Pada mulanya, kami jangkakan tiada peruntukan kontena, kami nekad jika berjaya pindah, tolak sahaja perpindahan itu dan terus tinggal di Labuan. Namun, perancangan Allah lebih baik, kami ditempatkan di kolej yang sama, kolej yang dipohon dan peruntukan kontena juga disediakan. Tiada pilihan, kami harus terima. Sudah masanya kami berpindah.
Saat mendapat berita perpindahan, air mata saya menderu-deru nangis, sedih sebenarnya sebab Mus'ab bakal berpisah dengan pengasuhnya. Manakan dapat mencari pengganti seperti dia, menjaga seperti anak sendiri. Kami dapat rasakan keikhlasan dia mengasuh anak kami. Mus'ab susah nak makan, minum susu dari cawan, tak mahu botol tapi semua berjaya dipujuk oleh pengasuh mus'ab yang satu ini. Banyak mus'ab belajar dari dia, kami tak sangka mus'ab akan begitu cekap mengira satu hingga sepuluh begitu juga one to ten. Banyak lagi kosa kata dan tabiat baik yang mus'ab terima selama dia bersama pengasuh. Bukan itu sahaja, pengasuh mus'ab juga sediakan lauk makan malam atau kuih untuk kami bila kami datang menjemput mus'ab. Apa yang mus'ab buat dilaporkan, malah banyak tips dan petua dia kongsikan.
Tibalah hari terakhir berpisah dengan pengasuh, semua barang-barang mus'ab dipulangkan. Bila balik susun barang-barang mus'ab seperti lebihan diapers, bantal, selimut, tilam, dan buaian...sekali lagi mama nangis. Sudah tentu pengasuh mus'ab merasa kosong melihat ruang bermain mus'ab tiada lagi toys, buku, tilam dan buaian mus'ab. Semoga Allah merahmati beliau, semoga dengan kebaikan dan kekosongan itu, Allah rezekikan cahaya mata untuk makcik Zila mus'ab yang seorang ini. Bila kami keluar makan, Mus'ab kelihatan manja sangat dengan zila dan suami. Akan rindukah mereka pada Mus'ab nanti?
Kami juga akan sangat merindukan Labuan, sebab di Labuan ada ramai sepupu Mus'ab. Ada Abdullah, Aisyah, Umar dan Muhammad. Kalau pergi rumah sepupu, memang susah Mus'ab nak balik. Banyak benda dan kawan-kawan boleh main.
Labuan juga adalah bumi kami menabur bakti dalam gerakan islam. Semoga bumi Labuan terus subur dengan dakwah islam. Paling penting ialah akan istiqamah kah kami meneruskan perjuangan di tempat baru yang lebih mencabar?
Baba pernah berkata, "Mus'ab, lepas ni dah tak ada pantai-pantai lagi ya?". Sukarnya menelan kenyataan baba itu, memang kegemaran mama dan Mus'ab ialah ke pantai. Tempat yang tak pernah kami rasa bosan, pantai Labuan yang tenang dan bersih.
Pergi ke Labuan suatu ketika dulu pengorbanan, meninggalkan Labuan kini juga suatu pengorbanan. Moga ke manapun kita pergi, kita sentiasa dipelihara Allah, dipimpin Allah dan dipertemukan dengan orang-orang yang baik-baik.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..