Showing posts with label Mus'ab. Show all posts
Showing posts with label Mus'ab. Show all posts

Wednesday, 29 April 2015

Mama sayang Mus'ab


Mus'ab anak mama yang soleh, 

3 mei 2015, mama dan baba akan ke tanah suci. Inilah pertama kali mama dan baba keluar dari malaysia. Sebab belajar di universiti tempatan katakan. Inilah pengalaman pertama melihat negara orang. Jadi eloklah dimulai dengan tempat ibadah, kota suci umat islam. Selama ni kan hanya belajar dan baca sejarah saja. Jadi inilah peluang melihat bumi perjuangan nabi Muhammad s.a.w mulakan dakwah.

Cadangnya hendak umrah selepas kahwin, tetapi baba sambung belajar, duit pula lepas kahwin tak begitu cukup, jadi tangguh dulu. Lepas tu mengandung dan kini menyusu... Pendek kata ada saja halangan. Sehinggalah februari lepas, baba kata jom pergi.... 

Berat hati mama nak tinggalkan. Di samping Mus'ab yang masih tak mahu botol. Mama juga risau, bila Mus'ab dah tak menyusu direct, nanti susu akan kering. Banyak sumgguh kerisauan, belom lagi risau bagaimana keadaan Mus'ab waktu malam sebagai clingy baby. Mus'ab hanya nak attach pada mama saja. Bukan itu saja, mama juga risau sebab Mus'ab tak mahu makan makanan baby. Maka menamgislah mama tatkala terpandang Mus'ab di waktu Mus'ab tidur dan selepas solat. Bagaimama kita jika berpisah nanti?

Tapi perginya mama adalah jemputan dari Allah. Mama tak harus risaukan semua itu. Allah sebaik-baik penjaga. Allah maha menjaga. Mama kata mama jaga bagus, tidak! Sekali lagi hanya Allah yamg maha menjaga, makan minum, kesihatan dan keselamatan Mus'ab. 

Betapa ramai yang ada duit dan masa tapi belum dijemput, atau tidak dapat visa.  Alhamdulillah segala urusan Allah mudahkan. Memang inilah jemputan Allah buat mama dan baba. 

Mus'ab, kamu adalah hadiah Allah buat mama dan baba. Apalah kiranya meninggalkan barang sebentar 'hadiah' untuk pergi mengabdikan diri menemui Sang Maha Pemberi hadiah. Inilah ujian untuk kita. Kita akan berpisah, seketika atau selamanya.

Andai Allah tak izinkan kita bertemu, mama dan baba tiada meninggalkan Mus'ab dengan harta dunia atau seumpamanya. Mama harap Mus'ab teruslah berjuang menjadi hamba Allah, tunaikan solat berjemaah, jadikan al-quran dan sunnah pegangan, berakhlak mulia dan terus mendoakan mama dan baba. 

Kehadiran Mus'ab dalam hidup mama dan baba sangat bermakna, kami sungguh bahagia dan gembira semenjak positif urine test lagi... Apatah lagi melihat Mus'ab lahir sebagai bayi yang sihat dan ceria. Semua itu adalah nikmat yang tak mampu dihitung atau dibalas. Bukan itu sahaja, wan dan atuk juga gembira sebab kamu cucu pertama mereka, jadi mereka mendapat priviledge menjaga Mus'ab. 

Untuk segala nikmat yang kita kecapi sekarang, apalah sangat berkorban sebentar meninggal cinta yang kecil untuk menemui cinta yang jauh lebih besar. Sebanyak mana pon sayang mama pada Mus'ab, ia tak tercapai malah tak terbanding dengan kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba.  Maka, mama mohon agar disampaikan hajat untuk pergi beribadah di sana dan semoga Mus'ab dalam peliharaan Allah sentiasa. 






Sekian
Mama sayangkan Mus'ab kerana Allah

Monday, 12 January 2015

Botol oh botol

ItuSelepas hampir 4 bulan cuti, saya balik ke Labuan dan mula kerja. Macam-macam rasa tau, takut dan nervous dengan pelajar, malas pon ada, nak kena menghadap pelajar yang malas. Ishh negatifnya otak. 

2 minggu pertama tiba di Labuan saya masih dalam cuti, saya tetap hantar Mus'ab kebrumah pengasuh. Nak biasakan dia dengan suasana baru dan kembali menggunakan puting susu. Semua pon nampaknya ok kecuali tak mahu hisap susu. Puting keras agaknya. 

Ia berlarutan sampai 2 minggu dan sebulan. Pelbagai puting dicuba. Mulanya Avent sebab teruja dengan promosi harga murah. Lansung tak kaji dan sedar tentang kewujudan masalah bayi tak mahu botol. Memang terlepas pandanglah akan perkara ini. Maka botol tu menjadi arca.

Masa sebulan, saya cuba bagi susu guna botol. Kalau nak keluar dan tinggalkan Mus'ab di rumah, boleh saja dia hisap guna puting avent tu. Dek kemalasan saya, saya hanya direct feed saja. Lagipon saya takut nipple confuse, nanti takut dia taknak hisap puting original dan nak puting susu botol pula. Ini boleh menyebabkan penghasilan susu badan terbantut. Jadi direct feed diteruskan. 

Ada banyak masa saya di rumah sementara menunggu hari mula kerja, saya pon merantau cari puting susu. Saya cuba MAM sebab boleh masuk botol avent. Reaksi Mus'ab ialah tatkala dimasukkan puting ke dalam mulut, dia akan UWWEKK!!!!

Kemudian cuba pegion peristaltic, pegion latex dan dr.baby. Mimijumi pon Mus'ab tak mahu. Malah makin teruk, dia menangis sangat kuat bila nak menyusu. Oh tidak!! Lepas tu cuba NUK latex pula tak mahu juga. Cuba lagi dengan Tommee Tippee pon tak mahu.  Saya doa siang malam huhuu... Siap lepas solat doa kuat-kuat sambil riba Mus'ab supaya nak minum susu botol. Stok EBM sangat banyak, tapi tak luak-luak. Saya dah mula skip jadual pam sebab agak kecewa dengan stok yang bertambah tapi sedikit pon tak luak. 

Kesudahannya, masih sama sehingga sekarang Mus'ab 8 bulan. Makan pon kadang nak kadang tak nak. Yang nak susu saja yang original. 

Oh mus'ab, kenapakah kamu cerewet?

Foto pertama: sebelum disuruh makan
Foto kedua: nak disuap makanan, beginilah adegannya.

Yang tak cerewet: Mama
Labuan