Tuesday 31 July 2012

Ujian wanita untuk lelaki

Perit juga kalau berpuasa tapi bercakap. Bercakap ketika mengajar. Rasa mahu minum saja. Kemudian pelajar minta diulang-ulang.  Tapi saya sabar dan sentiasa ingat diri supaya sabar.

Ia tidak bertahan lama, benteng kesabaran pun mula runtuh sedikit demi sedikit. Kenapa? Saya memang tak sabar orangnya. Bila saya okay, saya akan kata "opss puasa, maaf, saya sepatutnya sabar". Pelajar saya pun gelak-gelak.

Hari ini saya masuk tutorial yang ada 29 pelajar. Ada pelbagai kerenaH dan latar belakang. Seorang pelajar lelaki datang dan buat latihan sebelah saya, tujuannya supaya senang tanya.

"Saya kecewa dengan markah saya"

"kenapa, apa masalahnya..selain awak yang malas nak bersusah payah sedikit" geram dengan sikap dia yang banyak tak jawab soalan.

"banyak perempuan cantik dalam kelas, macam mana, bukan saya nak tengok, miss tahu ka apa yang lelaki rasa, miss perempuan"

"tundukkan pandangan, jangan la pandang" kata saya.

"tundukkan pandangan tu jaga pandangan" tambah seorang lagi pelajar lelaki.

Saya tinggalkan makmal dan pesan kepada dia, "rajinlah solat dan doalah supaya Allah jaga pandangan awak juga"

Kalau bab menasihati memang teruk la saya ni, tapi yakinlah, solat dan doa saja yang membantu kita. Mudah-mudahan dengan cara doa dan solat, Allah datang pelbagai rezeki lain. Bila fikir kembali, besarnya cabaran membesar anak lelaki. Belajar dalam lingkungan pelajar tidak menutup aurat, diajar di kalangan guru tidak menjaga aurat.

Bila saya fikir kembali, betul juga tentang apa yang dia rasa. Mungkin pelajar lelaki lain pun merasakan perkara yang sama, cuma tak disuarakan. Itulah hikmah menutup aurat, menjaga diri dan menjaga orang lain. 

Salam Ramadhan 

Amal Harun 
11 Ramadhan 
WP Labuan


Wednesday 25 July 2012

Ramadhan Survivor


I want to start off by asking you some very important questions:

Think carefully about your answers:


  • Have you ever set your alarm clock to wake up for suhoor, only to be awoken by the light of dawn shining into your room, and the sinking feeling in the pit of your stomach that you just missed your only chance to eat today?
  • Can you remember a time during Ramadan when you were so tired and thirsty that you became agitated and snapped at someone and then really regretted it because you know that’s not what this month is about?
  • Does it annoy you to know that productivity in Muslim countries goes down significantly during Ramadan, and you want to do something about it but know that it needs to start with you?
  • Can you remember a time during Ramadan when the whole day you were just thinking about what you were going to eat after the fast, and then felt bad because you were missing the spiritual rewards of it all?
  • Have you ever had trouble going back to sleep after waking up for Suhoor, and as a result woken up for work in a very groggy and grumpy mood?

OR

  • Have you ever kept the fast at work, but honestly didn’t perform to your potential because you were tired, and then had that nagging feeling at the back of your mind that work colleagues were talking about your reduced performance behind your back?
  • Have you ever promised yourself you’d wake up for tahajjud during the last 10 blessed nights of Ramadan, but then woke up late and found yourself deciding between breakfast & tahajjud prayer (no guesses which one won!)
Do you remember a time when you reached the end of Ramadan with a deep feeling of regret because the month has already escaped you and you did far less acts of worship than you know you should have?

Do You Recognize These? Are You Still Worried?


Your Questions Answered


If you answered “yes” to any of the above questions, I have some important news for you. You are NOT alone. In fact, that list of questions was created by interacting with hundreds of visitors and students via our website last year. And no, you’re not lazy and you’re actually willing to work hard to have a guilt-free Ramadan – although sometimes it’s hard to figure out exactly how to fight the many challenges we all face during Ramadan and stay productive.

Get Rid of These Mistakes (or Guilt) Once and for All


What if I told you there was a straightforward, practical set of techniques that a reasonably hardworking person could apply and achieve to have a more productive Ramadan? No, it’s not a magic suhoor pill!

Sunday 22 July 2012

Catatan Ramadhan 2: The power of Intentions

Assalamu'alaikum, Amal 

Al-hamdulillah :) Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) has blessed us to live and greet another Ramadan and that's a blessing from Allah (Subhanahu Wa Ta'ala).

