Showing posts with label travelog mendidik. Show all posts
Showing posts with label travelog mendidik. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

Pindah

2016, 26 April tarikh yang diharap belum berlaku, kerana kami belum bersedia meninggalkan Labuan. Kami hanya 'main-main' mengisi borang dengan harapan tahun kelima memohon baru berjaya. 2016 adalah percubaan kali kedua dan kami berjaya.

Pada mulanya, kami jangkakan tiada peruntukan kontena, kami nekad jika berjaya pindah, tolak sahaja perpindahan itu dan terus tinggal di Labuan. Namun, perancangan Allah lebih baik, kami ditempatkan di kolej yang sama, kolej yang dipohon dan peruntukan kontena juga disediakan. Tiada pilihan, kami harus terima. Sudah masanya kami berpindah.

Saat mendapat berita perpindahan, air mata saya menderu-deru nangis, sedih sebenarnya sebab Mus'ab bakal berpisah dengan pengasuhnya. Manakan dapat mencari pengganti seperti dia, menjaga seperti anak sendiri. Kami dapat rasakan keikhlasan dia mengasuh anak kami. Mus'ab susah nak makan, minum susu dari cawan, tak mahu botol tapi semua berjaya dipujuk oleh pengasuh mus'ab yang satu ini. Banyak mus'ab belajar dari dia, kami tak sangka mus'ab akan begitu cekap mengira satu hingga sepuluh begitu juga one to ten. Banyak lagi kosa kata dan tabiat baik yang mus'ab terima selama dia bersama pengasuh. Bukan itu sahaja, pengasuh mus'ab juga sediakan lauk makan malam atau kuih untuk kami bila kami datang menjemput mus'ab. Apa yang mus'ab buat dilaporkan, malah banyak tips dan petua dia kongsikan.  



Tibalah hari terakhir berpisah dengan pengasuh, semua barang-barang mus'ab dipulangkan. Bila balik susun barang-barang mus'ab seperti lebihan diapers, bantal, selimut, tilam, dan buaian...sekali lagi mama nangis. Sudah tentu pengasuh mus'ab merasa kosong melihat ruang bermain mus'ab tiada lagi toys, buku, tilam dan buaian mus'ab. Semoga Allah merahmati beliau, semoga dengan kebaikan dan kekosongan itu, Allah rezekikan cahaya mata untuk makcik Zila mus'ab yang seorang ini.  Bila kami keluar makan, Mus'ab kelihatan manja sangat dengan zila dan suami. Akan rindukah mereka pada Mus'ab nanti?

Kami juga akan sangat merindukan Labuan, sebab di Labuan ada ramai sepupu Mus'ab. Ada Abdullah, Aisyah, Umar dan Muhammad. Kalau pergi rumah sepupu, memang susah Mus'ab nak balik. Banyak benda dan kawan-kawan boleh main.





Labuan juga adalah bumi kami menabur bakti dalam gerakan islam. Semoga bumi Labuan terus subur dengan dakwah islam. Paling penting ialah akan istiqamah kah kami meneruskan perjuangan di tempat baru yang lebih mencabar?

Baba pernah berkata, "Mus'ab, lepas ni dah tak ada pantai-pantai lagi ya?". Sukarnya menelan kenyataan baba itu, memang kegemaran mama dan Mus'ab ialah ke pantai. Tempat yang tak pernah kami rasa bosan, pantai Labuan yang tenang dan bersih. 




Pergi ke Labuan suatu ketika dulu pengorbanan, meninggalkan Labuan kini juga suatu pengorbanan. Moga ke manapun kita pergi, kita sentiasa dipelihara Allah, dipimpin Allah dan dipertemukan dengan orang-orang yang baik-baik. 


Wednesday, 23 March 2016

Pendidikan sekarang

Masa belajar dahulu, sebagai pelajar pendidikan, kami dihujani pelbagai teori. Apa beza setiap teori pon sesungguhnya saya masih tidak faham. Pensyarah akan kata, siapa audien kamu? Teori apa kamu guna? Kenapa ajar begini?

Berpegang kepada teori dan model-model pendidikan sepatutnya menjadi makanan ruji kepada para pelajar pendidikan dan para guru. Tetapi, waktu masih bergelar pelajar dahulu, memang tak pernah nak menghayati semua ini. Paling belajar yang pulun sangat pun ialah subjek-subjek yang major atau minor. Subjek-subjek pendidikan adalah amat sukar....sebab kena banyak membaca dan pada waktu itu kami masih jauh dari lapangan sebenar. Pendek kata malas membaca dan mengkaji.

Sekarang sudah 7 tahun mengajar....tiba-tiba rasa sungguh 'season'. Lemau. Ditambah dengan cabaran dan kualiti pelajar sekarang. Zaman berubah menyebabkan cara belajar pelajar kini berubah. Generasi Z. Cara mengurus pelajar juga berubah.

Hanya satu saja teori yang boleh diingat sekarang ialah VAK. Teori zaman tok kadok yang masih relevan. Secara praktikal, masih tak menghayati dan tak buat pon. Main belasah saja masuk kelas. Lebih kepada exam oriented.

Begitulah saya dicorakkan dalam sistem pendidikan arus perdana sejak bergelar pelajar sekolah kebangsaan hinggalah ke universiti awam, dan sehingga kembali berkhidmat di institusi pendidikan awam.

Namun jika mengikut arus, kecemerlangan itu diukur oleh kebolehan merangkul A. Fungsi guru pula ialah penyampai knowledge. Itulah kekhilafan saya selama ini?

Tapi musykil juga, pembelajaran abad ke-21 sendiri tidak dihayati oleh golongan pengurusan pendidikan. Guru dianggap gagal jika keputusan pelajar tidak cemerlang. Pembelajaran abad-21 yang kementerian pelajaran jelaskan dah bagus, guru-guru juga harus berjuang bersungguh-sungguh mengamalkan, namun pihak pengurusan juga mestilah seia sekata memperjuangkan hasrat ini.



Maksudnya, jika keputusan pencapaian lemah, janganlah membuat kesimpulan umum yang begitu mudah bahawa guru gagal mengajar pelajarnya. Guru itu fungsinya ialah mengajar pelajar agar bijak mendapat A dalam semua subjek...itukah yang diinginkan? Guru akan membuat apa saja, menyuap segala-galanya agar pelajar cemerlang dalam peperiksaan!

Saya suka berkongsi tulisan seorang ustaz pemikir dan pejuang pendidikan, beliau menyatakan guru seperti berikut:

"guru adalah murabbi yang memimpin learning process. Bukannya menjadi mangsa ISO, laporan demi laporan, memuaskan hati pihak atasan, dan meninggalkan core utama kepada pendidikan iaitu learning"

. - See more at: http://saifulislam.com/2015/11/sistem-pendidikan-mendepani-fitnah-dajjal/#comment-94325



Sesungguhnya, di akhir semester ini, pelajar saya sudah hilang semangatnya, mereka mahukan perkara yang seronok berbentuk hiburan dan menyenangkan lagi pantas. Hakikatnya untuk mengusai kemahiran menyelasaikan masalah dan kemahiran berfikir, ia harus didasari dengan pengetahuan asas, apatah lagi kimia organik, harus dimulakan secara asas yang mungkin.

