Kawan saya peminat bagpakers, memberi gelaran kepada saya sebagai Castawaywomen disebabkan merasakan kebosanan setelah kembaranya ke Labuan menghampakan. Cast Away adalah kisah Tom Hanks yang terdampar di sebuah pulau dalam masa yang lama (jika tak tahu boleh tengok trailer, sebab saya buat macam tu, cerita tu dah lama, cuma dah tak ingat).Jadi dia menyifatkan saya juga terdampar di pulau bertahun lamanya. Lalu menamakan seperti gelaran itu.
Hari ini, saya ke Kuala Penyu. Ramai yang hairan kenapalah suka daerah ala kampung cowboy itu. Biasalah, tempat membesar, menuntut ilmu dan menerima kasih sayang didikan emak dan ayah. Tempat mewarnai dunia kanak-kanak yang tak mungkin dicipta kembali.
Saya keluar dari Labuan setelah sebulan lebih kembali ke Labuan. Mesti keluar, kalau tidak akan merasakan ketepuan, iaitu tugas harian di pejabat yang mudah dirasakan sukar. Pengeluaran saya dari Labuan disebabkan jemputan walimah Heryanti Awang Omar.
Dari rumah bertolak pagi, letak kereta di terminal kemudiam ambil bot laju. Dalam 15 minit di bot laju (pastikan sentiasa melafaz syahadah, ingat mati dan tawakkal) tiba di Menumbok. Di sana, kena naik bas mini (van). Orang tempatan kata menumpang, maknanya naik bas mini. Kalau naik bas, maknanya naik bas ekspress. Bila naik 'menumpang' memang la lambat sebab nak tunggu van penuh. 1jam juga la di sana, panas terik. Kemudian bas hampir penuh, saya pun masuk. Berhenti di depan masjid Kerukan. Anak buah ustaz Musa sudah siap menunggu, sebab dia nak bagi kunci kereta. Tanpa rasa segan, saya pun meminjam kereta ustaz Musa.
Siapakah Ustaz Musa?
Beliau ialah guru sekolah rendah agama, isterinya pun sama, Ustazah Lasiah. Sejujurnya saya mengaku memang malas dan suka ponteng. Masuk sekolah dengan terpaksa, sebab anak ustaz dan ustazah tapi tak pergi sekolah agama. Tohmahan itu lansung tak menyedarkan saya tentang kepentingan belajar agama. Masa tu saya kan masih kecil, memang tegar tak mahu pakai tudung. Cukuplah di rumah emak ajar kami supaya tidak tinggal solat dan baca quran. Cuma emak dan ayah tidak pun suruh saya pakai tudung. Sampailah dipaksa oleh emak dan ayah agar masuk sekolah agama. Dah masuk sekolah agama, ditempatkan lewat setahun dari orang lain, kemudian seminggu berikutnya, didapati pintar, dipindahkan pula ke level sebenar. Malangnya ia kekal sehingga darjah 5.
Puncanya bermula di sini. Di kelas akhlak, kami dikehendaki menyalin nota di papan hitam. Sayalah insan paling tidak fokus dan lambat menyalin, satu huruf demi satu perkataan. Punyalah lambat. Saya kena marah sebab lambat, dalam fikiran Ustazah D memang tak pandai mengajar dan lantak kat hang la..aku tak kisah.
Apa yang saya lakukan untuk mengelakkan dicubit oleh ustazah muda bernama D ialah, menyalin di kelas lain, iaitu semasa kelas tafsir ustaz Musa. Dengan harapan, dia takkan memarahi saya ketika saya menyalin nota akhlak disebabkan saya ialah anak kepada kawannya. Kami dikehendaki membaza satu surah pendek dan terjemahannya beramai-ramai mengikut ustaz. Sambil mulut saya membaca senada dan seirama dengan rakan yang lain, tangan saya ligat menulis nota akhlak, supaya tidak dicubit oleh ustazah D di kelas beliau selepas ini. Tiba-tiba....
"DUSH..DUSH" satu pukulan hebat di bahu kiri dan kanan saya. Muka Ustaz Musa yang bewarna putih menjadi merah (warna kulit orang Bisaya). Marah betul dia dengan saya. Saya diam tak terkata. MALU la kena marah depan khalayak. Balik rumah saya mengamuk sekuat-kuatnya memarahi ustaz itu. Ustazah D pon termasuk dalam amukan, kerana dialah punca segala permasalahan dunia kecil saya.
Esok dan pada kelas yang lain iaitu matapelajaran tulisan khat, saya tiada pen khat. Ayah tak pernah pedulikan permintaan saya membeli pen tersebut. Ayah hanya sediakan bilah buluh segar yang diasahnya dan sebotol dakwat hitam. Tulisan saya akan comot dengan dakwat yang bertitik-titik dan mata 'pen khat' buatan ayah sangat buruk, tidak halus dan ya Allah tak dapat nak bayangkan macam mana lagi.
