Zaid dan Tuan Haji Hamid.