Monday 28 November 2011

Pahit

Setelah setahun beberapa bulan berlalu tentang kisah saya dengan seorang kawan, seorang senior bertanya kepada saya, pendapat saya ketika apa yang telah menimpa saya. Saya katakan padanya, ia sudah berlalu, saya maafkan dan berlapang dada. Terpulang orang lain menilai. Saya yakin saya benar, dan jika saya salah saya telah memohon kemaafan.

"Hakikatnya nama kamu dah busuk Amal" kata senior sana bernada hampa.

"Itu di sisi manusia, biarlah. Lantaklah apa mereka nak cakap" saya memujuk diri, kadang-kadang terasa.

"Ya, ada orang bertanya-tanya saya perihal kamu. Contohnya kenapa saya pilih kamu jadi setiausaha saya" kata beliau.

Saya mungkin boleh memberitahu begini "saya mungkin dapat mengagak siapakah orangnya", tapi saya diamkan.

Kesannya saya sendiri tersentap, masih ada yang prejudis. Saya sedih. Saya tak mampu menyalahkan individu yang prejudis, ia tidak adil kerana mereka termakan kata-kata yang tidak benar atau inilah fitnah yang terkena. Saya mohon perlindungan Allah dan dikurniakan kesabaran.

Inilah ujian namanya,
Amal Harun
Labuan.

Kimia E

Banyak yang mahu saya tulis, tetapi saya padam. Kali ini saya mahu kongsikan kisah pelajar saya. Suatu ketika dulu saya pernah menulis kisah beliau sewaktu saya mengajarnya Matematik. Kali ini setelah saya mengajar Kimia. Tapi saya tidak pernah mengajar beliau Kimia pun.

Kisahnya bermula setelah beliau (Hakim) tamat tingkatan 3 dan masuk ke SM Teknik Labuan. Kebetulan saya bertugas di Labuan, beliau sudah tingkatan 5. Saya sempat melawat beliau di sekolah dan kali terakhir semasa beliau SPM.

Setelah mendapat keputusan SPM, Hakim menghubungi saya. Semua keputusannya cemerlang dan baik kecuali Kimia. Hakim sangat bercita-cita tinggi untuk masuk ke matrikulasi (Matrikulasi Labuan). Saya katakan sudah tentu beliau berjaya masuk kerana kursus yang dipohon ialah aliran Akaun.

Akhir sekali Hakim memberitahu saya dia gagl diterima masuk ke matrikulasi, rayuannya juga ditolak. Terbaru, semasa saya dan Kak Iza ke Kota Kinabalu, melalui perkampungan Hakim, saya bertanya hal beliau kepada kak Iza.

Kak Iza kata Hakim sekarang di Membakut dalam tingkatan 6. Hakim juga pernah memberitahu saya, ikhtiar terakhirnya ialah tingkatan 6.

"Cikgu, aku tetap mahu masuk ke universiti macam cikgu, aku tak akan sedih dan kecewa, terima kasih cikgu. Aku mahu jadi orang baik macam cikgu yang mahu tolong orang susah macam aku." pesanan ringkas yang dihantar kepada saya ketika dia masuk ke tingkatan 6.

Hakim adalah simbol perjuangan seorang anak muda kampung tetapi besar cita-citanya. Anak sulong kepada seorang ibu tunggal (pernah saya tulis kisah beliau malu ibunya menoreh getah), abang kepada 2 adik perempuan.

Saya ingatkan kisah perjuangan orang-orang kecil yang tinggi nilainya. Hidup penuh perjuangan, setiap hidup pasti diselitkan masalah dan ujian. Ia memerlukan kesabaran dan pengorbanan dan di hujungnya pasti Allah akan selikan sebuah kemanisan.

Berjuang demi sebuah penghijrahan.
Salam Maal Hijrah

Amal Harun
Labuan.

Friday 18 November 2011

A great teacher

Article from: Colorado Science teacher blog.