Kerana kami mengikut arus perdana, mencapai KPI dan dan bersaing mengikut pencapaian kecemerlangan pelajar. Hatta meletakkan ranking setiap guru. Dari 1 sisi bagus, tetapi dalam banyak sisi, guru pula akan bersaing melahirkan pelajar pandai A banyak, namun natijahnya pelajar kurang kemahiran berfikir dan rendah daya usahanya. Apa jadi bagi guru di ranking terbawah? Makan gaji butakah? Kihkihkih...

Sudah tentu kami harus melahirkan pelajar cemerlang yang harus berjaya menempatkan diri di kursus hebat di universiti ternama...namun pelajar yang tidak berjaya bukan bermakna gagal, tetapi mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza selain faktor-faktor Gen Z.

Jika benar kecemerlangan pelajar adalah cerminan kecemerlangan sistem pendidikan, kecemerlangan pengurusan pendidikan dan kecemerlangan para pendidik, buatlah eksperimen, dengan mengeluarkan pelajar SBP dan masukkan pelajar sekolah harian biasa, adakah sekolah yang sama, guru yang sama dapat mencemerlangkan pelajar tersebut sama dengan pelajar sebenar SBP?

Usah mendabik dada pada kemerlangan peperiksaan pelajar saja. Insaflah pendidikan kita masih banyak ketempangannya di sana sini. Kita semua bertanggungjawab, sama ada guru dan bukan guru. Tanggungjawab kita ialah mendidik diri dan masyarakat.

Didikan itu haruslah berdasarkan kepada perkara tersebut:

1. Sistem kepercayaan (akidah)

2. Sistem pemerhatian dan Sistem Fikir

3. Sistem Nilai

InsyaAllah jika pendidikan kita berteraskan kepada 3 elemen di atas dengan penuh iltizam dan bersih dari campur tangan kepentingan politik, maka akan lahir generasi 'sihat'. Tak adalah kes ponteng, zina di kalangan pelajar universiti atau golongan terpelajar yang pecah amanah.


Nota: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis, tanpa mendedahkan identiti mana-mana individu mahupun institusi tertentu.

Amal Harun
Labuan.

Tuesday, 22 April 2014

Mengakhiri Semester

Sesi 2013/2014  telah tamat, kini minggu peperiksaan. Saya ada banyak masa di pejabat di sebabkan tidak bertugas menjadi pengawas peperiksaan. Untung juga, ada banyak masa membaca, mengemaskini fail, menyediakan teaching portfolio (belum buat pun) dan menulis blog yang usang. Semua boleh disiapkan sebelum balik dan bercuti sempena nak bersalin.

Bagi pelajar sesi ini, tak banyak cerita yang saya dapat sepanjang mengajar mereka. Ia nyata berbeza berbanding sesi-sesi yang sudah. Pelajar kali ini lebih sukar diuruskan terutama semester 2. Saya banyak menguruskan pelajar ponteng. Komitmen saya kepada pelajar tidak lagi seperti dahulu, saya sudah tidak kisah sama ada mereka mahu belajar atau tidak, datang kelas atau tidak. Awal lagi saya nyatakan bahawa mereka sendiri bertanggungjawab dengan perbuatan mereka. Mula-mula saya tegur, lama kelamaan saya marah. Menjelang separuh masa kdua semester saya hanya memfokuskan pelajar yang benar-benar ingin belajar, tidak kira mereka pandai atau lemah, yang penting keinginan dan kesungguhan mahu belajar.

Terdapat pelajar yang ponteng kerana masalah ibu bapa bercerai, bapa nak kawin lagi, dipaksa belajar di matrikulasi dan susah bangun pagi. Yang lain saya tak tahu, tetapi saya melayan mereka seperti orang dewasa. Saya katakan bahawa, jika sekali kita memilih jalan ini, suka atau tidak kita harus laluinya walaupun dengan memaksa diri. Buatlah sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Semester ini juga menyaksikan pelbagai fasa yang saya alami. Bermula dari zaman pasca bertunang, menikah dan belajar hidup berumah tangga, iaitu balik kerja kena masak.Mendaftar diri menjadi pelajar pascasiswazah dan berulang alik di hujung minggu ke kelas.  Kemudian menghadapi fasa trimester pertama tanpa sedar, bila sudah rasa lain macam, baru pergi jumpa doktor dan sah mengandung 3 bulan.sampailah tamat semester ini, bermula cuti saya akan terus naik kapal terbang kerana telah mencapai minggu ke 35, hari-hari terakhir sebelum diharamkan menaiki kapal terbang.

Semester ini ada timbalan pengarah yang baru menggantikan Cik Din. Tuan Haji timbalan baru kali ini orang Kimia, sangat memfokuskan kecemerlangan, tak payah susah hati tentang pelajar ponteng yang memang tak mahu belajar dan sengaja menggagalkan diri.

Itu sajalah. Selepas ini akan bercuti 90 hari dan kmbali menjadi ibu berkerjaya pula. Doakan dimudahkan melahirkan anak dan menyusukan, dan kembali bertugas.

Amal Harun
Labuan


Monday, 1 July 2013

Pilihanraya

Minggu lepas, pelajar sibuk berkempen pilihanraya jawatankuasa perwakilan pelajar. Banyaklah poster-poster dan manifesto di sana-sini. Sebelum saya mulakan kuliah saya bagi maksimum 5 minit untuk mengemukakan manifesto.

Saya adalah anti MPP. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar di matrikulasi sampailah ke universiti... peranan MPP kurang signifikan. Itu pada pengamatan saya. Kebanyakan adalah 'program-oriented' bukan 'objective oriented'. Semasa saya di UMS dulu ada banyak masalah kecil tetapi memberi impak besar terhadap kehidupan dan kebajikan pelajar. Contohnya masalah keselamatan yang dipandang remeh dan menjadi serius apabila berlaku kemalangan dan kematian pelajar jatuh longkang! Awak tahulah, longkang universiti sungguh besar.

Dalam pada mahasiswa sibuk mengharungi kesibukan belajar, terpaksa menunggu bas. Masa tu saya naik motosikal sepanjang pengajian di UMS. Dianggarkan berlaku pembaziran masa menunggu bas selama 2 jam pergi dan balik kelas. Itu masalah serius. 2 jam menunggu bas bagi jarak minima dalam kampus...masalah itu antara isu panas mahasiswa memberontak.

Teman lelaki kawan saya ialah presiden pelajar. Ah..macam biasa orang pandai politik pandai bermain kata-kata.. dia kata dia tak sampai hati naik kereta dan melewati setiap perhentian bas di setiap kolej. Ah sekejap saja...lepas tu mana dia tahan naik bas dan menunggu terpacak setiap masa. BIASALAH KITA SELALU NAMPAK NEGATIF ORANG DAN LUPA UNTUK CUBA MENCARI SUDUT PANDANG POSITIF.

Ada...tetapi tak lama...sampailah kisah saya ditimpa kecelakaan dengan anjing..malah kawan saya pun dengan anjing (sampai solat duduk kerusi)..dan ada orang patah kaki atau tangan sebab kes dikejar anjing buas. Kalau hendak sebut masalah banyak. Isu kecil tak selesai...manifesto ialah isu anjing..

Itu dululah..sekarang diharap keadaan lebih baik. Dan jika diselidiki akademik mereka...kebanyakan secara kasar bukan cemerlang. Saya kagum dengan senior geologi MPP UMS..dia sibuk dan cemerlang.

