Monday 2 July 2012

18 hari Menuju Ramadhan


18 hari menuju Ramadhan. Saya belum bersedia. Tahun lepas pun begitu, sekurang-kurangnya tahun lepas saya ada membuat bacaan sempena menyambut Ramadhan. Kurang bacaan, kurang baca buku dan bahan bermanfaat. Banyak juga masa saya habiskan di FB dan kerja-kerja pejabat yang tak berkesudahan. Buku saya banyak lagi belum habis.

Mereka mungkin sedang menyumpah serana saya yang membeli mereka tetapi tidak membaca.

Penipulah saya jika saya katakan tidak mempunyai masa. Kadar pembacaan yang kian merosot amat membimbangkan. Mungkin otak makin perlahan. Ya  tahap produktiviti kerja saya juga perlahan.

Saya baca buku Stephen Covey pun separuh, buku Dr.Farhan dan Fatimah Syarha pun separuh, Semua separuh. Rak buku saya berhabuk. Terukkkkk teruknya saya.

Saya tidak boleh mengimpikan masa cuti yang panjang untuk membaca dengan tenang, atau membaca buku di tepi pantai lagi. Semuanya atas kekangan masa, sejak-sejak saya menjadi pengurus pasukan bola jaring.

InsyaAllah, saya tetap berazam membaca al-Quran secara konsisten mulai rejab lalu. Dengan harapan Ramadhan ini tidak sia-sia lagi.

Wahai Allah, ampunkan saya dan ibu bapa saya, serta manusia lain. Sampaikan kami kepada Ramadhan tahun ini.

Bulan ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan digandakan pahala amalan, bulan yang didalamnya ada malam yang menyamai seribu bulan, dan bulan keampunan. Ya Allah, saya tidak mahu ia berlalu dengan sia-sia. Ampunkan kami ya Allah.

Ahlan ya Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..