Coming from the classroom I thought that I had a handle on this. In my school we were encouraged to visit each others classrooms, I was a mentor teacher for our building, and a cooperating teacher for pre-service teachers. I enjoyed sharing my insights with others on what I thought made a good teacher. But the longer I was in the roles the more complex I realized the question really is. I thought I “knew” who the good teachers in my building were and who the “weaker” teachers were. But this was always a subjective analysis based on many factors such as did students from that teacher come prepared for my class, how did students talk about that teacher, how did admin treat that teacher, how those teachers behaved in staff meetings... But in reflection I had my biases and opinions of what made a great teacher, based a little on research, but mainly formed from my own anecdotal experiences.

You often hear teachers say “If you want to know what makes a great teacher, ask a teacher”. While there is some validity to this, not all teachers really know what makes a great teacher and all of them would have their own biases and anecdotal experiences. While asking teachers might be a good start to answering this question it is not the kind of sound scientific evidence that is really needed to inform policies, training programs, evaluations, and pay scales. Also, while a warm and gregarious personality might get a teacher’s colleagues and administration to like them and say great things about their teaching, if you don’t have a way of measuring the learning that is taking place in the class, how can really say if someone is a great teacher?

So what does science and research have to say about what makes a great science teacher? There seems to be two thoughts about great teachers. 1) They have an innate skill or ability that cannot be measured or taught. This to me is a depressing view because if great teaching is something that cannot be measured or taught, then there is nothing that can be done about weak teachers, other than convincing them to leave the profession. 2) Teaching is a science and with the right set of theoretical knowledge, content knowledge, and pedagogical knowledge anybody can teach.

As with most issue, the reality lies somewhere in between these two extremes. In my career I have met first year teachers that I thought were great, right out of the gate and experienced teachers who I thought didn’t know how to teach despite their years doing it, as well as the reverse. I have witnessed new teachers who struggle their first couple of years grow to become incredible teachers and others that didn’t seem to grow at all. Recently the New York Times came out with an article Building a Better Teacher the article quotes Bill Gates as saying “Unfortunately, it seems the field doesn’t have a clear view of what characterizes good teaching” after a gates foundation initiative into what makes a great teacher. I disagree with this assessment.

To start with research shows the most important factor for a great science teacher is having a deep understanding of the content they are are going to teach. Dan Goldhaber and Dominic Brewer concluded in their 1996 study Evaluating the Effects of Teacher Degree Level on Education Performance “in mathematics and science, it is the teacher subject-specific knowledge that is the important factor in determining tenth-grade achievement.”

Beyond content knowledge what emerges from research is that good and great teachers engage students in a minds on way that goes far beyond just having manipulative and hands on experiences. Students in our best classrooms are following sets of strategies that engage the brain, many of which are described by Marzano in Classroom Instruction that Works and Tate in Worksheets Don’t Grow Dendrites.

More than that research also shows great teachers ask themselves great questions about their students. One of the great contributions of the standards based teaching movement is the standards based teaching and learning cycle. In this cycle teachers are constantly asking the questions: What do students need to know, understand, and be able to do? How will we teach effectively to ensure that students learn? How we will know that students have learned? And what do we do when students don’t learn or reach proficiency before expectations?
******************************************************************************************

It is almost 2 years teaching Chemistry. When i checked myself, i need to improve a lot of thing in so many aspects, content, pedagogical and relationship with students. How to control the class and definitely to control emotions confronting with students. Hopefully i can learn to be a better teacher.

Teach me!

Amal Harun
Kepala Batas

Mimpi Saja

"alamak, kuliah isnin pukul 1 petang" saya menjerit. Sekarang sudah lewat. Saya berlari ke kelas sambil mencari 'thumb-drive' yang tersimpan bahan kuliah termokimia. Bab pertama semester 2.

Saya lari laju-laju dan sampai di dewan kuliah, saya dapat lihat pelajar sudah bising-bising dan marah saya.

Kemudian tamat.