Lihatlah apa prioriti datang ke matrikulasi dan universiti. Apakah nawaitu bertanding??? benarkah mahu memimpin, layakkah kita memimpin jika diri dan akademik sendiri terbarai.

Jika benar ikhlas mahu berkhidmat, kena tanam dalam hati dan minda bahaya...portion masa sudah sedikit...kerana banyak tugas. Kena agihkan masa untuk belajar, siapkan tugasan dan berorganisasi menjaga kebajikan orang.

"Saya doakan Syukri kalah..supaya dia tumpukan perhatian dengan pelajaran. Masa belajar di matrik tak lama, itu yang menentukan arah tuju di universiti bersama pilihan kursus yang digemari. Selalulah jelas dengan matlamat" kata saya ketika beliau selesai mengutarakan manifesto di kuliah saya...merayu undilah dari rakan sekuliahnya...

Syukri yang marah dengan kata-kata saya itu menjawab " jadi JPP pon tak lama juga"...wahhhh berjaya saya memprovok dia. Dia marah sebab kata-kata saya ialah anti-klimaks kahkahkah...

Tak mengapalah..saya bercakap melalui pengalaman..put first thing first. Mungkin dia yakin boleh bawa kedua-duanya. Jika berlaku sebaliknya dia mungkin mendapat pengalaman berharga. Belajarlah dari pengalaman.

Lagi pun saya ada baca buku anak Stephen Covey...yang menggalakkan sifat kepimpinan sejak sekolah rendah lagi..jika kanak-kanak bijak memimpin, dia juga pandai memimpin akademik menjadi cemerlang. Ini boleh didapati dalam buku yang ditulis oleh Sean Covey.

Belajarlah memimpin diri. Saya akan pantau Syukri, jika akademiknya merosot, dipersilakan meletak jawatan.

PELAJAR CINA

Saya kagum dengan gaya belajar pelajar cina yang bersikap opurtunis. Mereka jelas dengan matlamat dan bijak memaksimakan ruang dan peluang demi kecemerlangan akademik. Mereka mahu cemerlang secemerlang-cemerlangnya, mendapat kursus kritikal dan mendapat tajaan di universiti terkemuka????

Sedetail itu matlamat mereka.

Itulah imaginasi cemerlang yang menjadi 'movie mental'. Kita akan capai apa yang kita bayangkan. Kita akan berjuang dan mencari jalan mencapai apa yang kita senaraikan dalam senarai impian. Pandangan harus jauh ke depan, bukan mencari publisiti yang bersifat sementara tetapi implikasi buruknya lama dan ...oh tidak jika selamnya.

Encik Awang berkata...biarkan mereka belajar dari pengalaman...ya saya setuju. Tetapi saya nak ingatkan dengan risiko yang ada agar mudah mengatur rentak belajar dan berjuang di matrikulasi. Manakala Encik Zul kata buat tak tahu sajalah...pandailah dorang fikir...dan kak Su kata jangan garang sangat.

Maafkan saya jika terlalu play safe..tetapi masa di matrikulasi amat kritikal. Buatlah pilihan dan susunlah kehidupan dengan bijak...bukan follow the flow.

Amal Harun
Labuan

Monday, 10 June 2013

Dendam Pelajar Terlerai ..heheee

Ada kala saya ego dengan pelajar. Saya nak juga pelajar mengaku salah mereka. Selalu saya buat, saya bagi teguran, mesti begini begitu. Kemudian jika salah, saya bagi amaran...lepas tu tegur iaitu marah hmmmm marah. Tapi jika masih berdegil..haaaah rasakan..lantak kau laaa..ada aku kesah..aku banned kau hihiii. I have a lot more students, better in attitude and cleverer and very hardworking!!!!

Ya begitulah nada seorang guru yang ego, tidak mahu berlembut dengan pelajar...semakin lama saya bersikap begitu, saya rasa sesak dada..Lama-lama saya pon buat keputusan begini: tugas saya mendidik; iaitu menyampaikan ilmu kimia, kemahiran manipulatif, nilai murni dan nilai kehidupan berdasarkan pengalaman bergelar remaja dan pelajar dan sedikit nasihat berkaitan kerjaya.

Ewan nama sebenar, pelajar saya 2011/2012. Saya mengajar kuliah semester 2. Mengajar kuliah kelas fizikal subjek kimia organik sangat mencabar. Itulah kali pertama saya menagajar semester 2 secara penuh sepanjang semester. Semester kedua memang mencabar dari sudut pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar. Pertama, pelajar fizikal tidak suka mengingat, hanya suka pengiraan, benci organik ringkasnya. Kedua, pelajar semester 2 sudah mulai pakar dalam aspek memonteng dan pengurusan jadual mereka, ditamah dengan pihak pengurusan kolej yang tidak serius dengan disiplin pelajar. Dulu laaa, sekarang dah lain...

Cabaran semester 2 dilalui dengan kegetiran hidup selepas kemalangan jalan raya, emosi tak stabil. Stress. Semua faktor negatif menyumbang kepada ketidakcemerlangan saya di kuliah lebih-lebih lagi. Saya juga kurang kreativiti mengajar dan perlu banyak lagi ilmu dan percubaan. Oh ya..kalau tidak keterlaluan, pada masa mengajar kuliah CP1 tersebut, suasana infrstrukturnya paling kasihan kerana dewan kuliah 6 kami tiada penyaman udara, bahang panas, bau busuk peluh, dan pernah kami belajar sambil mencium bau bangkai. Tak terbayang peritnya..semoga pelajar ingat kesusahan itu dan berusaha tanpa menjadikan faktor persekitaran sebagai penghalang kajayaan.

Jadi segala unsur ketidakselesaan dan emosi negatif menguasai saya dan pelajar. Saya salahkan pelajar sentiasa tidak faham apa yang diajar, manakala pelajar salahkan saya yang membosankan.

Zaman itu berlalu selaras dengan kedewasaan kami (saya sebgai guru dan mereka remaja yang menuntut ilmu).

Kenapakah tiba-tiba ada tulisan tentang pelajar ini. Hmmmm..begini..

Dia seorang yang suka ponteng kuliah saya, dan saya tidaklah kisah, malah saya katakan tak perlu datang 1 semester. Tapi dia datang la kadang-kadang sambil menjeling saya ketika melalui meja pensyarah di bilik kuliah. Oh tindakan itu sungguh menjengkelkan, nampak handsome tapi arghhh menyampah..tapi saya abaikan tanpa memikirkan lansung hal dia (kenapa meluat sangat dia kat saya).

Sehinggalah saya  menulis komen di status FB Fuad seorang pelajar tutorial saya..Rupanya dia kawan dengan budak CP1 saya seorang ni. Mereka rapat. Dalam komen tersebut saya katakan saya nak belajar cakap Sarawak, berniat mahu ke matrikulasi Sarawak. Tiba-tiba budak ni membalas dengan kata-kata yang biadap dalam bahasa Sarawak.Bukan sekali tetapi beberapa kali dizahirkan melalui kata-kata dan tindakan Barulah saya tahu dia benci saya sangat heheeee (aku kesah ke??)

Oh, saya mengajar orang tanpa bersikap RACIST. Terlupa pula saya tabiat sesetengah pelajar Sarawak. Yang macam tu sikit sangat..yang baik banyak. Setelah saya tahu kebencian dia terhada saya, saya pon ok la..tak perlu bertekak dengan orang muda berdarah panas. Dan sentimen kenegerian tu akan hilang sebab dia belajar dan bergaul dengan ramai orang dari merata tempat di universiti.

