Saturday 24 September 2011

Chemistry Mee Bandung

Since i had move to my brother's house, i passionately trying to cook even a simple recipes. If i'm not sure about the ingredients, i browse for it and the methods of preparing. Cooking is just like working in the chemistry lab. Definitely i can say, it is similarly as doing labwork. We need to prepare the ingredients (chemicals), have a proper tools (apparatus) and need to ready with the procedures, a step by step work.

The principals in kitchen and chemistry lab are almost same. Mix something with something else, then look at the changes and do some observation or taste them. But in lab, tasting the chemicals is strictly prohibited. In both kitchen and lab, we apply heat, using fume hood, oven until the glass of apparatus. Cooking requires applying heat, then we can see the physical changes and can also 'see' the chemical transforms, thus, it may change the texture, taste etc.

In lab we need to wear lab coat and glove, kitchen also need these but apron and a different glove. Here's a glimps of gadget in the lab captured during lab session with my students and finally my Saturday mee bandung.

ice maker is my favourite equipment in lab.
                                                                                             100ml beaker
                                                                                  conical flask :)
                                                                                 measuring cylinder

and finally my first trial of mee bandung after coming back from market.
Amal Harun
Labuan

Penampilan

Sekian lama tidak menukar, bila difikarkan mahu saja menukar kepada domain sendiri. Tapi biarlah, guna saja yang percuma. juga tak pandai sangat IT.

Teruskan memberi teguran dan bimbingan.

Sekian terima kasih.
Amal Harun
Labuan

Amazing conversion to Islam



David chooses to accept Islam at the ‘Da’wah Table’ in North West London after only a short talk. The reason this video has been uploaded is because even though David has a great love for Islam and Muslims through his travels abroad ;sadly no one had actually invited him to become a Muslim. Dear brothers and sisters, please take every opportunity to actively invite to Islam,after making Du’a.

http://www.dawahiseasy.com

Friday 23 September 2011

Harga sebuah syukur


Duduk di suatu lokasi rahsia menghirup segarnya angin petang, bertentang mata dengan lautan nan luas, matahari petang jumaat yang kian tenggelam, mendengar hempasan ombak tanpa rasa penat. Itulah kehidupan Galapagos, tenang bukan?

Jika di sini, kuat anginnya bagai hendak tercabut tudung, tenang jalan rayanya takkan dapat dicari di mana-mana, mesra penghuninya bagaikan saudara, dan pemandangannya pasti memukau mata. Itulah Galapagos, istimewa bukan?

Begitulah gambaran kata-kata uniknya kehidupan Galapagos. Jika dibaca, kata-kata indah jadi biasa, indah manapun takkan sama jika diri tidak merasa, baru kau tahu jika kau rasa. Sambil saya duduk di sebuah bangku, menunggu 2 orang anak saudara yang comel-comel bermain, saya menyelak helaian mushaf yang suci.

Giliran membaca ayat ini; Anbiya', ayat 81 sehingga selesai. Ikuti dan hayati terjemahannya, itupun cukup memukau, mengubat kegalauan di hati, kerana Tuhan sering memerhati.

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الأرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. 21:81)

Amal Harun
Labuan

Friday 16 September 2011

Sakinah bersamamu


Emak dan baby. Emak sekarang 54 tahun, emak lahirkan baby waktu dia berusia 4o tahun di Beaufort, Sabah. Memandangkan jarak umur dia dengan kami adik-beradik agak jauh, kekallah panggilannya sebagai baby hingga kini. Baby diberi nama Roudhoh setelah mak dan ayah balik dari umrah.

Banyak perkara diajar emak, tapi paling ingat ialah sabar. Dia mengajar kami sabar melalui perlakuan. Mak mengajar kami bermula dari bawah, dari susah. Siapakah yang lebih baik daripada emak sendiri?

Mari menadah tangan memohon rahmat dan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada emak kita. Ampunkanlah dosa mereka.

"...adapun orang-orang yang beriman, amat sangat cintanya kepada Allah.." al-Baqarah;165

Doa

Rifa'ah Al-Zurqa meriwayatkan bahawa nabi saw ketika berlansungnya perang uhud, beliau berdoa, antaranya doa berikut:

"wahai Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah keimanan itu indah dalam hati. Wahai Allah, jadikanlah kami benci kepada kekafiran , kefasikan dan kederhakaan. Jadikan pula kami dalam kalangan orang-rang yang mengikuti jalan yang lurus".

Gambar ini diambil ketika kami sekeluarga menghadiri rumah terbuka kawan mak di Taman Sepadu. Mak dan ayah asyik duk bertanya anak makcik ni tentang di Mesir, ah, saja mengimbau zaman belajar la tu.

Wednesday 7 September 2011

Tuhan tahu, tapi menunggu

Mengajar Kimia kelas yang 1 ini memang mencabar, pelajar pasif dan 9 dari 27 orang sahaja yang lulus. Saya tidak berputus asa. Ada masa, saya terus memberi galakan.

Jam pertama tutorial menyaksikan muka-muka mereka yang kecewa kerana baru mendapat keputusan UPS. Memang muka ketat nak belajar. Suasana kelas makin panas, kepanasan Galapagos memang tahap panas betul.

Kelas mulai lesu. Saya kongsikan kisah seorang wanita yang menghidap kanser lidah. Dia seorang guru, akhirnya perlu membuang lidah dan tidak dapat bercakap. Kesudahannya, meninggalkan pekerjaannya sebagaii seorang guru.

"Jadi, jangan bercakap semasa saya mengajar". "gunakan lidah dengan sebaiknya" itu mesej kisah spontan yang saya sempat kongsikan.