Itu hanya mimpi saya, saya terjaga dan mencari tarikh sekarang. Oh, masih dalam tempoh cuti. Sedihnya...kenapa ada nervous breakdown atau anxiety disorder. Saya masih dalam cuti tetapi teringat hari pertama saya akan mula bertugas. Menghampiri 2 tahun tempoh mengajar. Banyak lagi saya harus belajar dan timba pengalaman. Paling penting mengatasi anxiety disorder.

Sepanjang menuju ke kelas, sekurang-kurangnya saya akan membaca doa pendek dan surah insyirah. Mudah-mudahan doa yang dibaca nabi Musa membantu saya insyaAllah. (Thoha;25)

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي

Amal Harun
Kepala Batas






Thursday 17 November 2011

Ada susah, Ada senang

Saya dan mak pusing kampung untuk mengedar daging korban. Kampung lama zaman rumah wan masih menumpang di tanah orang. Kami melalui beberapa rumah yang sudah usang. Dulu rumah itu paling besar dalam kampung. Sebelahnya kedai runcit yang diusahakan keluarga. Anaknya ada yang sebaya dengan saya.

Kedai runcit (harus dirahsiakan milik siapa) dulunya penuh dengan barang-barang, kalau jam 8-9 pagi, penuh dengan pelanggan, tak menang tangan tuannya melayan pelanggan. Pendek kata, perniagaan mereka maju dan mereka kaya. Waktu itu, saya darjah 2, sempat menumpang 1 semester di sekolah kampung tersebut sebab mak kursus di Bangi. Anak tuan kedai runcit ini satu kelas dengan saya. Akademiknya lemah. Kami ditempatkan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Campuran murid cerdas, sederhana dan lemah. Saya sekumpulan lagi dengan anak tuan kedai runcit. Kami diajar oleh ustaz muda, beliau selalu mengusik kawan saya, selalu sampai menangis. Sebab ustaz 'curi' duit kawan saya. Dia bawa banyak duit syiling, berat poket.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan mula merosot, kedai runcit kosong. Tiada lagi yang berkunjung. Ayahnya sakit dan akhirnya meninggal. Sewaktu saya di sekolah menengah, saya terjumpa ibunya, tua dan dhaif. Bekerja sebagai konduktor bas. Dulu banyak barang kemas menghiasi badan sekarang sudah tiada. Dan tidak lama selepas itu, ibunya pula yang pergi.

Sebelum saya masuk tahun 1 di universiti, saya nampak kawan saya. Kami bertegur sapa.

"Macam ni lah aku" katanya. Dia uruskan anak saudaranya. Abang dan kakaknya kerja kilang.

*******************************************************************************

Ada satu kemalangan depan rumah tok saya 3 hari lepas. Seorang remaja tingkatan 3 mati apabila motosikal Kawasaki Ninja merempuh kereta yang sedang membelok, lalu melambung dan terkena tiang elektrik. Semasa kemalangan emaknya telefon, orang lain jawabkan, dan mengkhabarkan anak beliau kemalangan.

Sebelum tiba, mangsa dikatakan laju melalui jalan raya, depan sawah padi. Paklong Id dalam sawah kata moto besar hijau tu laju.

Keluarga dia kaya, adik-beradik 2 orang saja. Tingkatan 3, dan masih tiada lesen, mempunyai Kawasaki Ninja berkuasa tinggi, dibawa ke sekolah. Zaman sekarang.
**********************************************************************************

Ada sebuah kereta kancil membelok jalan sawah dekat rumah tok. Ayah kata itu milik Pak Chen (bukan nama sebenar, dan sebenarnya saya lupa nama sebanarnya). Keretanya kotor dan penuh dengan minyak hitam, ada tertampal sticker, KERETA INI DIPANDU OLEH OKU.  Dia seorang bekas muallaf, kini muslim.

Ayah kata dia lumpuh sebelah tangan. Jalannya tempang. Saya juga sering nampak dia memakai stokin sebelum keluar masjid. Kata ayah lagi, dia kerja menukar penapis minyak kereta, dan pakai pekerja lagi. Wah,  Cina memang bisnes minded.

