Catatan ini khas ditujukan kepada seorang pelajar saya. Saya mengenalinya hanya di dalam kuliah. Bayangkan ada 123 orang pelajar, dia antara yang kerap datang bertanya kepada saya. Ada sesuatu yang istimewa saya rasakan. Sebelum itu saya namakan dia sebagai X. (susah sangat nak mencari nama samaran, X boleh dijadikan anu, pembolehubah, semoga dia berubah).
Baiklah, hubungan kami hanyalah sebagai seorang guru dan pelajar. X setakat pemerhatian kasar saya merupakan pelajar yang baik dan sangat menghormati guru. Tidak pernah saya nampak dia mengantuk atau bercakap, selalu fokus dengan apa yang saya sampaikan. Namun dia agak 'perlahan' dalam pencernaan maklumat. Saya perlu ulang berkali-kali, dan dia pula tidak pernah malu untuk berterus terang mengatakan tidak faham. Dia juga selalu salah mengintepretasi konsep yang saya ajar.
Saya faham, sebab suatu ketika dulu saya juga seperti dia. Lambat pick-up. Malah sekarang pun, otak saya macam lambat faham dan sudah untuk 'digest' maklumat.
Menurut kawan saya yang mengajar tutorial X, X memang lemah tapi dia kerja keras dan tidak putus asa. X datang dari keluarga berada dan adik beradik sedikit. Saya dapat lihat menerusi X yang agak stylo.
"Saya nampak blog miss hehee" kata X kepada saya suatu hari.
Saya agak terkejut dan segan, adeh kenapala kau jumpa. Tapi alang-alang kau jumpa blog ni, bagus aku tulis nasihat untuk dia dan mungkin sesiapa. Ya la, nak nasihat terus takut terasa atau tak kena gaya, jadi ni kira nasibla, kalau dapat mesej dapat la, kalau tidak Allah mungkin beri dia jalan lain yang lebih baik.
"Eh itu lama dah, zaman saya belajar bosan-bosan saya tulis la" malu kot. Tapi kalau kau nak baca pun apa masalahnya kan.
"Macam mana awak jumpa" walaupun mungkin dah boleh agak jawapan. Dia google nama saya.
Saya nampak X ni baik tu dari segi akhlak dia, dia open-minded dan rajin berusaha. Suatu hari Azrul datang mengambil risalah surau yang saya cetak. Kemudian saya ambil satu dan hulurkan kepada X. X ketika itu sedang belajar di meja saya. Saya kira kita tak perlu diskriminasi orang untuk berdakwah. Tunjukkan akhlak mulia seperti X walaupun dia tidak menutup aurat. Bukan saya galakkan tidak menutup aurat, tetapi kepentingan menjaga akhlak. InsyaAllah, suatu hari nanti Allah gerakkan hati X memakai hijab dan menutup aurat.
Bila saya teringat yang X meng'google' nama saya, jadi saya yang berkelapangan pun meng'google' nama X. Ya, seperti yang saya jangka, X memang stylo. She is what she is. Dia jadi model fotografi.
Awak memang cantik X, saya doakan awak menutup aurat dan terus membuat kebaikan dan berakhlak mulia. Allah akan lebih sayangkan awak, saya yakin pelajaran awak akan bertambah baik. Hijrahlah kerana Allah.
Tidak salah untuk berubah sekarang. Allah bagi peluang manusia berubah dan bertaubat. Taubat akan diterima selagi hayat masih ada. "Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang menyucikan diri".
Oh ya, pesanan ini buat untuk awak saja X, untuk saya juga. Maaf la X tak dapat nak siarkan nama sebenar awak dan tak dapat nak cakap terus kepada awak.
Amal Harun
Labuan.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..