Ia tidak bertahan lama, benteng kesabaran pun mula runtuh sedikit demi sedikit. Kenapa? Saya memang tak sabar orangnya. Bila saya okay, saya akan kata "opss puasa, maaf, saya sepatutnya sabar". Pelajar saya pun gelak-gelak.
Hari ini saya masuk tutorial yang ada 29 pelajar. Ada pelbagai kerenaH dan latar belakang. Seorang pelajar lelaki datang dan buat latihan sebelah saya, tujuannya supaya senang tanya.
"Saya kecewa dengan markah saya"
"kenapa, apa masalahnya..selain awak yang malas nak bersusah payah sedikit" geram dengan sikap dia yang banyak tak jawab soalan.
"banyak perempuan cantik dalam kelas, macam mana, bukan saya nak tengok, miss tahu ka apa yang lelaki rasa, miss perempuan"
"tundukkan pandangan, jangan la pandang" kata saya.
"tundukkan pandangan tu jaga pandangan" tambah seorang lagi pelajar lelaki.
Saya tinggalkan makmal dan pesan kepada dia, "rajinlah solat dan doalah supaya Allah jaga pandangan awak juga"
Kalau bab menasihati memang teruk la saya ni, tapi yakinlah, solat dan doa saja yang membantu kita. Mudah-mudahan dengan cara doa dan solat, Allah datang pelbagai rezeki lain. Bila fikir kembali, besarnya cabaran membesar anak lelaki. Belajar dalam lingkungan pelajar tidak menutup aurat, diajar di kalangan guru tidak menjaga aurat.
Bila saya fikir kembali, betul juga tentang apa yang dia rasa. Mungkin pelajar lelaki lain pun merasakan perkara yang sama, cuma tak disuarakan. Itulah hikmah menutup aurat, menjaga diri dan menjaga orang lain.
Salam Ramadhan
Amal Harun
11 Ramadhan
WP Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..