Ayah kata lagi, Pak Chen ni tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid Subuh, Maghrib dan Isyak. Lihat ciri mukmin profesional pada manusia kecil yang membesarkan Allah. Pada perkara-perkara biasa yang menjadi amalannya tetapi disukai Allah dan Rasul.
**********************************************************************************

Inilah kehidupan, ada jatuh bangun. Kadang di atas dan kadang di bawah. Saya selalu katakan pada diri saya, saya berterima kasih pada masa silam, saya dibesarkan secara sederhana dan sedikit susah. Sewaktu saya mengayuh basikal ke sekolah, melawan arah angin di bawah terik panas matahari.Waktu itu, saya selalu bertanya dalam hati, kenapakah Allah bagi kesusahan dan kesenangan. Sepanjang kayuhan basikal, saya akan dilintasi oleh rakan yang dihantar oleh ibu bapa mereka dengan kereta. Kemudian melalui rumah besar dan rumah kecil. Orang kaya dan miskin (telahan berdasarkan saiz rumah mengikut pemikiran pelajar sekolah menengah).

Apapun, terima kasih untuk sedikit kesusahan yang mengajar nilai sabar dan syukur. Rasulullah berpesan, untuk urusan dunia, pandanglah orang di bawahmu dan untuk urusan akhirat pandang orang di atasmu.

Dalam hidup, kita dihidangkan dengan pelbagai peristiwa dan ujian. Sama ada ia terjadi kepada kita atau orang sekeliling kita. Kisah-kisah yang saya tampilkan adalah peringatan untuk diri sendiri. Banyak lagi peristiwa detail yang tak mahu saya tuliskan. Kesimpulannya, dulu susah, sekarang senang. Dulu senang, mewah tetapi sekelip mata atau perlahan-lahan tuhan uji dan tarik nikmat tersebut.

Pandanglah dengan mata hati, jadikan panduan buat diri.

Ada orang, dia masih nak cuba melakukan sesuatu yang pada dasarnya sudah tahu akibat buruk yang bakal melanda, tetapi masih mencuba kerana rasa ego dan sombong. Akibatnya menerima musibah atau mengaibkan diri sendiri sahaja. Saya selalu ingat, orang macam ni kata Dr.Sabariah, pensyarah saya di UMS, "learn from the hard way".

********************************************************************************
Kita selalu dikatakan setiap musibah atau ujian pasti ada hikmahnya. Walaupun saya tak tahu dapat melihat atau tidak akan hikmah itu. Tetap dan teruslah berpegang dengan suruhan Allah. Kerana:

1.Kita milik Allah

"iaitu orang-orang yang ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali" al-baqarah; 156.

2. Kita ada tuhan

"janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita" Taubah:40.

3. Ini semua qada' dan qadar Allah. Ini rukun iman keenam.

Mudah-mudahan, Allah celikkan mata hati kita ketika menerima ujian dan syukur sepanjang masa.


Amal Harun
Kepala Batas

Monday 14 November 2011

Takut yang menakutkan

Setiap kali hujung tahun, ia amat menakutkan, berapa banyak dah capai? berapa banyak dah buat? dan berapa banyak lagi yang buat?

Seiring dengan pertambahan usia. Akan mendekati tarikh mati.

Apabila direnung, difikir dan dinilai, ia amat menakutkan. Takutkah kita?

Amal Harun
Kepala Batas







Teluk Bahang: Cantik

Disebabkan teruja dengan tempat ini, saya mengalah mahu bergambar.12.11.11
Setelah berjalan melengkapkan seluruh Pulau Pinang, barulah saya nampak ada kecantikan alam semula jadi yang saya tak pernah lihat di Pulau Pinang. Ia sama seperti yang saya lihat di Sabah, tetapi lebih menarik sebab di Penang. Saya hanya fikir Penang bagus sebab banyak program majlis ilmu dan makanannya murah lagi sedap. Apa yang tak bagus ialah banyak asap kenderaan, asap rokok, banyak kenderaan dan oh itu saja.