Tiba-tiba, setelah setahun lebih, dia mesej saya dan minta maaf..dia tak mahu berdendam lagi. Dia minta maaf sebab kurang ajar dengan saya.

Inilah jawapan saya: Sebenarnya saya tak perasan pon, marah masa tu saja..tapi lupa dahhh, sebab manusia belajar dari silap, nanti tahulah dia.

Bila macam ni, saya belajar untuk tidak beremosi..biarlah. Saya maafkan..dan saya juga minta maaf la..bergurau kasar dengan awak wahai pelajar tersebut.

Ok sudah-sudah.. mahu belajar Kimia pula.

Amal Harun
Labuan



Thursday, 25 April 2013

Dianah Athirah

During study week second semester.
This is the story of Dianah Athirah as i see her throughtout her study in KML. This is also my story.

Dianah took this photo via her iphone 5...hheeehe i want iphone too. She give me a copy and her speech written at the back. She is an adorable student, very stylish and very nice to everybody, friends and teachers.

I taught her chemistry during first semester in CP3 lecture. I didn't recognize her at all because there were 125-130 students in my lecture. Our conversation begin when she text me asking something about chemistry. One day, i left my thumb drive in lecture hall. Since her text remain in my inbox, i text her to 'save' my thumb drive. Alhamdulillah it saved! It contain 1 semester edited lecture slides.

Dianah have low chemistry basic concept  heheee sorry, because my lecture was fast may be. I realized my explanation sometimes not clear and i was rushing for no point, i meant tergesa-gesa or kelam kabut. Therefore i have to find another method to identify this kind of group so that they can follow the lecture accordingly.

To excel in chemistry, first students have to love the chemistry then they can passionately learn even the subject is difficult for them. Second, students should be patience, no short cut to gain knowledge especially basic concept. Third, chemistry is best learn by doing, not just reading or memorizing everything. In my class, i highly not encourage students to memorize, only few things need memorization. For things that need to memorize such as the electromagnetic waves use mnemonic; Rancangan Malam Ini Campuran Umum SX SG, it stands for Radio waves, Microwaves, Infra red, Cahaya nampak for visible light, Ultraviolet, Sinar X and Gamma rays. And a lot more mnemonics creatively crafted by my students and my former teachers. Its Great right???  

She came and ask me the concept. One of my hardest part is to explain the concept of ionization energy. I keep explaining by showing the diagram of removing the electron. The method was unsuccessful. Then i ask her again to come when i was in lab. She came and i use to explain the same concept by giving an analogy. Analogy "mother who the kids were kidnapped" and yet she still blur. So the best way is to avoid analogy.

She really work hard and positive.Until the day of PSPM result announced. She text me she get B- for chemistry. From her text, she excitedly thanked me. I happy because she happy with her result, while everybody keep complaining they got A- instead of A for their chemistry.

Remarkably  i met Dianah with a new look. She was in hijab. Alhamdulillah.

A few weeks later in second semester, she keep visiting my cubicle in MP (read: menara pentadbiran). Usually her visit was because to ask a few questions. I ask her why she use hijab.

"Hehee malu la miss..." she replied and i forgot what is her real answer. By the way the important lesson i get from her is about to be greatful  to Allah. I think having B- is Allah's favor to her, and the way to thank Allah is by wearing hijab hehee, corrct me Dianah if i wrong hihi. Whatever it is, wearing hijab is the best for you, still maintain your elegance anf more beautiful.

Allah provides us countless blessing.

I pray may Allah grant Dianah with hidayah and success in dunia and akhirah.

I put down my pen!

End.

Amal Harun
Labuan

Wednesday, 24 October 2012

Kuliah CP3

Alhamdulillah Allah memberi keizinan saya bertemu dan mengajar sekumpulan pelajar yang luar biasa karekternya. Selama hampir 6 bulan saya mengajar dan bertemu 3 jam seminggu sejak hari pertama kuliah hingga ke jam terakhir kuliah.

CP3 adalah kumpulan kuliah yang nyata berbeza dengan kumpulan kuliah yang telah saya ajar sebelum ini. Kenapakah saya memilih kumpulan kuliah fizikal berbanding sains tulen (aliran sains fizik, kimia dan bio)?? Kerana pada pengamatan dan pengalaman saya, pelajar sains tulen 'skema' (serius sangat). Jika pelajar sains fizikal, mereka lebih santai, cool dan respon. Tapi pelajar sains tulen lebih rajin hehee, ada kelebihan masing-masing dan ada cabaran tersendiri.

Ada sekumpulan pelajar aktif sukan, ada lagi gang melaram dan ada pasukan penyanyi-penyanyi. Macam-macam. Dalam kelas ada yang fokus, memang dengar dengan relax dan tenang, saya agak dia tak faham, rupanya scorer, yang kita sangka dia faham lain pulak dia fikir. Apa pun perbezaan, sebagai pendidik, semuanya harus diraikan. 

Antara perkara yang saya belajar ialah komunikasi berkesan dengan pelajar. Saya harus meningkatkan kemahiran mengajar, kandungan pengajaran dan kemahiran berbahasa inggeris. Begitu juga komunikasi dengan pelajar, kadang-kadang saya ego, ish ini tak bagus!!!!

Saya doakan semuanya cemerlang dalam peperiksaan akhir dan juga apa saja yang mereka lakukan dalam hidup. 

CP3 2012/2013 19 Oktober 2012 
Amal Harun
Labuan

Saturday, 20 October 2012

Halakan Cintamu Kepada Allah

Catatan ini khas ditujukan kepada seorang pelajar saya. Saya mengenalinya hanya di dalam kuliah. Bayangkan ada 123 orang pelajar, dia antara yang kerap datang bertanya kepada saya. Ada sesuatu yang istimewa saya rasakan. Sebelum itu saya namakan dia sebagai X. (susah sangat nak mencari nama samaran, X boleh dijadikan anu, pembolehubah, semoga dia berubah).

Baiklah, hubungan kami hanyalah sebagai seorang guru dan pelajar. X setakat pemerhatian kasar saya merupakan pelajar yang baik dan sangat menghormati guru. Tidak pernah saya nampak dia mengantuk atau bercakap, selalu fokus dengan apa yang saya sampaikan. Namun dia agak 'perlahan' dalam pencernaan maklumat. Saya perlu ulang berkali-kali, dan dia pula tidak pernah malu untuk berterus terang mengatakan tidak faham. Dia juga selalu salah mengintepretasi konsep yang saya ajar.

Saya faham, sebab suatu ketika dulu saya juga seperti dia. Lambat pick-up. Malah sekarang pun, otak saya macam lambat faham dan sudah untuk 'digest' maklumat.

Menurut kawan saya yang mengajar tutorial X, X memang lemah tapi dia kerja keras dan tidak putus asa. X datang dari keluarga berada dan adik beradik sedikit. Saya dapat lihat menerusi X yang agak stylo.

"Saya nampak blog miss hehee" kata X kepada saya suatu hari.

Saya agak terkejut dan segan, adeh kenapala kau jumpa. Tapi alang-alang kau jumpa blog ni, bagus aku tulis nasihat untuk dia dan mungkin sesiapa. Ya la, nak nasihat terus takut terasa atau tak kena gaya, jadi ni kira nasibla, kalau dapat mesej dapat la, kalau tidak Allah mungkin beri dia jalan lain yang lebih baik.

