Imej dari google. Bacalah buku ni, baca, baca! |
Alhamdulillah, cuti 3 hari memberi kesempatan menghabiskan buku yang separuh dibaca sebelum Ramadhan. Banyak sebenarnya buku saya yang dibaca tetapi masih berbaki beberapa bab akhir, konon sayang nak habiskan.
Saya tak berniat mahu membuat ulasan buku di sini. Kalau anda mahu membaca 'review' buku ini di sini, anda telah tersalah tempat. Heheee saya memang tidak bijak menulis ulasan. Tujuan entri ini ditulis ialah untuk menyeru semua orang membaca buku ini. Ia disampaikan dengan bahasa mudah, jelas dan tepat dengan isi yang hendak disampaikan.
Kenapa mesti baca buku ini?? Sebab dalam hidup kita akan sentiasa ada ujian. Ujian dalam bentuk kesusahan dan kenikmatan. Bagaimana menghadapi ujian itu bergantung kepada kita sendiri. Kepercayaan kita membentuk bagaimana kita menghadapinya. Kita percaya yang setiap ujian datang senang dan susah adalah cara Allah mahu kita lebih dekat dengan Dia. Dengan kata lain mahu kita lulus ujian dengan markah terbaik. Mahu kita jadi hambanya yang baik.
Bacalah buku ini supaya kita boleh melihat dan menghadapi ujian dengan baik dan berjaya. Ujian yang biasa berlaku di kalangan manusia, mudah-mudahan memberi kesan signifikan mendekatkan diri kepada Allah dan jadi hamba yang makin baik.
Contohnya, bila kita ditimpa ujian, kita jadi runsing, mengeluh dan dan mula bercerita tentang permasalahan kita. Baik kepada rakan, atau coretan di FB. Secara wajib, 17 kali kita berikrar kepada Allah setiap hari akan ayat ini:
" Engkaulah yang kami sembah, dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan"
Ironinya kita selalu meminta dan mengadu masalah kita kepada selain Allah. Buku ini secara konsisten mengajak kita terus memohon kepada Allah, menghadapi ujian, melihat kehidupan dan hakikat berdoa. Bacalah.
Amal Harun
Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..