Thursday, 12 April 2012

Anak Didik Bahagian 1

"Miss, memangla saya ni lambat, miss tau ka sebab apa?" kata pelajar saya sambil membuat latihan Kimia.

"Ehhehee sebab kau malas la" saya membuat telahan.

"Miss, saya paling rajin, saya tak malas, puncanya saya tidak solat, hati saya gelap, susah mau dapat ilmu" kata dia dengan muka kering dan masih khusyuk membuat latihan sambil mulut terus berceritakan hal dirinya.

"Saya ni paling tinggi markah pendidikan islam di sekolah, paling baik bacaan quran semasa ujian oleh ustazah di kelas agama. Sampaikan ustazah suruh saya menjadi imam kerana sayalah paling baik bacaan".

"Wah, baguslah kalau macam tu, orang lelaki kan mesti jadi imam." saya mencelah.

"Tapi saya berdosa miss, saya jarang sangat solat. Ustazah sendiri tak percaya bila saya kata saya tak solat. Saya tahu solat tu wajib, jika saya solat, saya akan rasa badan saya ringan dan tenang saja. Bagus miss kalau solat. Tapi saya jarang sangat la solat" sekali lagi dia meyakinkan saya yang dia tidak solat.

"Ah, kau tipu la" saya meneka dengan tenang

"Na kan saya bilang, miss takkan percaya apa saya kata" dia memandang tepat untuk memberi keyakinan.

"Baiklah, kalau macam tu, dah tahu malas solat, indahnya jika bersolat dan dah tahu kewajipan bersolat, azab jika tak solat, kenapa masih tak mau solat??"

"Miss miss...saya tak dapat hidayah. Miss percaya tak kalau saya kata saya dah mandi dan ambil wudhuk dan pakai baju untuk ke surau, tapi saya duduk-duduk di bilik?" Uih, budak ni jawab balik dengan soalan.

"Ya, percaya! Kalau malas nak ke masjid atau surau, sembahyang di bilik saja daripada tak sembahyang lansung"

"Solat di bilik malu, kawan saya Islam yang lain mana ada yang solat."

"Saya nampak sembahyang dan tak sama saja, maksudnya sembahyang hari-hari dan bila-bila. Tidak seperti puasa ramadhan, bulan ramadhan saja kita puasa. Alah, bapa saya muallaf, mak saya saja islam, saya tak pernah diajar, family" dia mengeluh.

Wahai anak muda, mudah-mudahan Allah buka hati agar kau terima hidayah. Sebenarnya banyak lagi yang dia ceritakan, tapi tak mampu pula saya nak menulis.Mungkin lain kali....ya insyaAllah, ada lagi saya nak cerita sambungannya, tapi kemudian lah kan?  Ia lebih kepada luahan dan keluhan seorang anak muda generasi Y. Boleh saja kita bagi dalil kewajipan solat, apa azab tinggal solat, solat tiang agama, solat perkara pertama dihisab dan lain-lain. Tapi mahukah dia cerna? Teringat artikel Ustaz Hasrizal pemilik saifulislam.com tentang Jiwa dai'e Otak Faqih. Dengan cara itu, saya hanya menjadi pendengar, sesekali berkata solatlah, mendengar lagi dan hanya bertenang.

Akhir sekali, pertemuan petang tu buat saya sesak dada, seram sejuk tangan dan bergegar sedikit. Mana mungkin soeorang muslim yang sihat duduk tenang sedangkan saudaranya melakukan kemungkaran dalam sedar.

"Nanti sambunglah lagi, saya mahu solat" saya bangun dan berlalu pergi.

Hanya mampu memanjatkan doa memohon hidayah kepada dia, pelajar lain, abang-abang dan adik-adik saya, saya sendiri dan jadikan kita semua orang yang ringan menunaikan solat.
;
Saya mahu berhenti menulis di sini, yang selebihnya saya sambung kemudian. Nantikan apakah kisah selanjutnya. Paling akhir saya nak kongsikan status Facebook seorang  rakan saya (berpangkat adik) :


Alangkan Nabi Ibrahim, seorang Nabi pun, berdoa kepada Allah agar dirinya termasuk dalam orang yang mendirikan solat, malah mendoakan pula perkara yang sama kepada zuriat-zuriatnya yang kita ketahui dari susur galur Ibrahim lah lahirnya para Nabi dan Rasul sehinggalah junjungan besar kita Muhammad shalla Allahu Alayhi wasallam..

I see of no reason untuk kita memperkecilkan doa ini. Walhal bagiku, doa ini sangat powerful. Sangat hebat, sangat penting, sangat kuat.

"Aku dah konsisten dalam solat, tak perlu kot baca doa ni". Tidak! Kita bukan sekadar minta untuk diri kita, tetapi kita minta untuk anak cucu kita juga!
Nabi Ibrahim Mendoakan Agar Dia dan Keturunannya Menjadi Orang Yang Mendirikan Solat....

What can we learn from Nabi Ibrahim a.s- Ustaz Nouman Ali Khan

http://www.youtube.com/watch?v=u1W4wv4K8rM
Amal Harun
Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..