"Eh itu lama dah, zaman saya belajar bosan-bosan saya tulis la" malu kot. Tapi kalau kau nak baca pun apa masalahnya kan.

"Macam mana awak jumpa" walaupun mungkin dah boleh agak jawapan. Dia google nama saya.

Saya nampak X ni baik tu dari segi akhlak dia, dia open-minded dan rajin berusaha. Suatu hari Azrul datang mengambil risalah surau yang saya cetak. Kemudian saya ambil satu dan hulurkan kepada X. X ketika itu sedang belajar di meja saya. Saya kira kita tak perlu diskriminasi orang untuk berdakwah. Tunjukkan akhlak mulia seperti X walaupun dia tidak menutup aurat. Bukan saya galakkan tidak menutup aurat, tetapi kepentingan menjaga akhlak. InsyaAllah, suatu hari nanti Allah gerakkan hati X memakai hijab dan menutup aurat.

Bila saya teringat yang X meng'google' nama saya, jadi saya yang berkelapangan pun meng'google' nama X. Ya, seperti yang saya jangka, X memang stylo. She is what she is. Dia jadi model fotografi.

Awak memang cantik X, saya doakan awak menutup aurat dan terus membuat kebaikan dan berakhlak mulia. Allah akan lebih sayangkan awak, saya yakin pelajaran awak akan bertambah baik. Hijrahlah kerana Allah.

Tidak salah untuk berubah sekarang. Allah bagi peluang manusia berubah dan bertaubat. Taubat akan diterima selagi hayat masih ada. "Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang menyucikan diri".

Oh ya, pesanan ini buat untuk awak saja X, untuk saya juga. Maaf la X tak dapat nak siarkan nama sebenar awak dan tak dapat nak cakap terus kepada awak.

Amal Harun
Labuan.

Tuesday, 25 September 2012

4 Pandangan

Sebelum memulakan kelas awal pagi Isnin, saya akan bercerita dengan pelajar. Cerita yang tiada kaitan dengan pelajaran untuk menarik perhatian pelajar kembali fokus kepada kelas. Hari ini, saya bercerita tentang seorang buta yang menunjuk jalan kepada orang celik yang sesat. Saya katakan yang orang buka menggunakan pandangan hati.

Alang-alang cerita, kongsi sekali di sini. Pandangan pertama ialah pandangan mata. Sifatnya menipu. Contohnya straw yang kelihatan bengkok. Hakikatnya tidak bengkok. Manakala pandangan kedua ialah pendangan akal. Sifat pandangan akal ialah salah. Kerap berlaku keslahan. Contohnya, zaman dahulu kala, Ptolemy mendakwa bumi rata, jadi tiada orang mengembara kerana bimbang jika sampai di hujungnya akan jatuh. Ketika zaman pertengahan, Claudius Copernicus dan Galileo Galilie menyatakan bumi berbentuk sfera.

bersambung.............

Tuesday, 31 July 2012

Ujian wanita untuk lelaki

Perit juga kalau berpuasa tapi bercakap. Bercakap ketika mengajar. Rasa mahu minum saja. Kemudian pelajar minta diulang-ulang.  Tapi saya sabar dan sentiasa ingat diri supaya sabar.

Ia tidak bertahan lama, benteng kesabaran pun mula runtuh sedikit demi sedikit. Kenapa? Saya memang tak sabar orangnya. Bila saya okay, saya akan kata "opss puasa, maaf, saya sepatutnya sabar". Pelajar saya pun gelak-gelak.

Hari ini saya masuk tutorial yang ada 29 pelajar. Ada pelbagai kerenaH dan latar belakang. Seorang pelajar lelaki datang dan buat latihan sebelah saya, tujuannya supaya senang tanya.

"Saya kecewa dengan markah saya"

"kenapa, apa masalahnya..selain awak yang malas nak bersusah payah sedikit" geram dengan sikap dia yang banyak tak jawab soalan.

"banyak perempuan cantik dalam kelas, macam mana, bukan saya nak tengok, miss tahu ka apa yang lelaki rasa, miss perempuan"

"tundukkan pandangan, jangan la pandang" kata saya.

"tundukkan pandangan tu jaga pandangan" tambah seorang lagi pelajar lelaki.

Saya tinggalkan makmal dan pesan kepada dia, "rajinlah solat dan doalah supaya Allah jaga pandangan awak juga"

Kalau bab menasihati memang teruk la saya ni, tapi yakinlah, solat dan doa saja yang membantu kita. Mudah-mudahan dengan cara doa dan solat, Allah datang pelbagai rezeki lain. Bila fikir kembali, besarnya cabaran membesar anak lelaki. Belajar dalam lingkungan pelajar tidak menutup aurat, diajar di kalangan guru tidak menjaga aurat.

Bila saya fikir kembali, betul juga tentang apa yang dia rasa. Mungkin pelajar lelaki lain pun merasakan perkara yang sama, cuma tak disuarakan. Itulah hikmah menutup aurat, menjaga diri dan menjaga orang lain. 

Salam Ramadhan 

Amal Harun 
11 Ramadhan 
WP Labuan


Monday, 2 July 2012

Ubah manusia


"Miss aku mau berubah" inilah kata-kata seorang pelajar saya. Dia ditawarkan mengulang.

Tapi dia saja nak cabar saya, masih menunjukkan kemalasannya. Apa nak buat.

Bila azan dia bangun, "ok miss, azan suda, aku mau pi sembahyang"

"doalah supaya awak rajin, jauh dari sifat malas" pesan saya.

Banyak buku saya baca (banyak ka), menurut buku gunakan pendekatan halus tanpa paksaan. Sungguh tidak kreatif untuk cuba semua tu. Tapi tak mengapa, saya suruh dia hantar tutorial, kemudian dia hantar siap semua. Tak kisahlah dia buat atau tiru atau apa pun, asalkan dia buat. Dan saya pun tulis mesej di jawapan tutorialnya, "wah, beginilah cara orang yang mahu berubah, semoga akan terus berusaha". Tradisi sangat.

Sebelum ni, saya fikir begini "lantaklah kau, kau kan repeater, kalau nak repeat lagi pon ada aku kesah? dah repeat pon takkan tak sedar diri"

Aliaa nasihatkan saya: "Amal, jangan macam tu, dia bagus, pujuk dia". Wah sangat mencabar bagi manusia seperti saya mahu memujuk seseorang. OK, mungkinkah memujuk manusia seperti merendahkan ego? Jadi saya cuba, sedikit berjaya, petua Aliaa membantu.

Tetap, bukanlah saya yang dapat mengubah manusia lain, sedangkan saya sendiri sukar berubah. InsyaAllah boleh!

"Miss, kalau aku dapat 80 ke atas, miss belikan keropok ni, sedap laa" kata dia sambil belek-belek handphone mahal dia. Padahal orang lain sibuk belajar dan tanya soalan.

InsyaAllah. semoga Allah buka hati bagi kau rajin belajar.

Selamat berjuang, selamat mendidik diri dan dan anak didik!



Saturday, 16 June 2012

Lemons make Lemonade

this picture was taken during my last period of tutorial with CP2T9 2011/2012.


