"Owh, pelase be patient" saya memberi ingatan ini setiap kali kuliah. Pelajar sudah mula berkipas-kipas. Dewan kuliah panas, tidak terasa kedinginan penghawa kononnya dingin.
"Is it too much reactions?" Saya mula menyedari kegalauan hati para pelajar saya.
Seraya mereka menjawab "Yessssssssssssssss". Unsur tokok tambah sengaja diadakan bagi menunjukkan bilangan tindak balas yang banyak.
Kemudian saya mengulas kembali "sabarlah, lebih baik awak bersabar sekarang daripada nanti terpaksa bersabar akibat tidak sabar hari ini".
"Tidak fahaaaaaaaaaaaammmm" jerit pelajar dalam kuliah.
"Berubahlah hari ini daripada terpaksa berubah nanti akibat tidak mahu berubah hari ini" sekali lagi saya membuat provokasi.
"Contohnya, orang yang merokok, lebih baik bersabar menahan nafsu merokok hari ini daripada suatu hari nanti bersabar kerana melawan kanser paru-paru". Saya cuba memberikan contoh.
"Awang awang awang" jerit beberapa pelajar lelaki.
Alamak, adakah saya menyentuh mana-mana individu dalam kelas ini. Berdasarkan fizikal Awang, dia rajin datang bertemu dan bertanya soalan kepada saya. Ada sedikit bau rokok dan warna bibir yang jelas menunjukkan dia merokok.
"Berhentilah kepada sesiapa yang merokok, merokok tidak macho dan tidak hensem!" kata saya. Seisi dewan bersorak. Sekali lagi, kenapalah saya keluarkan fakta sebegitu rupa?
"Tidak mengapa, amanahlah dengan wang anda, jangan gunakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah malah membawa mudharat." Penutup selingan di kuliah dan kami kembali meneruskan perbincangan.
Selesai kuliah, Awang datang, "Miss, nanti saya jumpa miss okay"
"Awang jan tah kau sigupan lagi" hehe kerana beliau pernah memberitahu kampungnya di Membakut. Itulah jawapan balas kepada orang Membakut. Semoga Awang makin positif mengubah sikapnya.
Amal Harun
Rinsu kan bakurapak sama babu-babu.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..