As promised, each day of Ramadan I'll be sending you daily productivity tips to help you become Productive during Ramadan. These are e-mails that I write each day for you with personal tips and advice based on my readings, experiences and  your feedback inshaAllah.

Let's start with today's tip: The Power of Intentions

As we all know, it is recommended that for each night of Ramadan, we're asked to make the niyyah (intention) to fast the next day (even though there are opinions that says one can make the intention to fast the entire month and it'll suffice) but without going into the scholarly differences, my message today is about harnessing the power of intentions in Ramadan to help us become productive.

Compare the following two persons who both make intentions the night before:

Person A: Simply makes intentions that he'll fast the next day.

Person B: Makes the intention that she'll fast + read Quran for an hour + give charity to a specific organisation + carry out certain duties for her community.

Who do you think will have a more productive day the next day? Person A? or Person B?

Let me know your answers and why by tonight!

Sincerely,
Abu Productive

Catatan Ramadhan 1: Malam Pertama

Inilah malam pertama 1 ramadhan 1433H. Cuaca yang baik, tenang dan nyaman. Ramadhan ini merupakan ramadhan ketiga saya di labuan. Alhamdulillah, terharu sangat disampaikan ke ramadhan kali ini. Sebab kita kan selalu doa penghujung ramadhan, agar sampai ke ramadhan berikutnya. Kita juga terus doa apabila memasuki rejab dan syaaban. Segala puji bagi Allah.

Keadaan kesihatan saya kali ini kian merosot dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di tambah kegagalan saya menjaga kesihatan. Saya sungguh tak cukup rehat, sehinggakan pada waktu gerimis dan angin kuat, saya terpaksa di padang menguruskan pelajar Kakom. Akibatnya pada malam, saya mulai sukar bernafas, hidung tersumbat dengan putaran kipas syiling pada tahap maksimum. Inilah namanya mencari penyakit. 

Pada waktu siang, hidung terus tersumbat, anehnya selera saya bertambah, kerja nak makan sentiasa dan cepat terasa lapar. Banyak juga mukus yang terhasil sehingga saya mengambil banyak tisu milik rakan sepejabat (zahir dan muazzin, tak tahu tisu siapa), malu mahu mengambil tisu mereka, saya hanya gunakan 'toilet paper' di tandas tingkat 2. Banyak mukus dan penyumbatan hidung terus berlaku, lama-lama kepala saya sakit. Saya bernafas melalui mulut.


Saya sempat telefon ayah untuk bertanya kabar dan ucapan selamat ramadhan, mak pula tak jawab telefon. 

Saya ke masjid muttakin IOFC. Sekali lagi jumpa makcik Zaiton. Dia akan lebih awal menegur saya "apa kabar sayang". Mak saya pun tak panggil sayang hehee. Mak panggil saya "ya binti".

Sahur dan berbuka sendirian. Ia tak bermaksud sunyi. Masa di IOFC makcik tu panggil join tadarus, ramai pulak yang join selepas tu. Doktor yang aku tak kenal namanya pun ada. Dia kata seronok macam ni, inilah nikmat ramadhan. Alhamdulillah.

Bila imam baca doa, allahumma innaka afuwwun kareem, tuhibbul afwa fa'fuanna...oohh sangat sayu, sedih..banyak dosa kita buat, dan akhirnya Allah panjangkan usia memberi peluang merasai ramadhan tahun ini. 

Sekian Terima Kasih
Amal Harun

Monday 2 July 2012

18 hari Menuju Ramadhan


18 hari menuju Ramadhan. Saya belum bersedia. Tahun lepas pun begitu, sekurang-kurangnya tahun lepas saya ada membuat bacaan sempena menyambut Ramadhan. Kurang bacaan, kurang baca buku dan bahan bermanfaat. Banyak juga masa saya habiskan di FB dan kerja-kerja pejabat yang tak berkesudahan. Buku saya banyak lagi belum habis.

Mereka mungkin sedang menyumpah serana saya yang membeli mereka tetapi tidak membaca.

Penipulah saya jika saya katakan tidak mempunyai masa. Kadar pembacaan yang kian merosot amat membimbangkan. Mungkin otak makin perlahan. Ya  tahap produktiviti kerja saya juga perlahan.

Saya baca buku Stephen Covey pun separuh, buku Dr.Farhan dan Fatimah Syarha pun separuh, Semua separuh. Rak buku saya berhabuk. Terukkkkk teruknya saya.

