Tuesday, 22 April 2014

Mengakhiri Semester

Sesi 2013/2014  telah tamat, kini minggu peperiksaan. Saya ada banyak masa di pejabat di sebabkan tidak bertugas menjadi pengawas peperiksaan. Untung juga, ada banyak masa membaca, mengemaskini fail, menyediakan teaching portfolio (belum buat pun) dan menulis blog yang usang. Semua boleh disiapkan sebelum balik dan bercuti sempena nak bersalin.

Bagi pelajar sesi ini, tak banyak cerita yang saya dapat sepanjang mengajar mereka. Ia nyata berbeza berbanding sesi-sesi yang sudah. Pelajar kali ini lebih sukar diuruskan terutama semester 2. Saya banyak menguruskan pelajar ponteng. Komitmen saya kepada pelajar tidak lagi seperti dahulu, saya sudah tidak kisah sama ada mereka mahu belajar atau tidak, datang kelas atau tidak. Awal lagi saya nyatakan bahawa mereka sendiri bertanggungjawab dengan perbuatan mereka. Mula-mula saya tegur, lama kelamaan saya marah. Menjelang separuh masa kdua semester saya hanya memfokuskan pelajar yang benar-benar ingin belajar, tidak kira mereka pandai atau lemah, yang penting keinginan dan kesungguhan mahu belajar.

Terdapat pelajar yang ponteng kerana masalah ibu bapa bercerai, bapa nak kawin lagi, dipaksa belajar di matrikulasi dan susah bangun pagi. Yang lain saya tak tahu, tetapi saya melayan mereka seperti orang dewasa. Saya katakan bahawa, jika sekali kita memilih jalan ini, suka atau tidak kita harus laluinya walaupun dengan memaksa diri. Buatlah sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Semester ini juga menyaksikan pelbagai fasa yang saya alami. Bermula dari zaman pasca bertunang, menikah dan belajar hidup berumah tangga, iaitu balik kerja kena masak.Mendaftar diri menjadi pelajar pascasiswazah dan berulang alik di hujung minggu ke kelas.  Kemudian menghadapi fasa trimester pertama tanpa sedar, bila sudah rasa lain macam, baru pergi jumpa doktor dan sah mengandung 3 bulan.sampailah tamat semester ini, bermula cuti saya akan terus naik kapal terbang kerana telah mencapai minggu ke 35, hari-hari terakhir sebelum diharamkan menaiki kapal terbang.

Semester ini ada timbalan pengarah yang baru menggantikan Cik Din. Tuan Haji timbalan baru kali ini orang Kimia, sangat memfokuskan kecemerlangan, tak payah susah hati tentang pelajar ponteng yang memang tak mahu belajar dan sengaja menggagalkan diri.

Itu sajalah. Selepas ini akan bercuti 90 hari dan kmbali menjadi ibu berkerjaya pula. Doakan dimudahkan melahirkan anak dan menyusukan, dan kembali bertugas.

Amal Harun
Labuan


No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..