Thursday 12 February 2009

Masjid ni best

Kelas malam ni batal, antara gembira dan duka (serius ikhlas). Kesempatan ini saya ambil untuk lepak (baca; iktikaf) di masjid. Suasananya cukup tenang dan harmoni, sekadar mahu berkongsi dengan sesiapa yang jarang lepak masjid. Anda boleh study, diskusi assignment dan macam-macam lagi. Sekarang ni ada kumpulan sedang berhalaqah, bermesyuarat dan macam-macam urusan mereka.

Saya 'dok golek pi, golek mai' di masjid ini selepas isyak sambil menyiapkan tugasan dan melayari internet. Anda semua dijemput datang dan nikmati keindahan berada di masjid. Selain itu, anda boleh menikmati panorama bandar Kota Kinabalu, belatarkan pergunungan Kinabalu di bahagian atas masjid, the top without roof. Sambil itu hiruplah angin bayu dari laut berhampiran universiti!

Subhanallah, mari menikmati sebelum bergraduasi.

Tingkat 1, Masjid Universiti.

1 comment:

  1. Tempat dalam masjid yang paling saya suka duduk adalah bumbung masjid yang paling atas..(bukan basement atau kubah masjid)... seronok tgk awan, pak cik K, matahari, laut dan mak cik KK..indahnya.. indahnya segala apa yang Allah ciptakn... Yang mengganggu pemandangan One Borneo.. Apala..ganggu view je... Kat sini pun tempat yang paling saya suka duduk adalah bumbumng Imarah... supaya saya dapat lihat langit, matahari, awan dan semuanya... semua yang Allah izinkan saya lihat pada langit..

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..