Saya tidak boleh mengimpikan masa cuti yang panjang untuk membaca dengan tenang, atau membaca buku di tepi pantai lagi. Semuanya atas kekangan masa, sejak-sejak saya menjadi pengurus pasukan bola jaring.

InsyaAllah, saya tetap berazam membaca al-Quran secara konsisten mulai rejab lalu. Dengan harapan Ramadhan ini tidak sia-sia lagi.

Wahai Allah, ampunkan saya dan ibu bapa saya, serta manusia lain. Sampaikan kami kepada Ramadhan tahun ini.

Bulan ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan digandakan pahala amalan, bulan yang didalamnya ada malam yang menyamai seribu bulan, dan bulan keampunan. Ya Allah, saya tidak mahu ia berlalu dengan sia-sia. Ampunkan kami ya Allah.

Ahlan ya Ramadhan.

Ubah manusia


"Miss aku mau berubah" inilah kata-kata seorang pelajar saya. Dia ditawarkan mengulang.

Tapi dia saja nak cabar saya, masih menunjukkan kemalasannya. Apa nak buat.

Bila azan dia bangun, "ok miss, azan suda, aku mau pi sembahyang"

"doalah supaya awak rajin, jauh dari sifat malas" pesan saya.

Banyak buku saya baca (banyak ka), menurut buku gunakan pendekatan halus tanpa paksaan. Sungguh tidak kreatif untuk cuba semua tu. Tapi tak mengapa, saya suruh dia hantar tutorial, kemudian dia hantar siap semua. Tak kisahlah dia buat atau tiru atau apa pun, asalkan dia buat. Dan saya pun tulis mesej di jawapan tutorialnya, "wah, beginilah cara orang yang mahu berubah, semoga akan terus berusaha". Tradisi sangat.

Sebelum ni, saya fikir begini "lantaklah kau, kau kan repeater, kalau nak repeat lagi pon ada aku kesah? dah repeat pon takkan tak sedar diri"

Aliaa nasihatkan saya: "Amal, jangan macam tu, dia bagus, pujuk dia". Wah sangat mencabar bagi manusia seperti saya mahu memujuk seseorang. OK, mungkinkah memujuk manusia seperti merendahkan ego? Jadi saya cuba, sedikit berjaya, petua Aliaa membantu.

Tetap, bukanlah saya yang dapat mengubah manusia lain, sedangkan saya sendiri sukar berubah. InsyaAllah boleh!

"Miss, kalau aku dapat 80 ke atas, miss belikan keropok ni, sedap laa" kata dia sambil belek-belek handphone mahal dia. Padahal orang lain sibuk belajar dan tanya soalan.

InsyaAllah. semoga Allah buka hati bagi kau rajin belajar.

Selamat berjuang, selamat mendidik diri dan dan anak didik!



Sunday 1 July 2012

Kerja

Malam sabtu kemarin, saya bawa kereta menuju Hotel Grand Dorsett. Kakak ipar saya minta saya singgah ATM. kawasan tersebut ada beberapa pub dan kelab malam. Kalau tengok dari luar akan hairan kenapa tempat parking penuh, munkin banyak kereta sebab orang pergi pub.

Bila melalui pub tu, pintu luar dijaga oleh seorang lelaki, dia mungkin penyambut tetamu. Sambil memutar stereng, sempat juga saya tengok pub dan lelaki itu, wajahnya macam lelaki melayu atau muslim. Jika dia muslim, insyaAllah semoga dia diberi hidayah dan rezeki yang lebih baik dari sekarang.

Jalan lagi di kawasan hadapan saya lihat gadis-gadis dengan pakaian yang seksi sangat depat pintu kelab malam. Hati saya terdetik kemarahan "hish tak sedar diri'.

 Dalam 3 saat melepasi gadis-gadis itu, saya lihat seorang pakcik tua dengan uniform berlambangkan Perbadanan Labuan. Dia sedang mengelaskan sampah mencari kotak-kotak di kawasan longgokan sampah.

Allah tunjukkan saya 3 pekerjaan yang dilakukan. Allah buka setiap lorong mencari rezeki, rezeki halal. Kita yang pilih. Biarlah kerja yang dilakukan itu dipandang hina, sedikit pulangan, kotor dan amat memenatkan. Tetapi Allah mengganjari usaha orang yang bekerja mencari rezeki halal.

Seorang adik pernah menasihati pelajar saya, hidayah itu umpama burung, apabila ia hinggap di hati, tangkap dan jangan lepaskan.

Amal Harun
Labuan