Sunday, 11 March 2012

Bangkit

Akhir-akhir ini, entri saya banyak berunsurkan kesedihan dan ke'down'an saya akibat daripada kemalangan tempoh hari. Mungkin patut ditulis bagi melepaskan sedikit beban dengan menulis di blog daripada bercerita kepada manusia. Yang pasti haruslah diadukan segalanya kepada Allah. Itulah sebaik-baik tempat mengadu, memohon pertolongan dan berkongsi rahsia.

Jika semua masalah itu dilayan, ia tidak akan berkesudahan. Jadual setiap hari saya akhir-akhir ini sibuk dengan kelas gantian beberapa pensyarah yang bercuti, mengejar silibus dan proses mengisi markah pelajar. Ditambah pula dengan beberapa mesyuarat yang harus dihadiri dan bengkel dokumentasi.

Jika nak diikutkan sejujur dan seikhlas hati, tugas saya tidak sesibuk mana, masih sempat makan dan solat. Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang menjadi HO, sibuk dengan oncall dan sering dimarahi boss lewat status FB mereka, atau yang selalu mobile, offshore dan terpaksa tinggalkan anak kecil dalam tempoh menyusu. Jadi, jika melihat kepada ujian hidup dan karier sahabat-sahabat, kehidupan saya jauh lebih mudah. Jadi tak boleh merungut atau membanding-bandingkan tugas kita dengan rakan sepejabat yang kelihatan tidak sibuk.

Terimalah dengan ikhlas dan positif dengan niat kerja kerana Allah, mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah, semoga di sebalik semua itu, ada peluang besar untuk belajar dan memajukan diri. Jika ia melebihi dari skop tugas, anggap ia sebagai sedekah.

Mulai hari ini, saya harus menjadi pendidik yang lebih bersemangat mendidik, sering memuhasabah diri, peka kepada pelajar, ikhlas dan terus istiqamah dengan perintah Allah 'wal yatalatthaf'.

Sempena hari Isnin esok, bangkit dengan penuh semangat juang, hidup dengan kemuliaan islam, dengan hati yang subur mengingati Tuhan dan tenang menerima ujian.

الله معنا

Amal Harun
Labuan.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..