Semua keburukan itu hilang dengan satu keindahan di sini. Taman Negara di Teluk Bahang. Tak tahu nak cakap apa melainkan sangat kagum dan syukur dengan ketenangan dan keindahan. Kadang-kadang kita selalu nampak banyak keburukan, sedangkan banyak kebaikan dan keindahan, cuma kita saja belum mampu mengeksplorasi. Subhanallah ia amat cantik dan tenang.
Makan tengah hari: nasi kandar

nak cuba naik tali macam tarzan



liyana dan intan datang survey Monkey beach untuk hari keluarga farmasi HPP

mereka ni kaki jalan

agak pening melalui jeti yang panjang setelah mengharungi ombak. tinggi juga jeti ni.


malu nak ambil gambar, beza bergambar dan menggambar.

menuju jalan pulang, entah apa yang dibualkan masa balik ni.




Nak datang lagi ke sini dengan mak dan keluarga. Terima kasih Intan dan Liyana sebab bawa saya jalan-jalan dan makan-makan. 

Amal Harun
Kepala Batas.





Friday 4 November 2011

Walimah's

Usia saya sekarang memang melayakkan kahwin, tapi belum ya, ini kisah kawan-kawan saya. Menjelang bulan November, berikut ialah senarai jemputan walimah sahabat-sahabat saya.

1. Zahir dan Rehan (Muar, 13 Nov 2011)
2. Widad dan Firdaus ( Gombak, 20Nov 2011)
3. Syafiqa dan Steve (Kluang 20 Nov, Papar 3Dis 2011)
4. Haida dan Farid (Manek Urai, Kuala Krai 20 Nov 2011)
5. Amy Syafika dan Zamri (Kepala Batas, 12 Nov 2011)
6. Faiz dan Efi (Tanah Merah, 22 Nov 2011)
7. Bibi dan pasangan (Menggatal Kota Kinabalu, 5hb Nov kalau tak silap huhu)
8. Nurlina dan Hasani (13 Nov 2011, Tawau)

Mungkin setakat itu sahaja yang saya ingat buat masa ini. Kekangan masa dan batas geografi mengahalang saya mengahdiri semua walimah mereka. 20 November saya akan mula berangkat balik ke Labuan. 21 Nov pula sudah memulakan kuliah pertama semester 2.

Kepada sahabat-sahabat saya yang bakal mengharungi hari-hari bahagia, selamat pengantin baru, semoga anda semua bahagia menjalani kehidupan pada masa akan datang, semoga kebahagiaan ialah jalan ke syurga, semoga bait muslim yang dibina akan melahirkan generasi soleh solehah pembaik deen. InsyaAllah, Baarakallahulakum wa jama' bainakum fi khayr.

"eh Amal, kau bila lagi nak tampal kad macam ni" usik senior-senior saya ketika melalu papan notis di menara pentadbiran.

"soon or later" tak tahu apa lagi nak jawab kan?

Ok lah, seterusnya akan lebih berusaha, berlapang dada dan berserah selebihnya atas ketetapan Allah.

Salam penuh rahmah, mawaddah dan sakinah. Oh ya, untuk anda, dengarkan lagu ini, sedih pula teringat mak dan ayah.


Hidup bagaikan musafir.
Amal Harun
Labuan-Kota Kinabalu- Penang

Tuesday 1 November 2011

Kembara Palestin Day 1: Keputusan Berani

Abang saya menghantar ke terminal sesudah selesai solat Jumaat.Jalan raya sesak. Sudah 2 kali saya mandi hari ini, panas sungguh. Tadi menjaga peperiksaan, panasnya tidak tertahan. Peluh mencurah. Saya minum hampir 1.5 liter sepanjang 2 jam menjaga peperiksaan. Bagaimana rasa agaknya pelajar yang menjawab, sudahlah panas, soalan susah atau senang?

