Hari penuh emosi.
|
Joyce, BP4T30; menangis gembira. |
|
Marvis; pelajar tutorial saya yang rajin dan menangis kalau tak pandai buat. |
|
Vanessa, BP2T10, terharu dengan pencapaian 4.00. |
|
Kini menarik lafaz lega setelah susah payah. |
|
Berkongsi rasa gembira dengan Meelady, |
|
Setelah melihat slip keputusan, perasaan yang tidak dapat diceritakan. |
|
entah, seronok sangat. |
|
Pelajar amali saya, kelas paling cool, BP2T14 |
|
Bekas pelajar PDT yang meneruskan kecemerlangannya 4.0. |
|
Sedih oooo melihat mereka. |
|
Berkongsi kejayaan bersama pensyarah. |
|
Sama-sama berkongsi kegembiraan dengan Rabecca BP2T10. Hari tu Rabecca menangis masa UPS, hari ni dia gembira. |
|
Hafiz BP4T30 dan rakan-rakannya. Yang pasti gembira dengan Kimia beliau! |
|
Tak pasti air mata gembira atau duka, pasti keduanya membawa kebaikan, asalkan usaha telah dicurahkan. |
Ketika menghalakan lensa merakam setiap detik suka dan duka para pelajar, tanpa saya sedar air mata saya mengalir. Ada 2 emosi yang berbeza, kedua-duanya telah saya rasai sepanjang bergelar pelajar. Suatu ketika gembira kerana kejayaan dan satu ketika sedih kerana kurang berjaya. 2 emosi yang tidak dapat diceritakan.
Segala penat lelah dan susah payah kini dibayar. Teruskan perjuangan di semester kedua ini dengan langkah yang lebih gagah, langkah pejuang. Belajar itu perjuangan!
Mengimbau kembali Ramadhan yang lalu, beberapa pelajar dipanggil kerana kegagalan dalam UPS. Hampir separuh yang berputus asa dan mahu keluar pengajian seolah sampai ke titik akhir. Saya kongsikan sebuah kisah menyayat hati, tentang sebuah kegagalan seorang manusia di matrikulasi kemudian bangkit, dan di sepanjang jalan ia bertemu dengan banyak kebaikan yang Allah sediakan namun jarang disyukuri.
Berusahalah, kerna Allah melihat usaha kamu bukan hasilnya.
Selamat Berjuang untuk pelajar dan selamat mendidik para guru!
Amal Harun.
WP Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..