I was happy when i see their results. Everybody got more than i expect them to be. They put their effort at maximum level even they were scolded. I don't meant to make you scared or stressful during my class. I think you know what i meant, its for you to be better. Sometimes, i turn to be monster but most of time we choose to be happy.

You keep complaining Chemistry is hard and i keep complaining teaching you is difficult. But we both learn something very precious in our life. Life is difficult.


“Once we know that life is difficult- once we truly understand and accept it - then life is no longer difficult.”

In life you will have difficulties getting anything you want. It is very rare to get anything in life without some degree of effort. Only if you win the lottery will you have everything without effort, and even then you would have had to go out and buy the lottery ticket anyway so it’s not free at all.

May Allah ease your way throughout the entire life. InsyaAllah. Before i forget, let me list their names.

Front from left: Siti Rahmah, Shaneal, Angela, Elni and back from left: Juliani, Deanne, Madieline, Alexson, Emmanuel, Jamrey, Faizan, Fadziri, and isolated boy at the back hehe...Faiz.

Faiz gave me a pair of purple brooch during his brothers wedding. Faizan's question always something challenging to answer, Fadziri have a very superb understanding in organic chemistry while Shaneal is our college badminton player.

Every person in this class was very close to each other. I can see when they always celebrate their lecturer's birthday plus Fuad and Alexson's birthday. Fortunately, i can eat the cake together with them.

Whenever i give some exercise, quiz or assignments, they keep screaming "nasi lemak..nasi lemak!!!". Seems like they love the nasi lemak.

The person who are not in the photo are: Fuad, Nadia, Eleana, Charles, Boni, Aqil and Rushell.

Aqil is very talkative while Rushell is quite and very hard to come to morning class. Rushell revert to Muslim. His name become Amir Ramadhan. Fuad is smart students but a bit lazy and sleepy during my class. I always 'terpanggil' his late father's name. His father pass away in the early second semester, so he missed my class almost two weeks.

Nadia and Boni are very silent in class. I keep calling Charles as Prince Charles from London...his look is typical Sabahan. He was ex-MRSM. Eleana always sit in front line during my class. She was like not focusing in my class i thought. So, i scream at her "hah, tak buat tutorial". Actually she did answer the tutorials, but cant see. Her face turn to red and feel like want to cry. The whole of the class was shock with my high tone voice.

"Eleana, i'm not accusing you, i just want to wake you up since you like daydreaming and keep looking to the clean whiteboard. I'm sorry hehee i tak sengaja...."

The class is full of laughter when i said to Eleana, and i worry if Eleana feel sad or humiliate  because my harsh action.

“You can make it better”

That is one of the beautiful things about life in CP2T9. You can make your life better. You have total responsibility for what you do and how you respond to the fact that life is hard. As the now cliché saying goes:

“If life hands you lemons, make lemonade.”

Lots of love,
Your Chemistry Teacher
Amal Harun
Labuan Matriculation College.

Thursday, 12 April 2012

Anak Didik Bahagian 1

"Miss, memangla saya ni lambat, miss tau ka sebab apa?" kata pelajar saya sambil membuat latihan Kimia.

"Ehhehee sebab kau malas la" saya membuat telahan.

"Miss, saya paling rajin, saya tak malas, puncanya saya tidak solat, hati saya gelap, susah mau dapat ilmu" kata dia dengan muka kering dan masih khusyuk membuat latihan sambil mulut terus berceritakan hal dirinya.

"Saya ni paling tinggi markah pendidikan islam di sekolah, paling baik bacaan quran semasa ujian oleh ustazah di kelas agama. Sampaikan ustazah suruh saya menjadi imam kerana sayalah paling baik bacaan".

"Wah, baguslah kalau macam tu, orang lelaki kan mesti jadi imam." saya mencelah.

"Tapi saya berdosa miss, saya jarang sangat solat. Ustazah sendiri tak percaya bila saya kata saya tak solat. Saya tahu solat tu wajib, jika saya solat, saya akan rasa badan saya ringan dan tenang saja. Bagus miss kalau solat. Tapi saya jarang sangat la solat" sekali lagi dia meyakinkan saya yang dia tidak solat.

"Ah, kau tipu la" saya meneka dengan tenang

"Na kan saya bilang, miss takkan percaya apa saya kata" dia memandang tepat untuk memberi keyakinan.

"Baiklah, kalau macam tu, dah tahu malas solat, indahnya jika bersolat dan dah tahu kewajipan bersolat, azab jika tak solat, kenapa masih tak mau solat??"

"Miss miss...saya tak dapat hidayah. Miss percaya tak kalau saya kata saya dah mandi dan ambil wudhuk dan pakai baju untuk ke surau, tapi saya duduk-duduk di bilik?" Uih, budak ni jawab balik dengan soalan.

"Ya, percaya! Kalau malas nak ke masjid atau surau, sembahyang di bilik saja daripada tak sembahyang lansung"

"Solat di bilik malu, kawan saya Islam yang lain mana ada yang solat."

"Saya nampak sembahyang dan tak sama saja, maksudnya sembahyang hari-hari dan bila-bila. Tidak seperti puasa ramadhan, bulan ramadhan saja kita puasa. Alah, bapa saya muallaf, mak saya saja islam, saya tak pernah diajar, family" dia mengeluh.

Wahai anak muda, mudah-mudahan Allah buka hati agar kau terima hidayah. Sebenarnya banyak lagi yang dia ceritakan, tapi tak mampu pula saya nak menulis.Mungkin lain kali....ya insyaAllah, ada lagi saya nak cerita sambungannya, tapi kemudian lah kan?  Ia lebih kepada luahan dan keluhan seorang anak muda generasi Y. Boleh saja kita bagi dalil kewajipan solat, apa azab tinggal solat, solat tiang agama, solat perkara pertama dihisab dan lain-lain. Tapi mahukah dia cerna? Teringat artikel Ustaz Hasrizal pemilik saifulislam.com tentang Jiwa dai'e Otak Faqih. Dengan cara itu, saya hanya menjadi pendengar, sesekali berkata solatlah, mendengar lagi dan hanya bertenang.

Akhir sekali, pertemuan petang tu buat saya sesak dada, seram sejuk tangan dan bergegar sedikit. Mana mungkin soeorang muslim yang sihat duduk tenang sedangkan saudaranya melakukan kemungkaran dalam sedar.

"Nanti sambunglah lagi, saya mahu solat" saya bangun dan berlalu pergi.

Hanya mampu memanjatkan doa memohon hidayah kepada dia, pelajar lain, abang-abang dan adik-adik saya, saya sendiri dan jadikan kita semua orang yang ringan menunaikan solat.
;
Saya mahu berhenti menulis di sini, yang selebihnya saya sambung kemudian. Nantikan apakah kisah selanjutnya. Paling akhir saya nak kongsikan status Facebook seorang  rakan saya (berpangkat adik) :


Alangkan Nabi Ibrahim, seorang Nabi pun, berdoa kepada Allah agar dirinya termasuk dalam orang yang mendirikan solat, malah mendoakan pula perkara yang sama kepada zuriat-zuriatnya yang kita ketahui dari susur galur Ibrahim lah lahirnya para Nabi dan Rasul sehinggalah junjungan besar kita Muhammad shalla Allahu Alayhi wasallam..

I see of no reason untuk kita memperkecilkan doa ini. Walhal bagiku, doa ini sangat powerful. Sangat hebat, sangat penting, sangat kuat.

