Monday 17 September 2012

Didik Isteri

Sebelum Ramadhan, mak dan adik datang melawat kami di Labuan. Malam tu saya bawa mak dan adik saya ke Majid Muttaqin. Antara maghrib dan Isyak saya duduk di belakang dan baca buku di sudut bacaan. 2 minit kemudian, seorang wanita datang kepada saya.

"Bolehkah saya baca buku di sini?" dia bertanya kepada saya. Ish perempuan ni pun satu, nama pun sudut bacaan, buku-buku dilabel wakaf, mestilah boleh baca. Huhu...

"Ya, boleh, bacalah" saya membalas, malas nak mesra, nanti bersembang jadinya dalam masjid.

Dia ambil buku dan menyelak-nyelak, macam tak berapa nak fokus atau tak minat dengan bacaan di situ. Kemudian dia tutup.

"Adik, kalau solat tak ikut imam boleh?"

Blur dibuatnya, datang solat di masjid, tapi nak solat terus lepas azan. Tadi saya memang nampak dia solat maghrib sendirian sebab dia tak sempat masbuk. Tak faham la perempuan ni nak apa sebenarnya.

"Kakak ni muallaf, orang Iban" dia menambah sebab saya kelihatan teragak-agak menjawab. Saya angguk saja tanpa menjawab soalan.

"Boleh solat sendirian, tapi sekarang ada imam untuk solat jemaah, jadi solat jemaah lebih baik dari sendirian."

Banyak la dia cerita perihal kehidupan dia setelah menjadi islam.

"Suami kakak tiada masa nak ajar sangat, nak hantar ke kelas pun susah, dia sibuk kerja jauh-jauh, datang Labuan ni pun sebab urusan kerja. setiap kali dia nak ke masjid, kakak nak ikut dia"

Memandangkan dia tinggal di Papar, saya bagi nombor telefon pensyarah saya yang aktif dengan pendidikan saudara baru. Menurut cerita wanita ini (sudah lupa namanya), dia teringin sangat nak belajar tentang islam. Sumber utama yang duk ajar dia sekarang ialah suami dia sahaja.

Harapnya suami dia dapat cari seorang pengajar untuk isteri dia, tak pun hantar ke pusat pengajian ke kan... tanggungjawab didik isteri, isteri dia dah la baik, semangat nak belajar, lepas tu cantik pulak tu. Heheee orang lelaki, tanggungjawab anda banyak tau, didik isteri anda, dengan cara tu, anda akan mendidik anak anda juga pada masa yang sama. Faham la kan kan.. Tapi sangat hormat la dengan kakak tu, dia memang yang rajin bertanya, tak malu atau rendah diri. Bagus, bagus.

Amal Harun
Labuan.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..