Saya kerja separuh hari, Saya maklumkan ketua unit saya. Petang ini saya sepatutnya menghadiri mesyuarat unit Kimia, pada masa yang sama perlu menghadiri kursus penulisan asas berita. Nampaknya, kedua-dua agenda terusbut digantikan dengan agenda ke Kota Kinabalu. Sabtu juga terpaksa saya pontengkan diri menghadiri hari keluarga jabatan Sains. Ahad pula saya gagal hadir ke majlis hari lahir Alya, puteri sulong kak Amal Hayati, salah seorang rakan pensyarah kimia.

Semua keputusan drastik (kering hati) ini dibuat demi menghadiri TOT. Beginilah resam hidup di Galapagos, saya tidak mampu untuk memenuhi semua perkara, maka kemahiran membuat keputusan dan kekuatan mengahadapi risiko yang bakal dilalui harus ada.

Tentu anda tertanya susah sangatkah? Jika saya menunggu waktu habis pejabat, laut mulai bergelora, sudah tentu bot sudah tiada. Kalau ada, cubalah kalian naik, mengharungi samudra dengan bot laju (juga dikenali flying coffin) apabila ombak besar. Sudah tentu masa 15 minit menjadi 45 minit, lautan sekeliling dirasakan seperti tsunami dan paling tepat seperti naik roller coaster. Jika sampai di darat, rasakan kemabukan.

Ketika saya  menaiki bot laju, 5 minit pertama lancar, 10 minit melambung-lambung, ombak yang dilanggar menghempas bot, dan naik ke atas. Air laut jatuh menimpa seoarang lelaki di sebelah saya. Pembantu pemandu bot memang basah kuyup. Jika perempuan mengandung naik, dikhabarkan akan mengalami risiko keguguran, sebab sangat melambung-lambung.

Dalam keadaan sebegitu rupa di dalam bot, sudah tentu hanya ingat mati. Risiko amat tinggi. Walaupun dibekalkan jaket keselamatan. Jaket ini pon belum pernah diuji kebolehpercayaannya.Saya redha andai ini cara saya mati. Mudah-mudahan ia kesudahan yang baik, kerana niat yang baik. Saya mula loya-loya. Bertahan Amal, kau harus kuat, Allah menguji tetapkah kau di jalan ini?
tiket bot laju, tidak mahu kenderaan lain, kerana mahu memendekkan masa melalui jalan laut, pesawat memang sangat mahal.

nak pakai terlalu panas, tak pakai, takut apa-apa terjadi.

Alhamdulillah, sampai di Menumbok, saya cari Kak Iza, rakan serumah ketika saya praktikal tahun 2008. Kak Iza dengan seorang wanita. Saya hanya senyum dan menghulur salam, sambil otak ligat mencari siapakah beliau. Ia agak familiar tetapi ahhh tolonglahh memori!

"apa khabar, Amal? masih ingat saya?" sudah ditanya pula.

"alhamdulillah sihat, ya ingat. Balaik Labuan kak?" saya tahu dia ialah Cikgu Azimah, senior saya di UMS dan turut mengajar di sekolah yang saya praktikal juga.

Cuma agak lambat namanya sampai ke ingatan saya. Cikgu Azimah meminta diri dan kami pula bergerak menuju Kota Kinabalu.

Ya Allah, berkati perjalanan ini. Sampaikan kami dengan selamat.

Jalan-jalan hutan, semak-samun, kampung-kampung dilalui sambil mengimbau nostalgia zaman kecil. Setiap kilometer atau kampung atau tempat yang dilalui, takkan pernah lupa nama dan insiden di sana.

Amal Harun
Bahagian Pedalaman Bawah Sabah

Chicken Spring Rolls

my first spring rolls after 2 years in Labuan.

random shape and size.

chicken and mix vege
i learnt how to fold popia when i was in primary school in Puteri Islam.

finally, my sping rolls.

guess how is the taste?


ready to eat with hot tea. ops..forgot the sauce!

Amal 
Labuan