"Aku dah konsisten dalam solat, tak perlu kot baca doa ni". Tidak! Kita bukan sekadar minta untuk diri kita, tetapi kita minta untuk anak cucu kita juga!
Nabi Ibrahim Mendoakan Agar Dia dan Keturunannya Menjadi Orang Yang Mendirikan Solat....

What can we learn from Nabi Ibrahim a.s- Ustaz Nouman Ali Khan

http://www.youtube.com/watch?v=u1W4wv4K8rM
Amal Harun
Labuan

Friday, 23 March 2012

Belajar Menghargai



Saya mengaku silap, tidak memberi apresiasi kepada pelajar saya yang buat presentation sebab presentation mereka 1 jam dan tak seronok. Lain kali saya patut cakap sekurang-kurangnya "thank you, i enjoy your presentation, good job or good effort".

Lebih teruk saya kata "Ni tak ready la, orang lain buat 20 minit, lengkap".

Antara banyak kelas, 1 kelas yang saya ajar ni sangat lemah, padahal mereka amat bagus dari yang lainnya di awal. Setiap orang harus dilayan sama rata tanpa dibandingkan antara satu dengan yang lain. Video ini sangat membantu dalam banyak perkara terutama menghadapi kelas saya yang 1 ini.

Kuasa Menghargai

Sewaktu saya di tingkatan 3, Geografi antara subjek kegemaran saya. Kalau waktu terluang, saya hanya baca tentang geografi. Geografi sentiasa A, dan walaupun tak belajar lagi, saya memang dah study. Sewaktu kami menjawab soalan percubaan, Cikgu Mat Rod memberitahu kertas soalan sangat susah, tak mungkin ada yang dapat A dan kalau dapat memang hebat. Tercabar dengan kata-katanya, saya antara 2 orang pelajar yang mendapat A untuk ujian oercubaan yang dikatakan susah oleh beliau. Cikgu Mat Rod pon memberi reaksi 'cool' begini "ooo, hang dapat A ka, hmm.." itu saja.

Dalam hati saya, cikgu ni saja tak mahu mengaku kehebatan atau ego sebenarnya nak puji-puji kami. (Niat salah masa tu). Tapi pada kaca mata seorang pelajar, cukuplah seorang guru memberi reaksi positif terhadap pencapaian atau peningkatan pelajar. 

Semoga Allah tunjukkan jalan, berilah kefahaman ilmu dan tenangkan hati pelajar-pelajar yang saya kasihi.

Banyak lagi kena belajar.
Amal Harun
Labuan.

Monday, 12 March 2012

Sigup

"Owh, pelase be patient" saya memberi ingatan ini setiap kali kuliah. Pelajar sudah mula berkipas-kipas. Dewan kuliah panas, tidak terasa kedinginan penghawa kononnya dingin.

"Is it too much reactions?" Saya mula menyedari kegalauan hati para pelajar saya.

Seraya mereka menjawab "Yessssssssssssssss". Unsur tokok tambah sengaja diadakan bagi menunjukkan bilangan tindak balas yang banyak.

Kemudian saya mengulas kembali "sabarlah, lebih baik awak bersabar sekarang daripada nanti terpaksa bersabar akibat tidak sabar hari ini".

"Tidak fahaaaaaaaaaaaammmm" jerit pelajar dalam kuliah.

"Berubahlah hari ini daripada terpaksa berubah nanti akibat tidak mahu berubah hari ini" sekali lagi saya membuat provokasi.

"Contohnya, orang yang merokok, lebih baik bersabar menahan nafsu merokok hari ini daripada suatu hari nanti bersabar kerana melawan kanser paru-paru". Saya cuba memberikan contoh.

"Awang awang awang" jerit beberapa pelajar lelaki.

Alamak, adakah saya menyentuh mana-mana individu dalam kelas ini. Berdasarkan fizikal Awang, dia rajin datang bertemu dan bertanya soalan kepada saya. Ada sedikit bau rokok dan warna bibir yang jelas menunjukkan dia merokok.

"Berhentilah kepada sesiapa yang merokok, merokok tidak macho dan tidak hensem!" kata saya. Seisi dewan bersorak. Sekali lagi, kenapalah saya keluarkan fakta sebegitu rupa?

"Tidak mengapa, amanahlah dengan wang anda, jangan gunakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah malah membawa mudharat." Penutup selingan di kuliah dan kami kembali meneruskan perbincangan.

Selesai kuliah, Awang datang, "Miss, nanti saya jumpa miss okay"

"Awang jan tah kau sigupan lagi" hehe kerana beliau pernah memberitahu kampungnya di Membakut. Itulah jawapan balas kepada orang Membakut. Semoga Awang makin positif mengubah sikapnya.

Amal Harun
Rinsu kan bakurapak sama babu-babu.

Tuesday, 20 December 2011

Memudahkan

Saya sangat tekun mengisi kehadiran pelajar di dalam sistem, ia adalah suatu tugas dan kewajipan pensyarah dan sedikit leceh kerana menguruskan sebuah kuliah (106 orang pelajar saja), sudah semestinya amat memerlukan penelitian. Tiba-tiba datang sekumpulan pelajar membawa setin minuman isotonik. Ya Allah, terkejutnya saya, bagaimana mereka tahu saya haus, baiknya mereka an amat terharu. Tidak, rupanya mereka datang meminta saya berlakon untuk iklan minuman yang mereka hasilkan bagi subjek multimedia.

 "Tidakkah kamu melihat saya sedang sibuk?" kata saya. "Maaf miss, tapi tolonglah, tiada siapa yang mahu bekerjasama" kata Aslam.

 "Ya miss, tolongla kami.." merayu-rayu pelajar perempuan yang 2 orang ni pulak.

 Saya faham apakah perasaan sekiranya ditolak mentah-mentah. Ya, saya pernah rasa sewaktu ditugaskan menyiapkan video sempena MPPB kolej. Mereka bukan saja tidak mahu, malah menghina saya atau merendah-rendahkan saya. Saya tidaklah sedih jika dihina atau tidak memberi kerjasama, tetapi perlukah menghina orang.

Oh, lupakan kisah lama kalau hanya memberi kesan negatif kepada memori. Prosedurnya hendaklah meminta keizinan dan tiada unsur paksaan. Bila memikirkan perkara ini, saya gagahkan diri biarpun malu, merasakan tidak comel, tidak fotogenik dan pelbagai unsur negatif.

 "Baiklah, saya cuba" disertai sorak-sorai pelajar saya. Ok, saya hanya ingin mengikut sunnah nabi, jika memudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan kita di akhirat nanti. InsyaAllah.

Mari hidupkan sunnah.
Salam 25 Muharam 1433 H
 Amal Harun.

Tuesday, 6 December 2011

Natijah

Hari penuh emosi.

Joyce, BP4T30; menangis gembira.

Marvis; pelajar tutorial saya yang rajin dan menangis kalau tak pandai buat.

Vanessa, BP2T10, terharu dengan pencapaian 4.00.

Kini menarik lafaz lega setelah susah payah.

Berkongsi rasa gembira dengan Meelady,

Setelah melihat slip keputusan, perasaan yang tidak dapat diceritakan.

entah, seronok sangat.

Pelajar amali saya, kelas paling cool, BP2T14

Bekas pelajar PDT yang meneruskan kecemerlangannya 4.0.

