Monday 28 November 2011

Pahit

Setelah setahun beberapa bulan berlalu tentang kisah saya dengan seorang kawan, seorang senior bertanya kepada saya, pendapat saya ketika apa yang telah menimpa saya. Saya katakan padanya, ia sudah berlalu, saya maafkan dan berlapang dada. Terpulang orang lain menilai. Saya yakin saya benar, dan jika saya salah saya telah memohon kemaafan.

"Hakikatnya nama kamu dah busuk Amal" kata senior sana bernada hampa.

"Itu di sisi manusia, biarlah. Lantaklah apa mereka nak cakap" saya memujuk diri, kadang-kadang terasa.

"Ya, ada orang bertanya-tanya saya perihal kamu. Contohnya kenapa saya pilih kamu jadi setiausaha saya" kata beliau.

Saya mungkin boleh memberitahu begini "saya mungkin dapat mengagak siapakah orangnya", tapi saya diamkan.

Kesannya saya sendiri tersentap, masih ada yang prejudis. Saya sedih. Saya tak mampu menyalahkan individu yang prejudis, ia tidak adil kerana mereka termakan kata-kata yang tidak benar atau inilah fitnah yang terkena. Saya mohon perlindungan Allah dan dikurniakan kesabaran.

Inilah ujian namanya,
Amal Harun
Labuan.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..