Wahhh..apakah yang ada fikir dengan tajuk di atas? Catchy kan??
Tadi saya menghadiri rumah terbuka aidilfitri, kiranya Grand finale sebab syawal dah habis. Saya makan sikit saja, sebab trauma dengan makanan rumah terbuka akibat tragedi yang menimpa saya beberapa minggu lalu. Punya enjoy makan sampai sakit. Itulah ujian dalam kenikmatan.
Dalam ramai-ramai tu, saya nampak suami dia, memang mudah untuk kenal, sebab sebiji sama muka dia macam gambar profil Facebook. Mana la isteri dia, saya menoleh-noleh, manalah tahu ada isteri dia. Tak nampak, mungkin dia datang seorang.
Tengah saya makan, Kak Seri datang dan berbisik, "Amal, ada orang cari amal, tuu".
"Ya terima kasih" saya berpaling dan cepat-cepat makan. Mencari idea apa nak disembangkan ketika berjumpa dia.
Selepas tu saya terus bangun dan kami bersalaman. Itulah pertama kali kami bertemu. Selama ini bertukar mesej di Fb dan sms saja, dan sekali bercakap menerusi telefon. Allah takdirkan saya bertemu dia. Wah, macam dah lama kenal, segan pula saya nak bersembang dengan dia. Ramah juga dia, tak la menjadi masalah saya mencari idea menyusun kata.
Dialah isteri/ibu/ suri rumah sepenuh masa, suami dia kerja di Petronas Labuan. Anak-anak dia sungguh comel. Dia sangat cantik, masyaAllah, dia nampak sangat tenang. Ibu muda yang dah lama saya teringin nak jumpa. Kami dipertemukan di Fb melalui Dr.Zainurrashid untuk program Palestin.
Saya harap dapat jumpa dia lagi, dia selalu update pasal kelas agama di Masjid Muttaqin, tolong organize program agama bagi pihak suaminya. Itulah surface info yang saya kenal setakat ini. Saya teringin nak jadi macam dia, baik terhadap anak dan suami, berinfo dan sangat jiwa daie.
Tahniah kak, semoga lebih bahagia.
I salute!
Amal Harun
Labuan.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..