Sedih oooo melihat mereka. 

Berkongsi kejayaan bersama pensyarah.

Sama-sama berkongsi kegembiraan dengan Rabecca BP2T10. Hari tu Rabecca menangis masa UPS, hari ni dia gembira.

Hafiz BP4T30 dan rakan-rakannya. Yang pasti gembira dengan Kimia beliau!

Tak pasti air mata gembira atau duka, pasti keduanya membawa kebaikan, asalkan usaha telah dicurahkan.
Ketika menghalakan lensa merakam setiap detik suka dan duka para pelajar, tanpa saya sedar air mata saya mengalir. Ada 2 emosi yang berbeza, kedua-duanya telah saya rasai sepanjang bergelar pelajar. Suatu ketika gembira kerana kejayaan dan satu ketika sedih kerana kurang berjaya. 2 emosi yang tidak dapat diceritakan.

Segala penat lelah dan susah payah kini dibayar. Teruskan perjuangan di semester kedua ini dengan langkah yang lebih gagah, langkah pejuang. Belajar itu perjuangan!

Mengimbau kembali Ramadhan yang lalu, beberapa pelajar dipanggil kerana kegagalan dalam UPS. Hampir separuh yang berputus asa dan mahu keluar pengajian seolah sampai ke titik akhir. Saya kongsikan sebuah kisah menyayat hati, tentang sebuah kegagalan seorang manusia di matrikulasi kemudian bangkit, dan di sepanjang jalan ia bertemu dengan banyak kebaikan yang Allah sediakan namun jarang disyukuri.

Berusahalah, kerna Allah melihat usaha kamu bukan hasilnya.

Selamat Berjuang untuk pelajar dan selamat mendidik para guru!
Amal Harun.
WP Labuan


Saturday, 3 December 2011

Tahun ini

Menuju penghujung 2011 membuatkan saya kembali memuhasabah diri sebagai seorang pendidik. Ianya tahun yang terlalu singkat, banyak yang terpahat kenangan dan di celahnya pengajaran demi pengajaran, kepayahan dei kepayahan. Banyak yang dipelajari. Mendidik saya sabar dan ikhlas. Semakin hari saya semakin gembira apabila cuba mempraktikkan beberapa teknik dan nilai kemanusiaan yang saya belajar. Contohnya memberi sepenuh hati tanpa mengharap balasan dan penghargaan.

Segalanya telah dibuat dengan optimum untuk memastikan kejayaan pelajar, tetapi hasilnya tidak seberapa. Seolah-olah saya yang bertungkus-lumus dan pelajar saya hanya bersenang lenang. Jika mereka salah saya akan marah.

Namun eksperimen saya jika memarahi mereka tidak berjaya membantu proses. Saya pun kembali membetulkan duduk posisi saya sebagai seorang pendidik. Sampaikan ilmu dan terapkan nilai usaha. Saya mulai sedar bahawa latar belakang mereka berbeza. Tidak semua yang saya sampaikan berjaya ditelan sepenuhnya. Tetapi ada satu unsur kekaguman saya secara peribadinya, mereka begitu tekun dan kuat semangat juang. 

Jika dinilai tahap intelek, lemah atau sederhana, tetapi daya usaha memang A. Saya akan ingatkan mereka selalu, Tuhan menilai usaha, tetapi bukan hasil. Akan datang suatu masa, Tuhan akan membayar setiap lelah mereka dalam keadaan tidak disangka.


Sekarang kita susah, kejayaan memang dengan kepayahan. Selamat menunggu keputusan 6 Disember 2011.

Terima kasih anak didik yang baik.
Amal Harun
Labuan

Monday, 28 November 2011

Pahit

Setelah setahun beberapa bulan berlalu tentang kisah saya dengan seorang kawan, seorang senior bertanya kepada saya, pendapat saya ketika apa yang telah menimpa saya. Saya katakan padanya, ia sudah berlalu, saya maafkan dan berlapang dada. Terpulang orang lain menilai. Saya yakin saya benar, dan jika saya salah saya telah memohon kemaafan.

"Hakikatnya nama kamu dah busuk Amal" kata senior sana bernada hampa.

"Itu di sisi manusia, biarlah. Lantaklah apa mereka nak cakap" saya memujuk diri, kadang-kadang terasa.

"Ya, ada orang bertanya-tanya saya perihal kamu. Contohnya kenapa saya pilih kamu jadi setiausaha saya" kata beliau.

Saya mungkin boleh memberitahu begini "saya mungkin dapat mengagak siapakah orangnya", tapi saya diamkan.

Kesannya saya sendiri tersentap, masih ada yang prejudis. Saya sedih. Saya tak mampu menyalahkan individu yang prejudis, ia tidak adil kerana mereka termakan kata-kata yang tidak benar atau inilah fitnah yang terkena. Saya mohon perlindungan Allah dan dikurniakan kesabaran.

Inilah ujian namanya,
Amal Harun
Labuan.

Kimia E

Banyak yang mahu saya tulis, tetapi saya padam. Kali ini saya mahu kongsikan kisah pelajar saya. Suatu ketika dulu saya pernah menulis kisah beliau sewaktu saya mengajarnya Matematik. Kali ini setelah saya mengajar Kimia. Tapi saya tidak pernah mengajar beliau Kimia pun.

Kisahnya bermula setelah beliau (Hakim) tamat tingkatan 3 dan masuk ke SM Teknik Labuan. Kebetulan saya bertugas di Labuan, beliau sudah tingkatan 5. Saya sempat melawat beliau di sekolah dan kali terakhir semasa beliau SPM.

Setelah mendapat keputusan SPM, Hakim menghubungi saya. Semua keputusannya cemerlang dan baik kecuali Kimia. Hakim sangat bercita-cita tinggi untuk masuk ke matrikulasi (Matrikulasi Labuan). Saya katakan sudah tentu beliau berjaya masuk kerana kursus yang dipohon ialah aliran Akaun.

Akhir sekali Hakim memberitahu saya dia gagl diterima masuk ke matrikulasi, rayuannya juga ditolak. Terbaru, semasa saya dan Kak Iza ke Kota Kinabalu, melalui perkampungan Hakim, saya bertanya hal beliau kepada kak Iza.

Kak Iza kata Hakim sekarang di Membakut dalam tingkatan 6. Hakim juga pernah memberitahu saya, ikhtiar terakhirnya ialah tingkatan 6.

"Cikgu, aku tetap mahu masuk ke universiti macam cikgu, aku tak akan sedih dan kecewa, terima kasih cikgu. Aku mahu jadi orang baik macam cikgu yang mahu tolong orang susah macam aku." pesanan ringkas yang dihantar kepada saya ketika dia masuk ke tingkatan 6.

Hakim adalah simbol perjuangan seorang anak muda kampung tetapi besar cita-citanya. Anak sulong kepada seorang ibu tunggal (pernah saya tulis kisah beliau malu ibunya menoreh getah), abang kepada 2 adik perempuan.

Saya ingatkan kisah perjuangan orang-orang kecil yang tinggi nilainya. Hidup penuh perjuangan, setiap hidup pasti diselitkan masalah dan ujian. Ia memerlukan kesabaran dan pengorbanan dan di hujungnya pasti Allah akan selikan sebuah kemanisan.

Berjuang demi sebuah penghijrahan.
Salam Maal Hijrah

Amal Harun
Labuan.