"Tuhan sengaja tidak bagi kejayaan sekarang, dia mahu kita lebih berusaha"

"Mungkin bukan di sini, tetapi di tahap lain, asalkan kita berusaha sehabis baik. Kadang kita terlupa dengan nikmat yang ada, kerana terlalu fokus dengan sesuatu yang tiada"

"tetapi, pernahkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, adakah kita menyebutnya?" sunyi suasana dalam kelas.

"adakah kita pernah menadah tangan lalu berkata; wahai tuhan, saya berterima kasih dengan oksigen yang saya hirup hingga hari ini" diikuti deraian tawa sang anak muda, tetapi kembali diam.

"takkan terhitung nikmat yang dikurniakan" saya mengakhiri.

"belajar dan berusahalah. Itulah kehidupan. Kegagalan itu adalah signifikan demi sebuah kebangkitan. Kegagalan hari ini adalah tangga kepada sebuah kejayaan hari esok. Sebuah kejayaan yang ditangguhkan demi menanam rasa cinta dan syukur".

Alhamdulillah, jam kedua tutorial keesokan harinya mampu kembali ceria.

Mari, bangkit dari sebuah kegagalan. Tuhan tahu tapi menunggu doa dan ikhtiarmu.

Amal Harun
Labuan

Monday 5 September 2011

pH paper test

It's easy, safe, and fun to make your own pH paper test strips. This is a project that kids can do and that can be done from home, though calibrated test strips would work in a lab, too.


Time Required: 15 minutes plus drying time
Here's How:

1. Cut a red cabbage (or purple) into pieces such that it will fit into a blender. Chop the cabbage, adding the minimum amount of water needed to blend it (because you want the juice as concentrated as possible). If you don't have a blender, then use a vegetable grater or chop your cabbage using a knife.

2.Microwave the cabbage until it's at the boiling point. You'll see the liquid boil or else steam rising from the cabbage. If you don't have a microwave, soak the cabbage in a small volume of boiling water or else heat the cabbage using another method.

3.Allow the cabbage to cool (about 10 minutes).

4.Filter the liquid from the cabbage through a filter paper or coffee filter. It should be deeply colored.

5.Soak a filter paper or coffee filter in this liquid. Allow it to dry. Cut the dry colored paper into test strips.

6.Use a dropper or toothpick to apply a little liquid to a test strip. The color range for acids and bases will depend on the particular plant. If you like, you can construct a chart of pH and colors using liquids with a known pH so that you can then test unknowns. Examples of acids include hydrochloric acid (HCl), vinegar, and lemon juice. Examples of bases include sodium or potassium hydroxide (NaOH or KOH) and baking soda solution.

Another way to use your pH paper is as a color-change paper. You can draw on pH paper using a toothpick or cotton swab that has been dipped in an acid or base.
Tips:

If you don't want colored fingers, soak only half of the filter paper with the cabbage juice, leaving the other side uncolored. You'll get less usable paper, but you will have a place to grab it.

Many plants produce pigments that can be used as pH indicators. Try this project with some of the other common home and garden indicators.

A step-by-step video of this project is available, if you'd like to see what to expect.
What You Need:

Red Cabbage
Filter Paper or Coffee Filters
Blender - optional
Microwave - optional
Dropper or Toothpicks - optional

Payah menyusun kata


Hampir setiap petang pelajar saya datang bertanyakan Kimia. 2 kelas berada pada tahap memuaskan manakala 1 kelas lagi, kurang dari 10 sahaja yang lulus. Misi saya ialah agar mereka tidak gagal.

Saya nyatakan kedudukan mereka secara kasar. Menyedarkan mereka setiap seorang bermula dari keputusan SPM dan ujian-ujian yang dijalankan. Misinya, meningkat peratusan lulus, tiada gagal. Skor A ialah pilihan, atas daya juang sendiri. Tetapi jika gagal, saya turut menerima tempiasnya, teruknya saya sebagai guru Kimia. Inilah dialog saban hari yang sentiasa saya ungkapkan kepada pelajar yang datang mengadu kelemahan subjek Kimia.

Saya akui, mereka tidak harus dipersalahkan.Kebanyakan pelajar masuk bukanlah memiliki keputusan yang baik atau konsep asas yang bagus. Hakikatnya saya merenung kembali segala usaha yang telah saya jalankan. Pelbagai pendekatan telah saya jalankan, pelajar saya pasif!

Hingga tiba suatu saat, saya menghamburkan kekecewaan, apakah kesilapan yang saya lakukan semasa mengajar? Apakah yang saya harus lakukan sebagai pendidik? Apakah langkah pembaharuan?

Terdiam calon gagal tersebut.

"Anda tidak akan gagal lagi jika anda bangkit dari kesilapan. Anda tidaklah bodoh."

Pelajar saya mula mengaku setiap satu kesilapan dan kelemahan masing-masing.

Pelajar, saya tidaklah pandai menyusun kata-kata semangat, namun saya terus memberi aspirasi kepada anda menerusi kesungguhan. Bukalah mata, mari sama-sama belajar. Ingat saja kata pesanan ibu bapa kamu. Itu memadai untuk setakat ini.

Berderaian air mata pelajar. Sabarlah, kalian sedang berjuang.

Bagaimana nak memotivasi pelajar, kalau guru sendiri semakin sepi.

Amal Harun
Labuan

Bukan cinta biasa



Ini motivasi setelah kembali ke Galapagos. Diri mesti sentiasa diingatkan. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Aduhai, cermin-cermin diri.

Amal Harun
Labuan.