Monday 16 February 2009

Dah pandai pandu kereta auto!

Hari ini begitu cepat! Pergerakan seperti lipas kudung.Tadi subuh, sekarang malam, baru habis kelas. Alhamdulillah, Allah izinkan saya menyelesaikan beberapa tugasan yang memerlukan perjalanan jauh.

Sempat juga saya memandu uji kereta kawan saya. Terima kasih juniorku, tuan empunya kereta mengizinkan dan mengajar saya memandu keretanya. Terima kasih, jangan serik mengajar saya.

Ini pertama kali saya memandu kereta automatik. Saya tidak malu mengaku saya tidak pandai memandu kereta auto, selama ini hanya manual sahaja. Jika diminta memandu oleh kawan-kawan, saya terpaksa berkata begini, "sori, saya tak pandai drive kereta auto". Berbekalkan sedikit pengetahuan melalui pemerhatian, saya mencuba. Beberapa kali saya menekan brek, dua rakan yang lain hampir tersungkur ke depan. Ups, minta maaf.

Terima kasih ya kalian, saya dah pandai hehe..

2 comments:

  1. tahniah2...jgn jadik mcm km,dah 5thn dpt lesen pun,jgn kata aut,manual pun xcekap...takat bawak blkg rumah bole la,huhu...

    ReplyDelete
  2. perfect practice makes perfect. 5 thn tu lama, kena bawak tu, selalu org tak pandai manual, lg senang auto. takpa raihan,nanti pandai la kalau terpaksa kna drive.

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..