"Suruh ayah beli satu untuk kamu, faham" kuat suara ustaz memarahi saya. Mulai kelas tafsir dan seterusnya, ustaz asyik marah saya. Sebenarnya saya perasan saja, dia marah juga orang lain, tapi saya perasan saya ialah orang yang tak layak dimarahi hihii..
Manakala Ustazah Lasiah punya kelas pula biasa-biasa saja. Dia asyik menegur kehadiran saya yang sekejap datang sekejap ponteng dan ada sedikit dikaitkan dengan status saya anak kepada ustaz dan ustazah. Mulalah saya naik berang..sampailah kesudahannya saya mulai malas ke kelas dan menulis surat kepada ustazah memberi tahu bahawa saya mahu berhenti sekolah agama. Surat yang ditulis sendiri oleh seorang kanak-kanak berlagak dewasa. Alasan mahu berhenti ialah selsema. Selsema yang kononnya menyebabkan kesihatan yang tidak memuaskan. PENIPU!!!
Apa jua alasannya saya nekad. Ramailah yang memandang serong dengan saya, anak ustaz ustazah tidak mahu memakai tudung dan ke sekolah agama, sebaliknya pada waktu itu ke perpustakaan dengan seorang rakan bukan muslim. Di situlah saya mencipta kebebasan. Ia lansung tidak menjejaskan akidah. kerana di rumah kami dididik mencintai Allah dengan bersolat, baca quran dan zikir sebelum tidur. Sweetnya mak waktu tu..
Agak lama selepas itu, berita berhenti sekolah sampai ke telinga mak dan ayah. Ayah hanya tanya, saya hanya kata malas. Tidak pula saya nyatakan faktor-faktor yang turut berpunca dari ayah hahaa..Ayah tak kata apa-apa pun. Emak, responnya saya sudah lupa...gasakla saya tak kisah.
Panjang pula...kemudian, ketika saya mendapat tawaran ke SMAKK, saya diperli oleh ustaz, saya ni macam mana la..sekolah agama pon tak habis nak ke sekolah agama di KK. Ketika itu, kami sekeluarga pergi beraya di rumahnya. Dalam hati, jagalah kau, aku buktikan nanti...nak buktikan apa pon saya tak tahu, tapi saya memang tercabar.
Cukuplah setakat itu penceritaan saya tentang Ustaz Musa dan isterinya ustazah Lasiah. Setelah jadi guru, saya dah faham, malah asyik marah pelajar dan selepas marah jadi menyesal pula. Apa pun yang pasti, marah mereka tujuannya mendidik.
Panjangan pula selingan..
Selepas mengambil kereta Persona ustaz (memiliki 2 lagi kereta mahal) dalam kepala saya terasa langkah panjang, sehinggakan KK. Akal memberitahu bahawa ia tidak mungkin berlaku kerana hari ahad dan saya mungkin akan lambat balik ke Labuan semula. Berada di Menumbok membuatkan segalanya terasa dekat. Jarak 200km macam 20km saja. Tetapi saya teruskan pemanduan ke Kuala Penyu, rumah kenduri.
Makcik Maimon dan pakcik Awang Omar terkejut melihat kemunculan saya. Maklumlah lama tidak bertemu. Makcik Maimon memeluk saya, Pakcik Awang Omar berjabat tangan. Memang style orang tempatan, saya sudah mengagak dia akan berjabat salam, lalu saya panjangkan lengan baju melepasi tapak tangan, apakan daya, tindakan spontan agak lambat. Ya Allah ampunkan dosa, saya tak mampu nak elakkan, takut pula dia terkecil hati, kerana style di sini, ustaz atau apa saja, ipar duai dan yang haram menikah sementara, semuanya salam. Mudah-mudahan akan berubah suatu hari nanti bila ada yang datang menegur secara hikmah.
Lepas di tempat kenduri, saya ke Jankit, kampung yang suraunya selalu jemput ayah dulu. Selalu surau Kampung Jankit aktif dengan kenduri kendara. Saya pernah ke sana dan menyaksikan pengislaman sekeluarga. Ya Allah, di manakah mereka dan lindungilah iman mereka.
Di rumah Nurai Jankit ni, saya berjumpa dengan emaknya dan bongsunya. Nurai atau nama sebenarnya Noor Aini, merupakan wanita UMNO yang kuat dan aktif suatu ketika dahulu. Kiranya dia ni orang kuat datuk Lajim. Tetapi setelah Datuk Lajim selaku ahli Parlimen Beaufort meliputi Membakut dan Kuala Penyu, telah mengisytiharkan keluar UMNO gara-gara tidak puas hati dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman, (Musa lagiiii...) yang kononnya rasuah dan tak berkhidmat kepada rakyat. Nurai pun menjadi orang kuat Keadalan pula. Bicaranya kalau tak dihentikan hanyalah politik.
terpaksa tangguh penulisan ini sebab gastric menyerang...nanti saya sambung OK...
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..