Thursday 14 April 2011

1,2,3,4...i did it!

25 Mac, Jumaat,8.30 pagi, hari terakhir saya menyampaikan kuliah setelah mengajar 8 tajuk Kimia Organik. Saya melepaskan kelegaan, kegembiraan dan penuh harapan kepada para pelajar.

Saya mengajar F3, seramai 125 orang lelaki perempuan, pelbagai bangsa, agama dan tempat asal. Baki kuliah bersamaan 4 jam untuk ulangkaji tajuk Polymer, mekanisme tindakbalas kimia organik, kimia fizikal, synthetic pathway dan ujian pengenalan (identification test).

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dan gembira diberi peluang mengajar F3. Kelas tetap ceria, sentiasa mendapat penyertaan pelajar, sentiasa berpeluang menerapkan nilai murni dan adakalanya menaikkan kemarahan.

Walaupun pencapaian F3 tidak begitu tinggi seperti kelas-kelas lain, namun saya gembira kerana saya terus menerus memberi kata nasihat dan pengalaman bahawa mereka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh. Saya sediakan 'hand-out lecture' bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Masing-masing mula mahu ber'hijrah'.

Walaupun mengambil masa ketika menyediakannya, saya yakin dan gembira, ia dapat membantu pelajar belajar Kimia, menganggap Kimia Organik itu mudah dan menjimatkan masa. Sangat menepati 3 jenis gaya pembelajaran pelajar; auditori, kinestetik dan visual. Mereka bukan sahaja belajar Kimia, tetapi ada value-added di sana.

Biarlah kesungguhan usaha para pelajar F3 dan saya dibalas dengan keredhaan Allah. Semoga ilmu yang disampaikan membawa manfaat kepada ummah.

Maafkan saya jika masih belum bagus. Inilah usaha yang telah saya lakukan dalam tempoh 1 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 4 hari.

Selamat Maju Jaya F3 dalam PSPM, dunia dan akhirat.

Amal Harun
WP Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..